12.30.2014

Tan Sri Abdul Hamid Zainal Abidin, meninggal dunia

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..
 


Kuala Lumpur: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Brigadier Jen (B) Tan Sri Abdul Hamid Zainal Abidin, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada usia 70 tahun, malam tadi.
Bekas Ahli Parlimen Parit Buntar itu disahkan meninggal dunia akibat daripada komplikasi jantung, pada 9.52 malam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom, yang ditemui di IJN memberitahu arwah dimasukkan ke IJN, pada kira-kira 5 petang semalam.
Menurutnya, jenazah Allahyarham sudah dibawa balik ke rumahnya di Bandar Tun Hussien Onn oleh ahli keluarga.
“Jenazah dijangka dikebumikan pada jam 11 pagi di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussien Onn, Cheras, 11 pagi, esok (31 Disember)," katanya.

Sumber harian matro


No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.