1.30.2014

Resepi Kesheri

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO

Bahan bahan :

625 ml air
300 gm gula pasir
165 gm tepung suji - digoreng kering
85 gm minyak sapi
50 gm gajus - dicincang kasar
Sedikit pewarna kuning


CARA MEMBUAT :

1. Jerang air, susu dan gula hingga gula hancur.
Masukan pewarna kuning

2. Bubuh tepung suji dan kacau hingga masak dan pekat

3. Kemudian masukkan minyak sapi dan gajus. Kacau lagi selama 3-4 minit

4. Masukkan adunan ini ke dalam acuan. Ratakandengan spatula plastik. Apabila sejuk baru dipotong..



*
Jika sidak suka menggunakan minyak sapi sepernuhnya, campurkan 125 ml marjerin dengan 125 ml minyak sapi.....






Ps NS suka makan HALWA INDIA NI TERUTAMA YANG MAK NS BUA....
Read More...

1.24.2014

Al-Fatihah Untuk Al-Marhum Tuan Guru Dato Harun Taib.

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO

Baru sekitar jam 11 30 mendapat kelegaan apabila dimaklumkan oleh saudara Hamdi, anak Tuan Guru Dato Dr Harun Din bahawa beliau semakin stabil di IJN pada saat ini. Beliau hanya perlukan rehat dan tidak dapat menerima mana2 tetamu. 

Tidak sampai setengah jam kelegaan, satu berita mengejutkan daripada Ustaz Hamdi bahawa ayah beliau, iaitu Tuan Guru Dato Harun Taib telah ke rahmatullah sekitar jam 12 lebih. 

Kedua2 Tuan Guru Harun mempunyai anak yang sama namanya, iaitu Hamdi. Dua Tuan Guru yang bagi saya banyak berjasa kepada masyarakat.

Semoga Tuan Guru Dato Harun Din semakin sihat dan semoga ruh Tuan Guru Dato Harun Taib mendapat rahmat dan nikmat di sisi Allah swt.

Amin!!!
Read More...

1.18.2014

Subhanallah ! Meremang bulu roma bila baca :')

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO
 
 


Photo by Google


Seorang pemuda tentera yg berkerja sebagai tentera di sebuah negara asing sering dihina kerana dia mempercayai adanya ALLAH...

Seorang Kapten yg berkepercayaan atheist mahu menguji beliau dlm usaha memalukan beliau kpd kalangan tentera yg lain...kapten tersebut memanggil beliau utk mengambil kunci Jeep askar utk dialihkan kedudukan Jeep trsebut ke tmpat yg disediakan....

Jawab pemuda itu : saya tidak boleh memandu kapten kerana beliau tidak mempunyai kemahiran dlm memandu Jeep yg canggih tersebut...

kapten tersebut berkata : kamu mintalah pada tuhan kamu dan tunjukkan bahawa tuhan kamu itu berkuasa atau tidak...

lalu pemuda itu mengambil kunci tersebut dan berdoa kepada ALLAH s.w.t, ketika beliau sedang berjalan menghampiri Jeep tersebut...dengan penuh berhati-hati beliau mengerakkan JEEP tersebut ke tmpat asl nya...lalu beliau mematikan enjin Jeep tersebut...pemuda itu keluar dari Jeep tersebut dgn perasaan teruja kerana pertama kali beliau memandu Jeep secanggih itu walaupun hanye beberapa meter sahaja pergerakan yg dilakukan...sekeluar sahaja dari Jeep tersebut, kelihatan Kapten dan tentera yg lain menangis kesemuanya...lalu mereka semua berkata "KAMI MAHU BERIBADAH KPD TUHAN KAMU!!" kata tentera2 yg lain...pemuda tersebut berasa hairan...

lalu Kapten yg menyuruh pemuda itu mengalihkan Jeep tersebut membuka hud Jeep tersebut dan menunjukkan kpd pemuda itu bahawa Jeep tersebut tidak mempunyai enjin....

MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA ESA LAGI BERKUASA...
Melutut pemuda tersebut bersama tentera yg lain bersujud kpd ALLAH S.W.T...

PEMUDA ITU BERKATA : Tuhan yang memberikan kehidupan kepada apa yang tidak wujud...

Anda mungkin fikir ada perkara yang masih mustahil DENGAN Allah sahaja boleh ...



Copy Paste by :

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10153172072000134&set=a.10150174280770134.418202.10150143682845134&type=1
Read More...

DAMN NARUTO HAHAH

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO

Aww Naruto ..
@[497551720312678:274:Dragon Ball & Naruto Fans]


NARUTO TROLL HIS FATHER

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
Read More...

best dapat suami

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO

haha..


best dapat suami macam ni hahaha
Read More...

Ya Allah kejamnya...

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO

Cilaka punya ulang!!.... bakar kucing hidup2...




Ya Allah kejamaya apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang ni tak berperikemanusiaan langsung... Binatang yang tak bersalah dibakar hidup hidup, yang pasti Allah akan membalasnya.. Walaupun NS tak berapa sukakan kucing sebab alahan tapi NS takkan buat macam ni pada binatang....



Photo by https://www.facebook.com/photo.php?fbid=648804065162586&set=a.510264585683202.1073741828.510253765684284&type=1&theater
Read More...

FOR YOUR BETTER UNDERSTANDING ON THE CALLING TO BOYCOTT McDONALD IN MALAYSIA. THIS IS AN EFFORT INITIATED

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO



MALAYSIANS: FOR YOUR BETTER UNDERSTANDING ON THE CALLING TO BOYCOTT McDONALD IN MALAYSIA. THIS IS AN EFFORT INITIATED BY Aqsa Syarif IN COLLABORATION WITH US, Viva Palestina Malaysia.

THIS IS A POST BY AQSA SYARIF DATED 7 FEBRUARY 2013:

"Atas permintaan ramai sahabat-sahabat maka saya mulakan perkongsian perbincangan dgn McD.

Di pihak McD 3 officials dari bahagian human resource, dan Marketing.

Di pihak Aqsa Syarif pula ialah pengerusi (Dr Hafidzi Mohd Noor), GM (kamarulzaman Shahrul Anwar), Mike Allen VPM (Viva Palestina Malaysia) dan PR eksekutif Aiman Zin Kandar.

Pengerusi mulakan dgn background kpd pertemuan dan terima kasih kepada delegasi McD kerana sudi bertandang ke pejabat Aqsa Syarif.

Perbincangan berlaku dalam English kerana Saudara Mike lebih fasih berbahasa Inggreis (warga muslim Britain yg sudah menetap di Malaysia di Malaysia).

Mike started the ball rolling dgn meminta penjelasan hubungan McD Malaysia dgn McD Corp.

Rumusannya: McD Malaysia adalah dimiliki oleh Golden Archers Restaurant yg merupakan subsidiary kpd McD Corp. US. McD Malaysia membayar 5% dari turnover (sales) pd McD Corp US. McD Corp adalah policy maker dan juga menggariskan code of conduct. Jika McD Malaysia nak buka outlet baru mereka akan submit application pd McD corp US. Even McD corp akan provide financial assistance utk buka outlet baru.

Point penting - McD Malaysia is linked to McD corp financially and even pay royalties as well as benefited from McD Corp US. jadi argument yg mengatakan McD Malaysia hanya membayar cukai pd kerajaan is misleading.

Seterusnya delegasi McD refute dakwaan yg mengatakan CEO McD contibuted to JUF (Jewish United Fund) yg berada at the forefront in aiding Israel. Mereka kata itu CEO 10 tahun dulu. bukan CEO sekarang.

Point penting - Mereka tak nafikan Jack Greenberg (check nama CEO dlm google) contribute to JUF, tapi he did that in his personal capacity?? To which Mike shot back macam mana Greenberg contribute on his personal capacity using McD as a source of the funds. Dan saya ada sebut McD terima award from Israeli govt for helping israel's economy. Ana juga refute McD top management is no longer related to Israel because one of the board of directors (mungkin CEO yang sekarang-he's black American) dpt prestigious award dari museum of holocaust for outstanding contributions to keep the important chapter in the jewish history alive in the minds of the jewish people.

Seterusnya tentang senarai boycott dalam Inminds. Kami tegaskan pd mereka. jika inminds say untrue things abt McD kenapa tidak sekalipun inminds kena sue dgn McD. Mike tambah ada kes di UK one person campaigning against McD (isu lain-bukan boikot Israel) McD sue that person in court. jadi sepatutnya Inminds dah lama kena saman-tetapi tidak sekalipun. wal hal sueing and counter sueing is the norm in the west. to this mereka tidak ada jawapan.

Point seterusnya- mereka kata kenapa boikot McD sebab kita tolong bumiputera. McD sedia pekerjaan 80% Melayu/Islam. Mereka kata McD tempat mereka cari rezeki-McD is like their home. Yang ini saya jawab sasaran boikot bukan pekerja McD. We are not against you. There's nothing personal about boycott McD. We are not against your livelihood. We are against McD supporting Israel, and remember that boycott is still relevant regardless of who works at McD. It is not like majority of McD workers are Melayu Muslim than we should not boycott. If let say that majority of McD workers are non-Malay/non-muslim than it is ok to boycott? Israel is waging war against humanity. Israel is not against Islam in particular, Israel is targeting the whole of humanity. when they kill children and they attack schools they are not targeting muslims per se-they are targeting the whole of mankind. so we do not buy the argument that since the workers are muslims than we should reconsider our boycott campaign. To us it does not matter who works at McD. McD Malaysia is as guilty as McD corp US and we should not make any distinctions between the 2 entities. They are one and the same.

Kemudian mereka tanya kenapa tak boycott syarikat US yang lain. Maka kami jawab kita bukan boycott US companies, bahkan kita bukan boycott syarikat Yahudi. Kita boycott syarikat yg membantu kewangan Israel. kami tak peduli, kalaupun syarikat itu milik umat Islam, jika dia tolong Israel maka syarikat itu akan jadi sasaran boycott juga sama macam McD. Jadi jgn salah faham-boycott McD bukan sebab dia syarikat USA."

PLEASE SHARE THIS INFO TO ALL YOUR FRIENDS & FAMILY MEMBERS. THANK YOU.




Copy paste 

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152132831134518&set=a.349924189517.153411.193531139517&type=1








Alhamdulillah NS tak pernah makan McDONALD 
Read More...

1.17.2014

Scha Alyahya hamil

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO

Scha Alyahya hamil


PELAKON cantik, Scha Alyahya disahkan hamil oleh suaminya yang juga pengacara terkenal, Awal Ashaari.

Berita gembira itu dikongsi Awal menerusi laman sosial Facebook kira-kira jam 5 petang hari ini.

Awal turut memuat naik gambar ujian imbasan bakal bayi mereka.

“Salam Jumaat. Syukur alhamdulillah. Kami sangat gembira untuk mengumumkan bahawa kami menantikan anak pertama kami.

“Kini, kandungan Scha sudah masuk ke trimester kedua dan kami sangat bersyukur dengan rezeki ini,” tulisnya.

Awal turut mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakan mereka.

“Terima kasih buat semua yang selalu mendoakan kami dan moga semuanya berjalan lancar. Amin,” katanya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 setelah tiga tahun bercinta.



http://www.sinarharian.com.my/hiburan/scha-alyahya-hamil-1.241595



Tahniah NS ucapkan..
Read More...

Kangkung: Najib malukan negara di seantero dunia

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO

“Kangkung di tepi paya…”

Segala puji-pujian bagi kerajaan Umno-BN di bawah kepimpinan Najib Razak,  Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tersohor sekian alam.
    
Walaupun satu dunia sudah heboh memperkatakan perihal kenyataan terdangkal alaf ini dari seorang yang bertaraf ketua kerajaan dan memiliki pula, katanya, ijazah ekonomi perindustrian serta mendakwa membaca ribuan buku, namun rasanya belum terlambat untuk saya turut menumpang semangkuk.
    
Saya telahpun menulis perihal ini dalam akhbar bercetak Harakah keluaran akan datang tetapi dari perspektif berbeza dan merujuk komoditi dalam kenyataan Najib sebagai ‘ikan’.  

Saya akui tidak begitu mendengar atau lebih tepat lagi mengambil endah apa yang dikatakan oleh Najib sebagaimana disiarkan Buletin Utama TV3 malam itu.  Ini kerana sejak sekian lama, malah sejak beliau mengetuai Pemuda Umno atau lama sebelum itu lagi, saya tidak pernah mengambil apa yang dikatakan oleh beliau secara serius.  Bagi saya, kata-kata Najib ibarat gendang kosong – bunyi kuat, isi tiada.
    
Secara kebetulan sahaja hidangan maka tengahari saya hari ini adalah kangkung belacan dan ikan selar kecil masak asam pedas.  Nak beli asparagus atau ikan tenggiri, itu bukan standard saya dan standard kebanyakan rakyat Malaysia.  Kalau pemimpin Umno mungkinlah, tetapi kalau orang Umno yang bekerja biasa-biasa, rasanya sama sahaja.
    
Memanglah dua tiga hari ini satu dunia sibuk bercakap pasal kangkung, termasuk oleh akhbar arus perdana antarabangsa.  Seorang perpustakawan, merupakan kenalan lama saya dari Ontario, Kanada menulis emel dan bertanya ‘What is happening to the Malaysian PM? Is he sure he is okay?” Saya hanya menjawab email tersebut dengan akronim popular ‘LOL’.
    
'LOL' (ketawa kuat) kini bersifat universal dan saya yakin dia faham dan tidak mentafsirkannya sebagai ‘tolol’.
    
Sambil menulis artikel ini saya makan nasi dengan kangkung belacan.  Memang pedas...

Pepatah Melayu ada menyebut, "kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga" – maknanya, kalau ilmu ekonomi tak sebanyak mana janganlah nak berlagak pandai jadi Menteri Kewangan.  

Akhirnya dari wacana Blue Ocean Strategy yang diagung-agungkan, macamlah ia idea asal Najib,  terus turun martabat menjadi kangkung yang akarnya terendam dalam parit.
    
Tidak dapat dinafikan kenyataan Najib cukup mengaibkan rakyat Malaysia.  Dunia secara tidak langsung mempersoalkan, "Inikah standard mentaliti Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia?"
    
Sebagai rakyat Malaysia kita tentu turut merasa malu yang amat sangat.
    
Najib sepatutnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan awam.  Berasaskan pengalaman lama dalam kerajaan dia sepatutnya tahu kenyataan awam bukan macam cakap di warung tak berlesen tepi jalan. Jika tidak dapat membuktikan kepandaian sekalipun janganlah sampai pengalaman yang ada pun tak dapat dimanfaatkan.  Jangan jadikan standard rakyat Malaysia standard warung  sahaja.
    
Soal kenyataan Najib merendahkan martabat rakyat Malaysia sehingga macam kangkung, atau soal rakyat Malaysia tidak boleh dikangkungkan adalah soal lain.  Apa yang penting dalam situasi apa sekalipun, kita tidak mahu seorang Perdana Menteri Kangkung mengetuai negara kita.
    
Rasanya sudah sampai waktu dan ketikanya Najib berundur atau diundurkan oleh partinya.  Jika tidak, siapa tahu apa lagi lawak jenaka dan kepakpandiran yang bakal keluar dari mulut beliau.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/24975-kangkung-najib-malukan-negara-di-seantero-dunia



Read More...

Lemas selepas berjudi

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO


BACHOK - Akibat tindakan nekad terjun ke sungai ketika melarikan diri daripada anggota polis yang menjalankan operasi membanteras kegiatan judi di jeti Kuala Kemasin, seorang lelaki berusia 37 tahun ditemui mati lemas, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bachok, Asisten Superintendan Abdul Jalil Abdul Kadir memaklumkan, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok telah menjalankan operasi berkenaan di sebuah jeti di Pantai Kemasin pada jam 7.10 malam, kelmarin.

Menurutnya, ketika pasukan polis tiba di lokasi tersebut, didapati enam lelaki sedang leka berjudi dan menyedari kehadiran polis, mereka terjun ke sungai dalam usaha melarikan diri.

"Selepas terjun sungai, mereka naik ke darat dalam jarak 60 meter dari lokasi serbuan, tetapi salah seorang didapati hilang.

"Operasi mencari suspek yang hilang dijalankan sejurus kemudian sementara yang lain berjaya meloloskan diri," katanya kepada media, semalam.

Beliau berkata, mayat suspek tersebut berjaya ditemui hasil bantuan penduduk yang menggunakan kail pada jam 11.50 malam, kelmarin.

Tambah beliau, serbuan dilakukan hasil maklumat orang awam dan mayat mangsa yang juga seorang penduduk tempatan dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada jam 12.10 tengah malam.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/lemas-selepas-berjudi-1.241304


Ya Allah apa dah jadi ni
Read More...

#BBCtrending: #Kangkung spinach blog blocked in Malaysia

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO

A screengrab of the BBC Trending story that was blocked in Malaysia


The blog post - which had the headline "Be careful what you say about spinach" - explained how remarks by Malaysia's Prime Minister Najib Razak about the price of kangkung, or water spinach, had caused a huge social media reaction. Readers in Malaysia began to report problems accessing the story at about 16:00 GMT on Wednesday, with tweets to the @BBCTrending Twitter account. "Can't believe @BBCtrending's kangkung article is blocked. Not only don't we have freedom of speech we don't even have rights to information," tweeted @rueying.

There were dozens of responses to a tweet we later sent out via @BBCWorld and on #BBCtrending asking Malaysians if they could access the article - with many complaining it was blocked. Problems seemed to be experienced largely by users of Telekom Malaysia's TMnet internet service provider. The block appears to have been lifted at about 04:00 GMT on Thursday - though some people were still reporting problems accessing it.

Tests run by the Sinar Project - an NGO which works on internet freedom in Malaysia - suggested a filter was in place blocking that specific article. The rest of the BBC News website was unaffected - and most were able to access the story via their mobile phones or the main BBC Trending index. Khairil Yusof, co-founder of the group, said there were reasons "to be suspicious", and that a similar pattern of filtering was used during the general elections last year.

Freelance IT solutions provider, @sniiffit also told the BBC he was "almost 99%" sure this was a case of filtering. But both say that the page could have been blocked by an individual employee at TMnet - and not necessary a senior figure. Telekom Malaysia have not responded to our request for a comment - but a spokesman told the Malay Mail they are investigating and plan to issue a statement.

Malaysia's main media regulatory body acknowledged the issue but said they had not blocked the story or asked internet service providers to do so. Sheikh Raffie Abdul Rahman of the Malaysian Communications and Multimedia Commission said: "We understand that there could have been some temporary difficulties in accessing it, but at the time of this statement this disruption has been resolved." The story was one of the most shared on the BBC News website on Wednesday.

http://www.bbc.co.uk/news/blogs-trending-25756864

Read More...

Malaysia Prime Minister faces social media backlash over 'kangkung' comments

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO

Malaysia's Prime Minister Najib Razak has been widely criticised on social media for comments he made about the price of kangkung, a type of spinach.
A YouTube video of Mr Razak responding to public gripes over rising food and fuel prices in the country recently went viral on the internet.
In the video, he said it was unfair for the government to be held responsible for increased food prices.
He claimed the weather is to blame and used the kangkung vegetable as an example.
However, his words did not have the intended effect and caused Mr Najib to become the subject of ridicule on social media instead.

kangkung dulunya naik sekarang dah turun 
Read More...

1.15.2014

Hah! korang tahu tak binatang apa atas lori tu???

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO

Berita tergempar: Haiwan yang ditakuti ramai ini telah ditangkap di Melaka! Ianya dikatakan akan diletakkan di Wonderland! Karam Tak Timbul Timbul melaporkan untuk TV Tiga Suku.

Gambar dari oh media

Berita tergempar: Haiwan yang ditakuti ramai ini telah ditangkap di Melaka! Ianya dikatakan akan diletakkan di Wonderland! Karam Tak Timbul Timbul melaporkan untuk TV Tiga Suku.


https://www.facebook.com/ohmedianetwork
Read More...

1.14.2014

puisi kangkung‬

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO


Sebelum tido jom layan #puisikangkung seround...
Read More...

1.13.2014

Salam Maulidur Rasul 1435H

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO




Assalamulaikum semua
Selamat pagi
Apa Kabar dan
Salam Maulidur Rasul
 1435H 
Read More...

Kangkung oh Kangkung

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO

SUSULAN tersebarnya video penuh ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di media sosial yang turut menyebut mengenai harga sayur kangkung, hari ini trending Facebook adalah berkaitan sayur tersebut.

Sinar Harian Online mendapati pengguna laman Facebook telah mengemaskini status dengan nama sayur kangkung beserta gambar sayur itu yang dijadikan pelbagai jenis hidangan.

Isu sayur kangkung itu juga turut mendapat perhatian Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar  yang turut berkongsi menu makan tengahari "pilihan", pada hari ini.

"Apa menu makan tengahari anda hari ini?...saya makan kangkung masak kurma!," tulisnya.

Semalam Najib dipetik sebagai berkata:

"...ada yang dah turun, kangkung yang dulunya naik sekarang sudah turun.

"Bila turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan," katanya.
Read More...

1.12.2014

polis mabuk diambil tindakan

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO

SHAH ALAM - Ekoran penyebaran gambar dua anggota polis yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol semasa menjalankan tugas rondaan, kedua-dua identiti anggota tersebut telah dikenal pasti.

Menurut kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan, melalui akaun Facebook Polis Diraja Malaysia  malam ini, kedua-dua anggota terbabit telah ditukarkan serta-merta tempat penugasan dan siasatan lanjut berkaitan insiden itu sedang dijalankan.

Beliau berkata, PDRM memandang serius kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana anggota yang didapati mengabaikan tanggungjawab menjaga keselamatan masyarakat.

"PDRM juga tidak akan melindungi dan berkompromi dengan pegawai dan anggota yang telah melakukan kesalahan yang boleh menjejaskan imej pasukan.

"Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada PDRM sekiranya mendapati mana-mana pegawai dan anggota polis yang melakukan kesalahan dan tidak berintegriti," katanya.



Sumber dari :

http://www.sinarharian.com.my/anggota-polis-mabuk-diambil-tindakan-1.239899
Read More...

1.11.2014

selamat nikah kali kedua

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO

Sharifah Aleya

SETELAH hampir dua tahun bersendiri, penyampai radio dan pelakon, Sharifah Aleya kembali menemui cinta baharunya.

Lebih mesra dipanggil Leya, anak sulung kepada Fatimah Abu Bakar itu dilaporkan telah selamat bernikah dengan Miko atau nama sebenarnya Muhammad Azam Abdullah.

Memetik laporan Facebook Artis Malaysia, mereka berdua diijabkabulkan di Masjid Al-Mukarramah, Sri Damansara Petaling dalam majlis serba sederhana.

Leya bercerai bekas suaminya pada 29 Februari 2012 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua anak kembar perempuan Aza Ameena dan Asha Ameena.

Sementara itu, melalui laman mikro Twitter adiknya yang juga pelakon popular, Sharifah Amani dipetik sebagai berkata, "syukur alhamdulillah. Selamat semuanya.

"Terima kasih ya ALLAH. Restui mereka dengan cinta, kedamaian dan kegembiraan sehingga ke jannah. Insya-ALLAH. Amin," katanya


http://www.sinarharian.com.my/hiburan/sharifah-aleya-selamat-nikah-kali-kedua-1.239598
Read More...

dakwa kandungan ghaib

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO

PARIT BUNTAR - Keterujaan sepasang suami isteri untuk menimang cahaya mata kedua terbantut apabila kandungan yang sudah berusia lima bulan disahkan ghaib tiba-tiba, minggu lalu.

Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai  Liza, 30, berkata, seorang doktor perubatan mengesahkan janin dikandungnya ghaib ketika dia menjalani pemeriksaan di sebuah klinik kesihatan, di sini.

Menurutnya, dua minggu sebelum kejadian, jururawat bertugas meminta supaya dia mengamalkan pemakanan sihat berikutan berat kandungan bayinya yang berusia hampir lima bulan ketika itu semakin berkurangan.

“Bagaimanapun, setelah hampir dua minggu berulang-alik ke klinik kesihatan itu untuk menjalani pemeriksaan rutin, kami dikejutkan dengan berita kehilangan bayi dalam kandungan secara tiba-tiba.

“Kami sememangnya tidak percaya bayi dalam kandungan hilang kerana kami baru sahaja melihat imej bayi itu melalui mesin pengimejan ultra sound beberapa hari sebelum kejadian,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Liza berkata, pada mulanya dia tidak mempercayai penjelasan diberikan petugas klinik kesihatan terbabit dan bertemu seorang doktor perbidanan serta sakit puan untuk mendapatkan kepastian.

Bagaimanapun, mangsa dan suami sekali lagi terkejut apabila hasil pemeriksaan doktor terbabit turut mengesahkan kehilangan janinnya.

“Masih tidak percaya dengan apa yang berlaku, kami segera mendapatkan penjelasan mengenai fenomena pelik menimpa bayi kami di Hospital Parit Buntar.

“Hasil pemeriksaan kali ketiga di hospital itu sekali lagi mengesahkan kandungan saya hilang dan doktor memberi alasan kehilangannya disebabkan berlaku pengecutan pada janin,” katanya.

Menurutnya, sebalik pengesahan dibuat doktor, dia masih tidak berputus asa dan mencuba rawatan perubatan tradisional dengan harapan dapat memulihkan kandungannya.

Bagaimanapun, usaha Liza dan suaminya tidak berhasil apabila lima pengamal perubatan tradisional yang ditemui mendakwa bayi dalam kandungannya dilarikan makhluk halus atau orang bunian.

“Kini, saya trauma dan sering menangis melihat barang kelengkapan bayi yang dibeli sebelum ini sebagai persediaan menyambut anak yang dijangka lahir April ini.

“Namun begitu, saya dan suami reda dengan ketentuan Ilahi serta percaya ada hikmah di sebalik kejadian aneh ini,” katanya.

Liza turut menjelaskan, dia kini menunggu panggilan daripada Hospital Taiping untuk menjalankan rawatan mencuci rahimnya meskipun kandungannya disahkan hilang.

“Kejadian yang berlaku turut menginsafi kami sekeluarga dan saya berharap kejadian aneh ini dapat dijadikan pengajaran kepada ibu mengandung lain,” katanya.

 
Hilang janin ada kaitan perkara ghaib

Kebanyakan kes kehilangan janin  dialami segelintir pasangan kebiasaannya berkaitan dengan perkara ghaib dan kejadian paranormal yang terjadi dengan izin ALLAH SWT.

Setiausaha Pertubuhan Darussyifa’ Negeri Perak, Zulkifli Zainon Al-Hafiz berkata, menurut pandangan Islam, kejadian aneh seperti kes kehilangan janin secara tiba-tiba boleh dipercayai berlaku meskipun tidak dapat dibuktikan
secara saintifik.

Menurutnya, kes melibatkan perkara ghaib sebegini banyak diceritakan dalam hadis Nabi, termasuk sebuah fatwa dikeluarkan Imam Abu Hanifah RA yang menceritakan seorang wanita menemui beliau mengadu tidak pasti sama ada disetubuhi suaminya atau lembaga kerana tidak merasai apa-apa ketika proses penggaulan berlaku.

“Wanita terbabit turut bertanya Imam Abu Hanifah RA sama ada dia perlu melakukan mandi junub meskipun tidak pasti dengan siapa dia disetubuhi.

“Lalu, Imam Abu Hanifah RA menjelaskan kepada wanita itu bahawa dia tidak perlu mandi junub disebabkan tiada kesan zahir berlakunya aktiviti persetubuhan pada tubuh wanita terbabit,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Zulkifli berkata, berkaitan kes kehilangan janin, kebanyakan pengamal perubatan Islam mengistilahkan kes sebegini sebagai kes penculikan bayi oleh makhluk halus.

Menurutnya, terdapat tiga punca berlakunya kes sebegini iaitu janin bayi terbabit diambil makhluk ghaib untuk dijadikan makanan, janin hilang akibat perbuatan sihir dan penglibatan mangsa dengan jin secara langsung atau tidak.

“Dalam hadis Rasulullah SAW ada menyatakan darah milik janin yang belum sempurna sifatnya amat disukai jin dan dianggap makanan kegemaran makhluk itu.

“Mengenai penglibatan mangsa dengan jin, kadangkala ada mangsa tidak menyedari dia mewarisi saka dan mengalami kehilangan janin akibat gangguan jin saka itu,” katanya.

Beliau berkata, kes unik seperti kes ini dan fenomena gigitan hantu pernah dirujuk kepada doktor perubatan moden dan mereka mengakui fenomena terbabit masih gagal dirungkai serta tidak dapat dibuktikan puncanya secara saintifik sehingga kini.

Menurutnya, sepanjang pengalamannya bersama Pertubuhan Darussyifa’, beliau turut berhadapan fenomena wanita melahirkan makhluk selain manusia meskipun hasil pemeriksaan doktor mengesahkan bayi dalam perut mangsa berbentuk manusia.

Katanya, umat Islam wajib mempercayai perkara ghaib dan hukum menolak kewujudannya adalah kufur.

“Bagi pasangan yang kehilangan janin terbabit, mereka perlu menganggap kejadian berlaku untuk menzahirkan betapa tinggi dan agungnya kuasa ALLAH SWT berbanding manusia.

“Selain itu, mereka perlu mendapatkan rawatan perubatan Islam yang betul bagi mengelakkan berlakunya fitnah dan perpecahan,” katanya.

Difahamkan, memandangkan kehilangan janin tidak dapat dilihat secara zahir, maka mangsa tidak perlu menghabiskan tempoh nifas dan boleh beribadat seperti biasa.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/wanita-dakwa-kandungan-ghaib-1.239472
Read More...

1.08.2014

PESAN IBU TENTANG AYAH:

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO

Anakku… 
Memang ayah tak mengandungmu..
Tapi,
Darahnya mengalir dlm darahmu. Darinya kau warisi namanya, dermawanan & kerendahan hati.

Memang ayah tak melahirkanmu...
Tapi,
Suaranya-lah yang pertama memperkenalkanmu tentang Allah Pencipta Alam Semesta

Memang ayah tak menyusuimu...
Tapi,
Dari keringatnyalah terhasil setiap suapan yang menjadi air susumu.

Ayah memang tak menjagaimu setiap saat...
Tapi,
Tahukah kau namamu tak pernah luput dalam doanya.

Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar...
Kerana,
Dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di dlm pelokannya ketika merasa tak aman.

Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat ibu...
Kerana,
Khuatir kecintaannya tak sanggup melepaskanmu selamanya.

Ayah mu ingin kau kuatkan semangat agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semuanya sendirian.

Ibu hanya ingin kau tahu...
Bahawa,
Cinta ayah kepadamu sama besarnya dengan cinta ibumu.

Anakku pada susuk dirinya juga terdapat syurga bagimu.
Maka,
Hormati dan sayangi ayahmu.

Jauh dilubok hatinya dia hanya ingin berbangga dgnmu di mata Allah, menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka.

Berbahagialah yang masih punya Ayah.
Read More...

1.07.2014

Suami kongsi isteri hamil didakwa

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO

Articles ini NS ambik dari Harian Metro

KANGAR: Seorang suami yang memaksa isteri hamil melakukan hubungan seks dengan sepupunya mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya di Mahkamah Sesyen di sini, tadi.
Muka depan Harian Metro dan web myMetro hari ini melaporkan seorang isteri muda berusia 19 tahun menjadi mangsa deraan seksual suaminya yang berusia 22 tahun apabila dipaksa melakukan hubungan seks dengan seorang remaja berusia 15 tahun. 
Dalam kejadian 1 Januari lalu, si suami turut membantu remaja terbabit merogol mangsa yang sedang hamil selain turut merakam aksi hubungan seksnya. 

Tertuduh pertama yang juga suami mangsa mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 376 Kanun Keseksaan serta Seksyen 375 Kanun Keseksaan.
Sepupu tertuduh pertama berusia 15 tahun juga turut didakwa dan tidak mengaku bersalah di atas pertuduhan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abdul Rashid Daud.
Suami mangsa tidak dibenarkan diikat jamin manakala sepupunya dikenakan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan semula kes ialah pada 10 Februari ini. 

Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Fazril Sani Mohamed Fadzil.



Read More...

Jasad bayi terapung bukan rekaan(Harian Metro)

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO

Articles ini NS ambik dari Harian Metro

ALOR GAJAH: Jasad bayi yang kelihatan terapung di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang di sini, Sabtu lalu bukanlah gambar palsu menggunakan teknik pengolahan foto, malah penggali kubur yang mendukungnya menafikan melambung jenazah bayi itu.
Semalam, berita muka depan Harian Metro dan web myMetro memaparkan gambar jasad bayi masih utuh walaupun sudah puluhan tahun dikebumikan yang sedang didukung penggali kubur, Abdul Ghani Ibrahim, 70, kelihatan seperti terapung menjadi viral dengan 45,000 kongsian di laman sosial selepas ada pembaca prihatin membangkitkan ketulenan gambar berkenaan selain ada yang percaya ia kejadian di luar biasa. 
Kejadian aneh itu yang disiarkan, kelmarin dirakam menggunakan kamera wartawan sambilan akhbar Harian Metro secara spontan.

Mengulas kejadian itu, Abdul Ghani berkata, dia hanya menatang jenazah bayi perempuan itu ketika kerja mengalihkan tujuh pusara lama terletak di luar kawasan Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, di sini, Sabtu lalu.
“Tidak mungkin saya sanggup melambungkan jenazah bayi berkenaan dan perkara itu sepatutnya tidak dijadikan bahan pertikaian," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, hari ini.

"Selepas digali, jasad bayi itu saya kafan dan tatang dengan berhati-hati kerana ia terasa berat dan tidak berganjak sedikit pun dari kedua-dua belah tangan saya sehingga selamat dikebumikan,” katanya.

Menurutnya, dia menatang jenazah terbabit sejauh kira-kira 100 meter untuk masuk ke kawasan tanah perkuburan dan mendakwa terhidu bau wangi pada jenazah itu.

Katanya, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak yang menyalah anggap paparan gambar berkenaan selain menolak kemungkinan ia kesan olahan komputer kerana perkara seperti itu tidak boleh dianggap gurauan.

"Apa yang berlaku adalah kebesaran Allah kerana saya yang menatang jasad bayi itu tanpa memberi kepada orang lain. Tanggapan digembar-gemburkan sesetengah pihak mengatakan ia adalah teknik olahan komputer adalah tidak benar.

"Saya berharap mana-mana pihak yang mensensasikan isu paparan gambar itu mengambil kejadian ini sebagai satu iktibar kepada kita yang masih hidup kerana tiada apa yang mustahil. Allah Maha Berkuasa," katanya. 


Ulasan NS : 
1) Pihak Harian Metro hendaklah bertindak pantas  kerana ini boleh mengundang fitnah dangan membuat pernerangan yang jelas tentang isu ini.. 

2)Apa apa pun bayi itu sudah ditempatkan syurga untuknya... Damailah kamu di sana 
Read More...

1.04.2014

Ariel Sharon mati

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO

Sejak mengalami stroke pada januari 2006, keadaan kesihatan mantan Perdana Menteri Israel Ariel Sharon terus memburuk, bahkan dalam keadaan tidak sadarkan diri.


Sharon yang ketika ini berusia 85 tahun, sedang mendapat perawatan intensif di Hospital Tel Hashomer, Tel Aviv, akibat menderita kegagalan ginjal sejak Rabu, 1 Januari 2014. Juru bicara hospital menyatakan, kesihatan Sharon mengalami penurunan selama beberapa hari ini. Demikian keterangan pihak hospital seperti disiarkan Al Jazeera pada Khamis, 2 Januari 2014.

Sejak mengalami stroke pada januari 2006, berbagai usaha telah dilakukan kumpulan doktor untuk memulihkan kesihatan orang yang paling bertanggung jawab terhadap pembantaian di kemah penduduk Palestin, Sabra dan Shatila ini.


Pada Februari 2006, para doktor di Hospital Hadassa telah memasukkan Ariel Sharon ke ruang bedah khusus. Ia memiliki luka yang membusuk dan tidak sadarkan diri selama beberapa minggu. Operasi tersebut dilakukan untuk menyambung bahagian-bahagian ususnya yang telah membusuk dan telah menyebar ke bahagian tubuh lain




Ulasan NS 

Kekejaman Sharon di balas oleh Allah dengan mematikan otaknya dan membuat dia koma hampir 8 tahun. Kekejaman yang dia lakukan sememangnya tak boleh di terima akal... Apa yang boleh dikatakan oleh NS ini balasan yang dia harus terima atas kekejaman dia atas rakyat Palastin... Itu baru azab dunia... Apa apa pun nak buat sesuatu tu harus fikir dahalu dan jangan ikut nasfu...



P/s :

Dia disahkan mati kemarin 04/01/14 
Read More...

1.02.2014

tersepit sudah adoiiiii

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO

Hari Pertama Saya Di Sekolah.. -_-

 ~NZ


adoiiiii ragam darjah satu boleh pulak tersepit... macam mana boleh tersepit ni pun tak tahu la buas sangat kot...


photo by 
https://www.facebook.com/TalianRakyatPage

Read More...