6.28.2014

PROPAGANDA 3-5-9S DAN 5F YAHUDI DAN NASRANI – PART 1

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO

Agama atau Ad-Dien itu adalah cara hidup. Bagi agama Islam, ad-Dien itu merujuk kepada cara hidup yang mengikut MANUAL kehidupan yang dibekalkan oleh Allah selaku Pencipta yang sangat arif tentang MAKHLUK ciptaannya. Dalam bahasa sanskrit, A=TIDAK, GAMA=KACAU. Jadi, A-GAMA bermaksud tidak kacau. Kerana itu AGAMA sangat diperlukan agar hidup manusia itu sejahtera dan aman, tidak kacau bilau. Itulah SALAM, itulah AGAMA ISLAM.

Kepatuhan MAKHLUK kepada AL-KHOLIK (penciptanya) dinamakan AKHLAK. Allah selaku AL-KHOLIK telah menurunkan al-quran sebagai manual kehidupan yang wajib dipatuhi oleh manusia, selaku MAKHLUK ciptaanNya. Tanpa Alquran manusia akan hidup kacau bilau. Kerana itu ia diturunkan untuk memperbaiki akhlak manusia. Akhlak Nabi SAW adalah al-Quran itu sendiri. Setiap perintah quran baginda patuhi.

Jika agama terbina dari cara hidup umatnya, maka untuk menjatuhkan semula agama yang sudah dibangunkan, maka musuh agama harus mencari jalan untuk merubah semula cara hidup mangsa atau musuh yang ingin dirosakkannya. Cubaan itu telah pun bermula sejak zaman baginda hidup lagi. Apa yang mereka lakukan ialah mencipta takwim dan menanamkan minat itu dalam kehidupan kita untuk menandingi TAKWIM kita dengan Allah. Mereka akan berusaha melalaikan kita hingga hilang minat kita terhadap agama dan Allah.

Propaganda 5-9S ini dahulunya hanya merujuk kepada 3S yang utama sahaja, iaitu SONG, SEX & SPORT. Kini ia berkembang mengikut zaman dan teknologi menjadi lebih dari 5S. Selagi manusia dan agama ini belum hancur ia akan terus bertambah dari masa ke semasa. Propaganda ‘5S’ ini merujuk kepada 1.SONG, 2.SPORT, 3.SEX, 4.STIM /SEDATIVE (perkara menghayalkan yang dipecahkan lagi kepada SMOKE dan SPIRIT), dan 5.SCREEN. Penambahan S seterusnya ialah SNACK.

Propaganda 5F pula merujuk kepada 1.FINANCE, 2.FOOD, 3.FUN, 4.FASHION, dan 5.FILM. untuk siri kali ini kami hanya kupaskan secara ringkas 2S sahaja dahulu iaitu SONG & SPORT. Sila rujuk kepada hadis akhir zaman di pautan berikut di mana perlu bagi membenarkan kebenaran propaganda yang menghancurkan agama ini.


SONG – LAGU & MUZIK

Umat Kristian banyak menggunakan muzik dalam upacara agama mereka di gereja. Di kalangan masyarakat pula mereka gunakan laluan lagu dan muzik juga untuk menyalurkan mesej dan doktrin mereka. Tanpa kita sedar, melalui muzik dan lagu ini umat Islam seluruh dunia sudah dilayukan melalui mesej serta kaedah penyampaian lagu dan muzik itu.

Lagu tidak lari dari kaedah penyampaian dan meraikannya. Ini termasuk tarian, muzik, fesyen pakaian dan pergaulan bebasnya. Hari ini lagu sudah menular ke dalam masjid dan sekolah. Anak nisak yang bertudung pun ikut melenggok atau terkinja-kinja menari waktu menyanyi. Sebahagiannya buang tudung dan ubah pemakaian untuk disesuaikan dengan tema lagu. Di masjid pula sudah menjadi trend penceramah perlu pandai menyanyi, melawak atau terus gunakan artis untuk menarik pendengar. Sampaikan lagu Hindustan yang bukan berasal dari budaya kita juga jadi budaya dalam ceramah.

Lebih dari itu, umat hancur apabila ia melibatkan pemujaan artis yang menyanyikan lagu itu. Dari yang muda seksi sampai ke nenek tua yang dah kerepot melakukan apa saja untuk menghiburkan peminat. Rezeki kurniaan Allah dibelanjakan untuk membeli CD, tiket konsert, kelab malam, karaoke dan sebagainya. Jika tidak dari umat, ia akan tetap dibelanjakan melalui pihak ketiga, samada dibiayai oleh pemerintah atau penaja, dana yang secara tidak langsung juga milik umat. Hasilnya hanyalah penciptaan generasi hedonisme yang hanya hidup untuk berseronok semata mata.

Dengan pengaruh lagu juga doktrin disumbatkan ke jiwa generasi. Black metal contohnya akan lebih ke arah pemujaan syaitan, agresif, sex bebas dan pemberontakan. Dari situ akan menyebabkan peminatnya membentuk kelompok sendiri yang tidak sebulu dengan yang lain. Mereka berbangga dengan kelompok masing masing sehingga boleh menimbulkan pergaduhan sesama sendiri. Peminat Rock Metal contohnya tidak sebulu dengan geng hip-hop.

Pesta Muzik samada di kelab atau terbuka juga sering menimbulkan gejala sosial yang parah. Tragedi Bukit jalil baru baru ini telah memperlihatkan gejala pergaulan bebas, penyalahgunaan dadah sehingga 6 remaja mati dalam keadaan mengejut dan mengerikan. Puluhan lagi tenat di ICU. Dengan penemuan kondom yang bersepah, seks bebas tidak perlu diulas lagi. Perbelanjaan wang untuk berhibur sudah pasti tidak sedikit yang terbazir. Sila rujuk kepada 3 hadis berikut yang terpapar dalam link yang berikut ini.

18. KERA & BABI – PERANAN ARTIS & MUZIK, KHAMAR YANG DIUBAH NAMA
35. LIMA BELAS FENOMENA AKHIR ZAMAN YANG MENYEBABKAN BALA
36. LIMA MAKSIAT YANG DISEGERAKAN BALASANNYA


Dahulu orang Islam hanya mampu menganjurkan acara kecil kecilan sahaja berkaitan muzik ini. Semua kelab malam dan konsert mega yang gila gila hanya dianjurkan oleh penganjur bukan Islam. Hari ini banyak sekali penganjur konsert mega jutaan ringgit, juga pemilikan kelab malam dan dangdut oleh orang Islam. Habis warga emas dan makcik-makcik GRO separuh abad ikut mabuk mabukan dan bermaksiatan. Anak isteri terabai, maksiat dan zina berleluasa bukan sahaja di kalangan remaja, malah kalangan warga tua di pusat-pusat hiburan yang berbeza.

SPORT

Secara positifnya sport boleh menyihatkan badan dan membentuk semangat berpasukan. Namun apa yang seharusnya dijadikan RIADHAH itu ada batas dan akhlak tersendiri dalam Islam. Hari ini, Sukan telah banyak dicemari dengan unsur yang menghancurkan agama.

Dalam strategi teologi, sukan telah banyak membuatkan kita lagho (leka), membuang masa, berpuak-puak dan bermusuhan. Berapa ramai mengingkari aturan berpakaian, meninggalkan solat, bergaul bebas kerana sukan? Islam mengaitkan MASA yang terbuang itu dengan pembaziran tenaga, wang dan potensi umat. Tidak kurang keluarga yang jadi porak peranda, remaja hanyut dengan maksiat akibat dari ketaksuban terhadap sukan.

Kisah penggal kepala yang banyak diriwayatkan oleh umat terdahulu amat asing dan sukar kita percayai sebelum ini. Hari ini berderet-deret video dan gambar menayangkan puluhan kepala yang dipenggal. Ini mengingatkan kita dengan kisah kepala cucu Rasulullah SAW yang dipenggal dan disepak-sepak macam bola sepertimana yang kita lihat di video dari tanah Arab. Ia juga dikatakan terkait dengan asal usul sukan bolasepak.

Upacara larian dan nyalaan OBOR, yang menjadi amalan dalam perasmian dan penutupan kejohanan sukan juga terkait dengan propaganda Perang Salib. Analogi Api dan cahaya yang terkait dengan ilmu yang menyuluh hidup dan membakar semangat umat, yang telah dinyalakan oleh Rasulullah SAW bersama para sahabat itu kini telah dibawa lari dari kita. Sekarang kita diperbodohkan dengan acara larian itu yang sebenarnya sedang menghina kita. Fikirkanlah.

Sewaktu sebahagian besar dari kita menumpukan pada sesuatu perlawanan contohnya, sudah HILANG FUNGSI SUKAN untuk berpeluh menyihatkan badan. Ia berganti dengan satu budaya ‘PESTA & PERJUDIAN’ yang banyak membuang masa dan menyebabkan banyak perpecahan dan kelalaian. Tidak kurang juga pelbagai kemaksiatan yang berlaku semasa bersukan dan meraikan kesukanan.

Demi menonton sukan, baik di TV ataupun di lapangan, kita berjaga, berbelanja, tinggalkan kerja, abaikan rumahtangga dan perjuangan agama bangsa, hanya untuk memuaskan hati semata-mata. Tidak kurang juga aktiviti perjudian dan rusuhan dari pelbagai acara sukan ini. Wang negara BANYAK dilabur hanya untuk membiayai sarana dan penganjuran pelbagai acara sukan. Apa hasilnya ?

Umat Islam, khususnya kaum hawa diperintahkan diam di rumah. Nisa’ ada disiplin tersendiri dari segi pemakaian dan aktiviti sosial. Sukan telah banyak menghalang perlaksanaan disiplin yang telah Allah dan rasul tetapkan itu. Hari ini, dari tadika sampai jadi ibu di universiti dan alam pekerjaan, wanita terkinja-kinja bersukan, terlolong lolong bersorak, ada yang pakai seluar dan skirt pendek, pakai bikini dan sebagainya ditonton pula oleh lelaki. Bila ramai yang hilang ‘dara’ juga dengan mudah dikaitkan dengan sukan. Bagaimana akhlak dan adab pemakaian Muslimah boleh dilaksanakan dengan sempurna jika mereka masih digalakkan bersukan?

Kerana sukan kita boleh beri CUTI UMUM seluruh negara atau negeri secara mengejut. Bayangkan berapa banyak kerugian akibat urusniaga, temujanji serta perancangan ekonomi dan sosial yang terhenti gara gara cuti umum mengejut berkaitan sukan itu.

KESIMPULAN

Selaku Warga yang Prihatin dengan nasib agama dan bangsa ini, tugas kita hanya saling ingat mengingat sahaja. Kepada Pak Menteri yang kami kasihi, ingin kami tegur dengan senyuman bahawa kenyataan ‘BERKORBAN DEMI SUKAN’ itu bermakna kita sudah jadi HAMBA SUKAN. Itu sudah lari dari maksud ikrar melalui Fatihah, khasnya ayat ke 5 yang kita baca 17 kali sehari dalam solat. Sila rujuk artikel berikut,


Propaganda ini adalah keterlanjuran umum yang sudah terserap menjadi budaya kita, bukan mengena pada menteri sahaja. Jadi marilah kita saling ingat mengingati, sama-sama beristighfar dan menanam azam untuk ‘Kembali ke Rahmatullah’ melalui hidayahnya sewaktu hayat masih di kandung badan.

Sukar untuk doa orang lain agar kita KEMBALI KE RAHMATULLAH itu dimakbulkan setelah kita mati nanti jika kita tidak pernah cuba untuk melakukannya sewaktu hayat kita. Ini kerana setelah mati nanti, amalan kita telah TERPUTUS dan tidak mampu memperbaiki kesilapan lagi. Berhentilah kita dari menipu diri sendiri bahawa sesungguhnya kita sedang mengalami banyak kekalutan mengendalikan hidup bermasyarakat dan bernegara.

Berhentilah mencari pelbagai ALASAN, semata-mata ingin memuaskan selera nafsu kita sehingga sanggup mengingkari aturan agama dalam kehidupan kita. Jangan UBAHSUAI agama untuk disesuaikan dengan kehendak nafsu kita. Sebaliknya UBAHSUAI diiri kita untuk mematuhi aturan agama dalam apa sahaja isu kehidupan kita.

Hidup ini sebenarnya terlalu singkat. Umur kita dan waktu 24 jam sehari tidak akan bertambah. Jika kita sudah banyak gunakannya untuk aktiviti lagho, PASTI PERUNTUKAN WAKTU UNTUK ALLAH AKAN BERKURANGAN.

“Demi masa, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal SOLEH (amalan yang membawa pembaharuan - ISLAH), Dan saling berwasiat dengan kebenaran, berwasiat dengan kesabaran”. (QS: AL-ASR)


Sumber dari Facebook http://prihatin.net.my/

Bukan milik saya article ini.. Semua milik prihatin.net 
Read More...

6.22.2014

Happy birthday to me..

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO




happy-birthday-cake-with-roses-

Okay hari ni hari lahir saya yang ke 24 tahun..

Read More...

6.17.2014

Saya ni ada insomnia

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO


Mula tahu yang ada insomnia waktu sekolah dulu sebab waktu sekolah selalu tido lewat dan study.. Bila habis SPM je terus tak boleh tido ingatkan memang tak boleh tido ni pasal banyak tido petang tapi tak jugak sebab saya ni jarang tido siang bak kata orang kedah tak tido siang pun tak boleh tido jugak malam lepas tu baru la Google pasal benda ni rupanya saya ada insomnia tapi tak teruk just acute insomnia je tapi sekarang dah teruk sangat sampai pukul 5 pun tak boleh tido petang langsung tak tido bangun pun awal bukan main lepas tu tak tau la, ada la sakit kepala.. Tapi doktor kata yang penyakit ini akan sembuh dengan sendirinya sebab penyakit ni tak ada ubat nak sembuhkannya.. Sekarang ni jam menunjukkan pukul 3.48 pagi masih tak boleh tido dah try buat macam macam,
macam minum susu suam la , baca buku la,  berzikir la semuanya tak jadi  saya dah tak tau nak buat macam mana lagi supaya saya boleh tido awal pun saya tak tahu la.. apa apa pun saya percaya cakap doktor tu yang penyakit ini akan sembuh dengan sendirinya.. yang pasti kembali pada pencipta kita iaitu Allah  dah la rasa macam nak pergi cuba tido kejap pun jadi la untuk rehatkan minda dan badan dari tekanan yang dapat hari ini.. 
Read More...

i hate my birthday

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO

Saya benci hari lahir saya sebab bukan hadiah yang saya dapat tapi letaran dari mak setiap tahun saya dapat hanyalah letaran saja saya bukan nak kan hadiah yang berbetuk kebendaan saya hanya hendakkan satu ciuman dari ibu dan ayah sahaja..  tu buat hati saya bahagia sampai saya mati tapi sampai mati saya tak kan dapat.. kerana apa saja yang saya buat asyik salah dimata mak dan ayah apa yang saya harus buat.. kerana kesalahan yang kecil pun saya dimarahi oleh mak.. ayah tak perduli pun tentang aku pun Dia tahu hanya kerja dan kerja saja tapi saya bersyukur kerana ayah masih ada aku sayang sangat pada ayah.. ayah saya anggap macam malaikat yang menjaga saya menjaga keluarga saya Dia la raja hati saya..  mak pulak saya anggap sebagai sebagai pemaisuri di hati saya yang paling penting  saya anggap mak saya tu nyawa saya yang saya akan jaga.. walaupun saya tak dapat apa apa pun di dunia ini tapi saya pasti akan dapat di akhirat nanti insyaallah  apa yang penting sekarang ni saya masih ada ibu ayah untuk saya doa kan dan mendoakan saya. Diaoranglah raja dan ratu hati saya. Pasal hari lahir saya ianya dah dekat untuk pengetahuan pembaca 22 hari bulan ni hari lahir saya yang ke 24 tahun.. Saya berharap yang saya diberikan umur yang panjang agar saya boleh berkhimat pada ibu dan ayah saya hingga salah seorang dari kami menutup mata buat selamanya saya tahu yang para pembaca mesti harian kenapa saya kata macam tu.. Kita tak tahu yang siapa diantara kami akan pergi dahalu sekiranya saya pergi dahalu saya akan mengaharapkan saudara saya iaitu abang kakak dan adik adik saya untuk memjadi meraka.. Aminnnn apa apa pun i love my family
Read More...

Seorang bayi berusia 18 bulan nyaris disembelih oleh abangnya.

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO

Si abang yang berusia tiga tahun sebelum itu menemani bapanya ke pusat penyembelihan biri-biri di daerah Naseem di Riyadh dan menyaksikan cara haiwan itu disembelih.

Menurut akhbar Sabq, apabila pulang, dia mahu melakukan proses sama terhadap adiknya, Shawq.
Dia mengambil pisau di dapur dan cuba menyembelih adiknya.

Mujur kejadian itu disedari ibu bapa mereka yang membawa mangsa ke hospital.

Menurut si bapa, keluarganya didatangi tetamu dan dia keluar ke pusat penyembelihan untuk membeli daging biri-biri bagi meraikan mereka, membawa bersama anak lelakinya.
“Apabila pulang, kami terkejut melihat dia menyerang adiknya, menikamnya di dada dan leher. Dia meniru apa yang dilihatnya di pusat penyembelihan itu. “Darah keluar dengan banyak hingga menyebabkan kami cemas. Mujur saya sempat membawa Shawq ke hospital,” kata bapa kedua-dua kanak-kanak itu. - Agensi

sepatutnya tak perlu mambawa kanak kanak ke tempat macam tu dia akan meniru apa saja yang dilihatnya.. 

Sumber berita dari harian metro 
Read More...

6.15.2014

Hanya blogger saja yang jamah cadbury,JAKIM tidak??

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO

KUALA LUMPUR: “Kami  tidak takut dikecam. Malah sanggup berdepan dengan mana-mana individu sekalipun.” Itulah pengakuan berani yang disuarakan Presiden Aktivis Siber Malaysia (ASM), Md Faisal Ahmad yang mempertahankan imej JAKIM susulan isu coklat Cadbury yang didakwa sebelum ini ada DNA babi.

Katanya pengguna harus mempercayai sepenuhnya keputusan status halal yang dikeluarkan JAKIM selaku pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal.

“Sebagai pengguna Islam, kami percaya dan yakin dengan keputusan tersebut kerana JAKIM tidak akan mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberikan khususnya kepada umat Islam.”

Tambahnya lagi kaedah ujian dan pensijilan halal oleh JAKIM mencukupi untuk mengesahkan status produk tersebut.

Ketika ditanya mengapa JAKIM tidak turut menjamah coklat Cadbury itu, tegas Md. Faisal pihak JAKIM tidak berhak untuk dipaksa berbuat demikian.

Dalam pada itu pihak Astro AWANI yang cuba untuk mendapatkan reaksi daripada wakil pegawai JAKIM berkenaan isu jamah Cadbury, gagal untuk mendapatkan beliau.

Dalam pada itu, penggiat media sosial menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar tampil memberi kenyataan mengapa keputusan ujian DNA babi ke atas dua produk coklat Cadbury iaitu Cadbury Dairy Milk Roast Almond dan Hazelnut dibiarkan utuk tempoh tiga bulan.

Menurut Md Faisal lagi, isu ini terjadi selepas KKM pada mulanya mengesahkan ada DNA babi pada awal Februari, namun membiarkan perkara ini sehingga 5 Mei.

“Kita juga mahu tahu mengapa KKM tidak menjalankan ujian kedua bagi mengesahkan penemuan awal, dalam penemuan kontroversi seperti ini adalah tidak wajar pihak Kementerian tidak membuat sebarang tindakan ujian lanjut dan berdiam diri sahaja.”

Katanya, tindakan itu bukan sahaja mengaibkan Malaysia sebagai peneraju hab halal yang menyumbang hampir tiga trillion ringgit setahun kepada negara, malah kepada seluruh kakitangan syarikat pengeluar jenama coklat terbesar dunia Cadbury.

Mereka ditemui pada Forum Sijil Halal Malaysia dan Kontroversi Cadbury: Satu Perspektif yang dihadiri penggiat media sosial yang lain.

Pada 23 Mei, produk coklat Cadbury iaitu Kacang Hazel 175 gram (kelompok 200813M01H I2 tarikh luput 13 Nov 2014) dan Buah Badam  175 gram (kelompok 221013N01R I1 tarikh luput 15 Januari 2015) telah dikesan mempunyai Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi atau porsin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beberapa hari selepas itu, JAKIM membuat pengumuman bahawa dakwaan KKM sebelum ini mengenai penemuan DNA babi di dalam dua produk Cadbury itu adalah tidak benar dan mengesahkan kedua-dua produk itu sebagai halal.

Sumber dari  http://www.astroawani.com
Read More...

6.09.2014

mam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO

Photo: Imam Besar Masjid Sultan Saluddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Ahmad Mustafa Mohd Sidin Al-Muqri meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, 9.07 malam ini. Selanjutnya di http://ow.ly/xN0Cz


Shah Alam: Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ahmad Mustafa Mohd Sidin Al-Muqri, meninggal dunia pada usia 39 tahun, di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, malam tadi.
Allahyarham Ahmad Mustafa, disahkan meninggal dunia pada 9.07 malam akibat komplikasi jantung, selepas enam hari dimasukkan ke IJN. 
Kematian Allahyarham disahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Ahmad Zaharin Mohd Saad dalam satu kenyataan, di sini. 

Ahmad Zaharin berkata, Allahyarham dimasukkan ke IJN selepas mengadu sesak nafas.

"Jenazah akan dibawa ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk dimandi dan dikafankan malam ini.

"Bagi mereka yang ingin menziarahi Allahyarham boleh datang ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk berbuat demikian," katanya.
Sumber dari harian metro 
Read More...

Segmen Saya Mahu Doodle Dayang Deno

klik banner untuk penyertaan

**Perhatian
  • 30 Pemenang dicari
  • Setiap pemenang akan mendapat sepasang doodle *seperti yang terdapat pada gambar
  • Cara pemilihan pemenang melalui Random.org 


Tamat : 11.59malam @15 Jun 2014

Read More...

6.08.2014

Kepada isterku

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO


Read More...

4 Ulama besar Mesir dihukum mati

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO


4 Ulama besar Mesir dihukum mati oleh kerajaan zalim As-Sisi :

1. Dr Abdul Rahman Al Barr - Ulama Hadis. Dekan Kuliah Usuluddin. Juga dirujuk sebagai Mufti Ikhwanul Muslimin.

2. Dr Abdullah Hasan Barakat - Dekan Fakulti Dakwah Al Azhar.

3. Dr.Jamal Abdul Hadi - Pakar Sejarah. Juga Ahli kesatuan Ulama Dunia.

4. Syeikh Mohammad Abdul Maqsud - Pendakwah terkenal.

Allahu. 

Moga Allah menimpakan balasan yang setimpal atas perbuatan As-Sisi.

Kita pula janganlah hanya sekadar bersedih, lakukan sesuatu. 
Paling kurang kena selalu berdoa untuk Mesir dan seluruh umat Islam di serata dunia.

Read More...

6.06.2014

Tahniah Farisya Anastasyia

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO


Tahniah kepada pemilik blog www.duniafarisya.com maju setapak lagi dalam dunia blog ini.. masuk Mingguan Wanita.. Tahniah sekali lagi dari NS.. Bila agaknya blog NS nak masuk majalah huhuhu bukan harap pun bloh masuk majalah tapi rasa macam artis pulak.. 

Read More...

Nak suami

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO


Nak suami kaki gamers boleh?? Nak suami yang nerd yang hanya duduk depan komputer bila balik kerja jarang keluar rumah tak ada kawan yang paksa dia keluar ni bukan mengkonkong tapi lagi bagus kalau dia ada depan mata sepanjang hari bila cuti dan bila balik kerja terus balik rumah tak melencong ke tempat lain.. Pokonya nak suami yang hormati ibu bapa dan pasanganya nak suami yang beriman bukan setakat main gamers tapi tahu hukum hakam agama dan paling penting tak tinggal puasa dan solat kalau kaya pun bonos la tak handsome pun tak apa cuma baik hatinya dan matang dalam membuat perancangan bijak berbicara tak kisah pun jenis kerata dia ada asalkan dia ada kerata.. Harap dia ada rumah dan ada tempat berteduh dengan selasa tak kisah pun rumah tu besar atau kecik asal ada rumah untuk berteduh tak kisah dia berkulit hitam atau putih asal dia lelaki jangan pondan cukuplah heheh apa apa pun bila kahwin saya tak akan letak duit hantaran yang banyak sebab saya bukan jenis yang suka jual mahal.. 

Read More...

6.05.2014

Segmen Blogwalking Di Bulan Jun By Miss BaNu.



Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Segmen, so harap korang semua sudi join segmen simple ni hehehe.

Syarat2
1) Harap Korang boleh Follow Blog ini ..
2) Buat entry dan letakkan tajuk Segmen Blogwalking Di Bulan Jun By Miss BaNu.
3) Like My Fanpage Facebook Jika Sudi.. 

4) Tinggalkan link entry korang di ruangan komen di bawah ini.
5) Segmen ini bermula pada 4 Jun dan berakhir pada 15 Jun 2014.

Read More...