10.31.2014

Segmen : Blogwalking By DayangDeno #2

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..



Nak join kilk sini Dayang yang comel

Syarat dan terma

Cara penyertaan :
1. Follow blog DayangDenoLike fanpage -->> dan Add To Circle Google+ DayangDeno
2- Tajuk entri bebas. Entri pun bebas^^ 
3- Copy banner di atas dan linkkan ke entri ini
4- Publish dan paste link penyertaan anda di ruangan komen.
5- Dua peserta bertuah bakal menerima doodle art 
6- Pemenang akan dipilih melalui Random.org :)

>> Doodle ART ll Senarai Peserta <<


**Tarikh tamat segmen pada 11.59pm, 20 November 2014

Read More...

Kedah sekali lagi dilanda puting beliung

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..



Alor Setar: Lebih 30 rumah di sekitar daerah Kota Setar rosak teruk selepas dilanda puting beliung dalam kejadian kira-kira 5 petang tadi.
Difahamkan, antara kampung yang terbabit ialah Kampung Batin, Taman Mergong Jaya Fasa Satu, Taman Inang dan Kampung Sungai Baru.
Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima laporan awal berhubung kejadian pada jam 5.22 petang dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja dengan kekuatan enam anggota diketuai Pehawai Bomba Khairil Anuar Said dikejarkan ke lokasi salah sebuah lokasi iaitu di Taman Mergong Jaya.
"Sebaik tiba di lokasi, anggota mendapati rata-rata rumah penduduk rosak teruk di bahagian bumbung dan garaj rumah akibat diterbangkan angin.
"Berikutan kejadian angin kuat pokok-pokok landskap berhampiran rumah penduduk dan di tepi jalan utama juga tumbang. Jumlah sebenar rumah yang rosak masih dalam siasatan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku," katanya.


Read More...

Saifu Nang : Nama : YB Dato Seri Shahidan Kassim

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

Nama : YB Dato Seri Shahidan Kassim
Parlimen : Arau, Perlis
Saya ingin mulakan cerita DSSK, ya itu singkatan sinonim beliau dalam kalangan rakyat Perlis.
Saya ingin bawa saudara menelusuri kisah hidup beliau bagaimana naik turun politik beliau dan mengapa majoriti rakyat Perlis meyayangi beliau.
Tahun 1982 semasa beliau belum lagi menjawat jawatan dalam politik, ketika beliau masih lagi Pegawai PTD, orang Perlis tahu kisah beliau ditukar ke luar negeri dgn notis singkat kerana MB ketika itu menganggap dia sebagai 'threat' kepada karier politik beliau. Kerana ketika itu belum lagi ada anak Perlis yang mempunyai karisma seperti beliau.
Kemudian beliau pulang ke Perlis, mencebur diri dalam politik secara serius dan pada tahun 1986 hingga 1995 menjadi MP Arau. Tahukah ketika menjadi MP Arau ketika itu beliau antara pemimpin yang lantang dan berani menzahirkan isu rakyat. Buktinya bacalah teks ucapan beliau semasa membahaskan usul bersejarah pindaan perlembagaan negara pada tahun 1993, beliau bangun tanpa gentar membahaskan usul yang paling sensitif kepada bangsa Melayu dan negara. Sedangkan ketika itu kebanyakkan MP lebih rela berdiam diri kerana ragu-ragu untuk bersuara lantang dalam isu ini.
Seterusnya era 1995-2008, era ini orang Malaysia mula mengenali Perlis, ketika ini orang luar mengenali Perlis bukan lagi sebahagian di dalam negeri Kedah, ataupun di Perlis ini hanya terdapat Padang Besar dan Wang Kelian. Di era ini orang luar mula berbicara tentang Perlis, orang mula kenal Shahidan Kassim, orang mula sedar hakikat kewujudan negeri paling kecil di utara Malaysia.
Mengapa ini berlaku ? Mengapa Shahidan Kassim amat dikenali di luar dan didalam negeri ? Kerana sikap beliau:
Menyokong kerajaan atau menyokong pembangkang, orang Perlis perlu mengakui hakikat sifat dermawan Shahidan Kassim, rumah beliau umpana 'Police Station' atau '7-Eleven'. Mengapa? Kerana 24 jam pintu rumahnya terbuka untuk mana-mana insan yang datang perlukan pertolongan.
Duit anak sekolah, duit susu anak, duit bantuan pelajar, RM50, RM30, mahu lembu korban, pibg mahu sumbangan, generasi muda mahu modal mula berniaga, apa saja bahkan ke duit mahu makan nasi tengah hari pun orang datang. Dari segenap pelusuk negeri Perlis bahkan ada yang sanggup datang jauh dari negeri jiran semata-mata mahu meminta bantuan daripada Shahidan Kassim. Perlu ditanya mengapa ramai yang datang memohon bantuan daripada beliau? Kerana tidak pernah dalam hidup beliau, semasa menjadi MP biasa, MB, Adun biasa dan kini Menteri Penuh beliau akan membebankan dengan birokrasi, tiada borang, tiada penjamin, tiada perlu tandatangan JKKK, datang berjumpa insyaallah akan dibantu.
Orang Perlis ingatkan lagi semasa banjir besar melanda Perlis pada 2005, berapa lama rakyat Perlis mendapat bantuan banjir tersebut? Bantuan banjir yang berlaku 2005 diteruskan sehingga bertahun selepas kejadian itu, sedangkan rumah sudah dicat baru, perabut sudah dibeli baru, bantuan masih juga diberi.
Orang Perlis ingatkan setiap bulan Ramadan dari tahun 2004 setiap malam akan diadakan majlis berbuka puasa, tazkirah dan tarawikh beramai-ramai di Dewan Warisan dan kemudiannya dengan sumbangan. Bukan sedikit setiap malam rakyat Perlis bahkan dari luar negeri yang datang, setiap malam lebih kurang 1000 yang akan dipilih menerima sumbangan. Daripada fakir miskin, ibu tunggal, orang tua, anak yatim, pesara kerajaan, gologan oku, pekerja kerajaan, pekerja swasta, pelajar universiti luar dan dalam Perlis, pelajar sekolah menengah dan rendah semuanya menerima bantuan wang dan hamper makanan atau peralatan elektrik. Bukan sekali bukan dua kali tapi sehingga tahun 2008 ianya dijalankan. Berapa ramai yang memperoleh manfaat daripadanya. Ia mungkin ada yang berkata RM50 bantuan duit dan hamper makanan bernilai RM50 apalah sangat, namun bagi ibu-ibu tua, anak yatim, fakir dikampung ianya amat lah besar bagi mereka.
Bukan itu sahaja, suasana keakraban dari semua lapisan masyarakat berkumpul, berbuka puasa bersama-sama, yang berada dan yang kurang berada semua berbuka sekali, solat sekali, mendengar tazkirah sekali, bahkan bangsa Cina, Siam, India turut dijemput, keharmonian dibajai dan menyubur dengan pesat ketika itu.
Itu belum disentuh lagi berkenaan bola sepak, bila Singa Utara mula dikenali oleh orang luar, semasa zaman beliau juga. Berkenaan pendidikan jangan dilupa KUKUM (Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia) merupakan inisiatif beliau, ataupun sekarang ini gah dengan nama barunya UniMaP (Universiti Malaysia Perlis). Dan pembagunan Sunnh di Perlis semakin berkembang semasa zaman beliau, ahli akademik diambil menjawat jawatan dalam pentadbiran negeri. Dari segi pembangunan rohaniah, IPTIPs (Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis) telah ditubuhkan. Ramai graduan yang menyambung pengajian ke Madinah dan lain-lain tempat lagi.
Iya saya akui, banyak juga salah dan silap benar, tapi daun-daun bakti beliau yang lain wajar dihargai, jangan kerana sedikit kesalahan, ribuan kebaikan beliau kita pejamkan.
Tanyalah anak kecil dikampung sana, kenalkah Shahidan Kassim, tentu jawab mereka ya dia MB Perlis yang selalu belanja aiskrim masa kenduri.
Tanyalah petani tua di jauh sana, kenalkah Shahidan Kassim, ya dia selalu jalan kaki datang ronda kampung.
Tanyalah peminat bolasepak disana, kenalkah Shahidan Kassim, iya semasa dialah kami mampu ke pentas final hampir setiap tahun.
Tanyalah peniaga kecil diluar sana, kenalkah Shahidan Kassim, jawab mereka dapur ini Dato Seri yang berikan modal. Tanyalah ajk masjid dikampung sana, kenalkah Shahidan Kassim, jawab mereka haa dia selalu mai tak bagitau dulu, tiba-tiba ada sahaja.
Tanyalah anak kariah masjid, kenalkah Shahidan Kassim, maka jawab mereka iya nasik lemak Dato Seri kenduri lepas kuliah Maghrib sedap belaka.
Tanyalah pelajar universiti dan pelajar sekolah, kenalkah Shahidan Kassim, kenal dia selalu bagi sumbangan kepada kami pelajar cemerlang, adakan jamuan.
Tanyalah mangsa banjir atau bencana di Perlis, siapa dulu yang akan sampai memberi bantuan, kalaupun kejadian terjadi pukul 4 pagi, sudah semesti Shahidan Kassim, siapa yang tidak tidur malam pada tahun 2005 sehingga air surut, memastikan rakyat negerinya mendapat makan dan tempat lena ketika banjir semakin memburuk, tanyalah mereka, maka jawabnya tentulah Shahidan Kassim.
Tanyalah setiap anak negeri Perlis siapa dia Shahidan Kassim, maka kami akan jawab dalam 8 Menteri Besar Perlis, Dia ialah antara yang paling disayangi dan disenangi rakyat.
Iya saya akui sekali lagi, beliau ada salah dan silap, tapi untuk menafikan kebaikan beliau, dengan mencerca beliau itu jauh sama sekali. Inilah sedikit coretan kecil sebahagian perjalanan perjuangan DSSK kepada rakyat Perlis.
Dikirim oleh
IBRAHIM
"Minggu Cerita Baik-baik Tentang Ahli Politik". Kita sambung balik. 4 hari cuti kerana kesihatan kurang mengizinkan. Jika ada cerita tentang AHLI POLITIK / PEMIMPIN yang masih lagi anda lihat berjiwa pemimpin yang ikhlas, sila kongsikan dengan saya di PM. Saya akan cuba paparkan. TIDAK KIRA MEREKA PKR, UMNO, PAS atau parti apa sekalipun.
Seringkali kita bercerita tentang keburukan orang, jarang sekali memberi laluan kepada kebaikan mereka untuk kita tauladani jika satu hari nanti kita pula yang berada di tempat mereka. KITA OFF cerita negatif dulu dan kita sebarkan kebaikan untuk kita tauladani. INGAT...NEGATIVE COMMENTS WILL BE EXECUTED!!


Hak milik Saifu Nang sepenuhnya.. 
Read More...

The Last : Naruto The Movie

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

Okay bagi peminat Naruto macam aku ni memang akan sedih dan pastinya rabu minggu depan satu hari yang menyadihkan sebab minggu depan Naruto bagi manga akan ke chapter terakhir.. Dan ini membuatkan aku akan bersara dari dunia manga dan bagi dunia anime pulak aku akan bersara apabila Parasyte habis so Parasyte ni dah nak episode 5...



Ini ialah gambar poster The Last Naruto The Movie

Okay manga dia layng last akan keluar dan dengan kata yang akan ada dua chapter sekali gus best tapi sedih


Bagi anime pulak ini ialah



Ini Parasyte atau dalam bahasa Japan ialah  Kiseijuu: Sei no Kakuritsu 

Cerita ni bast dan seram 
Read More...

10.18.2014

Segmen Bloglist Blogger Terhebat Blog Parihh

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..



Nak join kilk sini

Blog Parihh

Ini syaratnya :

Syarat2 :


  1. Follow Google+ Circle 
  2. Follow Blog Parihh
  3. Like facebook page SINI
  4. Tulis entri tajuk " Segmen Bloglist Blogger Terhebat Blog Parihh "
  5. Copy paste banner
  6. Send link dalam ruangan komen kat bawah entri ni
  7. Selesai
Tarikh : 18/10/2014 - 20/10/2014
Read More...

10.14.2014

Contest Blog Comel By: Sheda Ucu

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..


(Sape Nak Join Tekan Banner Atas)

Contest Blog Comel By: Sheda Ucu  Di Anjurkan Oleh Sheda Ucu 
 Bermula 15 september  hingga 15 oktober Dengan Penaja Bersama 


Read More...

Parlimen Britiain Iktiraf Palastin

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..




Nilai simbolik kepada usaha untuk merdaka

Nantikan berita penuh di Harian Metro




Read More...

3 Gaun Pengantin

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

1)




2)



3)



4)



Mana pilihan korang aku pilih no 3 sebab aku ni agak suka merah

Nak tak aku dapat gambar ni kat mana.. Aku dapat kat sini la https://www.facebook.com/chalany
Read More...

Dunia Sudah Nazak by Saifu Nang (part 2)

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..



Iklan seperti ini semakin menjadi-jadi. Lebih biadab lagi apabila ia sengaja ditampal merata-rata di setiap posting page yang berunsurkan Islam. 

Sebelum ini kami pernah dedahkan adanya page video lucah yang menggunakan akaun bernama 'MAT KEDAH' berleluasa memuat naik berpuluh-puluh video lucah MELAYU berbagai aksi setiap sehari tanpa ada siapa peduli... Alhamdulillah kini dah di tutup walaupun bercambar akaun lain yang meneruskan aktiviti negetif itu.

Kalau macam ni punya iklan terang-terangan, maka zina bukan lagi berselindung sifatnya, malah siap diiklankan lagi... Berdasarkan hadis akhir zaman di mana ketika itu manusia melakukan zina secara terang terangan, tanpa segan silu malah berbangga bangga pula... memang sungguh ianya telah pun berlaku.

Ya ... kita memang sudah di akhir zaman. Memang sudah nazak sangat dunia ni.. Islam di Malaysia yang dikatakan negara Islam pun sudah tak selamat lagi.

Ada sesiapa dari telco, telekom, maxis, Digi atau pihak berkuasa PDRM, Suruhanjaya Keselamatan Multimedia atau siapa sahaja yang boleh bantu mengesan mereka ini melalui talian telefon atau internet.?

Kurang hajar benar dan agak kebal nampaknya. Berkali-kali kami banned, namun ia tetap muncul juga.

Boleh sesiapa yang mengenali mana-mana pihak berkuasa seperti di atas tolong foward mesej ini untuk tindakan lanjut.

WARGA PRIHATIN

P/S:

Untuk semua pembaca yang telah membaca iklan seperti ini dari akaun yang tersebut, sila ambil maklum bahawa seorang pembaca telah tampil untuk memberi pencerahan mengenai gambar profail yang digunakan seperti berikut,

Khairul Rizal Osman :
Salam semua, gambar ini gambar curi. Ianya milik rakan FB saya Hani Abdul Zabar.

Semuga maklumat dari beliau ini mampu menjelaskan sesuatu. Wallahuaklam.




Dari Saifu Nang official Facebook 
Read More...

Puting beliung di Pendang Kedah

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..



Kedah 14, Okt - Penduduk di Pendang, Kedah hari ini dikejutkan dengan kejadian puting beliung yang berlaku di sana.
Insiden tersebut dipercayai dikesan dan dilihat orang awam pada pukul 4.30 petang berikutan angin kencang serta hujan lebat yang melandan kawasan tersebut
Memetik dari sumber Melvister, tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan berlaku tetapi beberapa buah rumah dan juga sekolah di Kampung Alor Besar, Pendang dilaporkan mengalami kerosakan teruk akibat kejadian. 






Dari mana aku dapat ni nak tau dak dari sini la

http://www.mediasensasipanas.com/

Read More...

Kes Rompakan Di HENTIAN PUTRA KUALA LUMPUR

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..




Tarikh : 12 October 2014
Masa. : 1.30 PM
Tempat : HENTIAN PUTRA KUALA LUMPUR

Keterangan : Ayah saya En Ramli b Shafie umur 56 tahun asal dari Tawang, Bachok Kelantan sedang berehat di surau Hentian Bas Putra Kuala Lumpur setelah selesai menunaikan solat zohor sambil menunggu bas untuk balik ke Kelantan. Ayah saya telah didatangi oleh seorang pemuda lingkungan umur 20-30 dan meminta duit dari ayah saya. Ayah saya menyatakan yang dia tiada duit, lalu pemuda tersebut mula bertindak agresif dengan mengeluarkan pisau dan mengugut ayah saya serta cuba menerkam beg ayah saya. Pemuda tersebut menghunuskan pisau namun Alhamdulillah ayah saya lebih pantas dan merampas semula beg tersebut. Ayah saya sempat bergelut dengan pemuda tersebut menyebabkan tapak tangan ayah saya cedera terkena bilah pisau. Dengan izin Allah dan ayah saya juga seorang guru silat berjaya mematahkan serangan pemuda tersebut 'single handed'. Pemuda tersebut cedera teruk namun sempat melarikan diri dengan dibantu oleh seorang lagi pemuda bermotosikal yg telah menunggunya di luar Hentian Putra. Berhati2 kepada semua pengguna Hentian Putra sekiranya anda ke Hentian Putra pastikan berteman dan sekiranya nampak pemuda mencurigakan laporkan pada pihak polis atau keselamatan. Ayah sy bernasib baik kerana beliau masih mampu melawan. Minta dijauhi dari perkara yg tidak diingini.


Dari Facebook ohmedianetwork dan penmerahdotcom


Berhati hati lah tau 

Read More...

10.07.2014

sembelih korban cara baru

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

Foto

Kangar: Buat julung kali, empat ekor lembu dikorbankan menggunakan peralatan sangkar sembelihan hidraulik hasil cetusan idea anak tempatan yang disifatkan lebih mudah sempena program ibadah korban di Masjid Ar-Raudhah, Sungai Batu Pahat, di sini, semalam.
Sangkar berkenaan yang melalui proses inovasi disumbangkan oleh Taman Teknologi Malaysia (TPM) dengan kerjasama Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) pada Mei lalu sebelum digunakan penduduk untuk aktiviti korban yang hanya mengambil masa 10 minit bagi menumbang dan menyembelih setiap ekor lembu. 
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Batu Pahat Hamzan Hashim, 45, yang juga pencipta sangkar berkenaan berkata sebelum ini pihaknya menggunakan sangkar mudah alih untuk membaringkan lembu dan memerlukan tenaga manusia yang ramai sebelum disembelih. 

Menurutnya, apabila menggunakan sangkar sembelihan hidraulik bernilai RM20,000 berkenaan, proses sembelihan menjadi lebih mudah dan cepat sekali gus mengurangkan risiko kecederaan sama
ada kepada manusia atau ternakan selain dapat mengurangkan tekanan pada haiwan terbabit.
“Sebelum ini, kami mengalami masalah untuk menguruskan program ibadah korban kerana memerlukan masa antara 30 minit hingga satu jam selain memerlukan ramai tenaga kerja hanya untuk membaringkan seekor lembu sebelum disembelih tambahan pula jika lembu itu sukar dikawal.

Credit by 
Read More...

siapa luluskan??

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..



SHAH ALAM - Pas Selangor mendesak kerajaan negeri Selangor dan pihak berkuasa tempatannya menghalang penganjuran pesta arak 'Octoberfest' di kawasan terbuka kerana ia bercanggah dengan Akta 176.

Ketua Penerangannya, Zaidy Abdul Talib menegaskan pihaknya juga akan menggesa pihak berkuasa supaya menggunakan peruntukan kuasanya sama ada mengalih program maksiat itu ke tempat lain atau membatalkannya serta-merta.

"Pas Selangor juga meminta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil tindakan tegas kepada pihak yang bertanggungjawab mencetuskan kontroversi dengan menaikkan papan iklan Octoberfest tanpa kebenaran di sekitar Saujana Hotel Subang, walau ianya diturunkan semula selepas tiga hari dinaikkan.

"Apa jua bentuk perlanggaran undang-undang berlaku, Pas Selangor tidak akan teragak-agak untuk membuat tindakan tegas selaras dengan mempertingkatkan nilai-nilai kehidupan harmoni yang diperjuangkan oleh seluruh lapisan masyarakat berbilang agama dan bangsa," katanya dalam satu kenyataannya, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas penganjuran pesta arak yang telah pun bermula sejak 24 September lalu dan ia berlanjutan pada 25 hingga 27 September dan bersambung semula pada 1, 2, 3, 4 dan 10 Oktober serta berakhir 12 Oktober ini.

Mengulas lanjut, Zaidy yang juga Exco Pas Selangor menyifatkan agenda besar syarikat minuman keras itu sebagai tidak memahami sosio budaya dan sensitiviti agama di negara ini.

"Penganjur perlu sedar mengenai sensitiviti penganut beragama di negeri ini terutamanya penganut agama Islam, yang juga merupakan agama rasmi Persekutuan sebelum mengadakan sesuatu yang boleh mengugat ketenteraman dan keamanan awam.

"Agama Islam tiada berhalangan untuk selain penganut Islam meminum minuman keras kerana ianya merupakan hak orang bukan Islam," tegasnya.

Tegasnya lagi, jika pesta arak itu diadakan secara besar-besaran dengan menguar-uarkannya secara terbuka di pasar raya dan papan tanda, ia bukan sahaja melanggar tatasusila kehidupan masyarakat bahkan melanggar kepercayaan agama di seluruh dunia.


dan 


SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor tidak pernah meluluskan penganjuran festival arak 'Oktoberfest' di negeri itu, kata anggota exco kerajaan negeri, Zaidy Abdul Talib hari ini.

Penganjuran itu dilihat sebagai tidak memahami sensitiviti masyarakat beragama Islam, kata beliau yang juga Ketua Penerangan Pas Selangor.

"Tiada apa-apa kelulusan diberikan berkaitan dengan program ini, ia boleh digambarkan sebagai mencetus dan mencabar keharmonian yang sentiasa diterap dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Anggota exco bagi Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani Negeri itu berkata pihaknya telah meminta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil tindakan tegas kepada pihak yang bertanggungjawab menaikkan papan iklan festival itu.

Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar melahirkan rasa kecewa apabila papan iklan festival itu dipasang di sekitar Shah Alam.

Festival arak itu telah bermula sejak 24 September lepas, di beberapa lokasi termasuk di Saujana Hotel Subang dan Berjaya Time Square Hotel.

Kemuncak pesta tersebut akan diadakan pada 10 hingga 12 Oktober ini di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya.


Credit by http://www.sinarharian.com.my/
Read More...

Dracula Untold kaji semula tayangannya kerana ada Unsur hina islam..

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

Kuala Lumpur – Seorang ahli exco Pemuda Umno hari ini menggesa kerajaan mengkaji semula kelulusan penayangan sebuah filem Hollywood “Dracula Untold” yang kini ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Dr Fathul Bari Mat Jahya membuat gesaan itu menerusi laman Twitter, mengatakan penayangan filem tersebut perlu dinilai kembali kerana ia mempunyai unsur yang menghina agama Islam.

“Filem ‘Dracula Untold’ perlu dinilai semula penyiarannya. Ada unsur-unsur menghina Islam,” katanya melalui akaun Twitternya @ustazfathulbari.

Beliau juga turut menghantar mesej itu kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dengan meletakkan tag nama mereka.

Beliau ketika itu menjawab pertanyaan seorang daripada pengguna Twitter yang mendakwa filem itu sensitif kerana mempunyai babak yang menunjukkan di dalam perjanjian antara Sultan Turki dan Putera Transelvania, tertulis nama Allah.

“@markajinmim ada babak perjanjian dari darah atas kertas yang tertulis nama Allah. Sudah tentu menyentuh sensitiviti umat Islam,” kata Fathul.

Katanya, gesaannya itu bukan sahaja dilakukan terhadap filem menghina Islam bahkan beliau akan lantang mengkritik sekiranya ia terjadi kepada mana-mana agama.

“Kita juga tidak bersetuju mana-mana filem atau drama yang ada unsur penghinaan kepada mana-mana agama selain Islam. Islam menyeru umatnya memghormati perbezaan agama,” katanya.

“Dracula Untold” yang kini di tayangkan di pawagam merupakan produksi Universal Pictures diarahkan oleh Gary Shore.

Ia merupakan sebuah filem bergenre fiksyen seram diadaptasi melalui novel terkenal dari Irish iaitu Bram Stocker.

Ia mengisahkan seorang putera, lakonan Luke Evans, yang memerintah Transylvania terpaksa membuat perjanjian bagi menjadikan dirinya seorang pahlawan hebat demi menyelamatkan kerajaan dan keluarganya daripada cengkaman tentera Turki.

Filem tersebut dikritik kerana bukan sahaja memaparkan adegan bertulis kalimah Allah malah kerana menggambarkan watak antagonis Sultan Turki Sultan Mahmet II sebagai seorang kejam yang mengambil kanak-kanak menjadi bala tenteranya.

Fathul turut menggesa Perbadanan Filem Kemajuan Nasional Malaysia (Finas) memberi perhatian ke atas isu itu kerana katanya, sekiranya badan itu terus meluluskan penayangan filem yang tersasar daripada perkara sebenar, ia akan mendatangkan kesan buruk.

“Apabila yang tidak benar ditayangkan juga, implikasinya adalah buruk. Sebab itu saya cenderung kepada menilai semula penyiarannya. Bergantung kepada kebijaksanaan Finas,” katanya.


Credit by http://ejeninfo.blogspot.com/

Read More...

Nauzubillah min zalik.

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

Media Australia Couriermail.com.au melaporkan, Mayang Prasetyo mengenakan bayaran sehingga lebih RM1,300 sejam. 
“Mangsa kemudian dipotong dan ditanak suaminya di sebuah apartmen adalah pelacur kelas tinggi,” lapor laman sesawang itu. 

Memetik sumber, media itu mendakwa mayang turut memasarkan dirinya dan mencari pelanggan secara dalam talian.
Semakan di Internet menunjukkan Mayang - seorang pondan - menulis promosi di sebuah laman sesawang: “Rebut saya sekarang sebelum terlambat.”

Ibu Mayang, Nining Sukarni, berkata anaknya itu adalah orang yang banyak membantu keperluan kewangan mereka seharian. 

“Mayang sering menghantar wang terutama untuk dua adiknya yang baru berusia 15 dan 18 tahun,” katanya. 

Polis Australia menemui mayat busuk Mayang di apartmen didiaminya bersama Marcus Volke, 28, kelmarin selepas penduduk setempat mengadu terhidu bau busuk di situ. 

Nauzubillah min zalik Ya Allah 


Read More...

Foto | Sambutan Aidil Adha sekitar Gaza

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..































Credit by www.facebook.com
Read More...

10.06.2014

Berita sedih buat peminat ??????

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..




The official website for Shueisha's Weekly Shonen Jumpannounced on Monday that Masashi Kishimoto's Naruto manga will end in this year's 50th issue of Shonen Jump on November 10.
Kishimoto stated in 2012 that the series was rising towards its climax, and that he already had the ending in mind. Later the same year he said that he had a year and a half more to go with the story.
Kishimoto has been serializing the ninja manga in Shueisha'sWeekly Shonen Jump magazine since 1999, and Shueisha will publish the 71st compiled book volume in Japan on November 4. Viz Media will publish the 67th volume in North America on Tuesday. The series ranked 4th among the top 10 Shonen Jump titles in terms of volume sales in 2012.
The series has spawned multiple anime, anime film, OVA, and game adaptations. The Naruto Shippūden anime is still ongoing, and a film titled The Last -Naruto the Movie- is slated to open in Japan on December 6.

Read More...

10.02.2014

4.1 kg rambut dalam perut

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..



Nantikan berita penuh di Harian Matro esok

Tabiat gemar kunyah rambut undang padah


Read More...

DIPAKSA TELAN TANPA PILIHAN By SAIFUL NANG

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

Jika saya tinggal di London, New York atau paling terukpun di Guangzhao, Melbourne jika minyak naik saya tak terasa pun. Alternatif disediakan untuk saya sampai dari sejauh zon 6 Kota London ke tengah bandar ataupun ke zon 6 arah berlainan dalam masa kurang 1 jam sekalipun semasa penyuraian waktu puncak. Apa nak risau jika Tuan Mayor Kota London juga naik train ke tempat kerja, untuk mesyuarat dengan pelanggan di mana-mana sahaja juga boleh naik train. Belanja pun tak banyak, guna sahaja kad bulanan mereka itu boleh sahaja melacak ke seluruh London. Untuk ke Manchester, Nottingham (seperti kita nak ke Kota Bharu dan Kuala Terengganu) boleh guna train juga dengan kekerapan tinggi dan HARGA YANG MURAH (jika nak banding dengan pendapatan mereka, harga itu memang murah).
Hari ini kita dipaksa untuk telan kenaikan harga tanpa kerajaan tuntaskan keperluan pengangkutan awam yang sangat parah. Naik bas pun tidak pasti boleh sampai ke pejabat tepat atau awal dari masa walaupun ada lorong khusus untuk bas. Saya minat melihat lorong bas di Istanbul seperti track keretapi yang tidak boleh dilalui kereta. Tak perlu buat landasan dan tak perlu beli keretapi mahal-mahal. Guna bas sedia ada juga sudah lebih baik dari membuat projek pelebaran lebuhraya. Sampai kita ada 50 lorong pun masih tetap tak cukup.
Tindakan pentingkan diri juga boleh disabitkan. Jika hebat pengangkutan awam nanti Proton punya jualan merosot pula. Dr. M tak akan berdiam diri.
Malaysia sudah diwarisi kepada Datuk Seri Najib Razak dalam keadaan yang sudah parah. Dapat pula ke tangan anak yang lahir atas dulang emas yang tidak pernah merasai kesusahan rakyat secara realistik dan peribadi. Saya tersinggung semasa pertemuan bersama beliau dalam satu perbincangan "tehtarik" di Jibby & Co Subang awal tahun ini, beliau berseloroh tentang isu air dan saya lihat ia tidak kelakar langsung. Pada keadaan gawat air dengan penggunaannya bercatu dengan asbab beberapa dari kami bercatu air di rumah sehingga mandipun nak bercatu, beliau boleh berseloroh "Saya boleh mandi...rumah saya ada air" (lalu ketawa).
Saya tahu ini pedas untuk Datuk Seri dan saya juga harap tak perlu nak katakan ini secara umum. Email cadangan berkajang-kajangpun, yang membacanya bukan dia tetapi ditapis oleh lapisan yang mungkin lihat ini remeh. Tapi kita lupa, jika suara rakyat ini seperti air. Jika disekat dia akan melimpah juga sehingga satu ketika limpahan itu akan meruntuhkan empangan yang dibina selama 57 tahun.
Petronas diajar untuk mengatakan rezab minyak kita tinggal sedikit, tetapi kerajaan lupa jurutera-jurutera carigali Petronas ada mulut dan ada Facebook. Mereka boleh bercakap dan mereka selalu bercakap rezab minyak kita sangat banyak lagi. Sekecil Brunei itu sendiri rezab minyaknya masih lagi tidak habis-habis dan tidak akan habis sehingga 2030, mengapa kita boleh fikir rezab kita akan habis pada 2030-an?
Masalah bila orang senang mentadbir, semuanya mahu dibeli dengan wang. Berikan rakyat BR1M sebagai gula-gula yang tidak mengenyangkan dan tidak juga berkhasiat. Wang tunai ditabur-tabur seperti Ali Baba Bujang Lapok memberi sedekah di pasar-pasar.
Read More...

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ‎


Gambar dari Facebook.com 


Read More...