1.01.2015

Jepun tawar bantuan

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..




KUALA LUMPUR: Kerajaan Jepun melalui Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (Jica) berjanji untuk memberi bantuan kemanusiaan kecemasan bernilai lebih RM500,000 kepada negeri-negeri terjejas banjir di Malaysia.
Dalam satu kenyataan hari ini, Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur berkata, bantuan berkenaan adalah hasil rundingan dengan pihak berkuasa Malaysia sejak beberapa hari lepas.
"Kerajaan Jepun kini bersedia menawarkan dan menyediakan peralatan dan kemudahan bantuan kecemasan termasuk generator, pembersih air dan barang-barang kemanusiaan lain melalui Jica," kata kenyataan itu.
Kenyataan tersebut juga berkata kerajaan dan rakyat Jepun menyatakan simpati yang mendalam kepada rakyat Malaysia berikutan banjir besar yang melanda menyebabkan banyak mangsa di kawasan terjejas bencana itu dipindahkan.
"Kerajaan Jepun sentiasa bersedia membantu Malaysia dalam apa jua kejadian tragis dan sangat berharap bahawa kerajaan Malaysia dan rakyatnya akan tabah menghadapi kesukaran itu," menurut kenyataan itu

2 comments:

  1. Alhamdulillah ad yg membantu.. Papaglamz singgah kat sini.

    ReplyDelete


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.