1.21.2015

kanak kanak menembak adiknya

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..



MISSOURI - AMERIKA SYARIKAT. Seorang kanak-kanak lelaki 5 tahun dilaporkan menembak adiknya, bayi berusia 9 bulan di kepala.

Menurut laporan CNN, ibu kanak-kanak tersebut menelefon 911 dan mengatakan bayi tersebut ditembak menggunakan senapang paintball.

Senjata yang digunakan merupakan sepucuk pistol Magnum berkaliber .22.

Pegawai polis memberitahu, kejadian tersebut dianggap kemalangan dan tiada motif pembunuhan.

Sheriff Darren White memberitahu CNN bahawa bayi tersebut berada dalam kurungan bayi ketika abangnya terjumpa pistol tersebut di atas sebuah katil.

Petugas kecemasan mengesahkan bayi tersebut ditembak di kepala dan disahkan meninggal dunia.

Kejadian yang dilaporkan berlaku Isnin lepas merupakan salah satu kes penggunaan senjata api berprofil tinggi oleh kanak-kanak.

Sebelum ini, kanak-kanak berumur 4 tahun membunuh sepupunya menggunakan pistol yang dijumpai di bawah katil.

Bulan lepas, seorang kanak-kanak berumur 2 tahun menembak ibunya menggunakan pistol yang dijumpai di dalam beg ibunya.

Pada Ogos 2014, seorang jurulatih maut selepas terkena tembakan kanak-kanak berumur 9 tahun semasa latihan menembak.

Bahaya budak budak sekerang ni nohh dili kita main pistil kayu je sekarang ni budak budak ni main pistol sebenar 

1 comment:

  1. Memang pistol ni bahaya sebab budak-budak tak tahu bezakan samaada betul ke mainan..mak budak pun ada yang tak dapat bezakan...

    ReplyDelete


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.