1.09.2015

Komputer dengan harga yang mampoih nak beli

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

MSI hari ini secara rasminya telah memperkenalkan komputer riba terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu MSI GT80 Titan yang mana turut menjadi komputer riba memfokuskan permainandan turut hadir dengan sokongan papan kekunci mekanikal bersama-sama dengannya.
MSI GT80 Titan
MSI GT80 Titan
MSI GT80 Titan
MSI GT80 Titan ini hadir dengan skrin bersaiz 18.4-inci HD penuh, dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Core i7-4720HQ, dan juga dwi-kad grafik NVIDIA GeForce GTX 980M 8GB GDDR5 SLI. Komputer riba ini turut hadir dengan memori sebanyak 16GB RAM DDR3, ruangan storan 1TB + 384GB SSD, serta pemacu Blu-ray.
Dari segi saiz, MSI GT80 Titan ini boleh dikatakan agak besar, dan papan kekunci mekanikalnya agak menarik perhatian, disamping memudahkan para peminat permainan dalam mengawal permainan.
Pada bahagian atas sebelum papan kekunci, pihak MSI turut menyertakan sebuah ruangan untuk menaik-taraf pelbagai komponen pada komputer riba berkenaan dengan mudah tanpa perlu melalui proses sukar seperti sebelumnya.
MSI GT80 Titan
MSI GT80 Titan
MSI GT80 Titan
MSI GT80 Titan
Pada bahagian tepi papan kekunci pula, pihak MSI menyertakan ruangan num-pad yang turut sama berfungsi sebagai trackpad. Untuk paparan tambahan, pengguna turut boleh menghubungkan ia menggunakan output HDMI ataupun melalui DisplayPort.
Di Malaysia, MSI GT80 Titan ini ditawarkan pada harga RM13999.


Sumber dari http://amanz.my/

2 comments:


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.