2.02.2015

Galaxy A7

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

sumber by http://www.hmetro.com.my



Kuala Lumpur: Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd (Samsung Malaysia) mengumumkan peranti telefon pintar terbarunya, Galaxy A7 iaitu siri Galaxy ternipis yang dilengkapi dengan perkakasan premium untuk pengalaman sosial terunggul.
Naib Presiden Pengimejan Digital dan Teknologi Maklumat Mudah Alihnya, Lee Jui Siang berkata, Galaxy A7 menggabungkan rekaan logam bergaya dan prestasi berkuasa di mana ia dilihat amat bergaya ketika menyampaikan pengalaman tinggi bagi setiap penggunanya.
“Kami berusaha untuk membangunkan peranti yang sesuai digunakan pelbagai individu dan mendahului trend sosial terbesar pada masa akan datang,” katanya adalam kenyataan di sini, semalam.
Galaxy A7 dilengkapi dengan pemproses pelbagai teras yang menggabungkan dua pemproses quad core berasingan ia membolehkan penguna untuk melaksanakan tugas intensif data dengan cepat dan mudah. Ia turut memiliki memori 16 gigabait (GB) dan 2GB RAM untuk menguasakan semua media dan aplikasi kegemaran pengguna.
Ia kini boleh didapati dalam warna Pearl White, Midnight Black dan Champagne Gold dengan harga runcit disyorkan pada RM1,499 bermula Februari ini di semua Samsung Experience Stores dan pengedar sah Samsung seluruh negara.

1 comment:


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.