3.24.2015

Berita Terkini : pesawat Airbus dilaporkan terhempas di selatan Perancis,yang membawa 142 penumpang dan enam anak kapal

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Airbus dilaporkan terhempas di selatan Perancis, lapor Reuters hari ini.

Laporan yang memetik sumber polis Perancis dan jurucakap penerbangan itu menyatakan bahawa pesawat tersebut dikendalikan Germanwings yang dimiliki syarikat penerbangan Lufthansa.

Pesawat yang membawa 142 penumpang dan enam anak kapal itu sedang dalam laluan penerbangan antara Dusseldorf dan Barcelona.

Lokasi terakhir pesawat itu dikesan adalah di kawasan Pergunungan Alps.

Presiden Perancis, François Hollande, dalam kenyataan terbaharu memberitahu bahawa kemungkinan untuk menemui mangsa yang terselamat adalah tipis.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Akan diupdate dari semasa ke samasa.. 

4 comments:

  1. inalilah.... rasa seram pula nak naik kapal terbang.. bulan depan nak ke turki..aduhh

    ReplyDelete
  2. InshaAllah tak jadi apa apa banyak berdoa sebelum pergi banyak buat solat hajat n taubat.. InshaAllah tak ada apa apa yang jadi

    ReplyDelete
  3. dunia semakin banyak menerima khabar duka sejak akhir2 ni, semoga kita semua dilindungi dari segala musibah..amin,singgah sulung ke sini, salam ukhuwah syima :)

    ReplyDelete
  4. Innalillahh.. Takziah kpd kluarga mangsaa

    ReplyDelete


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.