8.02.2015

Pengalaman Puasa Ramadhan Tahun Ni

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..



Okay nak mula macam mana pun tak tahu sebab puasa tahun ni yang paling menyedihkan sebab tak berpuasa dengan Ayah dan Mak sebab Ayah berada di hospital untuk rawatan terakhir penyakit luekimia Ayah. Bila ingat balik tahun ni la semua keputusan kena buat sendiri tanpa arahan dari Mak, memang susah dan paling susuh untuk kemas rumah sendiri dah la dengan demam dan paling teruk selesema batuk tak henti henti sempai nak buat kerja pun tak dapat jadi terpaksa tidur sampai ke tengah hari sebab tu Ramadhan tahun ni paling teruk dalam sejarah Ramadhan yang penuh dilalui.. dan lepas tiga minggu Ayah balik dan waktu tu memang seronok la sambut Ramadhan tapi keseronokan tu seketika sebab Ayah masuk kembali ke hospital sebab demam yang teruk sebab rawatan terakhir tu Ayah masuk tiga hari dan balik kembali dua hari sebelum raya jadi yang tak boleh terima kena beraya di hospital, fikir balik la ujian Allah memang beri makna yang memdalam bagi keluarga.. Masak makanan yang tak pernah masak, masak stew, masak kicap, masak entah apa apa yang penting masak sendiri sebab selapas berberapa hari puasa terkena pulak keracunan makanan sebab beli dari bazar Ramadhan Allah sakit bukan kepalang lepas tu baru buat keputusan untuk masak je tak payah beli sebab beli pun mendatangkan kesakitan yang sampai tak boleh bangun terpaksa tidur saja nasib baik baru saja puasa rasanya sudah kot pengalaman Ramadhan Tahun Ini..

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.