9.03.2015

BAIK BURUK 'MERDEKA' KITA

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

OKAY DARI FACEBOOK WARGA PRIIHATIN

BACA DAN FAHAMI BAIT BAIT KATA YANG AKAN DI SAMPAIKAN

BAIK BURUK 'MERDEKA' KITA




Kita mencapai kemerdekaan hanya sekali, tetapi ritual peringatannya dibuat setiap tahun. Kami ingin bawa pembaca semua berfikir akan konsep actual (sebenar) dan ritual (peringatan / CEREMONIAL) MERDEKA.
Peristiwa Hartal telah menyatukan hati orang miskin dan kaya untuk sama-sama bersatu memerdekakan negara. Segalanya sanggup dikorbankan oleh orang tua kita demi memburu nikmat kebebasan (merdeka).
Berapa ramaikah yang masih ingat kisah wanita UMNO dengan veteran Wanitanya, Allayarhamah Tan Sri Aishah Ghani yang melurut gelang dan barang kemasnya? Beliau lakukan itu untuk membiayai kos Tunku Abdul Rahman Putra ke London bagi tujuan rundingan kemerdekaan. Itulah antara harga dan cebisan pengorbanan menuntut kemerdekaan ketika itu.
Jika dinilai kos untuk usaha menuntut kemerdekaan, termasuk kos pengistiharannya di Stadium Merdeka dahulu jauh lebih MURAH dari apa yang kita belanjakan untuk memperingati kemerdekaan saban tahun. Maklumlah, orang dahulu datang ke stadium tidak perlu dibayar elaun. Mereka datang sebagai rakyat Malaya dengan belanja sendiri untuk menghadiri majlis pengumuman kemerdekaan Malaya itu.
Cuba bayangkan besarnya jumlah kos persalinan, PA System, biaya artis, kemah, pentas, jamuan, pengangkutan dan lain-lain lagi dalam sambutan hari merdeka kita di seluruh negara sekarang ini. Itu tidak termasuk pengurangan produktiviti negara akibat cuti.
Isunya mudah sahaja…
Hari ini kita lebih berbelanja kepada ritual 'keraian peringatan' berbanding kepada actual 'perjuangan yang sebenarnya'.
Hari ini ramai juga orang yang berpuasa secara ritual cukup 30 hari, tetapi actual dalam hidupnya tidak mampu mengawal hawa nafsu untuk terus berlebih-lebihan. Fikir-fikirkanlah jika bajet nikah dan kenduri kita RM10,000 58 tahun dahulu, tetapi setiap tahun kita belanja RM100,000 untuk anniversary nya... Tentu tidak logik bukan?
Bukan itu saja. Perbelanjaan yang begitu tinggi juga dilabur untuk satu kosmetik sambutan berbentuk hiburan semata-mata. Melihat anak-anak muda yang berkeliaran semasa dan selepas pesta merdeka lebih memedihkan lagi. Masa, tenaga, wang ringgit bahkan maruah mereka kita dibazirkan hanya untuk menzahirkan sesuatu yang fana.
Sekian lama sambutan merdeka dijadikan umpan untuk mengajak rakyat dari seluruh pelusuk negara, dari bandar dan desa untuk keluar bersosial, berpesta di lapangan maksiat. Hujungnya, 9 bulan nanti kita terpaksa tanggung pula kos anak-anak dara remaja yang dibuntingkan setiap kali sambutan merdeka!
Saban hari kami yang sudah penuh sesak ini menerima permohonan ibubapa untuk ‘melindungi’ dan ‘merawat keterlanjuran' anak remaja mereka. Badan-badan yang terlibat dengan projek perlindungan gadis mengandung, maahad tahfiz juga mengadu yang mereka amat terbeban dengan peningkatan permintaan memulihkan akhlak remaja.
Guru-guru disiplin di sekolah sudah tidak mampu berbuat apa-apa. Anak-anak luar nikah semakin ramai belajar di sekolah mereka. NGO-NGO yang terlibat dengan aktiviti mencegah gejala sosial juga semakin pening kepala. Semua pusat-pusat yang disediakan sudah penuh. Ada yang malah berkata tiada lagi gunanya meneruskan usaha itu apabila jumlahnya semakin bertambah setiap masa kerana ada pihak yang ‘menaja’..
Ada kalanya kami terfikir, jika dihimpun segala kos yang kita keluarkan untuk sambutan merdeka setiap tahun... mungkin kita mampu untuk memerdekakan serta membangun berpuluh-puluh lagi negara seperti Malaysia.
Isilah kemerdekaan ini dengan ilmu dan amal. Isi minda rakyat dengan ilmu dan semangat membangun negara, bukan hanya diisi dengan acara hiburan dan ceremonial semata-mata. Lihatlah apa yang telah terjadi selama ini dengan KEDUA-DUA BELAH MATA kerana kita semua BAKAL DITANYA tentangnya.
Semuga Allah perkenankan nasihat yang berulang-ulang ini sebagai saksi bahawa kami sudah melakukan tanggungjawab sosial kami.
ALLAHUMMA SALAMATAN FID DIEN...





No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.