9.03.2015

MAUT TERTEMBAK DIRI SENDIRI AKIBAT BERSELFI DENGAN PISTOL

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

DARI ASTROAWANI.COM

Seorang lelaki berusia 19 tahun, Deleon Alonso Smith maut tertembak lehernya sendiri ketika merakamkan foto selfie dengan sepucuk pistol berpeluru pada Rabu lalu.

Memetik laporan Global News, Deleon Alonso Smith meninggal dunia kira-kira jam 1.30 petang di sebuah pangsapuri di Houston akibat kecederaan parah pada bahagian tekak.

Menurut pihak berkuasa, Smith yang menemui pistol tersebut mula merakam gambar selfie bersama sepupunya sebelum ditembak secara tidak senjaga.

Difahamkan, ahli keluarga Smith masih lagi berada dalam keadaan terkejut dan trauma.

“Ini adalah situasi yang paling teruk dalam hidup saya,” kata ibu mangsa, Eric Douglas kepada CNN.

Manakala, nenek Smith pula berkata, “baru semalam saya jumpa dengan Smith. Dia datang untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada saya, dan hari ini, saya terima berita pemergiannya."

Bagaimanapun, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan. 

SATU KEGILAAN BUDAK SEKARANG INI SELFI,SELFI SINI,SELFI SANA DAN PALING TAK MASUK AKAL BERSELFI DENGAN SENJATA API.. APA YANG TERJADI DI SINI SENJATA API KALAU JUMPA TERUS HANTAR KE BALAI POLIS BUKAN SELFI DULU.. HARAP KEJADIAN NI DIJADIKAN IKTIBAR UNTUK MIZZ DAN KORANG SEMUA..







No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.