9.01.2015

MY LIFE STORY

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

DIPETIK DARI SUKAN STAR

Sukan Star TV's photo.

my life story..
Saya ni bukanlah asal orang senang. mak ayah kat kampung penoreh getah saja, boleh katakan hidup kais pagi makan pagi begitulah kami adik beradik di besarkan. memang hidup boleh di katakan dalam serba susah.. tapi kami adik beradik tak pernah mengeluh tak pernah patah semangat kerana kami faham yang kedua orang tua kami memang dah cuba yang sehabis baik untuk kesenangan kami adik beradik. tapi apakan daya tidak di izinkan tuhan untuk hidup senang macam kuaga orang lain. tapi kami bersyukur dengan apa yang ada..
saya sempat sekolah sampai darjah lima saja lepas tu terpaksa berhenti sekolah sebab nak bagi peluang dekat adik2 yang lain pulak sekolah. sebab kuaga saya tak mampu kalau semua sekolah. jadi saya berkorbanlah untuk adik2. tak apa asalkan adik2 berjaya saya dah cukup gembira kerana dah dapat buat sesuatu untuk hidup masa depan dorang.
selepas berhenti sekolah saya tak ada buat apa, sekadar tolong ayah menoreh getah dan buat kerja2 kat sawah ambik upah untuk bantu kuaga semampu yang boleh, dan begitulah saya sampai berumur 16 tahun..
sedang kawan2 lain sebok ulang kaji pelajaran kat rumah saya pulak terpaksa banting tulang berkerja siang malam untuk bantu kuaga untuk dapatkan duit belanja adik2 untuk tampung keperluan harian.. payah kan.. yaa walaupun payah walaupun penat tapi saya terpaksa juga buat semua kerana masa tu ayah pon dah x berapa sihat lagi. jadi hanya sayalah harapan kuaga seluruhnya...
masa umur 18 tahun saya ikut seorang kawan kerja dekat sebuah kilang buat kotak dekat peneng dengan harapan dapat kumpul duit untuk adik2 belajar nanti. alhamdulillah dengan gaji sebulan RM600 dan ada buat 4time sikit2 lepas tolak hantar ke kampung semua dapat la saving walaupun tak banyak tapi dapat juga rasa ada duit simpan.
tapi apa kan daya orang kata kalau bukan rezeki kita benda yang dalam mulut pun boleh terluah balik andai dia bukan rezeki kita.. saya kena tipu dengan kawan baik sendiri habis semua duit simpanan yang selama ni saya simpan entah la kenapa dia tergamak buat macam tu masih tak faham sampai sekarang.. kawan baik sejak kecik putus kawan gara2 duit...
lepas dah jadi macam tu rasa dah tak ada semangat lagi nak kerja kat sana. buat keputusan balik ke kampung.. walaupun berat hati berat kaki nak melangkah balik kerana saya junjung amanah kuaga untuk cari rezeki tapi saya terpaksa kerana tiada pilihan. sayu hati tengok mak ayah dengan penuh gembira saya balik cuti.. sedangkan mereka tak tahu yang saya balik terus. tapi saya cakap yang tempat saya kerja tak bayar gaji sebab tu terpaksa berhenti dan mereka pun terima dengan hati tebuka, katanya rezeki ada di mana2...
masa kat kampung macam2 kerja buat daripada cuci pingan kat gerai makan sampailah cuci tandas kat petronas semua kerja saya buat.. tak pe saya tak malu sebab apa yang saya buat ni semua demi kuaga bukan untuk airmuka saya sendiri.. kuaga lebih penting dari maruah sendiri. dan begitulah hidup saya sampai umur 22 tahun..
masa adik dapat tawaran masuk University saya lansung tak ada saving macam2 cara fikir nak dapatkan duit untuk adik pergi balajar tapi tak dapat. jadi saya tak ada pilihan saya terpaksa jual moto yang saya gunakan seharian tu untuk buat duit belanja adik belajar.. tak apa abang pergi kerja jalan kaki pon takpa asal adik tak susah kat sana. duit masa tu memang tak cukup mana nak hantar duit belanja kat adik belajar duit belanja rumah. memang saya dah macam orang gila kejar duit buat macam2 kerja. niat hati nak cari kerja yang bagus yang gaji banyak sikit tapi dengan kelulusan sampai darjah 5 ni siapa la yang nak ambik kerja kan.. nak jadikan cerita satu hari masa tengah rehat tengahhari time makan ada terbaca 1 iklan dekat surat khabar yang bungkus nasi saya tu. kata iklan tu seorang majikan perlukan pekerja dengan segera sebagai tukang kebun dengan gaji 2000 sebulan kt kl. bila fikir2 macam nak tapi tak berani sebab tak tahu selok belok bandar. kalau tak cuba rasa macam rugi jadi try lah col. alhamdulilah rezeki saya dapat kerja tu sebab dia nak orang yang pandai buat kerja2 kebun memandangkan saya memang kat kampung pon buat kerja2 macam ni jadi di terima..
maka bermula lah episode baru dalam kehidupan dimana buat kali pertamanya jejak kan kaki ke kuala lumpur dengan penuh harapan penuh impian kali ni nak majukan diri nak bantu kuaga. hari pertama kerja alhamdulilah boss saya seorang dato sangat baik orangnya sangat merendah diri walaupun kaya sangup duduk semeja dengan saya makan.. hari beganti hari beganti bulan saya bekerja di situ alhamdulilah duit belanja semua cukup untuk adik dan juga hantar kampung.. satu hari sedang saya dok basuh kereta2 mewah dia punya dia datang dekat saya. dia kata suka kereta.? jawab suka dato tapi mampu tengok ja lah kereta macam ni. saya pon gelak.. dia pon diam.. lepas tu dia kata kalau nak ambik la ferrari ni saya cakap dalam hati dato ni begurau tak agak2. lepas tu dia belah.. dalam hati dok fikir kalau dapat betul mahu x gila rasa ferrari kot.. tapi berangan jer lah kan.hihi..
seminggu lepas tu dapat berita sedih yang dato meninggal dunia kemalangan jalanraya, dalam kepala memang dah tak tahu nak fikir apa lagi dengan rasa sedih dengan rasa becelaru sebab dah tak ada kerja sebab majikan dah tak ada sapa yang nak bayar gaji. terus tebayang wajah mak ayah kat kampung adik yang sedang belajar apa yang harus saya buat. seminggu lepas tu saya ambik keputusan sekali lagi untuk balik kampung sebab kat sini pon saya dah tak ada buat apa.. masa saya nak balik tulah peguam dato datang cakap nak jumpa saya.. dalam hati heran kenapa nak jumpa saya sedangkan saya bukan sapa2 bukan ahli kuaga dia.. lepas peguam tu terangkan barulah saya faham yang dato ni memang tak ada sedara mara lain sebatang kara anak yatim.
benda yang palang mengejutkan pon belaku hari tu bila encik razif nama peguam tu dia bagi tahu yang dato tinggalkan semua harta dia untuk saya.. mana mungkin aku pecaya benda macam ni bukan gurau. tapi lepas encik razif terang betul2 barulah aku faham dan pecaya benda ni bukan main2 semua harta dia di wasiatkan untuk aku.. rasa tak pecaya dengan tiba2 aku jadi jutawan macam dalam mimpi dalam masa sama aku syukur sangat dengan takdir aku ni..aku tahu tak ada apa yang mustahil dalam dunia ni kalau dengan izin darinya kan.. kini aku dah hidup senang dah x perlu fikir lagi pasal duit belanja adik dan hantar ke kampung.. ini aku sertakan sekeping gambar yang aku edit muka aku dengan koleksi kereta mewah yang aku ada sekarang. dan terima kasih kerana sudi lapangkan diri baca cerita bohong tahap mega aku ni. semoga kalian juga akan kaya macam aku dalam cerita ni aminn.hihi

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.