9.04.2015

PAK CIK TUA INI IKAT TALI DARI RUMAHNYA KE MASJID BAGI MEMUDAHAKAN DIA SOLAT BERJEMMAH

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

PETIKAN INI DARI SIAKAPKELI.MY

SEBENARNYA DISERTAKAN VIDEO TAPI MIZZ TAK RETI NAK LETAK VIDEO TU SO MIZZ HANYA LETAK GAMBAR SAHAJA




GAMBAR DARI SIAKAP KELI

Video yang menunjukkan tindakan seorang lelaki di Arab Saudi yang cacat penglihatan pergi berjemaah ke masjid telah mendapat perhatian ramai.

Kecekalan lelaki berkenaan yang berumur dalam lingkungan 50-an yang berjalan kaki secara perlahan sambil memegang tali yang telah diikatnya dari rumah hingga ke tiang elektrik berhampiran pintu masjid untuk memudahkan beliau pergi berjemaah.

Rata-rata netizen meluah rasa kagum dengan lelaki berkenaan yang sanggup berjalan kaki walaupun buta dan tidak segagah orang muda lagi.

Apa yang lebih mengagumkan beliau dikatakan pergi berjemaah ke masjid berkenaan pada setiap waktu masukknya waktu solat.

Cacat pengelihatan dan uzur tidak dijadikan alasan oleh lelaki ini untuk tidak menjalankan kewajipannya sebagai seorang hamba Allah.

Kerana kecekalan lelaki ini juga ia dikatakan menjadi inspirasi kepada umat Islam lain terutamanya golongan muda yang berat kaki untuk ke masjid.

Berdasarkan laporan daily Al-Saudeh, sebenarnya video berkenaan telah dimuatnaik sejak Disember 2012 lalu tetapi walaupun ianya sudah tiga tahun berlalu tetapi kecekalan lelaki berkenaan pergi menunaikan solat berjemaah walaupun tidak dapat melihat wajar dipuji.

Dikatakan juga lelaki berkenaan sememangnya sudah uzur dan ada orang kampung menasihatinya supaya hanya melakukan solat dirumah kerana mereka kesihan melihatnya tetapi dia tetap berkeras untuk ke bersama jemaah lain menunaikan solat bersama-sama di masjid.

"Allah telah melucutkan nikmat pandangan daripada matanya tetapi Allah sentiasa memelihara imannya," tulis akhbar berbahasa arab berkenaan

APA ALASAN KAMU WAHAI MANUSIA SEMPURNA 




3 comments:

  1. Allahu..kita yang CELIK ni jarang sgt pergi solat berjemaah kt masjid

    ReplyDelete
  2. Allah tarik nikmat yang satu...
    Allah beri nikmat KEIMANAN

    ReplyDelete
  3. Salam dari segmen kak mia
    cahayakehalusankelembutan.blogspot.my ;)

    ReplyDelete


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.