11.18.2015

SATU PEPERIKSAAN UNTUK SEMUA

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

SATU PEPERIKSAAN UNTUK SEMUA/ MARI BACA CERITA NI.. DIPETIK DARI FACEBOOK SAIFUL NANG..

Di sebuah planet yang tidak jauh (semestinya bukan di Malaysia),
Pada satu hari apabila seekor monyet menjadi menteri pendidikan, maka peperiksaan diubah kepada skema yang akan favour kepada golongan monyet. Subjek yang disoal seperti
- Memanjat Pokok
- Mengenali Pisang
- Memetik buah
- Mengejek orang
Maka, golongan seangkatan dengan Menteri itu akan lulus cemerlang. Maka tersisihlah kuda, lembu, ikan dan kura-kura kerana gagal teruk dalam peperiksaan itu.
Maka yang gagal ini pula mereka salurkan kepada aliran kemahiran untuk dijadikan buruh-buruh mahir kepada keluarga-keluarga monyet yang bakal menjadi tuan-tuan besar nanti.
Berusahalah golongan lembu, ikan dan kura-kura ini untuk mendapatkan kuasa menjadi Menteri Pendidikan. Setelah mereka menjadi menteri, diguballah akan mereka sistem peperiksaan dengan memperkenalkan subjek-subjek baru dan memansuhkan subjek-subjek lama. Subjek baru itu ialah
- Berenang
- Menahan nafas dalam air
- Mencari makan dalam air
- Berenang kuak lentang
Pada tahun berikutnya, keluarga-keluarga monyet semuanya gagal teruk dan kemudian dimasukkan ke aliran kemahiran pula supaya mereka boleh menjadi buruh mahir yang boleh bekerja dengan keluarga-keluarga ikan dan kura-kura tadi.
Manusia diciptakan sangat unik. Manusia diciptakan TIDAK SEMPURNA tetapi hanya boleh sempurna dengan JEMAAH / TEAM. Kekurangan upaya kita adalah kelebihan orang lain. Kelebihan kita ialah kekurangan orang lain. Bila kita dan orang lain berjalan berasingan, kita akan selama-lamanya lemah. Tetapi memang Allah jadikan manusia semuanya berlainan untuk saling lengkap melengkapi.
Tidak timbul isu satu peperiksaan boleh mengukur keupayaan seluruh manusia dengan tepat. Maka, tak perlu risau sangat kepada mereka yang tidak score UPSR tahun ini. Ingat, kita dijadikan untuk melengkapi satu sama lain. Jika tidak, maka tidaklah Allah jadikan kita ni berlainan bentuk semuanya. Ada yang bujur sirih, ada yang bulat, ada yang tinggi ada yang rendah, ada yang putih ada yang gelap, ada yang mancung ada yang penyet,
Kita perlu ingat, kita usahalah sebanyak mana untuk Si Monyet belajar berenang ia tetap tidak akan mampu berenang sehebat ikan. Di satu tebing lain, lembu dan kuda sedang pasang badan untuk menggulingkan Menteri Pendidikan yang sedang menyandang.
Ia satu perjalanan yang tidak akan habis.
Peperiksaan bukan ukuran pencapaian dan kehebatan manusia.
Kita dicipta untuk saling melengkapi.
Bukan untuk mencuba menjadi sempurna secara sendirian.
Tahniah kepada yang cemerlang dalam UPSR.
Tahniah juga kepada yang kurang cemerlang dalam UPSR. Yang diutamakan ialah akhlak.
Tak guna kumpul A banyak-banyak jika dengan emak sendiri nak dengar nasihat pun tak mahu.



BACA BEST CERITA NI..



1 comment:

  1. ada pengajaran di sebalik kisah ni....

    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #20 dan blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2015/11/senarai-url-blog-20.html

    ReplyDelete


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.