1.22.2015

Saya Nak RM150 Produk Percuma daripada Nile.com.my

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

http://www.nile.com.my/page.php?cd=96

http://www.nile.com.my/page.php?cd=96




WTCHB17367 MAN WATCH  RM 36.40




WTCHB18721 LUXURY TYPE SPORT WATCH  RM 48.20




WTCHB62102 SPECIAL DESIGN WATCH  RM 16.10



WTCHB58839 WATCH  RM 21.40



WTCHB25636 Lady Watch RM 20.30


jumlah harga barang RM36.40 + RM 48.20 + RM 16.10 + RM 21.40 + 20.30  = 142.40

Join lyssa untuk lihat keputusannya



Read More...

1.21.2015

Most favorite song i like

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..



Two step from hell strength of a thousand men 


Read More...

Mau aku masuk sekolah balik ni

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

Kalaw semua cikgu2 nii .. maw aku merayu masuk sekolah balik laaa ... hahahahha ......

Read More...

Bayi dijumpai di tandas

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

BINTULU: Mayat bayi yang sempurna sifatnya ditemui disumbat dalam mangkuk tandas di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) awam, di sini pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mayat bayi berkenaan yang berlumuran darah ditemui oleh salah seorang kakitangan IPT itu ketika mahu menggunakan tandas sebelum menghubungi pihak berkuasa.
Berikutan itu, sebuah jentera bersama tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu dikejarkan ke lokasi bagi membantu mengeluar mayat bayi berkenaan.
Mayat kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Bintulu untuk proses bedah siasat.
Sumber memberitahu mayat bayi berkenaan dipercayai dibuang ke tandas itu dalam tempoh 24 jam sebelum ditemui.
"Hasil siasatan awal juga tidak menolak kemungkinan proses kelahiran bayi itu berlaku dalam tandas berkenaan berdasarkan penemuan kesan darah di lokasi kejadian," katanya.
Katanya, usaha sedang dijalankan bagi mengenalpasti identiti ibu bayi berkenaan.
Kes diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu untuk siasatan lanjut.
Read More...

kanak kanak menembak adiknya

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..



MISSOURI - AMERIKA SYARIKAT. Seorang kanak-kanak lelaki 5 tahun dilaporkan menembak adiknya, bayi berusia 9 bulan di kepala.

Menurut laporan CNN, ibu kanak-kanak tersebut menelefon 911 dan mengatakan bayi tersebut ditembak menggunakan senapang paintball.

Senjata yang digunakan merupakan sepucuk pistol Magnum berkaliber .22.

Pegawai polis memberitahu, kejadian tersebut dianggap kemalangan dan tiada motif pembunuhan.

Sheriff Darren White memberitahu CNN bahawa bayi tersebut berada dalam kurungan bayi ketika abangnya terjumpa pistol tersebut di atas sebuah katil.

Petugas kecemasan mengesahkan bayi tersebut ditembak di kepala dan disahkan meninggal dunia.

Kejadian yang dilaporkan berlaku Isnin lepas merupakan salah satu kes penggunaan senjata api berprofil tinggi oleh kanak-kanak.

Sebelum ini, kanak-kanak berumur 4 tahun membunuh sepupunya menggunakan pistol yang dijumpai di bawah katil.

Bulan lepas, seorang kanak-kanak berumur 2 tahun menembak ibunya menggunakan pistol yang dijumpai di dalam beg ibunya.

Pada Ogos 2014, seorang jurulatih maut selepas terkena tembakan kanak-kanak berumur 9 tahun semasa latihan menembak.

Bahaya budak budak sekerang ni nohh dili kita main pistil kayu je sekarang ni budak budak ni main pistol sebenar 
Read More...

1.20.2015

Ikan yu prasejarah dijumpai

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..
 


Ikan yu pra-sejarah yang berjaya dibawa naik ke darat


 VICTORIA - AUSTRALIA. Sejenis ikan yu yang dikategorikan sebagai ikan pra-sejarah telah dibawa ke darat oleh seorang nelayan.

Ikan yu tersebut atau frilled shark mempunyai badan seperti belut dan mempunyai 300 batang gigi.

Menurut ABC News, ikan tersebut yang wujud semenjak 80 juta tahun lampau dan boleh dijumpai pada ke dalaman laut 1,500 meter.

Ikan tersebut pada mulanya diberikan kepada Organisasi Penyelidikan Industri dan Saintifik (CSIRO) namun CSIRO memberitahu mereka sudah mempunyai spesimen ikan tersebut.

Ikan tersebut dipercayai sudah dijual.
Read More...

kanak kanak bawa adik ke sekolah

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

RIYADH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun membawa adiknya yang baru lahir di dalam beg plastik ke sekolah untuk ditunjuk kepada rakannya.
Menurut akhbar Ain Ha’al, murid darjah dua itu memberitahu rakannya ibunya melahirkan bayi lelaki, tetapi mereka tidak mempercayainya.
Untuk meyakinkan rakannya, dia membawa adiknya itu ke sekolah.
Ibunya yang masih tidur tidak menyedari perbuatan anaknya sehingga pembantu rumah mereka menangis meminta tolong.
Di sekolah, guru yang terkejut menemui bayi berkenaan di dalam beg plastik terpaksa menelefon polis dan bapa murid itu untuk membawa pulang bayi berkenaan.
Apabila disoal gurunya, murid itu berkata, dia hanya mahu menunjukkan kepada rakannya bahawa dia sudah mempunyai adik
sumber sini
Read More...

1.18.2015

Padah main game terlalu lama

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

Taipei: Hidup dan mati bersama-sama permainan dalam talian mungkin sesuai untuk menggambarkan keadaan seorang lelaki yang ditemui tidak bernyawa di sebuah kafe Internet semalam.
Pemuda berusia 32 tahun itu dilaporkan melayan permainan itu sejak empat hari lalu.
Hanya dikenali dengan nama keluarganya, Hsieh ditemui kaku di atas kerusinya di dalam kafe di bandar Kaohsiung.
Seorang pengunjung kafe itu berkata, dia menyangka Hsieh tertidur kerana kepenatan melayan permainan dalam talian berkenaan.
“Kemudian pekerja kafe menyedari tubuh Hsieh tidak bergerak-gerak.
“Apabila diperiksa, dia didapati sudah tidak bernafas,” katanya.
Hsieh kemudian dibawa ke hospital dan doktor mengesahkan dia meninggal dunia.
Taipei Times melaporkan, Hsieh mengalami serangan jantung berpunca daripada terlalu lama melayan permainan dalam talian.
Pekerja kafe itu berkata, Hsieh adalah pelanggan tetap di situ dan biasanya menghabiskan masa di premis berkenaan sehingga berhari-hari tanpa rehat.
“Apabila penat, dia tidur di atas kerusi saja,” katanya.
Tidak diketahui apakah permainan yang sedang dihadapinya ketika Hsieh mati, namun pemuda itu dikenali sebagai penggemar permainan perang.
Pada 1 Januari lalu, seorang lelaki berusia 38 tahun ditemui mati di sebuah kafe Internet di New Taipei City selepas melayan permainan dalam talian selama lima hari berturut-turut.
Polis berkata, ketika pihak berkuasa menyiasat dan mengumpul bukti di situ, pengunjung kafe langsung tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing.


Read More...

1.17.2015

Giveaway Januari 2015 by Syira Lokman

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..



Jom join Mini Giveaway by Syira Lokman.


Syarat :

1. Follow blog and google +


2. Follow instagram
[Puteri] [Eymasu]*jika ada 

3. Follow twitter
[SyiraLokman] [Puteri_EL]*jika ada

4. Like sahaja fanpage berikut :
(syira saja tak letak button like sbb nak anda 
lihat sendiri page ape yg anda like)


Cara mudah :

1. Follow SEMUA syarat.
2. Buat entry bertajuk "Giveaway Januari 2015 by Syira Lokman"
3. Letak banner dekat entry. (klik banner,bawa banner ke entry anda & paste)
                    -bawa ke new tab pun boleh then copy je)
4. Backlink kan ke sini.
5. Publish!
6. Tinggalkan link entry giveaway anda di ruangan komen entry ini sahaja.


Special untuk anda?

RM10 x3 [Eymasu]
RM10 x1 [Salahuddin]

Bloglist Januari hingga Jun x10 [Syira]
Bookmarks LE x3[Amanina]
Novel x2 [Syahir]
Masker Savee x1 [Syahoney.Kitty]
Lotion Mistine + fridge magnet india x1 [Nanakimie]
Sepasang Blouse dan Skirt Lycra x1 [Rosniwati]

Topup RM10 x1 [Puteri]
Topup 10 x1 [Syahoney.Kitty]
Topup celcom RM10 x1 [Syira]
Topup RM10 x3 [Aida]


1 TOP REFERRAL

RM20 x1 [Papaglamz]


Mudah kan? 
jom ramai2 memeriahkan Mini Giveaway by Syira Lokman ^_^
InsyaAllah lepas ni mungkin ramai akan follow blog anda juga :)

Bersama merapatkan ukhwah ^_^


Mula :16 Januari 2015
Tamat : 30 Januari 2015 jam 6:00 am
Read More...

RED CARPET GIVEAWAY BERSAMA PAPAGLAMZ

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..



Hadiah seperti berikut

1. Pemenang Top Comentator bakal memenangi  Sustained Released Vitamin C yang berharga RM 92.50 (Nak tahu khasiat vitamin C KLIK DISINI) + RM 10.00 Top up - Pemenang dikira untuk blogger yang memberi komen paling banyak di blog ini sepanjang giveaway berlangsung dari 16 January 2015 hingga 28 February 2015

2. Pemenang Sagu Hati x 3 (RM 10.00 Top up)

Cara nak sertai :

    
3. Follow Instagram Papaglamz - Jika ada

Buat entry mengenai giveaway ini di blog, lekat banner yang ala-ala Night Dinner punye Red Carpet tu kuat-kuat dalam entri dan backlink ke entri ni.

Lepas dah publish entry give away, share kan link entry tersebut di ruangan komen di bawah entry ini. Share sekali nama Facebook anda dan Instagram (jika ada).

Contoh :
Hai Papaglamz, saya dah join!!!
[link entry blog]
Facebook : [nama facebook anda]
Instagram : [nama instagram anda]

Senarai peserta akan di update dari masa ke semasa dalam entri ni. Boleh la kita sama-sama CATWALK di blog kawan-kawan sampai PITAM. Hehehehehe.

SEMOGA BRJAYA SEMUA....!!!

Read More...

Mini Giveaway by izzeyda

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..




Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua.. Hari nih buat pertama kalinya Eyda nak menganjurkan satu mini giveaway..

Giveaway ini Eyda anjurkan sempena tahun ke-11 Eyda bekerja di jabatan kerajaan sekarang.. Satu jangka masa yang panjang Eyda dalam bidang tugas ini.. Semoga Eyda dapat mengharungi pelbagai cabaran di dalam tugas Eyda sekarang.. 

Eyda harap ada rakan blogger Eyda yang sudi menyertai GA Eyda yang tidak seberapanya nih.. Semoga penganjuran GA Eyda yang pertama kali ini akan mendapat sambutan daripada kengkawan semua..





Syarat-syaratnya ialah :


* Follow blog Eyda bagi yang belum pernah follow. (In shaa Allah Eyda akan follow balik)
* Buat satu entry bertajuk "Mini Giveaway by izzeyda" dan letakkan sekali banner di atas dan backlink ke entry nih.
* Letakkan link entry korang di dalam ruang komen entry nih sahaja.

Hadiah yang ditawarkan :




Pemilihan pemenang adalah melalui random.org



Giveaway ini akan berlangsung sehingga 30 Januari 2015 jam 11.59 malam. Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya pada 3 Februari 2015.


Read More...

Segmen Pencarian Bloglist Feb - Mac 2015

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Segmen ringkas untuk mencari 15 blog untuk disenaraikan dalam bloglist Truly Love. 

Syarat Penyertaan:

1. Follow blog Maria Firdz
2. Follow +Maria Firdz 
3. Buat entry bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist Feb - Mac 2015"
4. Copy coding di bawah dan pastekan di ruang HTML new post.


5. Publishkan entry dan tinggalkan URL penyertaan di ruangan komen entry ini sahaja.

Segmen bermula 15 Januari 2015 hingga 30 Januari 2015.
Kesemua pemenang akan dipilih melalui random.org.

Jom sama-sama memeriahkan segmen ringkas ini.. 

Terima kasih atas sokongan semua... 

Happy blogging (^_^)

Read More...

LISTERIOSIS penyakit dan punca

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

Kita semua sedia maklum tentang percemaran yang berlaku terhadap buah epal baru baru ini.. Berikut adalah nama bakteria yang ada dalam epal itu

 LISTERIOSIS 

Penyakit bawaan makanan berpunca daripada bakteria Listeria Monocytogenes yang mencemari air dan tanah. Menyarang mangsa dalam tempoh 24 jam di dianosis melalu ujian darah dan rawatannya ialah pengambilan antibiotik seperti Amoxicillin dan Erythroycin



gambar bakteria Listeria Monocytogenes



Gambar antibiotik Amoxicillin

Dan



Gambar antibiotik Erythroycin.

Dan punca terkena jangkitan Listeriosis ialah

Demam
Cirit birit
Sakit otot dan sendi
Tegang di leher
Selsema
dan Sawan






Read More...

'Ustazah' di kecam

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

Kuala Lumpur: Tindakan wanita berusia 20-an mempertahankan isu gadis K-pop seperti seorang ‘ustazah’ tidak bertauliah dikecam pengguna laman maya selepas dia menyifatkan apa yang berlaku adalah ketentuan Allah.
Dalam video berdurasi 5 minit 42 saat itu, wanita berkenaan berkata, bukan saja gadis yang dipeluk artis K-pop itu diuji, malah masyarakat secara keseluruhannya juga menghadapi perkara sama.
“Bukan mereka saja diuji, malah kita sebenarnya diuji juga. Mereka yang berada di atas pentas dengan keizinan Allah SWT. Boleh saja sebenarnya Allah kata Aku tidak izinkan lalu mungkin akan ada perkara menghalang mereka untuk sampai ke konsert tersebut...,” katanya dalam video berkenaan... “...di sebalik video diviralkan, ALLAH sebenarnya mahu menguji kita ...yang hebat sangat menjadi keyboard warrior, yang maki, seolah-olah anda semua sangat hebat daripada anda lahir sampai sekarang. Jadi renung-renungkanlah diri sendiri apa sebenarnya hikmah dan pengajaran yang berlaku di sebalik peristiwa ini,” katanya.
Video dimuat naik ke YouTube itu kini menarik perhatian lebih 522,441 pelayar selain dikongsi 6,673 orang.
Semakan wartawan terhadap komen berkenaan mendapati kebanyakan pelayar mengecam pandangan wanita berkenaan.


See more at: http://www.hmetro.com.my/
Read More...

Contest SEO – Malaysia Best Blog 2015

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

Malaysia Best Blog - 2015


Contest SEO – Malaysia Best Blog 2015


Saya mulainya dengan Bismillah. First time saya join contest yang basar begini saya rasa gementar dan teruja untuk menyertainya contest ni cukup besar bagi saya, saya join ini sekadar ingin memberitahu yang saya cukup kagum dengan blogger yang saya akan nyatakan ... 



Yang saya tahu pertandingan ini berlangsung selama 3 bulan, tiga bulan ini cukup untuk sesorang untuk karang article contest ini.. Ia bermula dari 15 Januari 2015 hingglah 31 Mac 2015.. Hadiah contest ini berupa wang tunai sebanyak RM 1500 untuk pemenang dan RM 50 untuk saguhati dan tempat ke sepuluh.. INGAT TARIKH TUTUPNYA 18 FAB 2015  




Sepanjang saya menjadi blogger saya bertemu dengan pelbagai blogger yang popular dan tidak saya rasa bertuah dapat kenal orang macam


Ohh dialah sumber saya bila saya putus asa dalam blog ni, blog dia memang cantik dan kemas saya suka masuk tapi saya malu nak mengomen.. Denaihati ini satu platfom untuk blogger baru atau newbie untuk belajar pasal SEO saya pun mula belajar pasal SEO dari blogger Danaihati.. Saya rasa macam saya mudah faham apa yang blogger Denaihati sampaikan.. 



Okay saya akan ceritakan apa yang menarik tentang Hasrul Hassan atau dikenali sebagai Sifu HH.
Saya banyak memggunakan tutorial dia termasuklah SEO  yang dia ajarkan melalui blog  dia dan cara buat duit dengan blog ini saya bersyukur dapat kenal dengan Sifu HH ni.



Okay blog ini yang asyik memceritakan pasal anak anak dia si Qhaliff yang cute handsome dan Zehra si comel dan blog ini banyak memceritakan pasal gajet dan prodak kesihatan 



Blogger pesakit SLE atau Lupus ini banyak memberi pengajaran bagi saya untuk saya sentiasa bersyukur. Banyak tutorial dari blogger ni yang membantu saya.. 



Sebuah blog yang mengajar tentang tips untuk blogging dan sebuah blog tentang perenting dan lifestyle 



Sebuah blog tentang Fotografi dan masakan dan juga blog tentang kehidupan beliau suka memceritakan tentang anak anak murid beliau.. 


Sebuah blog tentang Fotografi,perkahwinan dan kehidupan beliau..



Sebuah blog tentang tips, motivasi, prodak kencantikan dan kehidupan beliau... 



Sebuah blog tentang advertorial, sebuah blog yang suka buat segmen dan contest dan kehidupan keluarga beliau... 



Sebuah blog tentang berita tempatan dan luar negara, sebuah blog tentang peminat Chelsea..


Oh Duit

Sebuah blog tentang macam mana nak manjana pendapatan melalui blog dan sebuah blog baru untuk saya terokai.. 



So apa tunggu lagi saya dah join... Mari menyertai contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan anda berpeluang memenangi hadiah utama, wang tunai bernilai ribuan ringgit!! Contest SEO ini dianjurkan oleh Ohduit.com dan ditaja oleh (*akan ditambah kemudian jika ada penaja)

Lagi blogger yang saya rasa popular ialah :-

12 Eraz Fadli

13  Sheda Ucu

14 Emas Putih

15 Najeeb Abdullah

16 Pari Pari Putih

17 Kucha Lana

18 Ainaa Ina

19 Putra Nubhan

20 Tengku Butang

21 Hazama Fadhil

22 Abang Ensem

23 Bro Framestone 

24 Wan Syahiah

25 Fatin Liyana

26 Namee Roslan

27 Rad Mummay

28 Cik Epal

29 Mohd Izahar Sabtu

30 Suria Lekat Lekit

31 Mahadi Mohammad Arifin

32 Rosmadi Shakri

33 Aswan Azmy

34 Oh Senyum

35 Zie Madini

36 Ahmad Faris

37 Pen Patah

39 Dapur Tanpa Sempadan

40 Borak Kosong

41 Aman Firdaus

42 Farah Waheda Wahid

43 Mawardi Yunus

44 Lyssa Faizureen 

45 Yumida

46 Hafizzy Aziz

47 Hadi Ismail

48 Yuyu Zulaikha

49 Hazwan Hairy

50 Oh Media



Read More...

1.16.2015

Segmen Bloglist Sakura Blog Qaseh Ku

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..



syarat2nya... simple je..

1) Follow blog Qaseh Ku
2) like page https://www.facebook.com/anizzadnan
(kalau tak nak like pun takpe)
3) tajuk entry "Segmen Bloglist Sakura Blog Qaseh Ku"
4) publish dan backlinkkan ke entry ini sahaja..tempat lain tak layan..hihi..

TAMAT bila dah sampai 100 blog taw.. 100 blog ini confirm masuk dalam bloglist anis oke..jom jom.. support anis.. boleh kita kenal2..senang anis nak bom komen blog korang semua :)

happy blogging !! 




Read More...

1.15.2015

Gambar ORANG DIKEHENDAKI IPK Johor

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

ORANG DIKEHENDAKI : Pihak polis sedang mengesan 10 suspek yang terlibat dalam beberapa kes di Kontinjen Johor. Berikut adalah maklumat terperinci suspek.





















Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali individu-individu tersebut diminta menghubungi Hotline Polis Johor di talian 07-2212999 atau mana-mana balai polis berhampiran.


Read More...

Non muslim views about Muhammad

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..










Read More...

IZIN BUKAN BERERTI REDHA

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

IZIN BUKAN BERERTI REDHA(Doktor Maza.com)


Kita tidak wajar berbicara sesuatu tentang Allah apa yang dia tidak faham sehingga akhirnya menampakkan kedangkalan cara fikir.
Saya tidak suka terlalu berfalsafah dalam bicara. Tujuan ucapan dan ungkapan adalah untuk difahami oleh pendengar atau pembaca, bukan agar mereka bertambah pening. Pun begitu ada juga beberapa istilah yang perlu diperbetulkan, bukan kerana ingin berfalsafah tetapi kerana ia penting untuk difahami untuk mengelakkan salahfaham antara kaum muslimin.
Antara perkara yang penting untuk dibezakan ialah ungkapan ‘izin’ dan ‘redha’. Kedua-dua perkataan ini berasal dari bahasa Arab. Apa yang kita izinkan bukan semestinya kita redha. Juga apa yang kita redha bukan semestinya kita izinkan. Juga mungkin apa yang kita izinkan itu kita redha, atau sebaliknya juga mungkin apa yang kita redha maka kita izinkan. Mengizinkan bermaksud membolehkan sesuatu itu berlaku (lihat: al-Kafawi, al-Kulliyyat, 72, Beirut: Muassasah al-Risalah). Sementara redha bermaksud suka atau kasih kepada sesuatu. Disebut al-Mahabbah wa al-Ridha atau cinta dan redha (ibid 76).
Kita mungkin memberikan kebenaran atau memboleh sesuatu yang di bawah penguasaan kita berlaku dalam keadaan redha ataupun tidak redha. Apa yang kita izinkan bukanlah semestinya kita redha atau suka. Umpamanya jika seseorang pemerintah muslim mengizinkan bukan muslim membina rumah ibadah mereka, bukanlah semestinya bererti pemerintah tersebut meredhai kekufuran atau penyembahan selain daripada Allah. Demikian juga apabila pemerintah tertentu mengizinkan mereka melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti minum arak atau berjudi dalam premis mereka, bukanlah bererti pemerintah tersebut telah menghalalkan arak atau judi. Keizinan itu diberikan mungkin disebabkan kerana hak-hak mereka sebagai bukan muslim dalam mengamalkan agama dan cara hidup mereka. Pemerintah mengatur urusan rakyat dengan adil dan saksama. Keizinan atau kelulusan yang diberikan oleh pemerintah bukan menunjukkan akidahnya telah rosak atau dia telah menghalalkan yang haram. Melainkanlah jika perasaan dia itu memang redha atau dia sendiri melakukan perkara-perkara yang menunjukkan dia redha. Ketika itu barulah datang penilaian di sudut akidah.
Apa yang ingin dijelaskan bukan semestinya setiap yang diizinkan itu diredhai oleh seseorang. Saya misalkan, seorang anak yang mendesak ayahnya memberikannya kunci kereta kerana ingin keluar bersama dengan rakan-rakannya. Si ayah enggan memberi kerana bimbang anaknya tidak tahu mengawal diri apabila keluar bersama rakan. Namun si anak terus mendesak dan bertegang dengan ayahnya sehingga menyebabkan si ayah akhirnya memberikan kunci kepada si anak. Anak ini pun keluar berjumpa dengan rakan-rakannya sambil berkata: “ayahku izinkan aku pakai keretanya malam ini”. Sementara si ayah apabila ditanya berkata: “memang saya izinkan tapi saya tidak redha, sebab dia mendesak dan saya malas bising-bising”. Keadaan ini menggambarkan bagaimana kadang-kala keizinan diberikan tanpa keredhaan atau kerelaan. Betapa ramai wanita zaman tahu yang mengizinkan bapa mereka mengahwinkan mereka, sedangkan jantung hati mereka tidak redha.
Di samping ada keadaan di mana kita izinkan sesuatu dengan penuh redha. Juga ada keadaan di mana kita meredhai sesuatu tetapi tidak dapat mengizinkannya. Kita tidak izinkan mungkin disebabkan faktor-faktor tertentu.
Sebab itu dalam al-Quran Allah gunakan perkataan masyiah atau kehendak dan dalam masa yang sama ada perkataan redha. Manusia menjadi beriman dan kufur adalah dengan kehendak atau izin Allah. Jika Allah tidak izin atau kehendak, maka tiada satu perkara pun yang boleh berlaku di alam ini. Namun bukan semestinya apa yang Allah izinkan berlaku itu, Allah meredhainya. Firman Allah: (maksudnya) “Maka (fikirkanlah) adakah orang yang dihiaskan kepadanya amalan buruknya (oleh syaitan) lalu dia memandangnya baik, kerana sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan dia juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Oleh itu, janganlah kamu membinasakan dirimu (Wahai Muhammad) kerana menanggung dukacita terhadap kesesatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka kerjakan” ( Surah al-Fatir, ayat 8).
Allah menyesat sesiapa yang Dia Kehendaki kerana mereka memilih kesesatan, demikian memberikan petunjukNya kepada sesiapa yang ingin memilih petunjuk. Itulah peraturan alam yang Dia Maha Pencipta lagi Maha Adil tetapkan. Dia tidak menzalimi hamba-hambaNya.
Apabila kekufuran atau kemaksiatan atau kesesatan itu berlaku bukanlah Dia redha atau sukakan kekufuran sekalipun berlaku dengan izin atau kehendakNya. FirmanNya: (maksudnya) “Kalaulah kamu kufur akan nikmat-nikmatNya itu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak memerlukan kamu; dan Dia tidak redha untuk hamba-hambaNya kekufuran; dan jika kamu bersyukur, Dia meredainya untuk kamu..(Surah al-Zumar, ayat 7).
Maha Suci Allah untuk dibandingkan dengan makhluk. Namun untuk mendekatkan fa
ham, demikian insan dalam hidup ini mestilah dibezakan antara keizinan dan keredhaan.


Copy and Paste Dari https://www.facebook.com/DrMAZA
Read More...

Tips Susun Buku Sekolah Anak Ikut Jadual

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..


Harap bergunalah 
Read More...

1.14.2015

Perodua Lancar Model Baru Hari Ini

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..





KUALA LUMPUR – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memperkenalkan model dipertingkat, Perodua Myvi yang ditawarkan pada harga daripada RM41,500 seunit bagi varian Standard G 1.3L manual hingga RM58,900 untuk varian automatik Advance 1.5L.

Mengikut Perodua, naik taraf Myvi, model paling popular Malaysia sejak sembilan tahun lalu dibuat selepas kajian menyeluruh untuk memberi lebih nilai kepada pelanggan.

Antara kemasan terkini pada Myvi baharu yang dilancarkan di sini hari ini ialah perumah lampu projektor serta dilengkapi pengesan membelok depan, sekali gus meningkatkan lagi ciri keselamatannya.

Ruang dalamannya pula dilengkapi cangkuk antiragut untuk memudahkan wanita meletak beg tangan, tempat meletak minuman pada bahagian papan pemuka dan sistem multimedia dengan navigasi serta kamera mengundur.

Myvi ditawarkan dalam dua warna baharu Electric Blue dan Cosmic Gold. Ia adalah tambahan kepada warna popular model itu yang sedia ada iaitu Ozzy Orange, Mystical Purple, Glittering Silver dan Ivory White. 

Sumber http://www.siakapkeli.com.my/
Okay gak tu harga pun yang mampu milik 
Read More...

Review App : Muslim Pro - Azan,Quran,Qibla

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

Cover art

Okay bagi orang islam pastinya tercari cari akan satu app yang membantu untuk mengatahui arah kiblat dan azan untuk orang yang suka menggambara atau ada urusan dan tidak tahu bilakah waktu azan, app ini akan membantu anda dan sekeluarga untuk mengatahui bilakah dan arah kiblat... Yang paling penting ada Al Quran di dalamnya...

#1 Prayer time App
15 million users in 215 countries

Recognized by millions of Islam followers through the Muslim world as the most accurate Prayer time & Azan application on mobile devices. Muslim Pro also features the full Quran with Arabic scripts, phonetics, translations and audio recitations as well as a Qibla locator, an Islamic Hijri calendar, a map of halal restaurants and Mosques, etc..
MAIN FEATURES:
- Fasting times during Ramadan
- Accurate Prayer time calculator based on your current location
- Azan / Adhan: visual and audio notifications / calls for prayer
- The Holy Quran (Al Qur'an) with recitations (mp3 audio), phonetics and translations
- Halal restaurants and mosques locations around you
- Animated Qibla compass to show you the direction to Mecca
- Muslim calendar to estimate holy dates such as Eid-Ul-Fitr and Eid-Ul-Adha
- Islamic greeting cards
- 99 names of Allah
- App and Quran fully translated to: Bahasa Indonesia, Bahasa Melayu, Deutsch, English, Español, Français, Italiano, Nerderlands, Português, Türkçe, العربية, اردو, русский, 简体中文, 日本語, ภาษาไทย

IMPORTANT NOTES
(1) if you feel that the app is giving you wrong prayer times, it is most likely related to your settings. Please make sure that you have selected the correct convention/calculation method and other parameters.

FOLLOW US FOR MORE UPDATES


Read More...