2.22.2015

Review App : Youtube Adblock Mengblock Iklan Youtube

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

Okay seperti yang saya janjikan hari tu, saya akan membuat review tentang Youtube adblock.. Mesti korang annoying bila korang buka youtube lepas tu ada iklan yang akan memganggu anda kan?? So ini ada satu app yang ada boleh gunakan untuk menyakat iklan itu. App tu bukan untuk smartphone tau sebab untuk smartphone tak jumpa lagi, app ni untuk web sahaja saya ulangi untuk web sahaja okay. App ni akan menyakat apa saja jenis iklan tak berbayar atau berbayar saya rasa untuk penggemar Youtube pasti akan suka akan App ni



Okay lakau berminat boleh pergi ke Adblock Youtube dan memasangnya


Read More...

2.21.2015

diet atkins

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..


Kilk tuk besaq na

Nak cuba tapi hampir semua tak boleh makan, tengok dulu la macam mana nak gak kurus ni

Read More...

2.15.2015

Ikuti luahan hati DATIN TUAN SABARIAH TUAN ISHAK

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

PERMERGIAN insan tersayang yang berkongsi hidup selama 53 tahun sudah pasti memberi kesan hebat kepada diri seseorang, apatah lagi insan itu seorang suami penyayang yang lebih dikenali sebagai Tok Guru, juga menjadi pemimpin disayangi ramai, di dalam dan luar negara.

Ikuti luahan hati DATIN TUAN SABARIAH TUAN ISHAK, isteri bekas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam wawancara eksklusif bersama wartawan Sinar Harian, ROSMIZA KASIM dan SITI FATIHAH AWANG di kediaman beliau sehari selepas pemergian suami yang dicintai itu.“Nanti abang tak dok (meninggal dunia) lepas ni, sapo nak jago Yah,” itulah kata-kata yang membuatkan hati saya sedih dan sayu apabila mengenangkan suami yang baru sehari meninggalkan saya buat selama-lamanya.

Kata-kata abang itu yang diluahkan tiga hari sebelum meninggal dunia, ketika dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) itu saya sambut dengan senyuman, sambil memegang tangan insan yang selama ini berkongsi hidup suka dan duka dengan saya.

Sambil menggenggam tangan abang, saya kata “anak-anak kita kan ada, mereka boleh jaga saya sampai bila-bila. Abang janganlah risau,” walaupun dalam hati saya ketika itu sebak tidak terkata.

(Perasaan yang ditanggung itu diluahkan Tuan Sabariah sambil menyapu air mata dengan tisu yang dihulurkan saudara-mara yang datang menziarahi keluarganya di kediamannya).

Kini, anak-anaklah yang akan menjadi peneman saya, menghilangkan kesunyian hidup saya. Walaupun baru sehari, saya mengakui saya sangat merindui beliau.

Dengan izin, hari ini (semalam) saya dan semua anak-anak awal-awal pagi lagi ke kubur. Dalam keadaan sayu hati dan reda dengan ketentuan ALLAH SWT, saya sedekahkan Al-Fatihah dan ayat suci al-Quran kepada suami tercinta di perkuburannya.

Saya reda dan saya juga tidak 'berhutang' apa-apa lagi dengan abang. Saya memang menjaga abang sepenuh hati saya sebagai seorang isteri sebagaimana yang abang mahukan selama ini, walaupun saya juga kadang kala diuji dengan kesihatan yang tidak menentu.

Sebelum ini, makan, minum dan pakaian abang dijaga dengan baik. Makanan sentiasa terhidang untuk suami tersayang dan tidak pernah sekalipun saya menyuruhnya mengambil sendiri.

Cuma, saya perasan satu kelainan kerana beberapa bulan lalu, abang kadangkala menyediakan sendiri minumannya tanpa bantuan saya.

Saya menghormati abang, memang abang seorang insan istimewa yang tiada galang gantinya bagi saya. (Beliau terus menyapu air mata dan kemudiannya cuba memujuk diri dengan melemparkan senyuman kepada hadirin).

Biarpun abang seorang menteri besar dan pemimpin masyarakat, namun abang bukanlah seorang yang cerewet, terutamanya dalam soal memilih makanan.

Senang sangat, malah saya yakin setiap isteri di dunia ini mengimpikan seorang suami yang 'mudoh baso' (senang kira) malah tidak keterlaluan jika saya katakan, saya antara  yang bertuah kerana memiliki abang.

Masakan kampung memang menjadi keutamaan abang. Sedap atau tidak bukanlah satu kepentingan. Apa yang pasti, itulah menu pilihan, tambahan pula jika disajikan dengan ikan darat, ditambah pula kuih paling digemari, lompat tikam serta jala emas.

(Mengimbas semula kisah hidupnya sebagai suami isteri, Tuan Sabariah juga memberitahu setiap malam dia akan mengurut dan menyapu minyak di tubuh Tok Guru sebelum tidur).

Sentiasa saya ingat, kata-kata abang yang memberitahu, tidak ada harta yang banyak boleh ditinggalkan untuk anak-anak. Semuanya sudah diberikan. Harta yang dimaksudkan adalah ilmu untuk menjadikan anak-anak yang soleh, berguna kepada agama dan bangsa.

Memang abang pentingkan ilmu kepada anak-anak, kerana baginya, ilmulah darjat yang paling tinggi di akhirat.

Itulah yang sentiasa menjadi pesanan abang kepada semua anak-anak.

Bukan sahaja pentingkan ilmu, malah abang juga seorang yang penyayang. Masih terbayang-bayang lagi tiga hari sebelum abang menghembuskan nafas terakhir, kami ketawa bersama apabila dia mengenyit mata kepada saya ketika terbaring di katil hospital.

Malah saya membalasnya dengan senyuman yang penuh ikhlas dari hati saya sambil menggenggam tangannya.

Walaupun ketika itu abang tidak gagah namun abang masih lagi memujuk hati saya dengan bersikap demikian kerana abang tahu, saya terlalu risaukan kesihatan abang.

Saya kagum kerana abang masih lagi (berusaha) menghiburkan saya walaupun dalam keadaan uzur.

Saya sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang baik, biarpun dalam keadaan terlantar, masih lagi menjaga batas-batas saya sebagai seorang Muslim.

Pernah satu ketika, saya bercakap dengan seseorang. Pada mulanya abang hanya menghentak tangannya pada saya dengan perlahan, tapi lama-lama semakin kuat.

Rupa-rupanya abang tidak suka saya bercakap perkara yang tidak sedap didengar di telinganya.

Sampai begitu sekali dia sayangkan saya, supaya saya tidak buat perkara yang merugikan, malah abang sering berpesan ia adalah kebaikan untuk dijadikan contoh kepada anak-anak.

Ini juga yang patut dicontohi dan saya amat bersyukur semasa dalam keadaan sakit dan tidak bermaya, abang masih lagi bangun sepertiga malam untuk bertahajud.

Sangat tersentuh hati saya apabila kira-kira jam 3 pagi saya mendengar abang sedang membaca ayat-ayat suci al-Quran ketika bertahajud dan pernah satu ketika, bacaannya agak kuat kerana sengaja untuk bangunkan saya daripada tidur.

Memang inilah amalan abang sejak dulu lagi, malah tidak pernah abang abaikan dan mengeluh penat untuk melaksanakannya, walaupun kadangkala balik lambat sehingga jam 2 pagi (sewaktu menjadi menteri besar) pun.

Bertahajud tetap menjadi keutamaannya.

Pernah juga abang bergurau, “Pahala solat sunat abang lakukan ini tidak boleh berkongsi dengan Yah, amalan masing-masing. Jadi kita kena sentiasa beribadah”.

Walaupun nada nya bergurau, tapi saya tahu pesanannya itu adalah daripada seorang suami yang mahukan yang terbaik buat isterinya.

Abang memang utamakan solat. Setengah jam sebelum masuk waktu abang akan bersedia dengan wuduk dan saya masih ingat perumpamaan yang ditujukan kepada saya mengenai solat. Katanya, seperti menghadiri majlis kenduri, jika lewat datang sudah pasti lauk-pauk tidak akan cukup lengkap. Katanya sama juga dengan solat, jadi jangan tangguh-tangguhkan.

(Sekali lagi air mata Tuan Sabariah mengalir dan tetamu yang berada di ruang tamu juga kelihatan sayu sambil kedengaran tangisan kecil apabila berkongsi mengenai baju paling disukai oleh Tok Guru yang digayakan oleh isterinya.

Keadaan menjadi lebih sayu dan masing-masing memandang Tuan Sabariah apabila baju kegemaran Tok Guru itu dipakai sehari selepas pemergian Allahyarham, sambil tangannya digenggam erat oleh penulis)

Baju inilah (baju kurung kain kapas krim berbunga kecil) yang abang paling suka saya pakai, malah sering memuji corak yang katanya begitu sesuai dengan saya. Abang tidak suka saya pakai baju warna terang dan bunga besar dan banyak, tetapi tidak pula pernah melarang ataupun menegur sehingga saya berkecil hati.

Pernah juga baju pemberian rakan terpaksa disimpan walaupun hanya beberapa kali dipakai.

Ini kerana abang pernah menegur saya secara bergurau, “Yah nampak tua pakai macam itu." Saya hanya membalas dengan ketawa dan terus menyimpan baju itu dan tidak dipakai lagi.

Bagi saya, apa yang terbaik untuk abang adalah yang terindah bagi saya. Walaupun hal pakaian adalah perkara remeh bagi sesetengah isteri,namun itulah keutamaan bagi saya untuk menjadi isteri yang patuh kepada suami.

Sumber : sinarharian.com.my
Read More...

2.12.2015

Kemaskini: sekitar di hadapan kediaman Arwah Tok Guru

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..









lagi kemaskini akan menyusul


Read More...

Kemaskini : Solat jenazah Datuk Nik Aziz Nik Mat

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

Solat jenazah ayahanda tuan guru akan didirikan pada jam 10am pagi esok (Jumaat) 13 Februari 2015 di masjid Tok Guru, Pulau Melaka.
Semoga perjalanan tuan puan dari jauh dan dekat diberkati oleh Allah. Harap patuhi segala arahan bagi mengekalkan keselesaan buat semua dan perjalanan ayahanda menuju tuhannya.

1. Solat jenazah jam 10 pagi di Masjid Pulau Melaka dan akan dibawa ke tanah perkuburan Pulau Melaka utk dikebumikan.
2. Orang ramai yg ingin menziarahi dikehendaki menggunakan kenderaan shuttle yang akan disediakan di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke-IV mulai jam 7.30pg.
3. Tetamu2 dari kalangan pimpinan parti politik & lain2 yang tiba melalui Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Peng Chepa boleh ke Pulau Melaka dengan menggunakan kenderaan yang akan disediakan.
4. Jalan akan ditutup bermula dari Simpang 4 Panji (JPJ) hingga ke Simpang 4 Kota Jembal.

Read More...

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

KOTA BAHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Pulau Melaka jam 9.40 malam tadi.

Allahyarham sebelum itu dibawa pulang pada 8.40 malam dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan ditemani kaum keluarga.

Terdahulu, anaknya, Nik Mohamad Abdul memaklumkan di dalam Facebook tahap kesihatan bapanya menurun selepas menjalani rawatan ulser, semalam.




Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Takziah dari saya dan sekeluarga Al Fatihah 





Read More...

2.09.2015

Review App : Mainichi App Untuk Belajar Bahasa Jepun Dengan Mudah.

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

Okay seperti yang saya janjikan hari ni ada review tentang Mainichi.
Nak belajar bahasa Jepun dengan mudah so gunalah app ni tapi bukan untuk smartphone la dia untuk web yang akan dipasang selapas di muat turun.. Sorry to say la bukan app smart phone tapi untuk web.. App ni best saya dah banyak belajar pasal perkataan perkataan Jepun daripada saya tahu perkataan tu sampai saya tak tahu perkataan tu pun macam BUTA tu sebenarnya KHINZIR, bayangkan macam mana kita pergi ke Jepun lepas tu kita cakap "Ehh lelaki tu buta la" pastu orang kat situ memandang kita semacam je kan haha..

Okay App ni dah di review oleh Amanz.my.. Okay korang boleh pergi website diaorang untuk membaca review tu okay http://amanz.my/2015/02/mainichi/











Ini ialah antara perkataan Jepun yang anda boleh pelajarinya.. Dengan antaramuka yang simple dan mudah dibaca pasti anda boleh pelajari bahasa Jepun dengan mudah okay kalau berminat boleh ke

https://chrome.google.com/webstore/detail/mainichi/dfekdjmdikicceaiokcmmchenpilglhn

Dan memuat turunnya sekarang okay dan pelajari perkataan Jepun setiap kali anda tab baru pada Chrome
Read More...

Lelaki disahkan boleh menandung

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

LANCASHIRE - BRITAIN. Seorang lelaki terkejut apabila diberitahu oleh doktor bahawa dia mempunyai rahim; yang membawa maksud dia juga berpontensi untuk hamil seperti wanita lain.

Memetik laporan daripada Telegraph.co.uk kelmarin, penemuan tersebut dilaporkan doktor ketika lelaki itu menjalani ujian MRI bagi mengesan punca pendarahan yang terdapat dalam kandungan air kencingnya.

Hasil imbasan MRI mendedahkan penemuan organ pembiakan wanita yang berpotensi menyebabkan kehamilan, haid dan PMT (senggugut).

Lelaki berusia 37 tahun ini dipercayai mempunyai sindrom salur Müllerian (PMDS) yang mana penghidap sindrom berkenaan mempunyai organ pembiakan lelaki dan wanita dalam satu-satu masa.

“Ia merupakan kes yang sangat jarang berlaku. Pesakit kini diletakkan dibawah jagaan dan akan dibedah untuk membuang organ pembiakan wanita yang terdapat dalam tubuhnya,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.

Menurut doktor lagi, darah yang terdapat air kencingnya dipercayai darah haid.

Sekurang-kurangnya 120 bayi dilahirkan dengan sindorm tersebut setiap tahun di Britain  dan ia juga dilaporkan berlaku pada haiwan seperti anjing.

http://www.sinarharian.com.my/global/lelaki-terkejut-disahkan-boleh-mengandung-1.358537
Read More...

But You Didn't.

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

Malam ni kita layan perasaan dengan gambar ini



































Okay tamat sedih kan.. Okay saya ada sediakan tidu lebih siapa nak..
Read More...

2.08.2015

Percutian Bajet Ke Bukit Bendera

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

Okay hari tu kan saya tak ada seminggu ada tak orang perasaan rasanya tak kot sebab saya bukan terkenal pun.. Okay dah dah hehe , ketiadaan saya seminggu tu saya pergi ke Pulau Pinang sebab ayah saya dirawat di sana.. Pergi Bukit Bendera pun bukan dirancang sangat pun rancang macam tu je dan terus pergi sebab kan saya dah ada dekat sana, kami pergi sehari sebelum saya dan saudara saya balik ke Kedah pergi sana memang best teruja sangat naik kerata api yang pihak Bukit Bendera sediakan.. Okay saya ada sediakan gambar percutian ni tengok gambar je la okay malas nak story panjang panjang

























Okay ini je la gambar yang boleh saya kongsikan je ada lagi tapi tak berapa menarik la
..

Pergi la melawat cantik tau tapi satu je yang kurang saya berkenan sebab dekat sana banyak anjing kurap yang menganggu..

Read More...

2.06.2015

Poltergeist

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..


Cerita seram yang bakal ditayangkan di seluruh negara... Seram habis kot tengok la trailer dia.. Bila keluar saya pun tak tahu???
Read More...

"GA Subkontest HASRULHASSAN.COM Best Blog 2015"

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..
HASRULHASSAN.COM Malaysia Best Blog 2015

Jom Sertai GA dan Subkontest HASRULHASSAN.COM Malaysia Best Blog 2015 - Menang Hadiah Gratis dari Bandung, Indonesia."



Read More...

2.02.2015

Mizz Collection Indian Textiles

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..



Kain sari blue + purple RM120 (tidak termasuk postage)



Kain Sari Gold + White RM 120(tidak termasuk postage)



Kain Sari Pink  + Maroon RM 120(tidak termasuk postage)



Kain Sari Maroon + Gold RM 120(tidak termasuk postage) 












Read More...