9.20.2015

SORRY

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

MAAF SEBAB KENA NYAH AKTIF BLOG INI BUAT SEMENTARA WAKTU ATAS ATAS FAKTOR PERIBADI..
Read More...

9.04.2015

DOLLAH SALLAH : SAYA LETAK JAWATAN

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

DARI ASTROAWANI.COM

SEPANG: Ketua jurulatih pasukan Harimau Malaya Dollah Salleh mengumumkan meletak jawatan daripada skuad bola sepak kebangsaan susulan kekalahan 0-10 kepada UAE pada Khamis.

"Saya mengambil tanggungjawab ini, saya letak jawatan," kata Dollah di KLIA setibanya bersama pasukan bola sepak kebangsaan pada Jumaat, sepertimana dilapor portal The Star Online 

DAN LAPORAN SELANJUTNYA MENYUSUL





Read More...

PAK CIK TUA INI IKAT TALI DARI RUMAHNYA KE MASJID BAGI MEMUDAHAKAN DIA SOLAT BERJEMMAH

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

PETIKAN INI DARI SIAKAPKELI.MY

SEBENARNYA DISERTAKAN VIDEO TAPI MIZZ TAK RETI NAK LETAK VIDEO TU SO MIZZ HANYA LETAK GAMBAR SAHAJA




GAMBAR DARI SIAKAP KELI

Video yang menunjukkan tindakan seorang lelaki di Arab Saudi yang cacat penglihatan pergi berjemaah ke masjid telah mendapat perhatian ramai.

Kecekalan lelaki berkenaan yang berumur dalam lingkungan 50-an yang berjalan kaki secara perlahan sambil memegang tali yang telah diikatnya dari rumah hingga ke tiang elektrik berhampiran pintu masjid untuk memudahkan beliau pergi berjemaah.

Rata-rata netizen meluah rasa kagum dengan lelaki berkenaan yang sanggup berjalan kaki walaupun buta dan tidak segagah orang muda lagi.

Apa yang lebih mengagumkan beliau dikatakan pergi berjemaah ke masjid berkenaan pada setiap waktu masukknya waktu solat.

Cacat pengelihatan dan uzur tidak dijadikan alasan oleh lelaki ini untuk tidak menjalankan kewajipannya sebagai seorang hamba Allah.

Kerana kecekalan lelaki ini juga ia dikatakan menjadi inspirasi kepada umat Islam lain terutamanya golongan muda yang berat kaki untuk ke masjid.

Berdasarkan laporan daily Al-Saudeh, sebenarnya video berkenaan telah dimuatnaik sejak Disember 2012 lalu tetapi walaupun ianya sudah tiga tahun berlalu tetapi kecekalan lelaki berkenaan pergi menunaikan solat berjemaah walaupun tidak dapat melihat wajar dipuji.

Dikatakan juga lelaki berkenaan sememangnya sudah uzur dan ada orang kampung menasihatinya supaya hanya melakukan solat dirumah kerana mereka kesihan melihatnya tetapi dia tetap berkeras untuk ke bersama jemaah lain menunaikan solat bersama-sama di masjid.

"Allah telah melucutkan nikmat pandangan daripada matanya tetapi Allah sentiasa memelihara imannya," tulis akhbar berbahasa arab berkenaan

APA ALASAN KAMU WAHAI MANUSIA SEMPURNA 




Read More...

ALLAHURABBI SUNGGUH BERAT UJIAN ALLAH PADAMU

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

DALAM BEBERAPA HARI LEPAS KITA DIKEJUTKAN DENGAN KEMATIAN SEORANG BUDAK COMEL YANG MAYATNYA DIJUMPAI DI PERSISIRAN NEGARA TURKI ATAS SEBAB BOT YANG SI COMEL ITU NAIK KARAM BERSAMA IBU DAN ABANGNYA NAMUN AYAHNYA SALAMAT DAN KEHILANGAN SEGALA GALANYA YANG PALING MENYEDIHKAN RAMAI YANG MATI DAN MAYAT MERAKA TERDAMPAR DI PERSISIRAN LAUT.. DISEBABKAN PERANG DI SYIRA MERAKA TERPAKSA MELARIKAN DIRI KE NEGARA JIRAN UNTUK MEYELAMATKAN DIRI DAN KELUARGA DARI DIBEDIL OLEH BOM BOM YANG AKAN MEMHANCURKAN MERAKA..

DISINI MIZZ ADA SERTAKAN GAMBAR BUDAK MANGSA KEKEJAMAN MANUSIA YANG TIDAK BERHATI PERUT..



COMEL BUKAN KENAPA SI COMEL YANG TAK BERDOSA INI HARUS MEMJADI MANGSA KEKEJAMAN MANUSIA YANG TAK BERHATI PERUT



DIA BERSAMA ABANGNYA YANG TURUT TERBUNUH



ARTIKAL DARI PERBAGAI AKHBAR YANG MEMNUNJUKKAN KEMATIAN BUDAK ITU



APA DOSA BUDAK YANG TAK TAHU APA APA INI. BUDAK NI ADA BUAT APA PADA KAMU??..

DAN MIZZ ADA TERJUMPA PADA SATU LAMAN WEB INI YANG MENCERITAKAN PERASAAN AYAH PADA BUDAK INI

DIPETIK DARI ISMAWEB.NET

LUAHAN RASA SEORANG AYAH YANG KEHILANGAN ANAKNYA DAN PERASAAN SEORANG SUAMI YANG KEHILANGAN ISTERI..

TURKI, Jumaat – “Tiada apa yang saya mahukan lagi di dunia ini. Semua yang saya impikan telah hilang.” Itulah perkataan yang keluar daripada bapa kepada kanak-kanak Syria ketika menuntut mayat anak dan isteri untuk dibawa pulang ke kampung halaman mereka di Kobani, Syria.
Abdullah Kurdi rebah menangis apabila tiba di bilik mayat bandar Mugla berhampiran Bodrum,Turki di mana tempat anakya Aylan Kurdi ditemui terdampar pada Rabu lalu.
“Saya hanya mahu duduk bersebelahan kubur anak-anak dan isteri saya.
“Kami hanya mahukan perlindungan untuk melarikan diri dari negara kami yang berperang. Apa yang berlaku kepada kami di sini, kami mahu seluruh dunia melihatnya.
“Kami mahu perhatian dunia kepada kami, supaya mereka boleh mencegah dari ia berulang kembali kepada orang lain. Biarlah ini menjadi yang terakhir,” kata Kurdi ketika keranda keluarganya dimasukkan ke dalam van jenazah.
Abdullah Kurdi mengatakan dia menaiki sebuah bot gentian kaca kecil di Turki dengan 12 orang di atas kapal. Kapal itu telah dikendalikan oleh dua penyeludup, seorang Turki dan Syria, katanya. Ia sangat sesak.
“Saya berkata kepadanya, ‘Apakah kami mengosongkan bot? Adakah saya perlu turun dengan isteri dan anak saya?”
Salah satu penyeludup menjawab, “Tidak, tidak, ia adalah baik,” Abdullah menceritakan.
Katanya, ombak besar mula terhempas ke atas bot, dan ia kemudiannya dinaiki air menyebabkan mereka panik sebelum ia karam.
“Saya memegang tangan isteri saya. Anak-anak terlepas dari tangan saya. Kami cuba berpegang kepada bot.
“Keadaan sangat gelap, saya hanya dengar semua orang menjerit sehingga saya tidak dapat mendengar suara isteri dan anak-anak saya. Saya berada di dalam air selama 20 minit. Seorang demi seorang telah mati,” katanya.
Setakat ini, daripada kesemua 23 orang yang menaiki dua bot itu, lima kanak-kanak dan seorang wanita disahkan mati, tujuh orang telah diselamatkan manakala dua lagi berjaya ke pantai menggunakan jaket keselamatan.
Dua orang dilaporkan masih hilang.
Kejadian ini telah mendapat perhatian dunia khususnya rakyat Turki.
Sementara itu, Presiden Turki, Tayyip Erdogan membincangkan krisis tersebut dengan rakan sejawatnya dari Perancis, Francois Hollande.
“Negara-negara Eropah, yang telah bertukar Mediterranean, tempat bermulanya tamadun tertua di dunia, ke tanah perkuburan untuk pelarian, berkongsi dosa bagi setiap pelarian yang kehilangan kehidupan mereka,” kata Erdogan dalam ucapan di Ankara.
Perdana Menteri Perancis, Manuel Valls dalam kenyataan di akaun Twitternya berkata, tindakan segera diperlukan bagi membela mereka.

APA YANG KITA AKAN JAWAB DIHADAPAN ALLAH BILA DITANYA NANTI?? 
TANYA SAMA HATI KENAPA TIDAK TOLONG..






Read More...

9.03.2015

MY TUMBLR

Read More...

MAUT TERTEMBAK DIRI SENDIRI AKIBAT BERSELFI DENGAN PISTOL

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

DARI ASTROAWANI.COM

Seorang lelaki berusia 19 tahun, Deleon Alonso Smith maut tertembak lehernya sendiri ketika merakamkan foto selfie dengan sepucuk pistol berpeluru pada Rabu lalu.

Memetik laporan Global News, Deleon Alonso Smith meninggal dunia kira-kira jam 1.30 petang di sebuah pangsapuri di Houston akibat kecederaan parah pada bahagian tekak.

Menurut pihak berkuasa, Smith yang menemui pistol tersebut mula merakam gambar selfie bersama sepupunya sebelum ditembak secara tidak senjaga.

Difahamkan, ahli keluarga Smith masih lagi berada dalam keadaan terkejut dan trauma.

“Ini adalah situasi yang paling teruk dalam hidup saya,” kata ibu mangsa, Eric Douglas kepada CNN.

Manakala, nenek Smith pula berkata, “baru semalam saya jumpa dengan Smith. Dia datang untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada saya, dan hari ini, saya terima berita pemergiannya."

Bagaimanapun, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan. 

SATU KEGILAAN BUDAK SEKARANG INI SELFI,SELFI SINI,SELFI SANA DAN PALING TAK MASUK AKAL BERSELFI DENGAN SENJATA API.. APA YANG TERJADI DI SINI SENJATA API KALAU JUMPA TERUS HANTAR KE BALAI POLIS BUKAN SELFI DULU.. HARAP KEJADIAN NI DIJADIKAN IKTIBAR UNTUK MIZZ DAN KORANG SEMUA..







Read More...

10 SEBAB KENAPA GROUP WHATSAPP JADI SEMAK

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

DARI FACEBOOK YANG TIDAK DIKENALI DIA SENARIKAN 10 SABAB KENAPA GROPT WHATSAPP JADI SEMAK


1. Jenis yang terlebih ambil berat, suka forward imej lengkap gambar bunga
bagai semata-mata nak ucap salam, selamat pagi sampai 2, 3 keping. Paling tak boleh blah, yang reply pun sama. Kalau group 5-10 orang dalam group boleh tahan lagi. Buatnya, lebih separuh daripada 50 orang buat hal sama, tak ke pagi-pagi dah serabut perut.
2. Sembang berjela hal yang hanya kena pada 2 orang saja padahal group ada lebih 50 orang. Ada tu pula suka benar menunjuk-nunjuk gambar selfie diri sendiri atau gambar anak sampai 14 kali sehari. Habis data. Akhirnya, tekan More --> Clear Chat!
3. Respon menganjing/ tak serius pada komentar ahli group yang bagi
cadangan atau pandangan padahal sebelum tu menyalak minta respons. Bila 'exit group' boleh pula yang menganjing tu tanya kenapa dia left?
4. Kalau group kawan sekolah lama, masing2 tanya khabar, sibuklah cakap
rindu, kenangan indah bagai tapi bila admin nak set tarikh utk jumpa
punyalah payah.
5. Kalau group kawasan kejiranan, ada yang suka merapu melebih-lebih
sampai masuk hal dalam kain padahal masing-masing dah ada bini, anak
berderet, siap kalau malam Jumaat hantar gambar yang sewaktu temanya
sampai jam 2,3 pagi. WTH?!
6. Kalau group rasmi, hantar beberapa keping gambar dah cukup. Tapi kalau jenis yang tak fikir orang lain sanggup hantar sampai 30 gambar serentak untuk satu program je termasuk gambar kabur/blur sampai memori full.Gila kau! Habis jammed hp.
7. Isu remeh-temeh yang sama dikitar semula. Kalau jumpa cerita sama,
dalam group pun cerita sama. Akhirnya baik jadi silent reader tak pun CCTV.
8. Ada pandangan berbeza nanti kalau cakap boleh tercetus perang dunia
ketiga tambah kalau menyentuh bab politik.
9. Bosan jenis yang copy & paste atau dipetik dari group sebelah cerita2 yang konon mengajak ahli group ingat Tuhan. Sumber tak tahu sahih ke tidak. Panjang2 pula ayatnya itu. Akhirnya sekadar scroll tak baca habis.
10. Jenis yang kepoh berangan reporter Melodi. Sibuk copy & paste berita
sensasi, khabar angin tup tup, esok lusa hal yang dikecohkan itu hanya salah faham, tak berlaku pun atau gambar edit.
Jadikan group WhatsApp bukan alat pencuri masa berharga anda sedangkan hayat kita semua ni sedang dihambat!


APA YANG DIA SENARAIKAN TU BETUL HEHE






Read More...

CORETAN Dr Shukri Abdullah (Pakar Motivasi Malaysia)

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

DARI FACEBOOK WARGA PRIHATIN SAKALI LAGI

SABENARNYA MIZZ KENAL DR SHUKRI ABDULLAH NI SEBAB DIA BELI TAHAN N BUAT RUMAH DI YAN TEMPAT TINGGAL MIZZ

Coretan Dr Shukri Abdullah (Pakar Motivasi Malaysia) ini disampaikan oleh HASMAH ISMAIL semasa mengulas artikel fenomena “Actual & Ritual Merdeka”. Menurut beliau, inilah fenomena sesetengah daripada kita di masa kini, samada mahu di’ia’kan atau tidak. Ada baiknya orang Melayu renungkan isinya untuk dijadikan asas paradigma minda.
MELAYU MUNDUR KERANA MELAYU !
Memang mudah tuding jari kepada DAP
Memang senang tuduh MCA atau MIC
BETUL KAH CINA DAN INDIA YANG MENYEBABKAN MELAYU MUNDUR ?
Melayu alpa.
Melayu merempit.
Melayu ambil dadah.
Melayu gila hiburan.
Melayu asyik berkonsert.
Di dewan - konsert, di padang - konsert,
Di staudium - konset, di TV - konsert.
Hebat Melayu, dari Bintang Kecil ke Bintang Tua !
ANGKARA CINA DAN INDIAKAH SEMUA TU ?
Memang banyak cerita Cina diskriminasi Melayu di dunia pekerjaan.
Dalam sektor swasta mereka kuasai.
Sukar anak Melayu nak naik pangkat.
Dunia perniagaan mereka control.
Payah peniaga Melayu nak mencelah sama.
Kita tidak kata Cina dan India 100% tidak bersalah.
Tetapi Melayu juga ada diskriminasi Cina dan India !!
Kita berkata, di mana Melayu boleh kawal kenapa Melayu tidak kawal.
Kenapa Melayu tak kawal hiburan hingga melekakan remaja Melayu.
Hingga kini bukan saja remaja Melayu
Mak bapak Melayu pun asyik dengan hiburan
Barangkali tok dan tok wan Melayu juga !
BUKAN SAJA ANAK KECIL, DATUK DAN NENEK MELAYU PUN MENYANYI.
Pun bergencok.
Pun berlenggang.
Pun lupa diri.
Jadi kalau ramai pelajar Melayu tak tau solat.
Kalau lagi ramai yang tau solat tak bersolat.
Terlalu ramai tak pernah jemaah di mesjid,
SALAH CINA DAN INDIA LAGI ????
Siapa perintah negara setakat ini .... Cina dan India ?
Siapa kesemua PM setakat ini .... Cina dan India ?
Siapa semua hampir kesemua MB-KM setakat ini ... Cina dan India ?
Siapa majoriti ketua2 jabatan setakat ini ... Cina dan India ?
Siapa ketua Polis dan ketua Tentera setakat ini ... Cina dan India ?
SEKARANG INI MARI KITA PAKAT PERBAIKI DIRI KITA…
Perbaiki bangsa kita.
Perbaiki amalan agama kita
Perbaiki anak muda kita.
Perbaiki pelajar kita
Dengan menoleh ke dalam diri kita
Dengan muhasabah kesilapan kita
Dengan ikhlas dengan kekurangan kita
Dengan usaha perhebatkan bangsa kita.
Hanya Melayu yang Islam boleh maju kedepan.
Melayu yang Melayu sukar, lambat dan tak nampak jalan !
LIHAT DALAM ISLAM ...
Kita diajak berjaya 15 kali sehari, 450 kali sebulan, 5400 kali setahun.
Kan berkemundang "Haiyya Alal Falah"
Dua kali dalam azan, sekali dalam iqamah ... 5 kali sehari.
Mari berjaya…. Come to success.
Tetapi "Haiyya Alal Falah" didahului dengan "Hayya Alal Solah"
Maksudnya berjaya ikut acuan Islam.
Mari bersolat, mari berjaya.
Come to solat, come to success.
RUMUSAN
Renung bangsa sendiri.
Tengok amalan agama bangsa sendiri.
Teliti kesilapan kealpaan bangsa sendiri.
Muhasabah bangsa sendiri.
Apabila kita asyik tuduh CIna dan India.
Kita tambah dengan Kadazan dan Iban
Kita Melayu, kita Muslim lupa perbaiki diri kita.
Itu salah kita selama ini.
Usah beralasan lagi.
Mari kita sama-sama cari jalan keluar.
Ayuh Melayu ... sama-sama fikir, sama-sama renung.
Sama-sama bertindak dengan bijaksana.
Bukan emosi tak tentu hala !
Ini bukan auta tetapi fakta !!!!!


BACA DAN FAHAMINYA APA YANG DR SHUKRI ABDULLAH KATA






Read More...

BAIK BURUK 'MERDEKA' KITA

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

OKAY DARI FACEBOOK WARGA PRIIHATIN

BACA DAN FAHAMI BAIT BAIT KATA YANG AKAN DI SAMPAIKAN

BAIK BURUK 'MERDEKA' KITA




Kita mencapai kemerdekaan hanya sekali, tetapi ritual peringatannya dibuat setiap tahun. Kami ingin bawa pembaca semua berfikir akan konsep actual (sebenar) dan ritual (peringatan / CEREMONIAL) MERDEKA.
Peristiwa Hartal telah menyatukan hati orang miskin dan kaya untuk sama-sama bersatu memerdekakan negara. Segalanya sanggup dikorbankan oleh orang tua kita demi memburu nikmat kebebasan (merdeka).
Berapa ramaikah yang masih ingat kisah wanita UMNO dengan veteran Wanitanya, Allayarhamah Tan Sri Aishah Ghani yang melurut gelang dan barang kemasnya? Beliau lakukan itu untuk membiayai kos Tunku Abdul Rahman Putra ke London bagi tujuan rundingan kemerdekaan. Itulah antara harga dan cebisan pengorbanan menuntut kemerdekaan ketika itu.
Jika dinilai kos untuk usaha menuntut kemerdekaan, termasuk kos pengistiharannya di Stadium Merdeka dahulu jauh lebih MURAH dari apa yang kita belanjakan untuk memperingati kemerdekaan saban tahun. Maklumlah, orang dahulu datang ke stadium tidak perlu dibayar elaun. Mereka datang sebagai rakyat Malaya dengan belanja sendiri untuk menghadiri majlis pengumuman kemerdekaan Malaya itu.
Cuba bayangkan besarnya jumlah kos persalinan, PA System, biaya artis, kemah, pentas, jamuan, pengangkutan dan lain-lain lagi dalam sambutan hari merdeka kita di seluruh negara sekarang ini. Itu tidak termasuk pengurangan produktiviti negara akibat cuti.
Isunya mudah sahaja…
Hari ini kita lebih berbelanja kepada ritual 'keraian peringatan' berbanding kepada actual 'perjuangan yang sebenarnya'.
Hari ini ramai juga orang yang berpuasa secara ritual cukup 30 hari, tetapi actual dalam hidupnya tidak mampu mengawal hawa nafsu untuk terus berlebih-lebihan. Fikir-fikirkanlah jika bajet nikah dan kenduri kita RM10,000 58 tahun dahulu, tetapi setiap tahun kita belanja RM100,000 untuk anniversary nya... Tentu tidak logik bukan?
Bukan itu saja. Perbelanjaan yang begitu tinggi juga dilabur untuk satu kosmetik sambutan berbentuk hiburan semata-mata. Melihat anak-anak muda yang berkeliaran semasa dan selepas pesta merdeka lebih memedihkan lagi. Masa, tenaga, wang ringgit bahkan maruah mereka kita dibazirkan hanya untuk menzahirkan sesuatu yang fana.
Sekian lama sambutan merdeka dijadikan umpan untuk mengajak rakyat dari seluruh pelusuk negara, dari bandar dan desa untuk keluar bersosial, berpesta di lapangan maksiat. Hujungnya, 9 bulan nanti kita terpaksa tanggung pula kos anak-anak dara remaja yang dibuntingkan setiap kali sambutan merdeka!
Saban hari kami yang sudah penuh sesak ini menerima permohonan ibubapa untuk ‘melindungi’ dan ‘merawat keterlanjuran' anak remaja mereka. Badan-badan yang terlibat dengan projek perlindungan gadis mengandung, maahad tahfiz juga mengadu yang mereka amat terbeban dengan peningkatan permintaan memulihkan akhlak remaja.
Guru-guru disiplin di sekolah sudah tidak mampu berbuat apa-apa. Anak-anak luar nikah semakin ramai belajar di sekolah mereka. NGO-NGO yang terlibat dengan aktiviti mencegah gejala sosial juga semakin pening kepala. Semua pusat-pusat yang disediakan sudah penuh. Ada yang malah berkata tiada lagi gunanya meneruskan usaha itu apabila jumlahnya semakin bertambah setiap masa kerana ada pihak yang ‘menaja’..
Ada kalanya kami terfikir, jika dihimpun segala kos yang kita keluarkan untuk sambutan merdeka setiap tahun... mungkin kita mampu untuk memerdekakan serta membangun berpuluh-puluh lagi negara seperti Malaysia.
Isilah kemerdekaan ini dengan ilmu dan amal. Isi minda rakyat dengan ilmu dan semangat membangun negara, bukan hanya diisi dengan acara hiburan dan ceremonial semata-mata. Lihatlah apa yang telah terjadi selama ini dengan KEDUA-DUA BELAH MATA kerana kita semua BAKAL DITANYA tentangnya.
Semuga Allah perkenankan nasihat yang berulang-ulang ini sebagai saksi bahawa kami sudah melakukan tanggungjawab sosial kami.
ALLAHUMMA SALAMATAN FID DIEN...





Read More...

9.01.2015

MY LIFE STORY

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

DIPETIK DARI SUKAN STAR

Sukan Star TV's photo.

my life story..
Saya ni bukanlah asal orang senang. mak ayah kat kampung penoreh getah saja, boleh katakan hidup kais pagi makan pagi begitulah kami adik beradik di besarkan. memang hidup boleh di katakan dalam serba susah.. tapi kami adik beradik tak pernah mengeluh tak pernah patah semangat kerana kami faham yang kedua orang tua kami memang dah cuba yang sehabis baik untuk kesenangan kami adik beradik. tapi apakan daya tidak di izinkan tuhan untuk hidup senang macam kuaga orang lain. tapi kami bersyukur dengan apa yang ada..
saya sempat sekolah sampai darjah lima saja lepas tu terpaksa berhenti sekolah sebab nak bagi peluang dekat adik2 yang lain pulak sekolah. sebab kuaga saya tak mampu kalau semua sekolah. jadi saya berkorbanlah untuk adik2. tak apa asalkan adik2 berjaya saya dah cukup gembira kerana dah dapat buat sesuatu untuk hidup masa depan dorang.
selepas berhenti sekolah saya tak ada buat apa, sekadar tolong ayah menoreh getah dan buat kerja2 kat sawah ambik upah untuk bantu kuaga semampu yang boleh, dan begitulah saya sampai berumur 16 tahun..
sedang kawan2 lain sebok ulang kaji pelajaran kat rumah saya pulak terpaksa banting tulang berkerja siang malam untuk bantu kuaga untuk dapatkan duit belanja adik2 untuk tampung keperluan harian.. payah kan.. yaa walaupun payah walaupun penat tapi saya terpaksa juga buat semua kerana masa tu ayah pon dah x berapa sihat lagi. jadi hanya sayalah harapan kuaga seluruhnya...
masa umur 18 tahun saya ikut seorang kawan kerja dekat sebuah kilang buat kotak dekat peneng dengan harapan dapat kumpul duit untuk adik2 belajar nanti. alhamdulillah dengan gaji sebulan RM600 dan ada buat 4time sikit2 lepas tolak hantar ke kampung semua dapat la saving walaupun tak banyak tapi dapat juga rasa ada duit simpan.
tapi apa kan daya orang kata kalau bukan rezeki kita benda yang dalam mulut pun boleh terluah balik andai dia bukan rezeki kita.. saya kena tipu dengan kawan baik sendiri habis semua duit simpanan yang selama ni saya simpan entah la kenapa dia tergamak buat macam tu masih tak faham sampai sekarang.. kawan baik sejak kecik putus kawan gara2 duit...
lepas dah jadi macam tu rasa dah tak ada semangat lagi nak kerja kat sana. buat keputusan balik ke kampung.. walaupun berat hati berat kaki nak melangkah balik kerana saya junjung amanah kuaga untuk cari rezeki tapi saya terpaksa kerana tiada pilihan. sayu hati tengok mak ayah dengan penuh gembira saya balik cuti.. sedangkan mereka tak tahu yang saya balik terus. tapi saya cakap yang tempat saya kerja tak bayar gaji sebab tu terpaksa berhenti dan mereka pun terima dengan hati tebuka, katanya rezeki ada di mana2...
masa kat kampung macam2 kerja buat daripada cuci pingan kat gerai makan sampailah cuci tandas kat petronas semua kerja saya buat.. tak pe saya tak malu sebab apa yang saya buat ni semua demi kuaga bukan untuk airmuka saya sendiri.. kuaga lebih penting dari maruah sendiri. dan begitulah hidup saya sampai umur 22 tahun..
masa adik dapat tawaran masuk University saya lansung tak ada saving macam2 cara fikir nak dapatkan duit untuk adik pergi balajar tapi tak dapat. jadi saya tak ada pilihan saya terpaksa jual moto yang saya gunakan seharian tu untuk buat duit belanja adik belajar.. tak apa abang pergi kerja jalan kaki pon takpa asal adik tak susah kat sana. duit masa tu memang tak cukup mana nak hantar duit belanja kat adik belajar duit belanja rumah. memang saya dah macam orang gila kejar duit buat macam2 kerja. niat hati nak cari kerja yang bagus yang gaji banyak sikit tapi dengan kelulusan sampai darjah 5 ni siapa la yang nak ambik kerja kan.. nak jadikan cerita satu hari masa tengah rehat tengahhari time makan ada terbaca 1 iklan dekat surat khabar yang bungkus nasi saya tu. kata iklan tu seorang majikan perlukan pekerja dengan segera sebagai tukang kebun dengan gaji 2000 sebulan kt kl. bila fikir2 macam nak tapi tak berani sebab tak tahu selok belok bandar. kalau tak cuba rasa macam rugi jadi try lah col. alhamdulilah rezeki saya dapat kerja tu sebab dia nak orang yang pandai buat kerja2 kebun memandangkan saya memang kat kampung pon buat kerja2 macam ni jadi di terima..
maka bermula lah episode baru dalam kehidupan dimana buat kali pertamanya jejak kan kaki ke kuala lumpur dengan penuh harapan penuh impian kali ni nak majukan diri nak bantu kuaga. hari pertama kerja alhamdulilah boss saya seorang dato sangat baik orangnya sangat merendah diri walaupun kaya sangup duduk semeja dengan saya makan.. hari beganti hari beganti bulan saya bekerja di situ alhamdulilah duit belanja semua cukup untuk adik dan juga hantar kampung.. satu hari sedang saya dok basuh kereta2 mewah dia punya dia datang dekat saya. dia kata suka kereta.? jawab suka dato tapi mampu tengok ja lah kereta macam ni. saya pon gelak.. dia pon diam.. lepas tu dia kata kalau nak ambik la ferrari ni saya cakap dalam hati dato ni begurau tak agak2. lepas tu dia belah.. dalam hati dok fikir kalau dapat betul mahu x gila rasa ferrari kot.. tapi berangan jer lah kan.hihi..
seminggu lepas tu dapat berita sedih yang dato meninggal dunia kemalangan jalanraya, dalam kepala memang dah tak tahu nak fikir apa lagi dengan rasa sedih dengan rasa becelaru sebab dah tak ada kerja sebab majikan dah tak ada sapa yang nak bayar gaji. terus tebayang wajah mak ayah kat kampung adik yang sedang belajar apa yang harus saya buat. seminggu lepas tu saya ambik keputusan sekali lagi untuk balik kampung sebab kat sini pon saya dah tak ada buat apa.. masa saya nak balik tulah peguam dato datang cakap nak jumpa saya.. dalam hati heran kenapa nak jumpa saya sedangkan saya bukan sapa2 bukan ahli kuaga dia.. lepas peguam tu terangkan barulah saya faham yang dato ni memang tak ada sedara mara lain sebatang kara anak yatim.
benda yang palang mengejutkan pon belaku hari tu bila encik razif nama peguam tu dia bagi tahu yang dato tinggalkan semua harta dia untuk saya.. mana mungkin aku pecaya benda macam ni bukan gurau. tapi lepas encik razif terang betul2 barulah aku faham dan pecaya benda ni bukan main2 semua harta dia di wasiatkan untuk aku.. rasa tak pecaya dengan tiba2 aku jadi jutawan macam dalam mimpi dalam masa sama aku syukur sangat dengan takdir aku ni..aku tahu tak ada apa yang mustahil dalam dunia ni kalau dengan izin darinya kan.. kini aku dah hidup senang dah x perlu fikir lagi pasal duit belanja adik dan hantar ke kampung.. ini aku sertakan sekeping gambar yang aku edit muka aku dengan koleksi kereta mewah yang aku ada sekarang. dan terima kasih kerana sudi lapangkan diri baca cerita bohong tahap mega aku ni. semoga kalian juga akan kaya macam aku dalam cerita ni aminn.hihi
Read More...

PARAH DITIKAM DI FUNFAIR

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

DARI HARIAN METRO



Kuantan: Bilal parah ditikam di belakang badan dengan pisau Rambo oleh seorang lelaki akibat salah faham dalam kejadian di depan tapak pesta ria (funfair) di Tanah Putih, di sini, tengah malam tadi.
Kejadian berlaku pada 12.30 tengah malam dan mangsa, Tengku Shafiq Tengku Adam Azil, 21, kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Menurut sumber, mangsa pergi ke tapak pesta berkenaan kira-kira 9.30 malam selepas selesai bertugas sebagai bilal di Masjid Tepian Putra, di sini dan bertemu tiga rakannya di situ.
"Apabila tiba di tapak berkenaan mangsa memaklumkan terjumpa sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z dengan kunci masih berada di bahagian tempat duduknya sebelum menyimpan kunci berkenaan.
"Difahamkan, mangsa ada memuatnaik status mengenai perkara berkenaan di Facebook dan keluar dari pesta ria itu pada 11.30 malam namun pemiliknya masih tidak kelihatan," katanya.
Mangsa menunggu selama satu jam dan meletakkan nota dengan tertera nombor telefon untuk dihubungi di atas motosikal berkenaan sebelum tiba-tiba datang seorang lelaki dan menikamnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Read More...

SIHIR PEMUSNAH RUMAH TANGGA

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

SUMBER NI MIZZ DAPAT DIRI FACEBOOK..

MIZZ TAK BOLEH BAGITAHU SIAPAKAH GERENGAN PEMILIK CERITA INI..




‪#‎sekadarberkongsi‬ apa yg baru terjadi pada saya sekeluarga...dunia akhir zaman..perkara yang sangat2 tak disangka.
- Asalnyer saya memanggil Ustaz ZuL utk 'mintak air' utk anak2 saya yang mana akhir2 ni kelakuan agak lain...selalu bergaduh adik beradik, skit2 menangis..mlm2 menangis..mengamuk tak mau sekolah..Kami sekeluarga pun bile berada di rumah selalu ada yg tak kena..akhir2 ni mcm2 ujian kami terima..ingtkan perkara ni biasa je..
- Hari Ustaz Zul mula2 masuk pagar rumah sudah dapat rasakan ada 'sesuatu' Di sekitar umah saya..Ustaz hanya sediakan air mandian n minuman utk Kami sekeluarga..Ustaz ada kenalan yang lebih pakar dalam hal ni..
- 2 hari lps ahad (30/8/15) Ustaz Zul dtg bersama kawannyer yg lebih pakar (tak sempat tanye nama) utk 'membuang' brg yg dikatakan angkara manusia bertopengkan iblis di sekitar rumah saya...berbekal kan ilmu cukup tinggi walaupun 'benda' tu agak kuat dpt jgk keluarkan Alhamdulillah..dianggarkan 1setahun 'barang' tu dah ditanam..
‪#‎gambarBENDAtudadibawah‬
- Nasib bertindak cepat dengan bantuan mak sendiri walaupun beberapa kali cubaan Ustaz datang gagal.. jika tak dibuang 'benda' tu dlm jangka masa tertentu ia akan pecah dan kami sekeluarga akan terima musibah lebih dasyat akan menumpang dalam badan kite kata Ustaz n kawan nyer yg cukup tinggi ilmu nyer...
- Memang terkejut apa yang terjadi apakan daya dunia zaman macam2 boleh terjadi..patutla bile Azam berkumandang duduk dlm rumah tak dgr!! Insallah mintak perkara ni dijauhkan pada semua..Amin


Read More...