12.25.2015

DEATH OF FRIENDSTER..

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..



Friendster adalah pelopor social networking dengan dilancarkan pada Mac 2002 berasal dari gabungan Friends + Napster. Pada 2003 Friendster terus berkembang dan di Malaysia pada 2004 Friendster mendapat smbutan hangat. Friendster menjadi social media pertama yg mencecah komuniti sejuta meskipun social media seperti Myspace pada 2004 dikatakan lebih banyak page view.
Pada 2003, google nak membeli Friendster dengan harga pembukaan $30 juta namun friendster menolak terus kerana mahu pengguna mereka lebih kekal privacy berbanding google yg tak cukup telus dalam isu menjaga privasi. Dasar friendster ini telah ditiru blackberry yg benar benar tegas dalam isu pemilikan persendirian / private. Sebab tu banyak negara dan agensi kerajaan menggunakan blackberry untuk tugasan rasmi. Namun ia dianggap salah satu kesilapan terbesar friendster yg mungkin boleh mendapat harga 2 kali ganda jika negotiation diteruskan.
Namun dengan perkembangan Facebook pada 2004, google tidak ada minat lagi nak membida Friendster selepas reputasi facebook yg dianalisis oleh pakar google sebagai akan menjadi fenomena.
Pada 2005 Friendster dikatakan telah berkurangan pengaruh di USA. Dan pada 2006, boleh dikatakan Friendster telah 'mati' di USA. Produk Kanada ini bagaimanapun masih digunakan meluas di Asia terutama Asia Tenggara pada 2006.
Pada era friendster dulu , adalah zaman remaja mula berjinak jinak dengan dunia mencari hostpot dan budaya starbuck mula berkembang sebab masa tu mana ada mamak Dan kedai Tomyam berwifi. Di universiti atau kolej, para student akan berkumpul ramai ramai di hostpot area dan layan friendster sambil belajar dan buat assignment.
Pelajar Universiti dan kolej antara golongan yg menjadi addict kepada friendster. Di Malaysia, remaja akan menghabiskan masa di cyber cafe hanya kerana Friendster dan Myspace. Dengan feature yg lebih personalize seperti plug in media player seperti dengar lagu dan penukaran layout, friendster sangat disenangi dan boleh customize.
Masa ni , tak ada status dan komen yg terlalu merapu sebab user adalah sedikit dan masa berfriendster amat terhad. Jarang remaja yg ada kemampuan membeli gadget dan hanheld devices seperti sekarang. Cuma dibawah 5% budak 10 tahun ada friendster dan ini menyebabkan kes komen tak matang sedikit. Cuma sedikit pak cik mak cik yg ada friendster. Komuniti social media zaman Friendster ada kelas tersendiri. Cuma gambar terbaik yg diupload kerana ia bukan lah few second work macam sekarang. Dulu sedikit saja yg ada handheld yg boleh direct ke friendster. Machine utama adalah laptop atau PC. Jadi kerja upload gambar adalah dari hanphone transfer ke laptop menerusi memory card reader 15 hengget. Atau masuk pendrive dan upload di CC atau laptop member.
Kita boleh view sapa yg usha profile kita dan senyum sampai ke bibir kalau ex kita pun usha. Cehhh....
Pada 2007 , Facebook mula mendominasi Malaysia dan dan pada 2008 ramai rakan sebaya mulai mempengaruhi kita untuk beralih ke fb. Namun sebagai macai tegar Friendster kita akan cakap, tak nak la FB, susah, friendster lagi best ramai member. Pada 2008 baru kita semakin menerima pelawaan bertukar ke fb dan friendster kita semakin sunyi dan paling bosan bila orang yg kita selalu usha pun dan berfb. Lepak dimeja , geng fb mulai mencari downline dengan testimoni beramai ramai. Pada 2010, friendster merosot teruk penggunaan di dunia termasuk Malaysia. Pengguna friendster memang ramai masih di Asia Tenggara masa tu.
Statistik
2009 - 11+ juta users
2010 - 8.2 juta users
Satu angka mendadak dan kesan daripada semakin ramai ke fb, kita kehilangan komuniti di friendster dan pada 2010 juga friendster hampir mati di Malaysia. FB berterusan mengupdate feature dan intergrasi dengan apps lain dan friendster gagal bersaing
Pada 2011, usahawan Malaysia, Vincent Tan (MOL) telah membeli Friendster dengan nilai sekitar $26 juta untuk menjadi media sosial kepada gamers. Vincent Tan team mengumumkan akan menukar Friendster kepada komuniti gaming daripada yg sedia ada. Mereka menyatakan, mereka tak mahu menyaingi fb tetapi mahu melengkapkan FB.
Pada 2011 Friendster telah mendelete semua gambar dan profile ditukar kepada avatar tertentu. Ramai yang tak alert dan tak tahu seta kecewa dengan tindakan friendster yang tak berusaha mencari alternatif memulangkan gambar ke email atau notis hebahan yg lebih baik.
Jadi pengguna friendster still boleh log in menggunakan username dan password lama tetapi sangat kecewa bila profile menjadi kartun. Pada 14 June 2015, friendster lenyap terus.
Bersemadilah sebuah kuasa media sosial pada 2011.
Tq friendster sebab menjadi sebahagian daripada zaman remaja kami. Dan saya tetap kecewa bila gambar saya terutama yg ketika konvo hilang macam tu. Dah lah hdd laptop lama saya dah hancur. Tak lupa juga gambar dengan Mas Idayu..
Ingat tak layout terakhir atau favourite anda dan apa status terakhir anda ?
Read More...

12.11.2015

Pencarian Blog Terkemas 2015 !

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..
Hi Guys! Om buat lagi segmen. Nak tahu Apa yang lain? Mari kita check apa yang lain.

Click Gambar untuk Join Tau!!

Pencarian Blog Terkemas 2015 aku adakan untuk mencari blog yang paling paling sangat kemas. Kemas dan cantik, sedap mata memandang bila jengah belog korang. Sambil sambil tu boleh promote belog korang dan juga blogwalking sesama blogger.


Haaa apa tunggu lagi, jom join. Hadiah adalah rahsia, Goodluck!

Read More...

12.10.2015

3 PEMILIK KAPAL TERBANG TAMPIL MENGAKU

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

DARI SIAKAPKELI.COM

Berikutan notis yang dikeluarkan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengenai tiga buah kapal terbang yang tersadai di KLIA, hari ini pemilik ketiga-tiga kapal terbang berkenaan telah tampil membuat mengaku kapal terbang berkenaan milik mereka.

Memetik laporan The Star, Ketua Pegawai Eksekutif Swift Air Cargo, Kapten Blue Peterson, berkata tiga buah pesawat itu sememangnya milik mereka sejak 8 Jun tahun ini.

"MAHB tahu tentang perkara ini kerana kami sudah sering berhubung dengan mereka berkenaan pesawat tersebut.

"MAHB bagaimanapun enggan membuat pengesahan pemilikan pesawat berkenaan kepada kami walaupun kami memiliki dan telah menyerahkan semua dokumen yang diperlukan, termasuk resit pembelian," katanya.

Syarikat peguam Syed Ibrahim & Co yang di wakili peguam Syed Amir Ibrahim telah menjadi saksi prosedur dokumentasi dengan mengakui kebenaran dakwaan Peterson itu.

Peterson menjelaskan bahawa pihaknya kini dalam proses menanti panggilan perjumpaan daripada MAHB untuk menyerahkan lebih banyak dokumen berkaitan pemilikan tiga pesawat berkenaan.

Namun mereka dikejutkan dengan penyiaran notis yang meminta pemilik datang menuntut pesawat tersebut.

Swift Air Cargo buat masa ini dikenali sebagai Splunk n’ Dash Sdn Bhd, sementara menanti kelulusan perubahan nama itu daripada Jabatan Penerbangan Awam Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kesemua pesawat itu dijual atau dilupuskan. 





Read More...

QUOTES FOR TO DAY

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

Oh! Media's photo.


CREDIT PIC FROM OHMEDIA










Read More...

ADA WAJAH LAIN DI GAMBAR MONA LISA

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

SUMBER DARI ASTROAWANI.COM



GAMBAR DARI GOOGLE..

IMEJ sebuah potret telah dijumpai di bawah lukisan asal Mona Lisa dengan menggunakan teknologi pantulan cahaya, menurut seorang saintis Perancis
Pascal Cotte menyatakan beliau telah menggunakan teknologi tersebut selama 10 tahun untuk menganalisis potret Mona Lisa.

Beliau berkata terdapat satu lagi potret yang tersembunyi di bawah permukaan karya Leonardo da Vinci yang paling terkenal itu.

Cotte, yang diberi kebenaran oleh Muzium Louvre di Paris untuk mengakses potret Mona Lisa pada tahun 2004, telah menggunakan teknik yang dikenali sebagai Layer Amplification Method (LAM) untuk analisis itu.

Teknik ini melibatkan projeksi siri cahaya pada lukisan. Sebuah kamera kemudiannya akan mengukur pantulan cahaya, dan dari pantulan tersebut pembinaan semula potret di sebalik Mona Lisa dapat dilakukan.

Pembinaan semula imej memaparkan seorang gadis lain yang duduk dalam posisi mirip Mona Lisa.

Teori baru?

Leonardo da Vinci dipercayai menyiapkan potret Mona Lisa di antara tahun 1503 dan 1517 sambil berkarya di Florence dan kemudiannya di Perancis.

Debat tentang siapakah Mona Lisa yang sebenar sudah lama berlangsung namun teori yang paling luas diterima pakai ialah beliau merupakan Lisa Gherardini, isteri kepada pedagang sutera Florentina.

Namun Cotte mendakwa penemuannya kembali mencabar teori tersebut. Dia percaya potret wanita yang dibina semula melalui kajian beliau itu merupakan “Lisa” yang sebenar bagi Leonardo da Vinci dan potret Mona Lisa yang dikenali ramai selama 500 tahun itu, sebenarnya wanita lain.

Pendapat pakar

“Memang satu kebiasaan bagi seorang pelukis untuk menindih lukisan asal dengan lukisan baru jika orang yang mengupahnya meminta lukisan tersebut diubah. Jadi tidak aneh jika ada potret lain yang dijumpai di sebalik Monalisa. Namun penemuan ini perlu dianalisis dengan teliti,” ujar Will Gompertz, seorang pengarah seni.

Bagi Profesor Emeritus Sejarah Seni di Universiti Oxford, Martin Kemp, tidak mungkin wujud potret wanita lain di sebalik Mona Lisa. Yang wujud hanyalah evolusi pemikiran da Vinci sepanjang proses beliau menyiapkan potret tersebut.
Pakar sejarah seni, Andrew Graham-Dixon telah menerbitkan sebuah dokumentari bersama BBC yang berjudul The Secrets of the Mona Lisa yang turut mengambil kira kajian Cotte.

Komen Graham-Dixon, “Saya fikir ini antara kisah terbaik tahun ini. Sudah pasti pihak berkuasa di (Muzium) Louvre keberatan untuk menerima semua ini. Mereka tidak akan menamakan semula potret itu kerana itulah sebabnya — selamat tinggal Mona Lisa, dia sebenarnya wanita lain.”

Cotte mengumumkan penemuan beliau pada sidang media di Shanghai Selasa lalu.







Read More...

12.05.2015

TUNKU JALIL MANGKAT

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

HARI INI MALAYSIA DIGEMPARKAN DENGAN BERITA YANG MENYADIHKAN, BERITA TENTANG MANGKATNYA PUTERA JOHOR IAITU TUNKU JALIL

INI SEDIKIT BINGKASAN DARI ASTRO AWANI

KUALA LUMPUR: Anakanda keempat Sultan Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail mangkat pada jam 7.11 malam Sabtu di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
Tunku Abdul Jalil mangkat pada usia 25 tahun akibat kanser hati.
Menurut Pengerusi Majlis Jumaah DiRaja, Datuk Rahim Ramli waktu ziarah bermula dari jam 9 pagi sehingga 11.30 pagi Ahad, di Istana Besar Johor.
Almarhum Tunku Abdul Jalil akan dikebumikan di Makam DiRaja Jalan Mahmoodiah.
Tunku Abdul Jalil diputerakan pada 5 Julai 1990 dan merupakan Tunku Laksamana Johor.
Disahkan menghidap kanser hati tahap empat dan pernah menjalani rawatan pemindahan hati di China.
Baginda merupakan adinda kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim Ismail.













Read More...

12.01.2015

Segmen December Award & School Holiday Contest

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..
Hi Guys! Segmen Monthly Award by Izzat Azhar datang lagi, tapi kali ni ada sedikit kelainan. Apa yang lain? Mari kita check apa yang lain.

Click Gambar untuk Join!!

Segmen December Award ni agak berbeza dengan previous monthly award which is November Award sebabnya, kali ni Segmen ini besertakan dengan Contest dan bila sebut contest mesti ada hadiah kan dan hadiah hadiah yang ditawarkan oleh para para sponsor boleh dikatakan agak lumayan.


Haaa kan. Banyak jugak Hadiah yang ditawarkan kan? So apa lagi. Jom join bantu member sama member. Sambil tu boleh cuba cuba nasib kan. Mana tahu kut kut melekat satu hadiah tu. Untung! So yeah, Goodluck!

Read More...