2.08.2016

Brazil buka kedutaan Palestin

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

kedutaan-palestin

RIO DE JANEIRO, Ahad – Selepas memberi sokongan kepada penubuhan negara Palestin bulan lalu, Brazil menjadi negara pertama di Hemisfera Barat membuka kedutaan Palestin secara rasmi, kelmarin.
Majlis perasmian kedutaan Palestin yang diadakan di atas tanah yang didermakan bekas Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva itu turut dihadiri wakil negara-negara Arab.
“Ini adalah kesimpulan kepada impian saya yang juga merupakan impian rakan-rakan perjuangan saya dalam misi ini sejak tempoh empat dekad yang lalu.
“Saya harap ini adalah permulaan fasa baharu dalam hubungan antara Brazil dan Palestin, bahawa mereka boleh menjadi lebih dekat dan lebih pelbagai,” kata Duta Palestin ke Brazil, Ibrahim Al Zaben.
Ibrahim turut menyatakan harapan beliau agar kedutaan Brazil dibuka di Jerusalem dan buat masa ini Brazil sudah mempunyai satu kedutaan di bandar Ramallah, Tebing Barat.
Kerajaan Brazil, secara terbuka menyokong Palestin bulan lalu, sekali gus menolak pelantikan Israel untuk menjadi duta.
Pengumuman itu dibuat setahun selepas duta sebelum Israel telah dihantar tanpa berunding terlebih dahulu dengan Kementerian Luar Brazil.
Pertubuhan Pembebasan Palestin menghantar wakil ke Brazil sejak 1975, dan satu delegasi khas telah berkhidmat sebagai kakitangan kedutaan sejak 1998
http://www.ismaweb.net/





No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.