2.23.2016

LEBIH 30.000 HADIR KE PENGEBUMIAN PEMIMPIN ISLAM BRITAIN

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM

DARI ISMAWEB.NET

JS83034440

BRITAIN, Ahad – Lebih 30,000 rakyat Britain menghadiri upacara pengebumian salah seorang pemimpin Islam paling berpengaruh di negeri itu, Hafiz Mohammed Patel, Jumaat lalu di Dewsbury.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di umur 92 dan upacara pengebumian tersebut dihadiri oleh masyarakat dari serata United Kingdom serta mereka yang datang dari luar negara bagi memberikan penghormatan terakhir terhadapnya.
Hafiz merupakan seorang pemimpin di Britain dan Eropah daripada Tablighi Jamaat, sebuah gerakan dakwah Islam global yang menggalakkan umat Islam untuk menjadi hamba Allah yang taat.
Sebuah pertubuhan masyarakat Islam di Bradford memberi gelaran kepada Hafiz sebagai “seorang perintis identiti Islam di Britain”.
Beliau juga telah menubuhkan sebuah seminari untuk imam dan ulama Islam di Dewsbury pada tahun 1978.
Ahli Majlis Masjid-Masjid di Bradford, Ishtiaq Ahmed, berkata: “Kami semua sangat sedih dan terkejut dengan kematian-Nya. Beliau akan dirindui oleh beribu-ribu rakyat di Britain dan Eropah.
“Beliau adalah seorang perintis, berwawasan apabila bercakap tentang identiti Islam, dan tempat masyarakat Islam di Britain,” katanya

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.