2.19.2016

NGO ISLAM BANTAH PERSIDANGAN FREEMASON

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

GEORGE TOWN, Khamis – Sembilan badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis bagi membantah persidangan International Scottish Masonic Conference 2016 yang bakal berlangsung di Pulau Pinang dari 24 hingga 26 Feb ini kerana dikatakan mengundang keresahan dalam kalangan umat Islam di negeri ini.
Wakil NGO itu yang juga Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang Mohamed Hafiz Mohd Nordin mendakwa persidangan yang akan diadakan di sebuah hotel di Batu Ferringhi itu diadakan oleh sebuah pertubuhan dikenali sebagai Freemason yang sering dikait dengan Yahudi dan teori konspirasi terhadap orang Islam.
“Kami mahu pihak berkuasa menyiasat persidangan itu kerana ia menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di sini hari ini.
Antara wakil NGO yang hadir membuat laporan polis itu ialah Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, Pekida Daerah Timur Laut, Perwira Pulau Pinang dan Gerakan Merah Pulau Pinang.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatarash Wahid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu


1 comment:


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.