7.22.2016

DEMAM KABALI

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM

DEMAM KABALI : PEMINAT BELA JAMBANG, HIAS KUKU SEIRAS RAJNIKANTH


KUALA LUMPUR: Lebih sebulan trailer Kabalidilancarkan, peminat setia sudah tidak sabar menanti kemunculan legenda filem, Rajnikanth yang menjadi tonggak utama filem tersebut.

Kemeja-T, baju sejuk dan gelas mempamerkan wajah Rajinikanth dalam filem itu pula sudah mula dijual atas talian sejak beberapa minggu.

Di Malaysia, peminat setia pelakon itu sudah membela jambang, seperti yang dibuat oleh pelakon veteran itu dalam filem Kabali.

Pereka grafik, G. Sivanesan, 27, berkata dia mula membela jambang sejak melihat poster Kabali, dua bulan yang lepas.

“Saya memang minat dan hormat pelakon itu yang sungguh peramah dan rendah diri.

“Apabila saya berusia 10 tahun, baru saya tahu bahawa tarikh lahir saya sama dengan pelakon itu. Sejak itu saya menjadi peminat beliau,” katanya apabila dihubungi Astro AWANI.

Pereka grafik, G. Sivanesan, 27 berkata dia mula membela jambang sejak melihat poster Kabali, dua bulan yang lepas.
Pereka grafik, G. Sivanesan, 27 berkata dia mula membela jambang sejak melihat poster Kabali, dua bulan yang lepas.


“Jambang ini simbol beliau dalam filem Kabali. Jadi saya pun teringin untuk menjadi seperti beliau dalam filem ini,” katanya lagi.

Bagi K. Thanesh, 33, dari Petaling Jaya, membela jambang merupakan suatu perkara yang dibuat olehnya dan beberapa rakan-rakan setelah melihat promosi filem tersebut.

“Sebagai seorang yang sentiasa mencukur misai dan jambang, dua bulan ini cukup menyusahkan.

"Penampiran saya juga berubah setelah saya mula menyimpan jambang seperti dalam filem itu,” katanya.

Thanesh yang menggelar Rajinikanth 'talaivar' (yang bermaksud pemimpin dalam Bahasa Tamil) berkata dia akan mencukur jambang itu setelah menonton filem berkenaan.

Thanesh berkata dia akan mencukur jambang itu setelah menonton filem berkenaan.
Thanesh berkata dia akan mencukur jambang itu setelah menonton filem berkenaan.


Sementara itu bagi K.R Pavitra, idea untuk membuat muka Rajinikanth sebagai hiasan kuku lahir setelah melihat poster filem itu.

“Saya menunjukkan gambar beliau dengan jambang putih kepada juru tat hias kuku yang berasal dari Vietnam.

“Dia tergamam sebentar tetapi bersetuju untuk melakukannya. Proses itu mengambil masa 30 minit,” katanya apabila dihubungi.

“Saya membesar bersama ramai sepupu dan saudara mara yang minat dengan pelakon ini. Jadi, saya rasa dari situlah saya pun mula minat beliau,” katanya lagi.

Bagi K.R Pavitra, idea untuk membuat muka Rajinikanth sebagai hiasan kuku lahir setelah melihat poster filem itu.
Bagi K.R Pavitra, idea untuk membuat muka Rajinikanth sebagai hiasan kuku lahir setelah melihat poster filem itu.


Bagi M. Subramaniam, 28, yang menggunakan teknik air brush untuk melukis poster Kabali di atas keretanya berkata keluarganya turut menyokongnya.

“Saya membelanjakan RM1,500 untuk air brush kereta saya dengan poster Kabali. Bagi saya, ia tanda penghargaan kepada pelakon itu,” katanya apabila dihubungi.

"Peminat-peminat lain hanya meletakkan satu pelekat ke atas kereta mereka tetapi saya merupakan satu-satunya orang di Malaysia yang menggunakan teknik air brush ini," katanya lagi.

M. Subramaniam berkata ini merupakan suatu penghargaan kepada pelakon veteran itu.
M. Subramaniam berkata ini merupakan caranya untuk melahirkan penghargaan kepada pelakon veteran itu.


Sementara itu, sebuah kedai tekstil di Klang telah meletakkan suatu potret gergasi Rajinikanth di hadapan kedai mereka di Tengku Kelana, Klang, Selangor, tiga hari yang lepas.

Pengarah Harekrishna Group B. Thiyananthan berkata potret gergasi yang setinggi 10 kaki itu menelan belanja RM1,500.

“Saya merupakan antara peminat setia pelakon itu. Saya gembira beliau memilih untuk dating ke sini,” katanya.

Pengarah Harekrishna Group B. Thiyananthan berkata potret gergasi yang setinggi 10 kaki itu menelan belanja RM1,500.
Pengarah Harekrishna Group B. Thiyananthan berkata potret gergasi yang setinggi 10 kaki itu menelan belanja RM1,500.
Menurutnya lagi, ramai orang yang datang ke kedai itu untuk berbelanja akan berdiri sebelah potret gergasi itu untuk mengambil gambar dan dimuat naik ke laman sosial seperti Facebook.

Diarahkan Pa Ranjith, Kabali mempertaruhkan watak, Rajnikanth dan membariskan pelakon terkenal Radhika Apte, Kishore, Kalaiyarasan, Dhansika serta Dinesh Ravi.

Filem gangsterisme ini turut dibintangi pelakon tempatan Datuk Rosyam Nor, Norman Hakim dan Zack Taipan.

Teaser Kabali iklan pra-tonton filem itu di portal YouTube dan laman sesawang sudah ditonton lebih 25 juta kali di seluruh dunia setakat ini serta diumumkan sebagai teaser Tamil paling digemari tahun ini.


SUMBER : ASTRO AWANI




1 comment:


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.