7.30.2016

PENGAJARAN BUAT IBU DAY AYAH MODEN

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM

1. ajar anak2 jgn duduk menyampuk org tua bercakap... kang aku sumbat lada hitam kat hidung dia kang...
2. kalau orang datang rumah kita...ajar anak2 kita jgn menyibuk nak makan hidangan utk tetamu....jgn izinkan mereka duduk kat depan meja makan.... budak2 perlu ke tepi...jgn gelojoh macam tak pernah makan pula .. Anak2 makan kemudian..sebab makanan biasanya disimpan utk org rumah.... Dulukan orang tua dan tetamu. Kalau tak ajar anak2 sejak kecil.....Sampai besar tak tahu adab. Kalau aku, rasa macam nak cubit aje budak2 gelojoh mcm ni.... Ni basic ya. Tapi malangnya byk ibu bapa moden tak titik beratkan soal ni.
3. Kepada ibu bapa yg ada anak2 kecil.... kalau beraya rumah orang jgn terus masuk bilik orang selongkar mainan buku2 main sampai berterabur bersepah... kemudian tinggalkan. Ingat childcare playpen ke? Kalau tuan rumah bagi masuk bilik utk bermain barulah main. Tapi ingat kena kemas semula. Kang ada yg jadi rimau jadian kang....
4. Ibu bapa tolong didik anak2 jgn merengek2 nak mcm2 benda tak logik. Ada anak2 manjanya mengada2.. aku pulak yg rimas.... adeh... kang aku menurun kang...
5. Ibu bapa kena ajar anak2 mulut jgn celupar. Semua benda rumah kita dia komen buat perbandingan dgn rumah dia lah... rumah nenek dia lah.... rumah pak busu dia lah... kang aku cili kang....
6. Ibu bapa memang belikan handphone kpd anak2 walau baru darjah 1 atau darjah 2. Abeh anak2 ni tak reti mesra alam. Dalam rumah orang sekejap2 selfie. Sekejap2 main hp. Kang ada hp yg masuk dalam teko air kang....
7. Ibu bapa jaga anak2 jgn sibuk tanya pasal duit raya...check brp dalam sampul...pastu bg komen dan buat perbandingan...ingat ni laporan bursa saham ke? kang aku sunatkan kang...
8. Ibu bapa jangan ingat anak anak main lari2 dalam rumah org tu kiut eh...lasak eh...... irritating tau. Kita nak bercakap tapi anak2 main police n thief. Kang aku panggil hantu susu kang sembunyikan anak2 tu supaya ghaib..
9. Ibu bapa sendiri kena tahu.kalau dihidangkan makanan, apa yg perlu diambil dulu dan bagaimana makanan itu dikongsi. Jgn biarkan anak2 kita capai seekor ikan. Terus capai peha ayam. Nak ambil lauk perlu mula dgn sayur2an atau yg berkuah. Bukan terus main dish.
Pendeknya, ibu bapa moden sendiri mesti belajar adab bertandang... kalau tak tahu, baca. Kalau tak tahu nak baca di mana... order aje buku mis3 rasa budaya oleh noor hasnah adam... 


SUMBER DARI FACEBOOK COM/NOOR ADAM

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.