10.13.2016

AMARAN KATEGORI PERTAMA AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA



SEKSYEN A: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA) - KEMASKINI
Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Sarawak (Rejang, Mukah, Bintulu & Miri), WP Labuan dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Kudat & Sandakan) bermula Sabtu, 15 Oktober 2016 sehingga Rabu, 19 Oktober 2016.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
SEKSYEN B: UNTUK PERKAPALAN
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA) - KEMASKINI
Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Phuket, Selat Melaka Utara, Condore, Reef North, Layang-layang, Reef South, Palawan, Labuan dan Sulu bermula Sabtu, 15 Oktober 2016 sehingga Rabu, 19 Oktober 2016.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

sumber dari facebook.com/malaysiamet

1 comment:


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.