10.08.2016

KANAK KANAK YAMAN MULAI KENA BARAH




Image result for yemeni children

SANAA: Penduduk Yaman menemui ajal disebabkan senjata kimia dan kanak-kanak mula menunjukkan petanda barah luar biasa yang selalunya dikaitkan dengan bencana nuklear. Jurucakap Pertubuhan Hak Asasi Yaman, Kim Sharif, berkata keadaan itu amat mengejutkan dan kerap berlaku di bahagian utara negara itu yang menunjukkan perkembangan kecil barah jarang berlaku yang selalunya dikaitkan dengan nuklear. Beliau menegaskan siasatan bebas mesti dilakukan mengenai keadaan itu di Yaman dan jenayah perang yang didakwa dilakukan pakatan tentera diketuai Arab Saudi. "Kami sudah berkempen mengenai perkara ini di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada September tahun lalu. Malah usul itu disokong kerajaan Belanda. "Malangnya, kami ditewaskan dengan cara keji kerana anda berada dalam situasi pasukan pakatan diketuai salah satu pengeluar minyak utama di rantau itu dan didakwa melakukan jenayah perang, pembunuhan beramai-ramai dan jenayah kemanusiaan. "Bukti sudah dikumpulkan selama 19 bulan dan sudah ada. PBB akhirnya siasatan perlu dilakukan pihak berkuasa Yaman sendiri," kata Sharif. Katanya, ini seolah-olah 'meminta pembunuh sendiri menyiasat jenayah yang dilakukannya.' Laporan mengenai pencabulan hak asasi manusia disediakan oleh Jawatankuasa Inkuiri Kebangsaan Yaman yang ditubuhkan setahun lalu. Badan itu menyokong Presiden Abderabbo Mansour Hadi yang disingkirkan, kata Sharif. Keputusan berkenaan dikecam keras oleh aktivis hak asasi manusia. - AGENSI


SUMBER DARI BERITA HARIAN


No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.