10.23.2016

RAZIA SULTAN PEMERINTAH WANITA PERTAMA DI INDIA


Image result for razia sultana


Kehadiran Islam tidak pernah meletakkan tempat wanita serendah-rendahnya, bahkan dalam sejarah sepanjang penubuhan tamadun Islamlah, begitu banyak pemerintah dari kalangan wanita diangkat untuk memimpin kerajaan. Kalau di Alam Melayu, kita mengenali nama seperti Cik Siti Wan Kembang I dan Cik Siti Wan Kembang II, di bumi India yang ketika itu dipeluk oleh cahaya Islam, telah lahir seorang wanita yang kisahnya setaraf legenda yang sehingga hari ini dikenang dalam sejarah Islam mahupun India sendiri.

Baginda merupakan anak kepada Shamsudin Iltumish yang merupakan seorang hamba Mamluk, sebelum berjaya menjadi Sultan Delhi, sebuah kerajaan yang pernah memayungi utara India pada satu ketika. Shamsudin Itutmish merupakan salah satu sultan daripada Dinasti Mamluk yang memerintah India ketika itu. Baginda terkenal dengan keupayaan mempertahankan sempadan India daripada serangan Monggol dan Genghis Khan melalui beberapa siri diplomasi dan juga menakluk kembali wilayah-wilayah yang hilang daripada Kesultanan Delhi.

Kenaikkan Razia menjadi sulatanah bagi Kesultanan Delhi merupakan sesuatu yang tidak dijangka langsung. Ianya bermula dengan anak sulung lelaki Shamsudin Iltutmish sendiri, Naseerudin Mahmud yang meninggal dunia secara tiba-tiba. Razia bukanlah calang-calang wanita. Dari kecil lagi, dia sudah menjadi anak kesayangan ayahandanya dan sering dibawa bersamanya ketika ayahandanya sedang menguruskan hal-hal berkaitan negara.

Dia juga dilatih dengan ilmu kepimpinan dan pentadbiran selain ilmu pertempuran, sebagai persiapan kalau-kalau perlu dia untuk menaiki takhta Kesultanan Delhi suatu hari nanti, meskipun Naseerudin Mahmud, iaitu abangnya yang sebenar-benarnya pewaris takhta dan dilatih untuk menjadi pemerintah seterusnya Kesultanan Delhi dibawah Dinasti Mamluk. Keupayaan Razia terbukti ketika selepas kematian abangnya, dan ketika ayahandanya terpaksa memimpin askar melawan serangan sebuah kerajaan kecil di Utara India iaitu Gwalior, Razia dilantik sebagai pemangku takhta.

Ketika 30 April 1236, dicatatkan bahawa Shamsudin Iltutmish telah mangkat dan baginda telah menamakan Razia sebagai pengganti bagidna memandangkan dia berpendapat bahawa selain Naseeruddin Mahmud, anak lelaki baginda yang lain tidak layak untuk menjadi pemerintah. Namun, para bangsawan tidak berkenan dengan cadangan Iltutmish sendiri lalu menabalkan sendiri Ruknuddin Firuz, adik beradik lelaki Razia sebagai sultan. Ruknuddin Firuz disyaki oleh Razia sebagai orang yang telah membunuh Naseeruddin Mahmud, demi merampas takhta daripada ayahandanya,. Razia sendiri telah menyiasat kes kematian kekandanya lalu membentangkan buktinya pada Jamia Masjid Delhi. Buktinya mencukupi lalu membawa kepada hubungan mati ke atas Ruknuddin.

Selepas pemergian Ruknuddin, maka jelaslah bahawa Razia merupakan satu-satunyua pewaris kepada takhta kepada Kesultanan Delhi dan para bangsawan yang menentang pertabalan Razia terpaksa akur dengan pertabalannya. Maka bermulalah episo Razia menjadi pemerintah wanita India yang pertama dalam sejarah. Antara langkah pertama yang dijalankan oleh baginda ialah mendapatkan pengesahan daripada Khalifah Abbasiyah kerana setiap pemerintah Ahlul Sunnal Wal Jamaah ketika zaman itu, harus mendapat pengesahan daripada Kekhalifahan Abbasiyah dahulu sebelum memerintah. Ianya pada tahun 1237 Masihi apabila akhirnya khalifah mengiktiraf baginda sebagai pemerintah sah Kesultanan Delhi.

Selain itu, antara langkah awal Razia sebagai sultan Delhi ialah memastikan nama beliau disebut dalam setiap doa khutbah solat Jumaat disamping nama khalifah. Kepingan syiing yang menjadi mata wang Kesultanan Delhi turut diukir dengan nama baginda dengan ayat yang berbunyi seperti “Tiang Para Wanita, Permaisuri Sultana Razia dan anak perempuan kepada Shamsudin Illtumish.” Selain itu, dikatakan sepanjang pemerintahan baginda, sekolah-sekolah, akademik-akademi, perpustakaan dan kerja-kerja penafsiran ilmu falsafah giat dijalankan sepanjang pemerintahan baginda. Bahkan, Razia tidak ketinggalan menyumbang dalam bidang seni dan menggalakkan kewujudan pemuisi, pelukis dan ahli muzik sepanjang pemerintahan baginda. Namun, yang pastinya, baginda dikenang sebagai politikus hebat apabila berjaya melaga-lagakan pemberontak untuk berlawan antara satu sama lain, menjamin keselamatan takhta Razia untuk beberapa ketika.

Sultana Razia juga dikatakan telah mengadaptasikan pemakaian pemerintah lelaki dan meninggalkan pemakaian wanita yang selalu disarungkan pada tubuhnya sebagai lambang maskulin. Ibnu Battuta, seorang pengembara Islam yang terkenal mencatatkan bahawa Razia bukanlah calang-calang wanita. Dia dikatakan berpakaian seperti panglima perang, menunggang kuda dan memimpin bala askar menakluk wilayah-wilayah baru dibawanya, bahkan memerintah dengan penuh keadilan dan menguruskan urusan-urusan negerinya dengan sangat tersusun.

Namun, disebalik kehebatan yang dimiliki olehnya, dia tewas jua pada cinta. Selain merupakan pahlawan dan pemerintah yang hebat, Sulatana Razia juga terkenal dengan kencantikannya yang sangat masyur. Oleh kerana itu, dia dilamar oleh banyak keluarga bangsawan namun semuanya ditolak dengan mentah-mentah dan sebaliknya, dia dikatakan bahawa Sultana Razia jatuh cinta pada seorang hamba Afrika budak penjaga kandang kuda diraja bernama Jamaluddin Yaqut. Lalu, hamba Afrika berketurunan Habsyi ini diambil sebagai pembantu peribadinya.

Berdasarkan ini, para bangsawan telah lama cemburu dengam kehebatan seorang wanita memerintah India, telah menggunakan isu ini sebagai alasan paling besar untuk menggulingkan Razia. Dengan itu, mereka telah membawa Sultana Razia menghadap kadi di Delhi sebelum dia dijatuhkan hukuman supaya turun takhta atas alasan menjadi terlalu rapat dengan lelaki yang bukan mahramnya iaitu Jamaluddin Yaqut. Sulatana Razia diarahkan untuk berkahwin dan kembali hidup dibelakang tabir seperti para wanita lain ketika itu.

Seorang gabenor Kesultanan Delhi yang memerintah sebuah wilayah bernama Bhatinda, yang terletak di Lahore, Pakistan, bernama Malik Ikthiaruddin Altuniya telah disepakat oleh para bangsawan Kesultanan Delhi untuk mewarisi Kesultanan Delhi. Tidak puas hati dengan apa yang berlaku, maka Razia memimpin askar berperang melawan Altuniya. Dicatatkan bahawa Jamaluddin Yaqut terbunuh dalam perang tersebut dan Razia pula dijadikan sebagai tawanan perang dan dipenjarakan oleh Altuniya. Namun, dicatatkan sepanjang Razia dipenjarakan, Altuniya pula seringkali melawat Razia lalu entah bagaimana, mereka berdua pula saling jatuh cinta antara satu sama lain sehinggalah Altuniya melamar Razia dan Razia pula menerima lamaran daripada Altuniya.

Namun ketika cinta mereka berdua baru sahaja mahu berputik, takdir seperti tidak memihak langsung kepada Razia. Saudara lelaki Altuniya bernama Bahram pula tiba-tiba menabalkan diri sebagai pemerintah Kesultanan Delhi yang seterusnya. Mahu menuntut haknya kembali, maka Razia bersama dengan suamianya Altuniya telah memimpin tentera untuk melanggar Bahram lalu peperangan pun berlaku yang berakhirnya dengan kekalahan pasangan suami-isteri ini.

Mereka berdua melarikan diri sehinggakan sampai ke sebuah wilayah bernama Kaihal sebelum dirompak oleh penduduk tempatan. Tentera yang sebelum ini setia bersama dengan mereka pula telah melarikan diri dan mengabaikan ketua mereka. Dikatakan bahawa Razia terkorban pada 13 Oktober 1240 Masihi persamaan dengan 638 Hijrah, 25 Rabiulawal. Makam Sulatan Razia sehingga hari ini diperdebatkan oleh sejarawan sama ada terletak di Turkoman Gate, Delhi yang kononnya dia ditanam bersebelahan dengan suamianya, atau di Mohalla Bulbuli Khana dan juga di wilayah Kaithal itu sendiri.

Al-fatihah untuk Sultana Razia... 

SUMBER DARI FACEBOOK.COM/THEPATRIOTS

PHOTO BY GOOGLE.COM/IMAGE


1 comment:

  1. TV3 or TV2 ada buat tayangan cerita pasal ni kan? Hehe tak sure la tapi rasanya macam ada. Terima kasih untuk informasi tenntang Sutanah Raziah.

    ReplyDelete


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.