12.16.2016

9 RAWATAN SAKIT MANTAL ABAD KE 19 YANG MENGERIKAN

Image may contain: 2 people

1. Insulin shock therapy: (Terapi Insulin) glukos

Doktor akan cuba untuk merawat beberapa pesakit mental skizofrenia dengan memberikan pesakit dos insulin yang banyak hingga kadang sampai koma. Ianya dilakukan selama seminggu jika bernasib baik..baik..jika tidak ianya berakhir dengan kerosakan otak yang
 teruk atau obesiti (kegemukkan).

No automatic alt text available.

2. Sleep deprivation therapy ( terapi Kurangkan masa tidur)
Juga digelar 'wake therapy'rawatan ini untuk yang mengalami masalah kemurungan atau meroyan. Pesakit yang dihadkan tidurnya dikatakan dapat mengubah mood yang lebih baik dan kurangkan kemurungan.Terdapat beberapa bukti saintifik menyokong cara ni tetapi kesan sementara saja, untuk jangka panjang, menyebabkan seseorang pesakit bertambah teruk masalah psikologinya.

Image may contain: one or more people

3. Trepanning: (Gerudi kepala tengkorak)
Rawatan zaman 'medieval' pertengahan untuk merawat pelbagai penyakit mental yang melibatkan pembedahan menggerudi lubang kepala tengkorak dan mendedahkan otak kepada udara. Ini dianggap untuk membersihkan dan menyegarkan otak, juga menyembuhkan apa jua masalah psikologi.
Nasiblah dia tak basuh dengan sabun..

Image may contain: 1 person

4. Hot hydrotherapy: 
Kita mungkin anggap cara ni duduk santai dalam tub mandi air suam2 kuku..tetapi pada kurun ke 19-an dan awal-20 , doktor menggunakan pancutan jet air yang sangat kuat menyakitkan kulit serta air panas dengan harapan ianya berkesan "mengejutkan" pesakit mental dengan menyembuhkan mental mereka.

Image may contain: indoor

5. Cold hydrotherapy:
 Sama juga dengan rawatan hot terapy tetapi yang ni lebih teruk rasanya. Pesakit dibiarkan duduk dalam tub mandi yang dipenuhi air ais hingga mereka menggeletar kesejukkan. Kaedah ni dikatakan agak berkesan untuk mental yang beku

Image may contain: one or more people, people sitting, table and indoor


6. Sterilization: 
ibubapa yang menghadapi anak2 cacat mental takut sekiranya anak mereka terdedah dengan seks bebas. Bagi menbendung anak mereka hamil diusia awal dan anak mati dalam kandungan, pada tahun 1970 adalah perkara biasa sekiranya ibubapa berjumpa doktor dan melakukan prosedur sterilization iaitu satu prosedur yang memusnahkan lapisan rahim atau kitaran haid. Ianya adalah hak ibubapa dan tidak melanggar sebarang akta di US.


Image may contain: one or more people, people sitting and indoor

7. Organ removal: (buang organ)

Dr. Henry Cotton merupakan doktor pakar psikiatri yang agak terkenal pada abad ke-20. Menurutnya, dia percaya bahawa semua penyakit mental sebenarnya tak perlu dirawat. Ianya mungkin jangkitan bakteria dari mana2 bahagian badan. Penyelesaiannya ialah dengan membedah atau membuang mana2 organ badan yang dijangkiti bakteria untuk 'membaik pulih' mental mereka..

Image may contain: 5 people, people standing and wedding

8. Malaria injections:
(suntikan malaria) Semasa kurun ke 20, doktor mengenalpasti kuman malaria boleh melawan kuman sifilis. Dikatakan kuman malaria membunuh kuman sifilis. Kerana demam malaria yang suhunya terlalu tinggi membunuh kuman2 lain. Doktor rasakan ianya berkesan. Namun selepas itu merebak pula demam malaria.

Image may contain: 1 person, sitting


9. Electro-convulsive therapy: (terapi kejutan elektrik)

Kaedah ni sebenarnya masih digunakan dalam keadaan tertentu untuk merawat kemurungan yang teruk, dan ia melibatkan menggunakan arus elektrik untuk memaksa badan untuk 'kejutan'. Dikatakan kejutan ni dapat memberikan mood yang lebih baik namun sekiranya tak bernasib baik ia juga akan memberi efek kecederaan makin teruk pada otak.

Seram kan..huhu..


FACEBOOK.COM/MADPFONIA


No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.