12.11.2016

MAME YANG MENHINA


Dua tiga hari ni, macam ada satu trend pelik, di mana, orang gunakan gambar wajah orang yang sedikit ganjil, kemudian tulis 'Tolong Tag Ain, Pakwe Dia Panggil Ni'. Baik yang berbahasa Melayu, baik yang berbahasa Inggeris. 
1) Benda ni kalau tengok sepintas lalu, memang kelakar. Iyalah, seronok tengok kawan kita dipanggil insan yang berwajah tidak cantik dan menggelarkan dia sebagai pakwe.
Benda ni bukan terjadi dalam Facebook sahaja, malah ia terjadi di dunia luar. Lihat saja perempuan gempal, "Haaa. Tu mak kau." Lihat saja lelaki berkulit hitam, "Pakwe kau la tu." Lihat perempuan gigi rongak, "Hahahaha tu makwe engkau. Tu makwe engkau."
2) Apabila kita amati balik perbuatan ni, benda ni tak kelakar pun. Yang gelaknya engkau dan kawan yang kau tag. 
Malah, kalau kau amati dan fikir, benda ni bukan saja tak kelakar, 
Malah ia memalukan 'watak' di dalam gambar tersebut. 
3) Kau ada terfikir tak, gambar yang kau post itu adalah manusia yang betul? Ada tak terfikir orang hodoh yang kau permainkan tu adalah orang yang wujud di dunia nyata? 
Aku ambil contoh salah seorang mangsa yang gambarnya diambil untok tujuan trend bodoh ni: Lizzie Valasquez. 
Kau mesti tak kenal siapa perempuan ni kan? Baik kau pergi Google Images dia ni, dan kemudian segera sambung balik baca tulisan aku ni.
Ok. 
Dah tengok? 
Kalau dah tengok, aku percaya yang kau semua terkejut tengok wajah dia. 
Untok pengetahuan, wajah dia ni dijadikan bahan lawak di seluruh dunia. Bahkan pada hari ini, bertalu-talu gambar dia dijadikan bahan jenaka 'tagging friends' yang bodoh ni. 
Valasquez merupakan seorang pesakit Sindrom Marfan dan penghidap satu penyakit yang amat ganjil, yang membuatkan dia tidak mampu menambahkan lemak di dalam badan dia. Sebab itulah tubuh dia amat cengkung. Ini terjadi secara semula jadi. Aku nak cerita panjang pun aku tak berapa tahu. Tambahan pula, aku bukan nak ajar Biologi.
4) Poin aku sekarang adalah, manusia yang kau permainkan itu wujud di dunia ini. Dan kecacatan yang kau gelakkan dan gelarkan ia sebagai wajah hodoh itu adalah kecacatan yang perlu kita kasihani, bukan untok dibuat main. Kalau bahasa Inggeris, orang panggil ia sebagai 'Public Shaming'. 
Jadi, kau tak rasa ke kau sedang menghina manusia yang kau tak kenal? Kau tak rasa ke kau sedang menghina kecacatan yang Tuhan turunkan? 
Kau bayangkanlah, waktu kau tengah surfing internet, ada orang letak gambar mak kau yang berbadan besar tu, lepas tu letak caption 'Panggil Farid, awek dia tengah tunggu sambil tahan berak ni', kemudian beramai-ramai orang share sambil menggelak-gelakkan muka dan tubuh badan mak kau yang tak sesempurna orang lain. 
Kau suka ke orang hina mak kau? 
Kalau kau tak suka, kau patut fikirkan perasaan suami Velasquez. Kau patut fikirkan perasaan mak bapak Velasquez. Apa agaknya perasan diorang, bukak internet, tengok-tengok satu dunia tengah menggelakkan orang yang dia sayang. 
Sedih yang teramat. 
Tapi sayangnya, kau mana nak faham perasaan orang. Kau buat kat orang boleh. Orang buat kat kau, kau mengamuk. Hiduplah dengan perangai setan tu. 
5) Ini baru Valasquez. Dia insan yang dikenali. Dia terkenal di serata dunia sebab dia ni selalu bagi talk motivasi. 
Tapi bagaimana dengan insan lain? Yang gambarnya digunakan bagi tujuan hiburan celaka? Diorang ni takde maruah ke? 
Kalau orang guna gambar kau buat bahan jenaka, malah buat bahan untok menghina, takkan kau rileks je? 
Maruah kau jatuh kot! Satu dunia gelakkan kau, even diorang tak kenal pun kau! Jiwa kau runtun. Estim kau rendah. Mental kau akan tertekan. Sehinggakan kau rasa nak bernafas pun dah tak guna.
Kau dahlah tak kenal orang yang kau bawak main tu. Lepas tu kau malukan dia. 
6) Even kau tak malukan orang dalam gambar tu seperti mengatakan 'lelaki ni hodoh' atau 'buruk nak mampus dia ni', 
Tetapi perbuatan kau guna gambar dia tu, satu, dah salah. Kedua, keadaan dan tulisan kau dengan meletakkan nama kawan untok menganjing kawan kau tu pun dah dikira menghina pemilik muka dalam gambar tu. 
Macam contoh aku bagi kat point nombor 1 tadi tu lah. Nampak orang hodoh, kita menganjing kawan kita dengan mengatakan kawan kita tu ada hubungan dengan orang tu. Kita jadikan orang tersebut sebagai tempat untok kita ketawa. 
Tapi sikit pun kita tak fikir pasal maruah dia. 
7) "Eleh, Farid ni. Tak cool lah. Orang nak buat lawak je pun. Benda nak suka-suka. Bukannya nak hina ke apa. Tu pun nak gelabah tulis pepanjang macam isu besar sangat."
Aduh.
Kalau kau cakap aku gelabah, maknanya kau ni jenis manusia yang langsung tak fikir maruah orang lain lah nampaknya. 
Kau tanya diri kau, elok ke tidak orang macam kau ni? Kau gunakan kelemahan orang lain untok dibuat jenaka, kau gelak-gelakkan kecacatan orang lain. Kau rasa post gambar orang hodoh tu benda yang kelakar. 
Ini adalah adalah sifat pembuli. Benda yang kau sedang buat ini adalah perlakuan orang yang suka membuli. 
Kalau hang rasa isu ni tak payah diheboh sangat, maknanya hang ni kaki buli yang wajib dibanteras sebelum menular. 
Aku tulis pepanjang ni nak bagitahu yang isu ni, walaupun nampak remeh, tapi ia sangat berat kerana aku nak tegur perbuatan netizen yang akan beri kesan besar pada masa akan datang. 
Kau sedaplah rasa benda ni kelakar. Tapi orang dalam gambar tu, rasa benda ni kelakar ke? Kau rasa adil ke, kelemahan yang diorang dapat secara tidak rela, tapi dibuat main oleh pembuli macam kau? 
Tatkala benda jadi trend, tak ramai yang sedar benda ni perlu dihentikan. Orang di dalam gambar tu perlu ada sokongan. Dan aku sebagai orang yang faham kesan buruk dan ada kesedaran dalam isu public shaming ini, perlu menyebelahi mereka. 
Tambahan lagi, bukan aku sorang saja tulis pasal isu ni hari ni. Ramai yang aku tengok, tulisan mereka menentang perbuatan ni dan hampir kesemuanya berbahasa Inggeris. 
Rupa-rupanya beberapa netizen dari barat dah tulis dulu point-point yang aku tulis ni. Cuma, aku tulis khusus untok saudara mara Malaysia aku, dan diorang tulis untok global. 
8) Oleh itu, aku seru pada siapa-siapa yang dah ter-publish atau share benda tag nama guna muka orang yang kau rasa hodoh tu, tolonglah padam semula. 
Benda ni tak kelakar tau, malah ia memalukan individu. Rugi je share. Dah lah tak kelakar, dosa pun dapat. 
Kalau kita malukan orang hari ini, Esok akan ada suatu masa, kita pula dimalukan.


FB.COM/MUFARWAFARID

1 comment:

  1. ouh patut la pun lately ada banyak post mcm nie dekat fb .. selamat tak terjebak huhu

    ReplyDelete


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.