6.27.2016

ROHINGYA

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM







Masjid, Al Qur'an serta rumah mereka di bakar,...
Perempuan perempuan di perkosa,...
Pembunuhan & penyiksaan membabi buta,...
Mereka di paksa makan & minum di siang hari saat bulan puasa,...
Juga pengusiran dari tanah kelahiran mereka yg mereka alami, hingga mereka bingung mau pergi kmna...
Itulah penderitaan yg dialami kaum muslimin di Rohingya, Myanmar yg di lakukan oleh orang orang budha baik masyarakat, penguasa, tokoh agama maupun aparat...
Tapi kenapa dunia seolah diam??
Dimana HAM??
Dimana PBB??
PRAY FOR ROHINGYA....Doakan saudara kita semua di sana.AMIN YA ALLAH



Read More...

6.25.2016

ISLAM VS MELAYU DALAM KEMATIAN

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM

Siti Rahmah S's photo.

Mendengar berita kematian
-------------------------------
👉🏻Melayu
Alfatihah
👉🏻Islam :
Innalillahi wa inna ilaihi rojiun
📌 Usung jenazah
----------------------------
👉🏻Melayu:
Baca al fatihah sambil usung jenazah.
Jenazah akan ditanam di tempat yang keluarga request. Contoh meninggal dunia di sarawak, tapi disebabkan keluarga di selangor maka jenazah akan dibawa pulang ke selangor untuk dikebumikan.
👉🏻Islam :
Usung seperti biasa tanpa ada sebarang bacaan dan percepatkan hantar jenazah ke kuburan bukan perlambatkan dengan bacaan tertentu
Jenazah ditanam di tempat perkuburan yang paling hampir dengan jenazah yang meninggal dunia.
📌 Tanam jenazah
-----------------------------
👉🏻Melayu:
- Jirus air dengan jug yang diikat kain putih
- Tabur bunga
- Tabur batu
👉🏻Islam :
Tiada sebarang jirusan air. Jika jirus air atas alasan untuk melembapkan tanah tidak mengapa namun jika air dijirus agar mayat sejuk maka ini kepercayaan yang merosakkan aqidah.
📌Kubur jenazah
---------------------------
👉🏻Melayu:
- Kubur dihias bagai pengantin
- Kubur ada bangunan
- Kubur ada nama, tarikh hidup dan mati
- Ada pakej upah baca Al Quran
- Batu nisan 2
- Kubur dijadikan masjid tempat beribadah dan meminta
- Perlu beri wang kepada orang solat jenazah
- Perlu beri wang kepada penggali kubur
- Perlu sediakan wang sekurang kurangnya $ 1000...MasyaAllah.
👉🏻Islam :
- Kubur tidak ditinggikan malah diratakan, tiada hiasan.
- Kubur tiada bangunan
- Kubur tiada sebarang kapur, nama, tarikh hidup dan mati
- Tiada upah bacaan Al Quran di kuburan
- Batu nisan 1
- Tempat beribadah di masjid bukan di kuburan
- Tiada wang pun diperlukan kerana tugas uruskan jenazah *FARDHU KIFAYAH* bagi umat islam.
📌Kenduri Arwah
----------------------------
👉🏻Melayu:
Keluarga si mati buat upacara ritual kenduri bagi arwah dengan bacaan tertentu, doa tertentu, surah yasin sambil dihadiri tekong tahlilan arwah bagi mengisi perut tetamu dengan juadah makanan walau keadaan susah dan terpaksa. Bersedekah tidak salah dengan meluruskan niat.
Dilakukan selama 7 hari, 40 hari dan 100 hari atas kepercayaan agar mayat tidak diseksa dan tidak disoal di dalam kubur.
Ritual seperti ini adalah milik agama *HINDU*
👉🏻 Islam :
Tiada kenduri buat jenazah. Yang ada ialah mendoakan jenazah di mana saja berada.
Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa'fuanhu ( jenazah lelaki )
Allahummafirlaha warhamha waafihi wa'fuanha ( Jenazah wanita)
Jiran terdekat memberikan makanan kepada keluarga si mati kerana mereka sedang berada di dalam kesusahan dan kesedihan.
📌Talqin
-------------
👉🏻Melayu:
Talqin akan dibaca di atas kubur oleh imam yang diupah. Imam akan berikan jawapan bocor kepada si mati untuk jawab soalan kubur. Imam dan makmum duduk di atas kubur sambil imam membaca talqin dengan menyebut nama fulan / fulanah binti ibu.
👉🏻Islam :
Tidak ada sebarang talqin bocorkan jawapan kepada jenazah. Kerana jenazah sudah membawa amalannya sendiri untuk menjawab soalan di kubur. Luruskan niat jika talqin sebagai dakwah untuk saling mengingati hari kematian akan tiba kepada yang menziarahi si mati di kuburan itu tidak mejadi kesalahan, kerana Allah ingin kita saling mengingati tentang hari kematian.
BERLAPANG DADA , RENUNGKANKAH...
MELAYU SEKADAR BANGSA
DAN ISLAM ITU AKIDAH KITA..
Jadikan pesan nabi saw dlm hadis 👇🏼sbg panduan:-
"Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak”
(HR. Bukhari no. 2697 dan Muslim no. 1718)

SUMBER DARI FACEBOOK.COM
Read More...

KESESATAN SYIAH YANG PERLU KITA HINDARI

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM

1) BOLEH MEMIJAM KAN ISTERI ATAU WANITA KEPADA SESORANG



2) MEMPERBOLEHKAN HOMOSEX DAN LESBIAN



3) SIAPA YANG MEMAKAN NAJIS ATAU KOTORAN IMAN SYIAH AKAN MASUK SYAUGA



4) MEMBOLEHKAN NIKAN MU'TAAH DENGAN BAYI YANG MASIH MENYUSU



SUMBER DARI FACEBOOK.COM
Read More...

MOHD DANIAL MANGSA DERAAN IBU DAN TEMAN LELAKI..

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM



KISAH kematian seorang kanak-kanak berusia 2 tahun bernama Mohamad Daniel Mohamad Nasser akibat didera menjadi topik hangat di Singapura.
Daniel maut akibat menjadi mangsa deraan ibu kandungnya sendiri dan teman lelaki, yang hampir setiap hari menjadikan tubuh kecil arwah tempat melepaskan kemarahan. Prosiding mahkamah mendedahkan, hampir setiap hari Daniel didera secara melampau termasuk ditendang, ditampar, dada dan perutnya dipijak selain dipaksa berdiri berjam-jam sambil meletakkan kedua-dua tangan di atas kepala – hanya memakai lampin.
Lebih kejam, si ibu dan teman lelakinya turut memaksa anak kecil ini memakan cili kering. Perbuatan kejam pasangan ini terbongkar selepas Daniel akhirnya menghembuskan nafas terakhir akibat teruk didera selama lebih lima minggu, pada 23 November 2015.
Pasangan itu bersama seorang bayi mereka yang berusia 1 tahun dan Daniel, anak lelaki Zaidah dari hubungan sebelumnya dengan lelaki lain, tinggal di flat satu bilik yang disewa di Telok Blangah bersama dua lagi penghuni lain yang turut menyaksikan perbuatan kejam mereka.
Berikut antara kejadian dera menimpa Daniel yang direkodkan:
18 November 2015 – Daniel tertidur ketika berdiri dengan tangannya di atas kepala. Melihat keadaannya Zaidah menampar muka dan dada Daniel hingga mengalir darah dari mulut, untuk mengejutkannya dari tidur. Apabila Daniel terjatuh ke lantai Zaidah memintal kedua-dua tangan anaknya itu dan memijaknya. Dia kemudian mengangkat Daniel ke tandas dan menukar lampinnya, sebelum memaksanya terus berdiri dengan tangannya diletakkan di atas kepala.
22 November 2015 – Sehari sebelum kematiannya, Daniel didera selama berjam-jam lamanya. Sekitar 10.00 pagi apabila Daniel enggan makan sarapan, Zaidah menamparnya. Dia memberikan mangkuk sarapan itu kepada Zaini, teman lelakinya, untuk cuba memberi Daniel makan. Apabila mangsa tetap enggan makan Zaidah dan Zaini menamparnya beberapa kali. Zaidah juga memukul bahagian belakang Daniel hingga mangsa terjatuh ke lantai. Apabila Daniel tidak bangun dari lantai, Zaidah memijak dada anaknya itu sebelum menarik lengannya. Daniel cuma mampu makan dua atau tiga sudu makanan lantas disuruh berdiri di satu sudut.
Sekitar jam 7 malam Daniel tersandar pada katil kerana letih disuruh berdiri sepanjang hari. Pasangan itu terus menampar Daniel, yang hanya mampu berbaring atas lantai dengan mata tertutup. Zaini kemudian membawa Daniel ke dapur dan memaksanya makan dua sudu cili kering, sebelum memaksanya terus berdiri di ruang tamu.
Sekitar 8.45 malam, Daniel kian lemah dan tidak mampu berdiri. Zaidah mencubit tubuh dan pipi anaknya selain menamparnya beberapa kali. Zaidah memberitahu dia menyangka Daniel berpura-pura lemah dan mengadu kepada Zaini lantas teman lelakinya itu menampar mangsa, memijak perutnya hingga terjatuh ke lantai dan terhentak kepalanya. Zaini kemudian memaksa mngsa makan cili buat kali kedua hari itu.
Keesokan harinya, pasangan itu tidak mampu mengejutkan Daniel lantas dan dua rakan yang tinggal serumah dengan mereka menelefon ambulans. Daniel disahkan meninggal dunia jam 9.11 pagi.
Apabila ditanya paramedik dan polis mengapa tubuh mangsa lebam, pasangan itu berbohong dan berkata mangsa biasa mencubit dirinya sendiri dan jatuh tersungkur di tandas.
Menurut laporan bedah siasat, mangsa mempunyai lebih 40 kecederaan termasuk retak tulang rusuk dan pendarahan otak.
Susulan itu Timbalan Pendakwa Raya Claire Poh menyifatkan “penderaan fizikal, mental dan emosi” terhadap kanak-kanak dua tahun yang “tidak boleh mempertahankan diri sendiri” itu sebagai “kejam dan tidak berperikemanusiaan”.
Atas kesalahan menyebabkan kecederaan teruk hingga menyebabkan kematian, pasangan itu boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda atau disebat.
Manakala, atas kesalahan penderaan kanak-kanak mereka boleh dipenjara sehingga empat tahun atau didenda sehingga RM12,100 bagi setiap tuduhan.
Pada 23 Jun lalu ibu mangsa, Zaidah, 41, dan teman lelakinya, Zaini Jamari, 46, telah mengaku bersalah di mahkamah atas tuduhan menyebabkan kecederaan teruk hingga menyebabkan kematian, dan tiga lagi tuduhan penderaan kanak-kanak.
Zaidah (kiri) mengaku salah mendera hingga menyebabkan kematian anak sendiri.
ZAIDAH MENGAKU SALAH MENDERA HINGGA MENYEBABKAN KEMATIAN ANAKNYA SENDIRI.
Menurut laporan Brunei.com ketika Hakim Daerah Bala Reddy mengarahkan pegawai mahkamah menunjukkan kepada Zaidah dan Zaini yang berdiri bersebelahan satu sama lain di kandang tertuduh gambar-gambar kecederaan yang dirakam pada tubuh Daniel akibat perbuatan mereka, pasangan itu tidak menunjukkan sebarang reaksi yang menunjukkan mereka menyesali perbuatan terhadap mangsa.
Apabila ditanya sama ada mereka mahu berkata apa-apa, kedua-duanya cuma mengambil kesempatan itu untuk merayu dijatuhi hukuman lebih ringan!
Atas kesalahan menyebabkan kecederaan teruk hingga menyebabkan kematian, pasangan itu boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda atau disebat manakala atas kesalahan penderaan kanak-kanak mereka boleh dipenjara sehingga empat tahun dan/atau didenda sehingga S$4,000 bagi setiap tuduhan.
Lagi 26 dan 18 tuduhan penderaan kanak-kanak ke atas pasangan tersebut, yang kedua-duanya pekerja pembersihan, akan diambil pertimbangan apabila mahkamah menjatuhkan hukuman pada 15 Julai ini. Difahamkan, bapa Daniel sedang ditahan dalam penjara dan telah terputus hubungan dengan Zaidah.



KESAN DERA YANG KENA TERHADAP MOHD DANIAL..

Innalillahiwainailahirajiun ... Al Fatihah... SYURGA TEMPATMU NAK.. SEMOGA KAMU BERGIMBERA DI SANA..

SUMBER DARI FACEBOOK.COM


Read More...

6.16.2016

SURAT TERAKHIR DARI BANDUAN UNTUK IBUNYA

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM

SENTAP - PERMINTAAN TERAKHIR DARI SEORANG BANDUAN
Seorang ‘banduan akhir’, iaitu yang menantikan hukuman mati meminta sebatang pen dan sekeping kertas sebagai ‘permintaan terakhir’nya. Selepas menulis selama beberapa minit, banduan tersebut meminta pegawai penjara untuk menyerahkan surat yang ditulis itu kepada ibu kandungnya.
Surat itu berbunyi…
IBU...,
Sekiranya terdapat LEBIH keadilan di dunia ini, kita berdualah yang seharusnya dihukum bunuh, dan bukan hanya saya seorang. Ibu juga bersalah ke atas liku kehidupan yang saya jalani.
INGATKAH IBU ketika saya mencuri basikal milik seorang budak lelaki yang sebaya saya? Ibu yang membantu saya menyorokkan basikal itu dari pengetahuan ayah.
INGATKAH IBU ketika saya mencuri wang dari dompet jiran kita? Ibu juga yang pergi bersama saya ke sebuah pasaraya untuk membelanjakannya.
INGATKAH IBU ketika saya bertengkar dengan ayah dan kemudian ayah pergi meninggalkan kita? Ayah sekadar mahu memperbetulkan diri saya kerana perbuatan saya mencuri keputusan akhir sebuah pertandingan yang menyebabkan saya dibuang sekolah.
IBU…
KETIKA ITU saya hanyalah seorang kanak-kanak, yang tidak lama selepas itu saya menjadi seorang remaja yang bermasalah. Dan sekarang, saya hanyalah seorang lelaki yang rosak.
KETIKA ITU saya hanyalah seorang kanak-kanak yang memerlukan pembetulan, bukannya keizinan (untuk berbuat kerosakan).
TETAPI, SAYA TETAP MEMAAFKAN IBU….
Saya mohon agar surat ini sampai kepada seberapa banyak ibubapa di dunia ini, agar mereka tahu yang menjadikan seorang anak itu baik atau jahat adalah… PENDIDIKAN IBUNYA!!!.
Terima kasih ibu kerana MEMBERIKAN ‘nyawa’ kepada saya dan juga menyebabkan saya KEHILANGANNYA.
Dari anakmu,
(Seorang Banduan Hukuman Mati)
***********************************************
PELAJARAN BUAT IBUBAPA
Perkara paling sukar dalam usaha memperbetulkan masyarakat sekarang ini ialah untuk membuatkan seorang ibu SEDAR akan kesilapan diri mendidik anaknya. Lebih sukar lagi untuk menerima teguran tentang tabiat buruk yang telah berlaku pada anaknya sekalipun bukti terang nyata di depan mata.
Tiada guna adanya ayah yang tegas dan bijaksana sebagai ketua keluarga jika si ibu tidak telus dan tulus merujuk dan berkongsi maklumat mengenai perkembangan anak-anaknya. Apabila sedar, keadaan sudah terlambat.... "Rebung sudah menjadi buluh".
Lebih sulit lagi jika si Ayah juga jenis yang tidak ambil kisah. Hal ehwal keluarga dan urusan anak-anak diserahkan kepada isteri semata-mata. Urusan mencari rezeki dan persekolahan anak semuanya si ibu uruskan. Apabila anak bermasalah, mencuri, merempit, merogol, hisap dadah bahkan dilokap polis pun minta isteri juga yang uruskan.
Ramai sekali suami yang hanya tahu meniduri isteri sahaja. Lebih berat lagi jenis yang hari-hari minta duit isteri dan asyik keluar bersama rakan-rakan sampai ke tua. Ada pula yang kaki joli, ketagihan dadah, arak dan judi. Ada pula yang hanya mahu mencukupkan quota poligami sahaja. Kemudian dikuda pula semua isteri yang ada untuk turut 'membaiayai' dirinya. Hidup tidak ubah seperti ‘jantan sewaan’ sahaja.
Ada ibu yang berjaya melepasi ujian ini. Ada pula yang terpaksa membiarkan bukan sahaja anak, malah diri sendiri untuk ikut mencuri. Mungkin dia 'terpaksa' kerana itu sahaja punca nafkah buat mereka.
Apapun, perlu diingat bahawa tugas utama ibu adalah mendidik anak. Jika berjaya ibu melangkah ke syurga, maka jejak yang sama jugalah bakal diikuti oleh anaknya. JEJAK KAKI IBU itulah yang menjadi hakikat di sebalik ungkapan, “syurga itu di telapak kaki ibu”. Kisah Siti Hajar dan Ismail a.s. adalah antara contohnya.
Jika ibu sampai bersikap degil dan mungkar, maka jejak yang sama jugalah bakal ditiru oleh anak-anaknya. Kisah isteri dan anak-anak Nabi Noh a.s. adalah rujukannya.
Semuga kisah pendek ini ada motivasinya buat ibubapa di pagi Jumaat yang mulia ini.
Read More...