9.26.2016

FADED

Read More...

9.23.2016

ISTERI DIHINA OLEH PENDUDUK INTERNET GARA GARA

                                ohbulanmasalahkulit


                         screen-shot-2016-09-22-at-1-45-43-pm

                    screen-shot-2016-09-22-at-1-45-52-pm

   
     ohbulanmakeup



Read More...

MY FAVOURITE SONG : FADED BY ALAN WALKER

                 

You were the shadow to my light
Did you feel us
Another start
You fade away
Afraid our aim is out of sight
Wanna see us
Alive

Where are you now
Where are you now
Where are you now
Was it all in my fantasy
Where are you now
Were you only imaginary
Where are you now

Atlantis
Under the sea
Under the sea
Where are you now
Another dream
The monsters running wild inside of me

I'm faded
I'm faded
So lost
I'm faded
I'm faded
So lost
I'm faded

These shallow waters, never met
What i needed
I'm letting go
A deeper dive
Eternal silence of the sea
I'm breathing
Alive

Where are you now
Where are you now

Under the bright
But faded lights
You set my heart on fire
Where are you now
Where are you now

Where are you now
Atlantis
Under the sea
Under the sea
Where are you now
Another dream
The monsters running wild inside of me
I'm faded
I'm faded
So lost
I'm faded
I'm faded
So lost
I'm faded
Read More...

9.22.2016

AL FATIHAH BUAT KELUARGA

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM




Al- Fatihah. SABAK BERNAM - Suasana pilu menyelubungi lokasi kemalangan apabila seorang mangsa yang menahan kesakitan masih mampu meriba anaknya buat kali terakhir selepas mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 75 Jalan Klang-Teluk Intan, dekat Sekinchan, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa, Norazila Kamarudzaman, 28, yang mengalami patah lengan kiri sempat mendakap erat anaknya, Nur Qaireen Khalisya Mohamad Anuwar, berusia enam bulan lalu meletakkan jenazah anaknya di riba.
Di hadapan Norazila, seorang lagi anak perempuannya yang masih belum dikenapasti identitinya itu terbaring dengan kesan kecederaan dialami selepas kereta Proton Perdana yang dipandu suaminya, Mohammad Anuwar Daud, 31, bertembung dengan sebuah kereta Produa Alza.
Kemalangan dua kenderaan itu turut mengakibatkan pemandu kereta Produa Alza, Mohd Faizuri Ibrahim, 33, yang juga seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Harun, Tanjong Karang, meninggal dunia di tempat kejadian.
Ibu mangsa, Hafsah Supardi, 66, berkata, dia mengetahui anaknya, Mohammad Anuwar bersama menantu dan cucunya itu terlibat dalam kemalangan selepas anak sulungnya, Kamal, 42, memaklumkan kejadian itu.
“Makcik dan suami terus ke sana, tak sangka tengok anak (Mohammad Anuwar) dah berlumuran darah,” katanya.
Hafsah berkata, dia yang tinggal berjiran dengan Mohammad Anuwar di Tali Air 3 Sekinchan sempat bertandang ke rumah anak lelakinya itu dan bermain dengan cucu-cucunya itu, malam kelmarin.
“Malam tadi (kelmarin), Makcik datang ke rumah (Mohammad) Anuwar tengok cucu. Sempat jugalah makcik dokong arwah (Nur Qaireen).
“Tak sangka, itulah kali terakhir makcik dapat cium dan tengok gelagatnya sebelum dia pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya sebak.
Suaminya, Daud Ahmad, 67, berkata, kejadian berlaku ketika Mohammad Anuwar yang juga kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabak Bernam bersama menantu dan empat cucunya itu dalam perjalanan dari rumah mereka menuju ke Sungai Besar.
“Setahu saya dia (Anuwar) hantar anak-anaknya di rumah pengasuh dan ibu mertuanya. Lepas tu, hantar Norazila (kakitangan di Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam) sebelum terus ke tempat kerjanya,” katanya.
Daud memberitahu, perasaannya sayu sebaik dia dan isteri tiba di tempat kejadian apabila Anuwar bertanya tentang keadaan isteri dan anak-anaknya selepas mereka terlibat dalam kemalangan.
“Dia (Anuwar) cakap mana anak aku…mana anak aku? Saya tak dapat tahan air mata bila teringat kata-katanya yang cari anak dan isterinya yang telah pun dibawa ke hospital,” katanya.
Katanya, dia kemudiannya mengekori Mohammad Anuwar selepas anak keempat daripada enam beradik itu dibawa ambulans ke Hospital Tanjong Karang.
“Saya dapat tahu cucu bongsu meninggal dunia di tempat kejadian lagi. Tapi saya macam tak percaya, hinggalah bila sampai di hospital saya terima maklumat Nur Qaireen telah meninggal dunia,” katanya.
Daud memberitahu, tiga lagi cucunya itu dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.
Guru Penolong Kanan SMK Dato’ Haron, E’Ajis Jaafar berkata, jenazah Allahyaraham Mohd Faizuri yang berasal dari Terengganu akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tebuk Pulai.
“Pihak sekolah akan membantu dari segi pengurusan jenazah mangsa dan kita menanti kepulangan isteri dan anak-anaknya yang kini (sehingga jam 11 tengah hari semalam) berada di Kota Bharu, Kelantan.
“Kami dapat maklumat, isteri mangsa yang juga seorang pensyarah di sebuah kolej di Sabak Bernam hadiri majlis kenduri keluarga terdekat di sana masih menunggu pesawat yang dijangka berlepas jam 1 tengahari (semalam),” katanya.
Rakan rapat Allahyarham, Mohd Afindi Suaid, 31, berkata, dia mengenali arwah sejak 2009 selepas dia ditempatkan di sekolah sama dengan arwah yang dua tahun lebih awal berkhidmat di sekolah berkenaan.
Beliau berkata, kali terakhir dia bertemu arwah seminggu sebelum cuti sekolah lalu dan mereka keluar bersama-sama ke sebuah bank.
Katanya, dia mengalami beberapa peristiwa pelik sebelum kejadian itu dan ingin bercerita dengan arwah, namun hasrat itu tidak kesampaian.
“Dua, tiga hari ni macam-macam peristiwa saya alami. Saya pegang cawan tiba-tiba terlepas jatuh ke lantai, isi air susu dalam botol pun terjatuh dan kaki tersepak pada bucu katil.
“Memang saya ingat nak cerita dengan dia benda pelik yang saya alami, nak tanya apa petandanya… tapi tak sempat, bila dapat tahu dia (Mohd Faizuri) dah terlibat dalam kemalangan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, siasatan awal mendapati pemandu Produa Alza menghala ke Tanjong Karang gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas ke arah bertentangan.
“Pada masa sama, Proton Perdana menghala ke Sungai Besar tidak sempat membrek dan mengelak kenderaan yang datang dari arah bertentangan hingga mengakibatkan Produa Alza terbalik di bahu jalan,” katanya.
Beliau berkata, mangsa yang memandu bersendirian Produa Alza tersepit di tempat duduk pemandu dan berjaya dikeluarkan pasukan bomba dan penyelamat,” katanya.
Beliau berkata, pemandu Produa Alza dan bayi yang mengalami cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian, manakala bapa bayi mengalami cedera di lutut dan ibu bayi patah lengan kiri sementara ketiga-tiga anak pasangan Proton Perdana tidak dikenalpasti identiti mereka dirujuk di Hospital Sungai Buloh.
“Kes dikendalikan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Nur Amalina Abdul Hamid mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Norazila yang mengalami kesakitan dalam kemalangan itu sempat mendakap dan meriba anaknya yang telah meninggal dunia dan menatap seorang lagi anak perempuannya yang terbaring di bahu jalan.
Mangsa maut yang memandu Produa Alza gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas dan terbalik ke arah bertentangan.


Read More...

9.07.2016

DOKTOR GIGI YOUTUBE DITAHAN

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM




Read More...

SEDIKIT PERKONGSIANDARI SAHABAT SAYA

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM

Sedikit perkongsian dr sahabat saya..


Murid perempuan ni berjaya menitiskan air mata sy di pagi hari. Dia dtg lewat utk upsr. Cikgu2 mula gelisah. Tiba2 dia muncul tanpa senyuman. Sy dapatkan dia utk stabilkan emosi. Sy sedia maklum mslh dia sejak hari pertama sy lapor diri. Sy tanya knp lambat?
"Baju basah sbb smlm sy basuh. Sy sidai kat luar. Pagi ni hujan. Jd sy gosok baju".
Saya tanya, dh mkn?
"Dah. Td sy mkn roti dan air milo. Buatkan sekali utk adik & mak".
Allahuakbar. Kamu hebat wahai anak..kamu diuji dgn masalah keluarga. Kamu pikul tgjwb yg org lain sebaya kamu x mampu buat. Kamu galas tgjwb dgn sebaiknya. Semoga kamu cemerlang dunia akhirat.
Pernah satu ketika dia dtg ke sek kemudian minta izin nak balik sbb terlupa yg dia masak air dan lupa nk matikan. Berlari dia balik sbb ibunya lumpuh dan x mampu bergerak apatah lg membantu.
Sumber : FB Norliana Samsuri

Read More...

BAGAIMANA MEMJADIKAN SUAMI ANDA ROMANTIK

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM

( Bagaimana menjadikan suami anda romantik? )


.
Semalam kakfel bersembang lama dgn seorang kawan baik, katanya sekarang suami dia dh romantik.
.
Dulu dia pelik kenapa suami kakfel layan kakfel mcm puteri . Dia kata dia jeles. Dia fikir mesti kakfel ni sangat istimewa di mata suami hingga suami layan kakfel baik.
.
Disebabkan dia kawan baik dia banyak follow cara kakfel. Dia praktikkan apa yg kakfel buat perlahan lahan dalam hidup dia.
.
Dia jaga solat, dia jaga aurat, paling utama dia menjadi sangat rendah dengan suami. Dulu dia mengarah suami sbb nak suami ikut cakap dia, dulu dia juga melawan suami sbb dia rasa dia betul.
.
Lama lama dia ikut kakfel cakap, takda istilah boss atau profesional dlm tempat kerja , isteri tetap di bawah suami.
.
Ni gambar salah satu office kakfel . Di office cawangan mana pon kakfel n suami berkongsi meja tp 2 kerusi dan kerusi kakfel mestilah kecil dr suami.
.
Kita terlalu terikut ideologi barat, be profesional dlm bekerja suami isteri, nak gaduh gaduh kat tempat kerja balik rumah jgn dibawa, whatttt?
.
Masa gaduh di office confirm ke tak sakiti suami? Dah balik confirm ke suami tak terasa lagi? Even kita sendiri pon mesti terbawa bawa kan?
.
Sebab tu kakfel ckp nk menangi suami , audit diri... Kalau suami kita tak bagus bukan makna Allah uji dia. Boleh jadi Allah sedang uji kita.
.
Kakfel kalau nak cerita sikap buruk sgt banyak, kakfel degil, susah dengar pendapat org, kakfel pon selalu marah suami dulu.
.
Tapi kakfel fikir, buat apa aku kahwin kalau aku takmau jadi isteri? Aku tetap nak jadi perempuan yg ikut kepala sendiri.
.
Hidup kita berkaitan siapa kita. Sekarang ni setiap malam kakfel mesti minta maaf dgn suami . Kakfel bukan selalu masak kat suami pon cuma kalau tgk suami tdoq malam , kakfel berusaha jaga anak sorang sorang.
.
Kalau tgk suami macam pening and sakit, cepat cepat ambik minyak urut.
.
Nampak suami moody, buatkan ayaq kat dia .kakfel yakin bila kakfel buat macam tu, suami tak sampai hati nak layan kakfel bukan bukan.
.
Suami juga manusia macam kita. Kita baik dia baik. Kalau kita baik dia nak jahat jugak. Doakan. "Jangan kita nak suami macam Ebit lew kalau kita taknak ubah jadi macam isteri dia "

SUBBER : FACEBOOK.COM

Read More...

PERISTIWA PASIR KLEBANG

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM

PASIR KLEBANG (21.Feb.2015)


Tetiba nak buat full story tentang kejadian yg pernah kami alami dulu.. tempat yang cantik siapa sangka macam-macam benda terjadi. Bukan seorang dua yang kene aku tahu ramai yg pernah alami jugak kan ?
Nak dijadikan cerita.. lepas sanding kami nak buat sesi outdoor. Aku sanding dekat Simpang Ampat, Alor gajah. Tarikh tu bersamaan dengan raya cina tau.. memula aku mmg cadang nak outdoor yg dekat dengan rumah jee tak nak lah sampai melaka tapi alor gajah tak banyak sangat tempat menarik kan.. jadi photog kami bagi cadangan untuk outdoor di "Pasir Klebang'.. jeng jeng jeng ! Kisah dia pun bermula mcm ni.....
Masa sampai tu tak adalah rasa mcm pelik pun tapi serius kat situ mcm pesta pengantin pun ada aku tengok..Ramai gila photoshot situ tau.. mmg betul gambar kat situ cantik sangat dgn view dia kan pehh ! Ok bila tap tup tap tup tengok ehh dah senja lah.. abg ex5 (penjaga situ mungkin) suruh kami keluar secepat mungkin..
Kereta bridesmaids sangkut pulak.. jadi pengapit lelaki pun tolong handlekan kereta dorg sebab semua pompoan kan hapah tak tau pastu yg lain tolak.. bila kereta dah boleh jalan ktorg tak bagi dia berhenti ktorg suruh dia terus cari jalan keluar.. jadi bridesmaids 3 org ni naik kereta pengantin.. lepas tu kereta pengantin pulak.. haa korg bayangkanlah masa berjalan jee ni dah nak azan.. nasib kereta pengantin tak lama sangat sekejap jee tolak dah boleh jalan.. bila boleh jalan ktorg semua naik kereta lah tapi mmg tak nampak apa masa tu sbb dah gelap.. husband masa tu dia tekan jee jalan jee yg benau tak tahu arah.. lepastu kami stuck lagi sekali...
Keluar jee dari kereta tengok tayar dah terbenam.. ktorg mmg tak nampak pape.. dikeliling pasir yg bertimbun.. gelap yg amat harapkan cahaya bulan dan torchlight handphone.. Husband buka lampu kereta siap main lampu tinggi nak bagi signal mana tahu ada siapa perasan ke kan.. hon kereta banyak kali pun tak ada respon huishhh seram gila mase ni.. photog kami call kami nak tahu mana lokasi tapi yg mampu kami ckp dekat tengah-tengah ni dikeliling pasir.. Ktorg nampak jalan yg ada kereta lalu lalang tapi jauh sangat.. yang paling seram ktorg nampak lampu moto tau ktorg panggil siap lambaikan torchlight sbb tahu mesti dia akan nampak.. dia depan ktorg dah tapi dia tak nampak ktorg then dia patah balik.. haa korang bayangkan lah dia tak nampak ktorg.. jadi apa maknanya ? Time tu ktorg dah tergaman semua berpikir kenapa dia tak nampak ek sbb mmg dah dekat ktorg..
Tiba-tiba datang seorang makhluk Allah (mcm bangla) ntah dari bucu mana.. dia muncul tu ktorg yg pompoan ni dah pegang antara satu sama lain.. dia dtg tak tanya apa masalah ktorg, terus pergi kat kereta tengok tayar.. pastu ktorg tanya dia jawab sepatah kadang setiap soalan ktorg tak ada jawapan.. Dia ckp ktorg salah jalan.. sepatutnya nak keluar kene buat pusing bulat.. haa lebih kurang mcm tu lah dia ckp.. pelik makin pelik. Tapi dia mmg tak banyak ckp dia diam.. uishhhhh siapa dia ?
Husband call sana sini tak putus-putus untuk dorg dpt kesan ktorg.. sekali photog bagitau ada orang akan cari ktorg.. punya lah lama dorg tak dpt kesan ktorg.. nak bagi direction dah berbagai direction.. Masa tu semua diam perasan ni tak tau nak nangis ke nak kuat ke.. tapi yang pelik sorang jee kami tak lepas nak call. Dia call ktorg tak dpt pastu ktorg call dia pun tak dpt jugak.. pengapit lelaki.
Bila azan isyak barulah dorang dapat cari ktorg.. Ktorg nampak ada kereta ke arah ktorg masa tu tuhan jee yg tahu perasaan ni.. Ktorg tengok ada lambang rescue pastu nama dia mr.fred (chinesse tapi fasih melayu) dia turun dia tanya "uols buat apa dekat sini ?" Husband jawab "kami photoshot sini" lepas tu mr.fred pun tanya "kenapa tak azan masa kene ?" Husband pun terdiam.. mungkin husband tak dpt nak pikir apa masa tu dan tak terpikir..
Bila mr.fred tu sampai dia pun tolong ktorg tarik kereta sampai keluar.. yg pelik nya tempat ktorg tersangkut tu dekat sangat dgn jalan.. bila dia bawa ktorg keluar tak sampai berapa minit dah nampak jalan yg berlampu tu.. haa pelik gila ktorg punya lah main lampu, tekan hon tapi tak ada siapa yg nampak.. sedangkan ktorg dekat jee dgn jalan.. masa terbenam tu ktorg nampak jalan yg berlampu mmg jauh.. hurmm punya lah dia main sorok-sorokkan..
Alhamdulillah kami selamat keluar dari tempat bunian tu..abg moto ex5 tu berhenti kat ktorg dan rupanya baru ktorg tahu dia pun sebenarnya cari ktorg.. ktorg siap cerita kan yg pasal nampak moto tapi dia patah balik.. abg ex5 tu ckp dia mmg tak nampak pape.. tapi mmg dia lalu situ.. haa lagi pelik !
Pengapit lelaki tu sedara husband.. dia tahu cara perubatan islam. Jadi benda tu sekat untuk ktorg berhubung..rupanya si pengapit ni dah rasa lain mcm masa mula-mula sampai tapi dia diam..
Dan bridesmaids kami masa tu ada yg tengah bendera merah.. jadi mungkin salah satu sebab jugak.. tapi kami bernasib baik semua nya ok.
Pukul 11 lebih baru lah kami(pengantin) ni sampai rumah.. bila sampai aku terus masuk bilik nak bersihkan diri.. aku tengah pandang cermin nak buka tudung aku dgr suara orang menangis sayu jee.. sedih betul tapi tak lama sekejap jee. Aku terdiam dan aku buka pintu bilik aku tanya dekat org luar yg tengah berlonggok tu "Siapa menangis tu ?" Pastu dorg pandang aku dan jawab "Mana ada org nangis"
Habis siapa yang nangis ?
Jadi inilah kisah kami 'Pengantin disorok' yang tak dapat kami lupakan.. Mungkin kisah ni tak seram tapi yg mengalami jee tahu apa perasaan time tu.. lebih kurang 2 jam kami disorokkan. Pengalaman yg tak dpt kami lupa setiap saat pun..
Rupanya baru ktorg tahu tempat yg ktorg terkandas tu sebenarnya pulau.. pulau yg dah dikandas.. Ktorg betul2 atas pulau patut lah makhluk Allah tu ckp ktorg salah jalan dan sepatutnya jalan dia bulat.. jadi baru kami paham.
Keesokan hari ni mr.fred pergi tengok tempat yg kami terkandas.. korang tau ? Situ tak ada pasir pun.. situ tanah biasa !
*Kat bawah aku sertakan gambar.. vid penampakan benda tu pun ada tapi dekat mr.fred jadi tggu dia post dekat coment dapatlah korang tengok ye..


Read More...

KATA KATA PROF UNGKU AZIZ

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM




Read More...