12.27.2016

THANK YOU 2016

BECAUSE OF YOU 2016 I LEARN ALOT ABOUT LIFE 

Image result for GOODBYE 2016

BECAUSE OF 2016  I LEARN TO LOVE SOMEONE AGAIN AFTER WHAT HEPPAN TO A FEW YEARS AGO.
AND BECAUSE OF YOU AGAIN 
I BROKEN HEART AGAIN 
THAT TREGADY IT HAPPEN AGAIN 
BUT THIS TIME I NOT CRY 
THAT BECAUSE IT HAPPEN TO ME FEW YEARS AGO 
AND FEEL LIKE NO METTER HAPPEN TO ME I NEVER CRY 
I SO TIRED OF THIS 
I DON'T THINK TO IN LOVE AGAIN 
BECAUSE 
MY SO SICK 
I DONE ENOUGH 

THANK YOU TO 2016 
MY SISTER GET MARRIED AND GET CHILD
THANK YOU ALLH BRING HAPPINESS TO ALL MY FAMILY
AND I THINK IN 2017
I WILL BE MARRY AND GET MY WON HAPPINESS

INSYAALLAH

IN 2016 I BE AUNTIE
THAT AWESOME SO MUCH
I LEARN HOW TO HANDLE KIDS


GOODBYE 2016 WELCOME TO 2017

I WISH IN 2017 PEOPLE AROUND THE WOLRD LIFE IN HAPPINESS


THIS MY LAST WON ENTRY IN THIS YEAR

SEE YOU NEXT YEARS.

ASSALAMULAIKUM



Read More...

12.20.2016

PEDOFILIA IBU BAPA JANGAN ASYIK UPLOAD GAMBAR ANAK

Image result for PEDOFILIA

 Kesilapan utama yang dilakukan ibu bapa yang tidak sedar gambar anak-anak mereka dijadikan bahan pedofilia di ruang siber, adalah mereka sendiri sebenarnya tidak tahu maksud pedofilia.

Penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim berkata ada sesetengah ibu bapa hanya mahu menunjuk bahawa anak-anak mereka bijak dan comel, tanpa menyedari bahawa gambar yang mereka kongsikan di laman web, boleh tersebar luas dalam masa hanya sesaat.

"Kesilapan mereka adalah mereka tidak tahu pedofil itu apa. Bagi mereka, pedofil ialah orang yang melakukan perbuatan meraba, mengambil kesempatan, memegang kemaluan anak.

"Bukan, itu pencabul kanak-kanak," tegasnya.

Menurut Kamal, pedofil ialah orang yang ada kecenderungan, malah hanya dengan melihat anak kecil berjalan hanya memakai lampin juga sudah mencetus keinginan tertentu.

"Dalam laman pornografi bagi pedofil ini, ada gambar sedemikian. Kanak-kanak yang tidak berbogel pun diletakkan di situ sebab fantasi mereka berbeza.

"Ada yang melihat anak-anak minum susu itu seksi, dan ada pula yang melihat kaki anak-anak itu seksi.

"Jangan sangka bila ingat objek seksual, ia seperti seksual pada pemahaman kita orang dewasa. Sebab ia mungkin membawa maksud berbeza bagi orang lain," katanya semasa ditemui selepas forum 'Kesedaran Mengenai Pedofilia dan Penderaan Seksual Kanak-Kanak' anjuran Universiti Malaya.

Katanya, ibu-bapa perlu berhati-hati semasa memuat naik gambar anak-anak mereka di laman web.

Beliau berkata, sekiranya ibu bapa hendak menunjukkan anak mereka bijak, comel atau sebagainya, ia tidak bermakna ibu bapa perlu menjadi kurang bijak.
Tambahnya, jika terdapat ibu bapa yang 'ketagih' memuat naik gambar ke ruang siber, mereka perlu mendapatkan bantuan ahli psikologi.

Selain Kamal, ahli panel lain yang turut mengambil bahagian dalam forum tersebut adalah Ketua Unit Siasatan Seksual (D11) Bukit Aman Timbalan Superintenden Tan Gee Soon, Sekreteriat Mothers Againts Ponography, Raihan Ishak, Ketua Jabatan Pelaksanaan Jangkauan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM), K. Juslly Elis.

SUMBER DARI ASTROAWANI.COM 
Read More...

DIPERDAYA BERLAKON FELIM LUCAH.

Image result for Saki Kozai


 Muda, cantik dan menagih populariti.

Bagi Saki Kozai, dia menyangka telah menemui cara untuk menjadi terkenal selepas pencungkil bakat terserempak dengannya di Tokyo dan menawarkannya pekerjaan.

Teruja dengan kemasyhuran yang bakal dikecapi, gadis yang baru berusia 24 tahun ketika itu lantas menandatangani kontrak dengan agensi yang diperkenalkan kepadanya, dengan harapan akan menjadi bintang dalam video promosi.

Namun malang baginya, ia bukan sebuah agensi permodelan.

Pada hari pertama di studio, Kozai diarah melakukan hubungan seks di hadapan kamera.

"Saya tidak dapat menanggalkan pakaian. Apa yang saya boleh buat hanyalah menangis," katanya kepada AFP, sambil menambah bahawa dia tidak nampak jalan keluar daripada situasi yang mengerikan itu.

"Terdapat kira-kira 20 orang menunggu di sekeliling saya. Tiada seorang perempuan boleh berkata 'tidak' apabila berdepan situasi seperti itu," katanya.

Kozai, kini 30 tahun, adalah antara wanita yang berani melangkah keluar daripada bayang-bayang untuk menyatakan bahawa mereka telah dipaksa bekerja dalam industri filem lucah yang bernilai berbilion dolar di Jepun.

Filem lucah boleh didapati secara meluas di Jepun yang agak liberal tentang pornografi.

Tetapi sisi gelap industri itu jarang dibincangkan, juga hak-hak mereka yang bekerja di dalam industri itu.

Tuduhan bahawa pelakon wanita dipaksa melakukan adegan seks kejam tanpa kerelaan mendorong industri untuk mengeluarkan permohonan maaf dan menjanjikan perubahan.

Pengakuan itu susulan penangkapan tiga pencungkil bakat di Tokyo pada Jun yang dituduh memaksa seorang wanita untuk muncul dalam lebih 100 video lucah.

Sepertimana Kozai, wanita yang tidak dinamakan itu juga menyangka dia akan menjadi model.

Pengkritik berkata pencungkil bakat memperdaya gadis - termasuk yang di bawah umur - dengan janji beroleh kemasyhuran dalam industri hiburan.

Dalam kes lain, para gadis diperdaya untuk terjebak dengan gaya hidup mewah sebelum mereka dipaksa bekerja dalam industri filem lucah bagi membayar "hutang".

Agensi berkenaan memastikan mereka terperangkap melalui ancaman, ugutan dan penipuan kontrak.


'Tiada pilihan'

Seorang lagi wanita yang enggan dikenali memberitahu AFP bahawa dia ditipu oleh ejen yang berjanji untuk membantunya menjadi penyanyi.

Dia menandatangani satu kontrak yang tidak menyatakan secara jelas tugasnya yang sebenar.

"Agensi itu mencuba berbulan lamanya untuk meyakinkan saya. Saya tidak mempunyai pilihan," kata gadis berusia 26 tahun itu kepada AFP.

Dia menolak pada mulanya. Tetapi seperti Kozai dan wanita lain, dia mengalah juga akibat tekanan.

"Pada mulanya, saya beritahu mereka saya tidak boleh melakukannya," katanya.

"Tetapi apabila saya lakukan juga, ia amat menyakitkan. Namun pasukan produksi tidak pula menghentikan rakaman."

Organisasi bukan berasaskan keuntungan, Lighthouse yang bertekad menghentikan penyeludupan manusia berkata lebih 60 pelakon lucah wanita yang cuba keluar daripada industri itu telah menghubungi mereka pada separuh pertama tahun 2016 - jauh melebihi jumlah pada tahun sebelumnya.

"Kami rasa ini hanya sebahagian kecil daripada bilangan itu," kata jurucakap Lighthouse, Aiki Segawa.

"Kebanyakan mangsa rasa bersalah, sangka apa yang berlaku adalah kesalahan mereka."

Kebanyakan wanita ini berusia di antara 18 dan 25 tahun dengan pengetahuan undang-undang kontrak yang amat sedikit.

Kes melibatkan mereka biasanya sukar untuk dibuktikan di mahkamah.

"Mereka bukan disalah guna atau dikurung ... mereka sebenarnya ditipu," kata Segawa.

Kozai ketagihan ubat penenang untuk mengatasi masalah kemurungan dihadapinya dan diasingkan selepas agensi yakin dia telah memutuskan hubungan dengan keluarga untuk memberikan tumpuan kepada kerjayanya.

"Saya tidak dapat membuat keputusan yang rasional lagi," katanya.

Kozai akhirnya meninggalkan agensi yang mengubah dirinya. Namun dia masih berlakon dalam filem lucah sebagai pelakon bebas.

Satu laporan oleh pertubuhan Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di Tokyo menyenaraikan helah kotor yang digunakan oleh pencari bakat filem lucah.

Antaranya, mangsa diancam dengan denda yang amat tinggi untuk keluar daripada kontrak atau diberitahu mereka tidak akan dapat mencari pekerjaan di luar selepas muncul dalam filem lucah.

Pencungkil bakat filem lucah juga muncul di kampus universiti atau rumah mangsa untuk menuntut penalti yang tinggi daripada ibu bapa pelakon jika mereka enggan bekerja, katanya.


Kemurungan, bunuh diri

Tahun lepas, Mahkamah Daerah Tokyo menafikan saman sebuah agensi berjumlah ¥24.000.000 (AS$ 240,000) daripada seorang wanita yang enggan muncul dalam filem lucah.
Menurut pengkritik, ia merupakan satu duluan dan kemenangan daripada aspek perundangan yang jarang berlaku.

Menurut perangkaan industri, Jepun mengeluarkan kira-kira 30,000 filem lucah setiap tahun.

Namun, adalah mustahil untuk menghalang pengedaran filem lucah pelakon yang diperdaya daripada tersebar di era internet.

Seorang wanita yang dipetik dalam laporan itu telah berulang kali menjalani pembedahan plastik untuk melarikan diri daripada kisah silam.

Sementara seorang lagi merancang mengupah peguam untuk menghentikan pengedaran filem lakonannya.

Namun, menurut laporan, dia menggantung diri sebelum kes dibicarakan.

Mariko Kawana, pelakon filem lucah yang kini menjadi penulis novel, menubuhkan sebuah organisasi menggesa keseragaman dan ketelusan kontrak.

"Setiap syarikat filem lucah mempunyai peraturan sendiri - ia harus bersatu untuk melindungi hak-hak pelakon," kata Kawana yang terlibat dalam industri ini atas pilihan sendiri.

Bagi Kozai, yang sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap bekas agensinya, tangkapan dan liputan media mungkin dapat merangsang perubahan, dan membantu wanita lain mengelak daripada diperdaya seperti yang berlaku kepada dirinya.

"Jika saya boleh menjadi contoh, gadis lain yang berdepan masalah ini juga boleh diselamatkan," katanya.

SUMBER DARI ASTROAWANI.COM
Read More...

12.19.2016

JANGAN JADI STATUS,UMUR,MINAT SEBAGAI PENGHALANG

Image may contain: 2 people, people standing, text and outdoor

Image may contain: text

SUMBER DARI FACEBOOK.COM/AILFFCHANNEL

Read More...

PERBUNUHAN GABRIEL KUHN

(Maaf, gambar agak mengerikan)
12 Julai 2007 
Daniel Philip Petry dilahirkan pada tahun 1991(16 tahun ketika kejadian) di Blumenau, Santa Catarina, Brazil. Daniel ni seorang yang sangat agresif, mudah bertindak ganas pada sesiapa pun. Dia juga adalah salah seorang pesakit yang menerima rawatan psikiatri, tetapi sering meninggalkan sesi terapi.

Hanya televisyen dan internet sahaja yang diinginkan olehnya, kiranya ni tabiat laa. Daniel ni ada teman rapat jugak walaupun ganas orangnya. Nama dia Gabriel Kuhn berusia 12 tahun. Nak dijadikan cerita, suatu hari diorang ni bergaduh besar.
Pertengkaran di antara Petry dan Kuhn bermula ketika mereka bermain game "Tibia (Spanish)". Petry yakin bahawa Kuhn telah menipu dalam permainan. Petry pergi ke rumah Kuhn. Kebetulan ibu bapa Kuhn tiada di rumah. Adiknya keluar dan Kuhn bersendirian.
Petry memasuki rumah melalui pintu yang terbuka, mendapatkan Kuhn dan mula memukul beliau. Kuhn cuba mempertahankan dirinya, tetapi Kuhn tak berdaya melawan disebabkan oleh Petry yang lebih tua dan lebih kuat berbanding Kuhn.
Petry menolak Kuhn masuk ke dalam bilik tidur, kemudian meliwat beliau. Gabriel Kuhn menjerit dan menangis kesakitan. Cadar tilam Kuhn berlumuran darah.
Setelah dipukul dan diliwat dengan ganas, Gabriel Kuhn mengancam untuk melaporkan kepada ibu bapanya.
Terburu-buru, Petry memutuskan untuk membunuh Kuhn. Dia menggunakan kabel dan kemudian melilitkan kabel tersebut di sekitar leher Kuhn dan menariknya ketat sehingga Gabriel
pengsan .

Kemudian Daniel mempunyai idea yang lain. Dia pergi ke garaj rumah, mengambil gergaji besi dan kembali kepada Kuhn. . . dan mula memotong bahagian paha Kuhn.
Kuhn kembali sedar apabila Daniel sedang memotong pahanya dan dia mula menjerit kesakitan, Kuhn terputus kaki kiri. Kuhn berhenti menjerit, kemungkinan dia pengsan kerana kejutan dan kehilangan darah yang banyak. Setelah itu, Petry meneruskan lagi memotong paha kanan dan kemudian mencerai-beraikan anggota badan tersebut.
Bedah siasat menunjukkan bahawa Gabriel Kuhn disahkan mati apabila kedua-dua kakinya telah digergaji. Petry cuba menyembunyikan badan Kuhn dalam perangkap pintu (loteng) rumah. Daniel melilit kabel dan wayar di sekitar badan Kuhn dalam usaha membawa badan Kuhn yang telah dikerat ke dalam loteng, tetapi tidak berjaya kerana Kuhn terlalu berat.
Akibat daripada itu, mayat Kuhn ditinggalkan begitu saja dalam keadaan kaki dan badan terpisah.
Daniel kemudian melarikan diri dari rumah itu. Saudara Kuhn tiba tidak lama selepas itu dan mendapati mayat saudaranya terbaring di sebalik pintu. Ngeri, dia berlari keluar ke jalan dan terus menjerit.
Seorang lagi jiran juga berada di tempat kejadian apabila terdengar jeritan saudara Kuhn dan dia terus menelefon pihak polis.
Akhirnya Daniel berjaya diberkas, dia dibicarakan di mahkamah dan dihukum penjara tiga tahun atas kesalahan membunuh. Daniel Petry jugak dimasukkan ke Boy's Home disebabkan kes juvana yang telah dilakukan olehnya. Gara-gara game badan binasa.

No automatic alt text available.

SUMBER DARI FACEBOK.COM/SENGALPANORAMATEAM 
Read More...

9 KELEBIHAN VASELINE

Image may contain: one or more people and text
No automatic alt text available.
No automatic alt text available.

INSTAGRAM.COM/NORAINTERBAIK


Read More...

BILIK PENYEKSAAN DI ISTANA CHILLINGHAM ENGLAND

The torture chamber/ Bilik Penyeksaan di Istana Chillingham England~

Image may contain: sky and outdoor

Image may contain: text
pintu masuk istana 

No automatic alt text available.
kerusi berpaku 

Image may contain: text

katil penyeksaan 

No automatic alt text available.

Image may contain: shoes

Image may contain: people sitting and outdoor

Image may contain: text

Istana Chillingham terletak di utara Northumberland, England. Istana ini terkenal pada zaman Medieval iaitu zaman pertengahan pada abad ke 14 dan merupakan kubu kuat pada abad ke12 yang bertahan dari serangan tentera Scotland.
Pintu besar ini (photo) adalah pintu masuk ke istana yang dibina pada abad ke17 yang dikelilingi dengan taman2 indah yang semasa itu arkiteknya Windsor Castle, pada awal abad ke-19.
Berabad-abad lamanya senibina istana ni masih dikekalkan hingga sekarang yang kini dijadikan pameran untuk orang ramai..
Tortured chamber atau bilik penyeksaan adalah salah satu tempat yang paling ngeri dan paling menarik di istana ni terletak berhampiran penjara. Masih terdapat banyak alat-alat penyeksaan dipaparkan di sini dan kebanyakannya masih dalam keadaan baik (boleh digunakan lagi cuma.berkarat je).
Ianya digunakan sebagai hukuman penyeksaan ianya termasuk kerusi berpaku, katil berpaku, dan berbagai2 lagi alat seperti perangkap tikus je bila kita tengok..
Adalah dianggarkan bahawa lebih daripada 7,500 kematian termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak yang terdiri daripada semua peringkat umur telah diseksa dan dibunuh di penjara ini dalam tempoh tiga tahun.Sehingga tahun 1982 Sir Humphrey Wakefield, yang isterinya, Lady Mary Tankerville, dari keturunan keluarga Raja Grey, telah dibenarkan untuk mengambil alih istana ni serta memulihkannya..
Istana ini berusia lebih 800 tahun.

SUMBER DARI FACEBOOK.COM/MADPFONIA 


Read More...

JANGAN BUAT PERKARA PERKARA INI

Image may contain: text

Image may contain: one or more people, people standing, wedding and text

FACEBOOK.COM/CAHAYAPAGI
Read More...

6 MISTERI DUNIA YANG BELUM TERUNGKAI LAGI..

No automatic alt text available.

1. Skru Besi Berusia 300 Juta Tahun!

Skru besi ini dijumpai secara tidak sengaja oleh Dmitry Kurkov dari Russia apabila beliau sedang mencari serpihan meteorit berdekatan dengan rumahnya. Beliau mengutip sebiji batu yang telah menarik perhatiannya lalu membelek- belek batu tersebut. Beliau terkejut apabila ternampak sebiji skru lama melekat di batu tersebut lalu meminta para saintis memeriksa batu tersebut.

Penemuan beliau telah menimbulkan pelbagai persoalan khasnya saintis-saintis yang telah menyelidiki skru tersebut bahawa skru tersebut telah
berusia 300 juta tahun! Bagaimana pada zaman tersebut mempunyai teknologi yang canggih untuk menghasilkan skru besi? Dan apakah yang dibina oleh masyarakat pada zaman tersebut menggunakan skru besi itu? Perkara ini tiada
jawapannya sehingga hari ini.

Image may contain: sky, outdoor and nature

2. Batu Bergerak Sendiri

Sesiapa sahaja, walaupun pihak NASA jugak tak mampu merungkai misteri batu bergerak sendiri ni. Batu bergerak bebas tanpa bantuan, tetapi tiada siapa yang pernah melihat dan merekodkan pergerakan batu tersebut menggunakan kamera.

Pergerakan yang sama telah direkodkan di beberapa tempat yang lain. Walau bagaimanapun, sehingga sekarang misteri batu ini tidak dapat dirungkaikan.

Image may contain: sky, outdoor and nature

3. Kewujudan Punca Elektrik Dikawasan Piramid Besar
Mexico

Teotihuacan, Mexico. Kepingan besar mika ditemui tertanam di dalam dinding bandar Mexico purba. Mica kini digunakan dalam pengeluaran tenaga elektrik. Dalam konteks ini, persoalan yang timbul ialah mengapa pembina menggunakan mineral ini di dalam bangunan-bangunan di bandar ini. 

Adakah arkitek zaman purba dahulu sudah mengetahui teknologi untuk menghasilkan tenaga elektrik?

Sehingga kini tiada jawapan yang ditemui.

Image may contain: plant, bridge, outdoor and nature

4. Jambatan Anjing Bunuh Diri

Suicide Dog Bridge di Overtown, berhampiran Milton,
Dumbarton, Scotland. Dibina pada tahun 1859, jambatan berhampiran Overtown mempunyai kes-kes yang tidak dapat dijelaskan sehingga sekarang di mana anjing yang akan melalui kawasan ini akan membunuh diri dengan melompat dari jambatan itu.

Kejadian pertama kali dicatatkan pada tahun 1950-an atau 1960-an, apabila orang ramai menyedari
bahawa anjing yang melalui kawasan ini akan tiba-tiba resah gelisah lalu terus melompat dan jatuh sehingga berkecai!
Damn!

No automatic alt text available.

5. Loladoffa Plate

"Plat Loladoffa" dijangkakan berusia 12,000 tahun ialah piring batu ditemui di Nepal. Ianya telah membuktikan bahawa Mesir bukanlah satu-satunya tempat yang dikunjungi oleh alien pada zaman purba. Bukti ini jelas menunjukkan UFO dalam bentuk piring. Terdapat juga gambar alien pada piring tersebut.

korang rasa?

Image may contain: text

6. Bateri Lama Baghdad


Pada tahun 1936, saintis daripada Jerman iaitu Wilhelm Koenig, yang bekerja di Muzium Arkeologi Baghdad, membawa objek pelik yang ditemui semasa penggalian penempatan purba Parthian berhampiran Iraq. Ia adalah tanah liat mempunyai ketinggian setinggi mangkuk kecil kira-kira 15 sentimeter. Di dalamnya adalah silinder tembaga, atasnya ditutup dengan penutup besi. 

Dr Koenig membuat kesimpulan bahawa ia adalah satu bateri elektrik, yang dicipta hampir dua ribu tahun sebelum penemuan Galvani dan Volta.

Egyptologist, Arne Eggebreht telah mencipta satu replika pasu berisi cuka wain dan diukur menggunakan alat pengukur menunjukkan voltan sebanyak 0.5 V terhasil. Adakah bateri sebenarnya sudah lama wujud sejak zaman purba lagi dan
mempunyai kaitan dengan kota Atlantis yang hilang dan tenggelam?


SUMBER DARI FACEBOOK.COM/SENGALPANORAMATEAM






Read More...

12.16.2016

CARA PENJAGAAN RAHIM


 Image result for what happens when you lose your virginity female

Kaum wanita sejak dari dulu dipesan oleh ibu ataupun nenek agar menjaga organ peranakan ini. Malah bermacam-macam petua diperturunkan untuk tujuan itu.


Ia untuk mengelakkan bahagian yang menjadi lambang kewanitaan ini ditimpa penyakit dan tidak boleh berfungsi untuk melahirkan zuriat.

Namun ketika ini semakin ramai wanita berdepan dengan masalah ketumbuhan yang berkaitan dengan rahim. Atas sebab itu Pakar sakit Puan terkenal Dr. Hamid Arshat membuat perkongsian ini.

Malang jika rahim ditimpa penyakit dan tidak berfungsi

Rahim diciptakan Allah khas untuk wanita sebagai wadah pertumbuhan janin yang bermula dari nutfah, kemudian menjadi alaqah dan mugdah. Seterusnya ia berkembang dan membesar membentuk organ2 dan anggota yang sempurna dan akhirnya ditiupkan roh dalam umurnya 120 hari.
Semua peroses ini berlaku dalam perlindungan dan naungan rahim. 

Malang jika rahim ditimpa penyakit dan tidak boleh berfungsi. Tapi rahim sering ditimpa tumbuhan adenomyosis dan membesar seperti hamil 5 bulan. Gejala yang dialami pesakit ialah senggugut teruk, perdarahan banyak serta jadi mandul. Sungguh menyedihkan bila situasi begini berlaku.

Ketumbuhan yang paling sering berlaku pada rahim ialah fibroids. Walaupun ia bolih menimbulkan gejala2 yang sama tetapi ia boleh dibuang bedah dan dipulihkan kemampuan untuk hamil.

Cara-cara menjaga rahim

1. Waspada jika ada sejarah penyakit rahim dalam keluarga – ibu, nenek, ibu saudara adik beradik perempuan. Setiap penyakit ada kaitan dengan baka, mungkin menyumbang 10% kepada faktor2 penyebab. Elakkan dan jauhkan dari faktor2 penyebab yang timbul dari sekitaran.

2. Fungsi utama rahim ialah menampung kehamilan. Kahwin dan hamil awal ketika usia muda boleh mencegah dari tumbuhan fibroids dan adenomyosis. Ketika hamil otot rahim membesar dan kembang sehingga 1000 kali normal. Selepas bersalin ia kuncup semula kepada saiz asal. Peroses kehamilan sebenarnya melindungi rahim dari ketumbuhan. Wanita yang lambat atau tidak hamil lebih terancam tumbuhan fibroids dan adenomyosis.

3. Rahim sangat dipengaruhi dengan dua hormon wanita – estrogen dan progesterone. Estrogen menebalkan lapisan endometrium dan membiak sel otot (myometrial hyperplasia} progesterone meningkatkan salur darah endometrium dan mengembangkan sel2 otot rahim (myometrial hypertrohy).

Kedua-dua hormon perlu seimbang dan saling berkerjasama. Gangguan imbangan hormon mencetuskan penyakit rahim. Hormon estrogen penting bagi banyak fungsi tubuh badan wanita serta ciri2 kewanitaan dan kecantikan. Tapi bila berlebihan dan tak seimbang estrogen boleh menimbulkan bermacam-macam penyakit dan gangguan.

Diantaranya:

– Ketumbuhan fibroid, adenomyosis dan kanser rahim.
– Ketumbuhan adenoma dan kanser payudara.
– Kemandulan dan sukar hamil.
– Perdarahan rahim.

Sumber asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovari, adrenal dan lemak badan.Setengah makanan saperti makanan dari kacang soya juga jadi sumber phytoestrogen. Bahan plastik dan sterofoam dan insecticide dan spray pewangi mengeluarkan xenoestrogen.

Sumber asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovari, adrenal dan lemak badan.Setengah makanan saperti makanan dari kacang soya juga jadi sumber phytoestrogen. Bahan plastik dan sterofoam dan insecticide dan spray pewangi mengeluarkan xenoestrogen.

4. Faktor yang mengganggu imbangan hormon. Sering tahap estrogen tinggi dan progesterone rendah yang menyebabkan penyakit. Diantara faktor-faktor ialah tekan fizikal, stress mental dan gangguan emosi. Pemakanan yang terlebih gula dan karbohidrat, mengandungi terlalu banyak perisa dan pengawet serta kegemokkan (obesity) dan penyakit PCOS, kesemuanya menyebabkan hormon estrogen menungkat tinggi sedangkan progesterone berkurangan. Tangani dan kawal semua jenis stres.

5. Penjagaan rahim perlu bermula dari umur kanak-kanak. Sering kali anak perempuan dijangkiti kuman di luar farajnya akibat tidak sempurna beristinjak dan lemah ketahanan / immunity disebabkan tidak suka makan sayur dan buah2.

Jika menghadapi masalah lelehan / vaginal discharge, basuh faraj dengan air garam, ia antiseptik terbaik untuk wanita. Beri supplemen vitamin C (chewable) disamping multivitamin sirup dan minyak ikan kepada anak perempuan. Amalan ini diteruskan dalam bentuk tablet bila mencapai umur remaja. Supplemen tersebut akan meningkatkan  Ketahanan / immunity untuk menangkis pelbagai penyakit khususnya dirahim.

6. Kegemukkan perlu dikawal dari umur kanak2 dan remaja. Dewasa ini kanak-kanak terlalu suka junk food dan fast foods. Ibu bapa layani kehendak mereka sebagai jalan mudah tanpa memikirkan kesan buruk dalam jangka panjang. Remaja mula dilanda kegemukkan bila belajar disekolah, kolej dan universiti berasrama.

Mereka makan terlalu banyak makanan segera kononnya tidak berkesempatan untuk memasak sendiri atau tidak minat makanan yang disajikan. Bermula disini gangguan haid berlaku – sama ada tidak datang haid, atau haid terlalu banyak, keluar berketul-ketul atau terlalu sedikit tetapi berpanjangan. Kesemua itu petanda adanya gangguan dan ketidak seimbangan hormon2 wanita dan akhirnya merosakkan rahim.

7. Remaja perlu dididik menjaga kehormatan diri agar tidak terjebak kedalam maksiat perzinaan kerana ramai yang terjerat dengan berbagai gejala saperti pengguguran haram dan jangkitan kuman dalam peranakkan dan akhirnya rosak rahim dan jadi mandul apabila kahwin kelak.

8. Banyakkan zikir dan berselawat waktu haid. Perdarahan haid atau ‘datang kotor’, ‘datang bulan’. Berbagai panggilan untuk haid. Memang ada disebut dalam quran wanita dalam haid tidak dianggap bersih dan suami dilarang melakukan hubungan selagi isteri belum bersih dan telah mandi junub.

Sering juga haid tidak lancar keluar dan adakala haid ‘tumpah / melempah’ ke belakang rahim. Fenomena tersebut dikaitkan dengan rahim retroverted dan saluran pintu rahim sempit. Tanda utama ialah senggugut dan terdapat sistem pembersih darah haid. Bila sistem ini gagal akibat penurunan immunity ekoran dari pemakanan kurang berzat dan tinggi tahap racun serta peningkatan stress, darah haid menimbulkan penyakit endometriosis dan adenomyosis.

9. Dipercayai darah haid yang tidak lancar dan bertakung di belakang rahim menggalakkan gangguan jin dan syaitan terhadap rahim. Oleh sebab itu ketika haid wanita tidak boleh solat dan membaca al-quran, sebaiknya banyakkan zikir dan selawat sebagai langkah mencegah gangguan jin dan syaitan.

10. Banyak makanan yang membantu dalam menjaga rahim diantaranya nenas yang mengandungi enjim bromalin dan betik yang mengandungi enjim papase. Kedua enzim berperanan untuk membersih darah kotor di belakang rahim. Makanan-makanan tradisi seperti keledek merah membekal sedikit hormon progesterone, keladi ada sedikit estrogen, ubi kayu ada sedikit B17 (antikanser). Makanan tersebut membantu penjagaan rahim. Kunyit, bawang merah, bawang putih, halia dan serai ada kesan anti inflammatory juga berperanan menjaga rahim.

Perbanyak makan sayur2 khususnya yang hijau saperti bayam, sawi, pucuk paku, kobis, kacang, lobak, brokoli, taugeh dan lain-lain. Banyak makan buah2 saperti jambu, oren, mangga, apel, nenas, betik, buah naga dan lain-lain. Makan pelbagai kacang saperti gajus, almond, walnut dan lain-lain. Baik juga dimakan bersama kismis dan kurma.

Makan lebih ikan saperti kembung, tenggiri, bawal, mackerel, tuna/tongkol dan lain-lain. Amalkan minum teh hijau yang mengandungi antioxidant yang bolih mencegah penyakit. Amalkan minum susu segar (lembu atau kambing) setiap hari.

11. Amalkan supplement multivitamins, vit. C (1GM) dan E(400 IU) ,logam kalsium dan fish oil (1-2000 GM) setiap hari sehingga akhir hayat.
Read More...