1.16.2017

10 KISAH LUAR BIASA MANUSIA/ HAIWAN

Image may contain: 1 person, child and closeup

Angelina Bella, Gadis Cilik Empat Tahun Fasih Tujuh Bahasa!

Angelina Bella Devyatkina, 4 atau Bella berasal dari Moscow, Rusia menjadi popular ketika menghadiri uji bakat sebuah rancangan.

Dalam ujibakat itu, Bella menjawab soalan dalam bahasa Rusia, Inggeris, Perancis, Jerman, Sepanyol, Cina dan Arab, menyebabkan juri dan penonton 'terlopong'.

Menurut ibu Bella yang mengajar bahasa Inggeris, Bella didedahkan dengan bahasa-bahasa berkenaan sejak lahir.

Bella juga dijaga lebih daripada seorang penjaga yang berlatarbelakangkan pelbagai negara.

Penjaganya bukan sahaja mengajar Bella mengenai bahasa dan frasa, malah menceritakan isu-isu dunia, sejarah dunia dan pelbagai topik dari ensiklopedia.

Rakaman telatah Bella telah viral di laman Facebook dan ditonton jutaan kali dan anda boleh saksikan sendiri di Youtube.

Image may contain: 1 person, crowd and closeup

Mohammed Bello Aboubakar berasal dari Bida, Nigeria pernah berkahwin dengan 107 wanita dan mendakwa tindakannya itu adalah demi memenuhi seruan Ilahi.

Namun, lelaki warga Nigeria berusia 92 tahun ini berkeras untuk terus mendirikan rumah tangga kerana mendakwa dirinya masih lagi ‘mampu’.

Menurut sebuah laman web negara itu, Punch, Mohammed Bello pernah bercerai sebanyak 10 kali menjadikan bilangan isterinya yang ada dan masih bertahan dengannya ialah berjumlah 97 orang.

Tambah laman itu, sebahagian besar dari 185 anaknya ada yang telah meninggal dunia.

Namun warga emas ini masih ‘bertenaga’ untuk berkahwin lagi dan menolak khabar angin yang mengatakan dirinya telah meninggal dunia.

“Sayangku, saya masih hidup, bernafas dan sangat sihat.

“Khabar angin itu tidak berasas dan disebarkan mereka yang tidak menyukai saya kerana mereka iri hati atas anugerah Tuhan kepada saya.

“Apa yang saya lakukan selama ini adalah panggilan Tuhan.

"Ini adalah tugas dari Tuhan dan saya akan tetap melakukannya hingga akhir hayat saya,” jelasnya.

Terdahulu, Mohammed Bello pernah viral memiliki 86 orang isteri dan kisahnya menjadi bualan hangat media massa seluruh dunia.

Malah, dia juga pernah berselisih pendapat dengan ulama negara itu dengan bilangan wanita yang boleh dipoligami.

Menurut Islam, seseorang lelaki hanya dibenarkan mempunyai maksimum empat orang isteri sekiranya dia mampu untuk melayani semua isterinya dengan adil.

Walau bagaimanapun, dalam tafsiran Mohammed Bello, ajaran Islam tidak memberi seseorang batasan seberapa banyak wanita yang boleh dinikahi selagi lelaki itu sihat dan mampu melakukannya.

Susulan fahaman yang salah itu, Mohammed Bello ditahan pada 2008 atas perintah Mahkamah Syariah namun dibebaskan pada tahun sama.

Pembebasan itu disertakan dengan syarat bahawa dia perlu menceraikan 82 daripada 86 isterinya, namun Bello tidak mengendahkan hal tersebut.

Image may contain: food

Penemuan Luarbiasa Katak Hidup Dalam Batu!

'Ulat dalam batu pun boleh hidup' - pepatah yang biasa orang guna sebagai motivasi diri bila bercakap pasal hidup yang serba kekurangan.

Mungkin selepas membaca artikel ini, anda boleh menukar pepatah tadi kepada yang lebih ekstrem seperti, 'Katak dalam batu pun boleh hidup, okey!'

Berdasarkan kajian rasmi yang dibuat, terdapat lebih 90 kes yang direkodkan berkenaan penemuan haiwan amfibia ditemui masih hidup di dalam bongkahan batu, seakan disaluti.

40 kes dari rekod itu melibatkan amfibia seperti katak, kodok dan yang paling mendapat perhatian ialah artikel yang telah disiarkan di dalam majalah Reader's Digest, 'Mysteries of The Unexplained'.

Dalam kebanyakan kes, katak tersebut ditemui diruang dalam batu yang dipenuhi cecair lendir dan biasanya ditemui dalam keadaan yang sangat pucat dan berwarna putih.

Selepas beberapa minit didedahkan kepada udara, amfibia ini dilihat kembali hidup dan biasanya menjadi aktif sebelum bertukar warna kelabu dan mula mengalami kesukaran untuk bernafas.

Dalam kebanyakan kes, haiwan itu biasanya cuma dapat bertahan selama 24 jam hingga 72 jam sebelum mati.

Tapi, terdapat beberapa pihak yang mendakwa haiwan malang itu dapat terus hidup jika segera dimasukkan ke dalam kolam yang segar airnya.

Logiknya, cerita tentang katak yang tinggal dalam batu ini mungkin kedengaran tidak masuk akal.

Namun, sebenarnya bahagian yang paling menakjubkan dalam kejadian ini adalah, proses pembentukan batu memakan proses yang sangat lama, hanya terbentuk selepas beribu mahupun berjuta tahun.

Andaian yang boleh dibuat adalah, mungkin amfibia ini memasuki lumpur lembut untuk mengelakkan bencana besar.

Dan dalam suasana sekeliling yang terdedah kepada air yang tinggi kadar mineralnya, telah mengakibatkan lumpur tadi bertukar menjadi batu, sebelum akhirnya ditemui kini.

Bayangkan jika dinosaur juga ada kebolehan macam katak?


Image may contain: 1 person, food

Yuka Kinoshita, Gadis Yang Mampu Makan 137 Biji Pisang Dalam 6 Minit

seorang wanita Jepun, Yuka Kinoshita memperlihatkan aksi hebatnya itu ketika sedang makan 137 biji pisang.

Dia mampu menghabiskan buah tersebut hanya dalam masa enam minit atau setara dengan enam kilogram pisang dengan cara tersendiri.

Menurut wanita bertubuh kurus itu, dia memang sudah lama dikenali dan popular menerusi pelbagai videonya yang selalu menunjukkan sedang makan dengan hidangan yang sangat banyak.

Malah dia mempunyai cara lain dengan menambah toping seperti coklat agar tidak bosan semasa memakan pelbagai jenis makanan berbeza.

Aksi memakan pisang dengan hidangan yang berlainan menjadi pengantara dua negara, Filipina dan China yang bermusuhan apabila seorang netizen melontarkan komen kasar terhadap aksi Yuka itu.

“Selama tempoh sensitif ini, anda boleh makan 137 pisang dari Filipina untuk menghina China? Adakah kamu fikir kami orang China boleh dengan mudah diganggu?” soal seorang netizen China.

Setelah mendapat pelbagai kritikan berlainan daripada ramai netizen China, Yuka ternyata juga mendapat pembelaan daripada beberapa netizen lain.

“Abaikan saja, orang China memang kurang sopan,” kata seorang netizen.

Image may contain: 1 person, bicycle and outdoor

Lelaki Buta Yang Melihat Dengan Bunyi!

Siapa sangka manusia boleh melihat tanpa menggunakan mata, sebaliknya bunyi yang dihasilkan melalui lidah menjadi penunjuk arah kepada setiap pergerakan.

Lebih hebat dan luar biasa, kemampuan itu tidak dimiliki individu normal. Persoalannya, bagaimana dia melakukannya?

Individu luar biasa ini bernama Daniel Kish. Jika kebiasaannya pergerakan bagi seorang buta sangat terbatas, berbeza bagi dirinya.

Dia mampu melakukan aktiviti seperti berjalan dan menaiki basikal secara bebas. Malah, tahap kecekapannya sama seperti insan biasa sehinggakan ramai menyangka dia tidak buta.

Menurut Daniel, ketika berusia 13 bulan, doktor mengesahkan dia menghadapi retinoblastoma, sejenis penyakit kanser pada bahagian mata.

Untuk menyelamatkan nyawa, doktor terpaksa mengeluarkan kedua-dua matanya. Sejak peristiwa itu, dia membesar dengan cara memahami persekitaran menggunakan bunyi yang dihasilkan daripada tanah.

Kebolehan itu diperolehinya sejak dari kecil. Daniel sangat beruntung kerana dibesarkan seperti kanak-kanak normal lain.

Keunikan dirinya mendapat sokongan daripada keluarga. Dengan cara itu, dia mula bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain.

Pernah suatu ketika selepas rakan-rakan Daniel bercadang untuk bersiar-siar dengan basikal, dia terpaksa mencabar diri berlatih menunggang basikal dalam keadaan dirinya yang buta.

Mungkin bagi kebanyakan orang, ia adalah perkara yang mustahil tetapi Daniel berjaya mengayuh basikal sampai ke kawasan sekolahnya!

Bagaimana dia tahu arah sekolahnya? Tidakkah dia bimbang dilanggar kereta disepanjang perjalanan?

Bukan saja para pembaca yang merasa pelik tapi semua orang di kejiranan Daniel juga merasa hairan dan pelik sehinggalah dia menceritakan kaedah yang digunakan.

Percaya atau tidak, dia menggunakan telinga sebagai pemandu arah. Caranya amat luar biasa iaitu dengan mengeluarkan gelombang bunyi ultrasonik daripada lidah kemudian dipantulkan pada permukaan sesuatu objek.

Menurut Daniel, setiap objek disekeliling menghasilkan bunyi yang berbeza. Sebagai contoh, batang pokok menghasilkan gema yang berlainan dengan daun.

Latihan membezakan bunyi melalui pantulan ultrasonik membuatkan dia mampu membezakan sesuatu permukaan dan lama-kelamaan ia menjadi panduan arah. Kaedah yang sama dengan tongkat orang buta.

Jadi, walaupun dalam keadaan buta, dia tidak menghadapi sebarang masalah untuk bergerak. Jarak, kedudukan serta jenis objek disekeliling dapat ditentukan dengan mudah.

Penghasilan bunyi secara tidak langsung memberi gambaran imej 3D didalam fikiran. Bukan hanya itu, semua ciri-ciri objek juga dapat diketahui oleh Daniel.

Jika diteliti, keupayaan ini turut digunakan oleh haiwan seperti kelawar dan ikan lumba-lumba.

Haiwan seperti ini menganggarkan jarak dan kedudukan sesuatu untuk bergerak. Lebih-lebih lagi kelawar yang hidup dalam kegelapan malam.

Satu ujian telah dilakukan untuk menentukan siapa yang boleh mengetahui kedudukan bola ditengah padang yang luas.

Daniel dan seorang wanita normal telah diuji. Mata wanita itu ditutup supaya berada dalam keadaan yang sama dengan Daniel. Dan hasil keputusan amat mengejutkan kerana Daniel mampu mengenal pasti kedudukan bola itu, sedangkan saingannya itu pula tidak dapat mencari sehingga ke akhir ujian.

Daniel juga tidak mengalami sebarang kesukaran walaupun berada dalam suasana bising. Menurut Daniel, jika berada ditempat seperti konsert, dia tidak akan berasa bimbang.

Apa yang dilakukan ialah meningkatkan kekuatan bunyi lidah supaya dapat mendengar dengan lebih jelas. Kelakuan itu merupakan kebiasaan bagi Daniel dan dia tidak merasa kekok apabila berada dikhalayak ramai.

Daniel juga mampu mengetuai pasukan pendaki orang buta. Kebolehan yang dimilikinya memudahkan dia berjalan dikawasan berbukit.

Bagi individu normal, berada dicenuram sudah berasa ngeri, apatah lagi jika tidak dapat melihat jalan. Namun, perkara itu tidak mengundang sebarang rasa takut kerana sudah mempunyai 'mata' sendiri.

Kemampuan Daniel bukan setakat itu. Dia berjaya menyambung pengajian sehingga ke peringkat sarjana dalam dua bidang iaitu, Development Psychology dan Special Education.

Sebuah organisasi yang dinamakan sebagai World Access for The Blind turut diasaskan dan diketuai sendiri oleh Daniel.

Lebih menarik dan luar biasa, dia kini mengajar individu buta lain menggunakan teknik yang sama.

Baginya, kecacatan penglihatan bukan penghalang untuk seseorang bergerak bebas.

Image may contain: 2 people, eyeglasses

Menjadi Genius Selepas Di Belasah Samseng!

Hanya dalam tempoh satu malam, selepas dibelasah oleh sekumpulan samseng, Jason berubah menjadi bijak sehingga memiliki kecerdasan tinggi yang luar biasa.

Sejak kecil, Jason yang berasal dari Tacoma, Washington bukanlah seorang budak pintar. Malah, hingga ke hari ini, dia langsung tidak mempunyai sebarang ijazah walaupun pernah melanjutkan pelajaran ke kolej.

Bagaimanapun, Jason tidak dapat menghabiskan pelajarannya selepas disingkir kerana tidak mencapai tahap yang ditetapkan oleh pihak kolej.

Dengan gelaran bekas mahasiswa yang dibuang dari kolej, Jason hanya mampu bekerja dan menjawat jawatan sebagai penyelia kedai perabot. Biarpun bekerja, banyak masanya dihabiskan dengan berpesta dan berpoya-poya. Pendek kata, dia berminat dengan dua perkara sahaja, bekerja dan berhibur di kelab malam.

Sehinggalah pada suatu malam, ketika dia berjalan keluar selepas berpesta di sebuah kelab karaoke di Tacoma, Jason diserang oleh sekumpulan samseng. Mereka memukul dan menendang kepalanya berkali-kali semata-mata mahu mencuri jaket kulit yang dipakainya berharga $99 dolar.

Ketika itu menurut Jason, tiada apa yang boleh dilakukannya selain memikirkan mati. Dia sedaya-upaya melawan dan cuba mengecam wajah-wajah suspek tapi tidak berjaya. Apa yang dilihatnya hanyalah cahaya terang seperti kilat, sebelum dia rebah dan tidak sedarkan diri.

Ajaib, dia bukan saja terselamat dalam serangan itu, malah menerima hadiah berupa misteri matematik. Dua hari selepas kejadian itu, Jason merasakan dirinya ada sesuatu yang berbeza. Dia tiba-tiba mampu melukis diagram yang mewakili rumus-rumus matematik dalam pelbagai bentuk format.

Formula dalam bentuk gambar rajah ini dipanggil Fractals. Malah, gambar Fractals buatan Jason dilihat sangat teliti dan rumit untuk dibuat secara manual. Walhal, sebelum ini dia langsung tidak mampu menggambarkannya sama sekali.

Jason juga tidak lagi melihat dunia dengan cara yang sama seperti kebanyakan orang. Dimana-mana sahaja, dia melihat formula matematik yang kompleks seperti Teorem Pythagoras.

Ibaratnya, mata lelaki ini seperti sebuah skrin yang tidak pernah berhenti memaparkan rumus-rumus dan formula matematik. Malah, setiap benda yang ada lekukan atau lingkaran, semuanya terlihat seperti diagram matematik.

Bakat luar biasa Jason yang terserlah selepas tragedi itu telah menarik perhatian ramai ahli perubatan dari seluruh dunia. Setiap mereka cuba memahami dan mencari jawapan sebenar bagaimana otak berfungsi sehingga berubah sebegitu rupa.

Pakar Neurosains dan Falsafah dari Pusat Neurodynamics, Universiti of Missouri-St. Louis, Profesor Berit Brogaard, antara pakar yang serius ingin mengetahui keadaan otak Jason. Profesor Brogaard bersama pasukannya kemudian terbang ke Finland untuk menjalankan satu siri ujian ke atas Jason.

Hasil pemeriksaan menunjukkan kawasan otak Jason yang mengawal matematik dan imej mental didapati menyala. Profesor Brogaard menjelaskan, kerosakan yang disebabkan oleh serangan itu telah menyebabkan beberapa bahagian otak yang lazimnya tidak boleh diakses terdedah.

Penyelidik percaya, kerosakan yang berlaku pada otak Jason telah memberikannya hadiah yang luar biasa dalam dunia matematik. Keadaan inilah yang membuatkan beliau memiliki kecerdikan luar biasa setara dengan manusia super.

Kebolehan mengagumkan ini menjadikan dia satu-satunya manusia di dunia yang diketahui mempunyai kemahiran dan kepakaran matematik hanya disebabkan oleh kecederaan kepala. Sama seperti ahli matematik yang cemerlang seperti John Nash dalam filem Hollywood, A Beautiful Mind, lakonan Russell Crowe.

Apabila ditanya pendapat beliau sama ada bakat genius itu sebuah hadiah ataupun bebanan, Jason berkata, perasaannya bercampur aduk.

Kadangkala katanya, dia benar-benar ingin menghentikan saja bakat baru yang diperolehinya itu. Bagaimanapun, daripada sudut lain, ia sebenarnya memberi banyak kebaikan daripada keburukan.

Menurut Profesor Brogaard, keadaan yang dialami Jason dikenali sebagai Sindrom Savant. Ia adalah suatu keadaan di mana individu dengan gangguan perkembangan saraf, gangguan autisme, terutama spektrum atau kecederaan otak, menunjukkan kapasiti yang mendalam atau kemampuan yang jauh melebihi dari apa yang dianggap normal.

Sehingga sekarang, tidak ada kesepakatan tentang berapa ramai orang memiliki keterampilan Sindrom Savant.

Namun, berdasarkan perkiraan, satu dari sepuluh orang penghidap autisme mengalami keadaan ini.

Image may contain: 1 person, closeup

Luarbiasa! Lelaki Yang Mampu Mengingati Segala-galanya!

Dimanakah anda berada pada 1 September 2002? Apakah yang sedang anda lakukan pada 5 Oktober 1997? Bagaimana pula keadaan cuaca pada 31 Ogos 1995? Adakah cuaca pada hari itu cerah, mendung ataupun hujan? Terlalu sukar dan mustahil untuk mengingatinya bukan?

Secara logik, seorang manusia mampu mengingati dengan baik detik penting dan bermakna yang pernah berlaku dalam hidupnya. Tetapi, untuk mengingati dengan tepat apa sahaja perkara yang berlaku sepanjang kehidupannya adalah sesuatu yang tidak mungkin!

Namun, itulah kisah benar yang berlaku ke atas seorang lelaki di Amerika Syarikat bernama Orlando Serrell. Lelaki yang berusia 37 tahun ini mendakwa, dia mampu mengingati sebarang kejadian yang pernah berlaku dalam hidupnya, sekalipun keadaan itu hanya sekadar perkara yang remeh-temeh.

Malah, perkara ini tidak tertakluk kepada pengalamannya semata-mata tetapi juga ingatan yang sangat sempurna terhadap sebarang maklumat yang diterima sama ada daripada pembacaan ataupun sesuatu berita yang didengari.

Menurut Serrell, kesempurnaan ingatannya itu bukan disebabkan oleh faktor genetik atau kelebihan semula jadi, tetapi dia memilikinya secara tidak sengaja ketika masih kanak-kanak lagi.

Ketika berusia sepuluh tahun, Serrell yang aktif bermain besbol langsung tidak menyangka permainan itu akan mengubah kehidupannya menjadi seorang manusia genius.

Pada 17 Ogos 1979, ketika dia sedang berlari untuk mendapatkan mata larian, bahagian kiri kepala Serrell terkena lantunan bola besbol yang dipukul oleh rakannya. Dia jatuh tersembam ke tanah. Serrell bingkas bangun dan menghabiskan lariannya.

Impak daripada kejadian itu, kepalanya berdenyut selama beberapa bulan dan menganggap perkara itu tidak serius. Namun, selepas kesakitan itu berakhir, Serrell merasakan sesuatu terlah berlaku pada dirinya.

Dia mampu mengingati secara terperinci apa sahaja yang pernah dilakukannya. Seolah-olah ingatannya tidak mampu melupakan setiap detik yang berlaku dalam hidupnya.

Sehingga kini, tahap ingatannya mampu mengingati perkara yang telah berlaku sejak 27 tahun lalu. Bukan sekadar tarikh atau lokasi kejadian, dia juga mampu mengungkai secara terperinci sesuatu perkara termasuklah hari, masa, keadaan serta cuaca pada hari tersebut.

Dengan kebolehan itu, dia dikenali sebagai manusia kalendar kerana mampu mengingati tarikh yang rumit.

Kebolehannya yang luar biasa telah menarik minat seorang saintis dari Universiti of Sydney, Australia, Dr. Allan Whitenack Snyder untuk mengkajinya dengan lebih lanjut. Dr. Allan merupakan Pengarah Pusat Penyelidikan Minda di universiti tersebut dan mempunyai kepakaran dalam neurobiologi, penyelidikan memori ingatan serta tingkah laku manusia.

Pada mulanya, Dr. Allan menganggap perkara ini sebagai sesuatu yang tidak mungkin berlaku. Bagaimanapun, selepas Serrell menunjukkan reaksi yang positif terhadap soalan-soalan yang dikategorikan sebagai mustahil untuk dijawab, ia telah membingungkan pakar tersebut dan mengakui kebolehan istimewa Serrell.

Sebelum ini, Dr. Allan telah membuat kajian yang mendalam mengenai ingatan manusia yang boleh dipengaruhi oleh hormon dan emosi. Dalam hipotesis awalnya, Dr. Allan menyangka kekuatan ingatan Serrell dipengaruhi oleh dua elemen berkenaan.

Namun, Serrell juga mampu mengingati perkara-perkara yang tidak mempunyai sentimen peribadi kepadanya.

Malah, dia juga mempunyai fakta yang lengkap terhadap beberapa siri peristiwa penting yang berlaku sekitar 80an. Sesetengah perkara mungkin memberi makna kepada dirinya, tetapi kebanyakannya tidak.

Menurut Dr. Allan, setiap manusia di dunia secara asasnya mempunyai kekuatan memori seperti Serrell. Semua maklumat yang diterima sebenarnya tersimpan rapi di dalam otak seseorang. Tetapi, maklumat yang mampu diterjemahkan oleh otak manusia sangat sedikit. Hanya dalam keadaan tertentu sahaja ia mampu berkembang dengan sempurna.

Walaupun kebolehan ini merupakan sesuatu yang luar biasa dan hebat, namun dari sudut yang lain, ia sedikit sebanyak turut memberi impak negatif kepada Serrell.

Ingatannya yang terlalu sempurna membuatkan lelaki ini sukar ditipu. Malah, membuatkan dirinya cenderung untuk tidak mempercayai orang lain. Perkara tersebut adakalanya membuatkan orang lain tidak selesa untuk mendekatinya.

Dalam masa yang sama, dia juga adakalanya mengalami kemurungan kerana sebarang memori pahit yang pernah dilalui tidak mampu dilupuskan dari pemikirannya

Image may contain: 1 person, child

Pramugari Masih Hidup Selepas Jatuh 33,000 Kaki Dari Pesawat!

Tanggal 26 Januari 1972, sebuah pesawat penerbangan Yugoslavia, DC-9-32 berlepas dari Belgrade ke Copenhagen, Denmark dengan membawa 28 penumpang dan krew kapal.

Ketika mencapai ketinggian 33,000 kaki, secara tiba-tiba pesawat itu meletup dan terhempas di kawasan pergunungan. Kesemua penumpang dan anak kapal terbunuh, kecuali seorang wanita, Vesna Vulovic.

Laporan awal suruhanjaya siasatan Yugoslavia yang diketuai oleh Statni Bezpecnost menyatakan bahawa letupan itu berpunca daripada bom buatan tangan yang telah diletakkan di ruang bagasi pesawat. Impak daripada letupan itu telah menyebabkan badan pesawat terbelah dua sebelum terhempas.

Ketika akhbar tempatan sibuk menyiarkan berita tentang kemalangan itu, kerajaan Yugoslavia pula tertanya-tanya siapakah dalang disebalik insiden berkenaan. Kemudian seorang lelaki yang tidak dikenali telah ditahan. Namun dibebaskan kerana tiada bukti kukuh untuk mengaitkannya dengan siri pengeboman itu.

Selain itu, kemalangan tersebut juga dikatakan langsung tiada kaitan dengan sebarang aktiviti pengganas. Pesawat DC-9-32 disahkan terhempas pada ketinggian 33,000 kaki dan musnah secara total.

Cebisan-cebisan mayat kelihatan bertebaran di merata tempat. Bagaimanapun, satu keajaiban berlaku apabila pasukan penyelamat telah menemui Vesna Vulovic dalam keadaan masih bernyawa.

Vulovic yang pada ketika itu berusia 22 tahun adalah pramugari di dalam pesawat tersebut. Dia sepatutnya tidak mengikuti penerbangan itu, namun disebabkan kesilapan teknikal, dia terpaksa menggantikan seorang lagi krew wanita lain yang juga bernama Vesna.

Sebenarnya, inilah penerbangan pertama buat gadis ini sebagai seorang pramugari.

Impak daripada kejadian itu, tengkoraknya retak. Manakala kedua-dua belah kaki dan tulang belakang pula patah pada beberapa bahagian.

Kemalangan itu juga telah menyebabkan Vulovic koma selama 27 hari. Separuh daripada tubuhnya dari pinggang ke kaki didapati lumpuh.

Selepas kejadian itu, Vulovic terpaksa menjalani rawatan selama beberapa bulan di hospital. Pasukan perubatan turut melakukan beberapa siri pembedahan bagi membolehkan kedua-dua belah kakinya berfungsi semula.

Ketika ditemubual oleh stesen televisyen tempatan Denmark, Vulovic menyatakan dia adalah seorang yang bertuah kerana masih hidup selepas terjatuh daripada ketinggian 33,000 kaki.

Ketika kejadian tersebut berlaku, hanya dia seorang sahaja yang berada di bahagian ekor pesawat. Mungkin disebabkan itu, impak yang dialaminya tidak terlalu kuat. Bagaimanapun, dia tidak mampu mengingati insiden itu secara terperinci kerana ia berlaku dengan begitu pantas.

Selepas kejadian itu, nama Vulovic telah menjadi sebutan di kalangan warga Yugoslavia. Mereka menganggap Vulovic seorang wirawati kerana masih hidup selepas melalui satu peristiwa yang dianggap sangat mustahil. Malah, akhbat-akhbar juga tidak lekang melaporkan berita-berita susulan mengenai Vulovic.

Dia juga turut dianugerahkan pingat kebesaran daripada kerajaan Yugoslavia dan namanya turut tercatat di dalam buku Guinness Book of Record sebagai manusia yang masih hidup selepas terjatuh pada ketinggian yang paling tinggi.

Setelah pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dialami, Vulovic masih meneruskan kerjayanya sebagai seorang pramugari. Dia tidak mengalami sebarang trauma dan kemalangan itu langsung tidak mematahkan semangatnya untuk terus terbang di awan biru.

Bagaimanapun, ketika usianya mencecah 40 tahun, perkhidmatannya telah ditamatkan selepas dia didapati terlibat dalam satu demonstrasi anti kerajaan. Vulovic dilihat aktif menentang pandangan radikal kerajaan Yugoslavia ketika itu, Slobodan Milosevic.

Selepas dipecat, beliau kemudiannya menceburkan diri dalam dunia politik dan menyertai pihak pembangkang

Sehinggalah pada bulan Januari 2009, selepas setengah abad kemalangan itu berlaku, satu teori konspirasi muncul yang menyatakan kemalangan pesawat DC-9-32 adalah disebabkan oleh serangan pengganas.

Kenyataan ini disokong oleh satu dokumen sulit yang menyatakan tentang keterangan-keterangan saksi yang telah melihat kejadian itu. Antara lain mereka menyatakan pesawat tersebut telah ditembak oleh peluru berpandu anti udara.

Bagaimanapun, fakta itu telah disanggah oleh kerajaan Serbia dan mendakwa bukti yang diperoleh dari kotak hitam pesawat berkenaan menunjukkan ia berlaku disebabkan oleh letupan dibahagian dalam pesawat itu sendiri.

Image may contain: 2 people, people sitting, phone, drink and indoor

Luarbiasa! Lelaki Yang Mampu Memusingkan Kepala 360° Darjah!

Mampukah anda memusingkan kepala 360° darjah? Secara logiknya, komuniti sains menyangkal perbuatan itu kerana manusia tidak berupaya untuk melakukannya.

Namun, mengikut beberapa rekod yang ditemui di Amerika Syarikat menunjukkan, pada tahun 1921, seorang lelaki bernama Martin Laurello mampu melakukannya.

Kelebihan yang dimilikinya menyebabkan dia digelar manusia burung hantu. Dia dilahirkan di Nuremburg, Jerman pada tahun 1886 dengan nama Martin Emmerling.

Dia kemudiannya berhijrah ke Amerika Syarikat dan membuat penampilan melalui beberapa pertunjukan di Coney Island sebelum bekerja dengan Rigling Bros dan pertunjukan Barnum & Baileys.

Selepas itu dia ditawarkan jawatan di Royal American Shows milik Dick Best.

Image may contain: one or more people and closeup

Luarbiasa! Kanak-kanak Yang Mampu Melihat Dalam Gelap!

Manusia biasanya memerlukan cahaya untuk melihat sesuatu dengan jelas, terutamanya ketika malam. Namun, tidak bagi Nong Yousui. Kanak-kanak yang berasal dari Dahua, China, ini dilahirkan dengan mata biru cerah dan boleh melihat jelas di dalam gelap seperti mata kucing.

Mata biru cerah Nong bukan hanya membuatkannya unik, malah gurunya juga mendakwa mata Nong berubah menjadi bersinar dan berwarna hijau neon ketika disuluh dengan lampu.

Seorang wartawan tempatan dari China telah menjalankan satu ujian bagi menguji kemampuan Nong.

Nong telah diminta untuk duduk di dalam bilik yang gelap gelita. Menakjubkan, Nong berjaya menyelesaikan semua ujiannya dan membuktikan bahawa penglihatannya pada waktu malam atau dalam keadaan gelap sama dengan penglihatan pada waktu siang

Para saintis mendedahkan bahawa kejadian ini amat sukar dipercayai. Penglihatan malam atau night vision hanya dimiliki oleh haiwan tertentu, seperti kucing dan harimau.

Keadaan ini mungkin berlaku kerana adanya lapisan nipis sel yang dikenali sebagai Tapetum Lucidum di dalam mata Nong.

Dan sehingga sekarang, kelebihan luarbiasa ini masih belum diketahui puncanya secara pasti bagaimana lapisan ini boleh dimiliki oleh manusia.

Namun menurut James Reynolds, seorang doktor pakar mata kanak-kanak di State University of New York, ada mutasi genetik tunggal yang mungkin boleh membentuk tapetum lucidum sepenuhnya pada manusia dan berfungsi dengan baik walaupun sangat jarang berlaku.

Ini kerana kemampuan seperti ini memerlukan mutasi dari generasi ke generasi dan tidak boleh terjadi dalam mutasi tunggal.

"Kira-kira 2 minggu selepas dia lahir, saya diberitahu bahawa matanya berbeza.

Kami kemudian membawa Nong ke hospital dan doktor mengatakan kepada saya supaya tidak bimbang kerana seiring dengan pertambahan usia, matanya akan berhenti bersinar dan akan berubah menjadi hitam seperti orang lain, tapi kenyataannya , mata Nong tidak bernah berubah, " kata ayah Nong.

SUMBER DARI SENGAL PARANORMAL TEAM 


No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.