1.26.2017

DARI CHAPECOENSE KE SARAWAK


Image may contain: 1 person, standing and beard

Dari Chapecoense ke Sarawak.
Demerson Bruno Costa adalah salah seorang pemain import baru Sarawak ke Liga Super Malaysia 2017. Menariknya, dia datang dari Chapecoense, kelab yang kehilangan hampir semua pemain mereka dalam nahas kapal terbang. Penerbangan yang sepatutnya terbang ke Colombia untuk perlawanan pertama pusingan akhir Copa Sudamericana tidak sampai ke destinasi mereka selepas pesawat malang tersebut terhempas. Hanya dua terselamat dari kemalangan dan lima pemain yang pada mulanya tidak menyertai penerbangan itu kerana kecederaan dan penggantungan dan salah seorang daripada mereka yang tidak menyertai penerbangan itu ialah Demerson.
Menurut laporan dia cedera dua minggu sebelum perlawanan akhir pertama dan oleh itu dia tidak disenaraikan dalam senarai pasukan terakhir ke Colombia untuk pertemuan perlawanan akhir pertama. Hati dia dan kawan seperjuangan yang lain hancur luluh apabila mendengar berita buruk itu. Namun dia mampu untuk menguatkan diri dan dengan bantuan ejen bola sepak Mr Gabriel Budi Liminto, beliau ditawarkan untuk bermain di Asia Tenggara dan akhirnya berakhir bermain dengan Sarawak FA dalam Liga Super Malaysia 2017.

Image may contain: tree, plant and outdoor

SUMBER DARI SENGAL PARANORMAL TEAM/FACEBOOK.COM

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.