1.26.2017

KEMATIAN TOKOH TOKOH TERKENAL

Image result for James Dean

James Dean

Meninggal dunia pada: 30 September 1955 pada usia 24 tahun.

Sebab Meninggal dunia: Terbunuh dalam satu kemalangan jalanraya. Beliau memandu sebuah kereta jenis Porsche 550 Spyders atau lebih dikenali dengan ‘Little Bastard’ semasa terlibat dalam kemalangan maut tersebut.

Sebab dikenali: Mempunyai reputasi sebagai aktor yang bakal meningkat naik selepas kejayaan tiga filem yang dibintanginya iaitu Rebel Without the Cause(1955), East of Eden(1955) dan Giant(dilancarkan pada 1956). Kematiannya pada tahun 1955 terus melonjakkan namanya sebagai aktor Hollywood berstatus bintang dan menjadi ikon global di seluruh dunia. Salah seorang aktor Hollywood yang popular selepas meninggal 

Image result for John F. Kennedy

John F. Kennedy

Meninggal dunia pada: 22 November 1963 pada usia 46 tahun.

Sebab Meninggal dunia: Terbunuh selepas ditembak oleh penembak hendap yang dipercayai adalah Lee Harvey Oswald. Miskipun bergitu, kematian presiden ke-35 Amerika Syarikati ini masih lagi diselubungi misteri.

Sebab dikenali: Terkenal sebagai Presiden Amerika Syarikat yang lantang bersuara termasuk pendiriannya terhadap Komunis, Israel dan musuh-musuh Amerika Syarikat yang lain. Semasa pemerintahannya, pembinaan roket untuk ke angkasa lepas giat diusahakan. Kebijaksanaan beliau menangani Krisis Nuklear Cuba menjadikan beliau sebagai salah seorang presiden Amerika Syarikat yang akan diingati sehingga bila-bila.

Image result for Joseph Stalin

Joseph Stalin

Meninggal dunia pada: 5 March 1953 pada usia 74 tahun.

Sebab Meninggal dunia: Meninggal dunia akibat serangan angin ahmar.

Sebab dikenali: Terkenal sebagai Presiden Soviet Union paling terkenal. Beliau adalah watak utama semasa Perang Dunia Kedua meletus. Mempunyai reputasi sebagai seorang pemimpin berkuku besi dan kejam terhadap musuh-musuhnya.

Image result for Lady Diana


Lady Diana


Meninggal dunia pada: 31 Ogos 1997 pada usia 36 tahun.

Sebab Meninggal dunia: Terbunuh dalam satu kemalangan jalanraya akibat kereta yang dibawa oleh pemandunya, Henri Paul hilang kawalan.

Sebab dikenali: Terkenal sebagai isteri kepada Putera Charles dan ibu kepada bakal raja England seterusnya, Putera William dan Putera Henry. Di samping memiliki sifat keperibadian yang mulia dengan menjadi duta AIDS ke Afrika, beliau juga terkenal dengan pelbagai kontroversi membabitkan skandal-skandal yang berprofil tinggi.

Image result for Mao Tse Tung

Mao Tse Tung

Meninggal dunia pada: 9 September 1976 pada usia 82 tahun.

Sebab Meninggal dunia: Meninggal dunia selepas menghidap pelbagai komplikasi penyakit. Namun beliau didiagnosis menghidap sejenis penyakit kegagalan saraf neuron yang dikenali sebagai Anthrophy yang mana ia membawa kematian beliau.

Sebab dikenali: Terkenal dengan gelaran pengerusi Moa. Beliau adalah bapa komunis China dengan membentuk negara China menjadi negara perindustrian daripada sebuah negara pertanian. Beliau juga adalah pengasas Revolusi Budaya yang mana terbentuknya Red Guard yang dianggotai oleh mahasiswa-mahasiswa.

Image result for Marilyn Monroe

Marilyn Monroe

Meninggal dunia pada: 5 Ogos 1962 pada usia 36 tahun.

Sebab Meninggal dunia: Meninggal dunia selepas mengambil ubatan jenis Barbiturat secara berlebihan. Dipercayai beliau membunuh diri akibat tekanan perasaan dengan bebanan kerja dan masalah peribadi.

Sebab dikenali: Terkenal dengan gelaran simbol seks Hollywood. Beliau adalah pelakon Hollywood pertama yang tampil sebagai gadis ‘cover-up’ untuk majalah lucah, Playboy. Beliau juga terkenal dengan pelbagai kontroversi termasuk skandal dengan presiden Amerika Syarikat ketika itu, John F. Kennedy.

Image result for Vladimir Lenin

Vladimir Lenin

Meninggal dunia pada: 21 Januari 1924 pada usia 53 tahun.

Sebab Meninggal dunia: Meninggal dunia selepas diserang angin ahmar.

Sebab dikenali: Terkenal sebagai pengasas Parti Komunis Rusia. Beliau juga adalah pemimpin utama bersama-sama Leon Trosky mengelapai Revolusi Oktober pada 1917 yang seterusnya membawa kepada pembentukan negara USSR. Beliau menjadi presiden USSR buat kali pertama pada tahun 1922.

Image result for Kurt Cobain


Kurt Cobain

Meninggal dunia pada: 5 April 1994 pada usia 27 tahun.

Sebab Meninggal dunia: Meninggal dunia dipercayai membunuh diri dengan menggunakan ‘shotgun’ ke dalam mulut terus ke kepalanya. Beliau ditemui mati di rumahnya di Seattle, Amerika Syarikat.

Sebab dikenali: Terkenal sebagai perintis muzik grudge dengan lagu-lagu catchy dan dinamik. Beliau adalah vokalis kumpulan Nirvana bersama-sama Chris Novoselic dan Dave Grohl. Kurt Kobain dikenali sebagai salah seorang penulis lagu dan komposer paling prolifik semasa dekadnya. Antara lagu Kurt Kobain yang paling diingati adalah ‘Smells Like Teen Spirit’ yang mana sehingga ke hari masih lagi didendangkan oleh peminat-peminat muzik grudge

P/S BEST KOT LAGU DIA NI 

Image result for Che Guevara.

Che Guevara

Meninggal dunia pada: 9 Oktober 1967 pada usia 39 tahun.

Sebab Meninggal dunia: Meninggal dunia selepas ditembak mati oleh askar Bolivia selepas satu perbicaraan rambang.

Sebab dikenali: Beliau termasuk antara 100 orang berpengaruh yang disusun oleh majalah ‘Time’. Merupakan tokoh revolusi Cuba paling popular di dunia di samping Fidel Castro. Bersama-sama adik beradik Castro iaitu Fidel dan Raul, beliau menubuhkan negara Cuba yang berfahaman Komunis selepas menumpas rejim kuku besi yang dipimpin Falgencio Bastista. Beliau berperanan dalam menyuntik semangat revolusi di negara-negara jirannya dan juga Afrika.

Image result for Grigori Rasputin


Gregory Rasputin


Meninggal dunia pada: 29 Disember 1916 pada usia 47 tahun.

Sebab Meninggal dunia: Meninggal dunia selepas dibunuh dengan melemaskannya di Sungai Neva. Walaubagaimanapun, beliau telah cuba dibunuh dengan berkali-kali termasuk diracun dengan sianida dan ditembak berdas-das.

Sebab dikenali: Beliau adalah penasihat khas Tsar Nicholas II namun dipercayai beliau berperanan lebih daripada itu. Dipercayai menggunakan sihir sehingga mampu menyumbuhkan sebarang penyakit. Kehidupan Rasputin masih lagi diselubungi misteri.


Image result for Saddam Hussein


Saddam Hussein


Meninggal dunia pada: 30 Disember 2006 pada usia 69 tahun.

Sebab Meninggal dunia: Dihukum gantung oleh golongan penentang Saddam Hussein dengan sokongan CIA dan Amerika Syarikat.

Sebab dikenali: Beliau adalah Presiden Iraq dan merupakan watak utama dalam Perang Teluk I dan Perang Teluk II. Kontroversi terjadinya Perang Teluk I dan Perang Teluk II masih lagi dalam perdebatan yang mana kaitan Saddam Hussein dengan Senjata Pemusnah Besar-besaran(Mass Destruction Weapon) sangat diragui oleh masyarakat antarabangsa.


Image result for Pol Pot

Pol Pot


Meninggal dunia pada: 15 April 1998 pada usia 73 tahun.

Sebab Meninggal dunia: Dipercayai diracun ketika berada dalam tahanan rumah di Tak Mok, Kemboja. Namun, sebab kematian yang direkodkan adalah kegagalan jantung.

Sebab dikenali: Beliau yang mempunyai nama sebenarnya iaitu Saloth Sar adalah pemimpin utama Komunis Kemboja yang lebih dikenali dengan Khmer Rouge. Beliau bertanggungjawab membunuh lebih 21% daripada seluruh populasi rakyat Kemboja terutama golongan intektual dan agama. Semasa hayatnya, beliau sangat dibenci bukan sahaja oleh masyarakat dunia tetapi juga rakyatnya sendiri.

Image result for Tupac Shakur

Tupac Shakur


Meninggal dunia pada: 13 September 1996 pada usia 25 tahun.

Sebab Meninggal dunia: Terbunuh selepas ditembak sebanyak empat das di seluruh badan di kawasan Las Vegas Metropolitan, Nevada. Sehingga ke hari ini, pembunuhnya masih belum ditemui. Kes Tupac Shakur adalah salah satu kes polis yang belum terurai.

Sebab dikenali: Seorang rapper paling berpengaruh semasa zamannya. Shakur mampu menjual albumnya melebihi 75 juta album di seluruh dunia. Ia menjadikan dirinya salah seorang daripada ‘best-selling music artist’ di seluruh dunia. Beliau juga terkenal sebagai rapper yang menghasilkan lirik-lirik kritikan dan sindiran sinis.


SUMBER DARI SENGAL PARANORMAL TEAM /FACEBOOK.COM

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.