1.23.2017

KETABAHAN KANAK KANAK OKU

Ketabahan Ghanim bin Muhammad Al-Miftah Dari Qatar.

Image may contain: 1 person
Ghanim yang dilahirkan dengan tubuh dibahagian atas sahaja.
Beliau melakukan tawaf dengan dua tangannya dan tak mahu dibawa dengan kerusi roda.
Semoga Allah menjaganya dan sentiasa memberi tawfiq kepadanya.

Video dibawah:
Syaikh Maher al-Muaiqly, Imam Masjidil Haram mendengar dan melihat seorang kanak kanak OKU berhampiran Kaabah sedang solat.
Syaikh tersebut pergi ke tempat kanak-kanak OKU tersebut sedang berdoa ketika dalam ihram Umrah dan Imam menunggu dengan senang sehingga kanak-kanak itu selesai Solat beliau.
Sebaik sahaja kanak-kanak itu selesai, Imam memeluk kanak-kanak itu dengan senyuman mesra dan sentiasa mencium dahi kanak-kanak itu.
Syaikh Maher berkata kepada budak lelaki itu dalam bahasa Arab "semoga Allah melindunginya dari segala kejahatan dan membangkitkan dia dalam status kebaikan serta dengan doa doa yang lain".
Kata AAM: 
Alangkankah baiknya sekiranya ketabahan Ghanim ini diambil iktibar oleh orang yang senang melakukan solat sambil duduk di atas kerusi kerana sedikit masyaqqah sedangkan mereka mampu melakukan solat secara biasa dengan sempurna.
Semoga solat kita diterima oleh Allah.

SUMBER DARI FACEBOOK.COM

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.