1.31.2017

MAT KILAU DALAM KENANGAN

PADA hari Jumaat 26 Disember 1969, negara telah dikejutkan apabila seorang lelaki tua yang dikenali sebagai Mat Siam, membuat pengakuan terbuka yang dialah sebenarnya MAT KILAU, anak Pahang yang terkenal dengan kehebatan dan keberaniannya menentang penjajahan Inggeris pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.
Pada hari tersebut, Mat Kilau telah pergi ke sebuah masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah membaca Al-Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau....

Image may contain: 5 people

Pengisytiharan ini telah MENGGEMPARKAN orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. 

Setelah DISAHKAN, maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, YAB Tan Sri Haji Yahaya Mohd Seth. Namun empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun.

SIAPA MAT KILAU NI?

Generasi muda sekarang mungkin hanya pernah membaca kisah-kisahnya dalam buku teks sejarah. Dan aku tak terkejut kalau ada yang confused antara Mat Kilau dan raja gelek Datuk M. Daud Kilau!

Image may contain: outdoor


Kisah perjuangannya memerangi­ penjajah Inggeris pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 adalah tiada tolok bandingannya dalam menegakkan maruah bangsa daripada terus diperkotak-katikkan.

Mat Kilau bersama ayahnya Tok Gajah dan tokoh-tokoh pejuang lain termasuk Datuk Bahaman, Pawang Nong, Teh Ibrahim, Haji Mat Wahid, Mat Lela dan Haji Mat Nor tidak pernah mengenal penat-lelah menentang penjajah dengan kudrat empat tulang mereka.

Mat Kilau dan Tok Gajah pernah menggali parit yang dalam setinggi pokok kelapa dan sepanjang 300 meter bagi menghadapi serangan 2,000 tentera Inggeris dengan bantuan askar upahan Sikh dan Gurkha pada 1892. Setelah gagal menawan kampung berkenaan, pihak Inggeris bertindak kejam membakar seluruh kampung berkenaan dalam bulan Ramadan yang menyebabkan kira-kira 300 penduduk maut. 

Ada juga diceritakan amalan pahlawan itu berasaskan ayat-ayat al-Quran sehingga beliau dikatakan ditetak tidak lut, ditembak tidak tembus dan boleh ghaib. Terdapat juga kisah Mat Kilau berjaya mengalahkan harimau de­ngan mengguna tangan sahaja ketika diserang haiwan berkenaan ketika berjalan kaki ke Stesen Kereta Api Bukit Ibam, Pahang.

Image may contain: one or more people and outdoor

Selain menjadi buruan Inggeris, Mat Kilau dan pahlawan Melayu lain turut diburu oleh Raja Siam, Raja Chulalongkorn Ke-V yang bersekongkol dengan penjajah itu.

Sultan Kelantan turut diugut oleh Raja Siam supaya menangkap Mat Kilau yang ketika itu bersembunyi di Hulu Kelantan jika tidak mahu sesuatu yang buruk menimpa negeri itu.

Dengan kebijaksanaan Sultan Kelantan ketika itu iaitu Sultan Mansur, Mat Kilau telah diisytihar mati ketika ditangkap pada 1895 dan keranda yang diletakkan BATANG PISANG kemudiannya dita­nam di Bunut Payong di negeri itu.

Sebenarnya Mat Kilau tidak mati sebaliknya berpindah-randah di merata tempat bagi mengelak dikesan termasuk Kampung Jambu, Patani; Kuala Berang, Terengganu dan akhirnya di Batu Lima.

Nota: Dua tahun lepas sewaktu terlibat dalam kerja-kerja sukarela membersihkan kawasan banjir di Jerantut, Pahang, admin kebetulan lalu di Kampung Kedondong, Pulau Tawar, tempat di mana jenazahnya dikebumikan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh perjuangan anak bangsa yang semakin dilupakan ini. Al-Fatihah.

(VIA : SENGALPARANORLAMTEAM/FACEBOOK.COM

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.