1.21.2017

MENGAPA LELAKI YANG TIDAK BEKERJA / BERTANGGUNGJAWAB MENJADI PUNCA UTAMA PERCERAIAN DI MALAYSIA HARI INI?


Image result for KANAK KANAK

Kalau mahu lihat masa hadapan sebuah negara, lihat pada pemudanya hari ini. Jika digunakan frasa yang sama boleh juga lihat kanak-kanak hari ini untuk jangka bagaimana pemuda masa hadapan.
Semalam saya share video anak Warga Prihatin yang dikongsikan oleh Ustaz Hamzah di fb beliau dan dalam video itu kelihatan si kecik beria-ia dan bersungguh-sungguh sekali untuk membantu menurunkan barang dapur yang dibeli di pasar.
Nak dijadikan cerita, ada beberapa pengkomen yang mengkomen mengatakan itu sebagai "Child Labour".
Di situlah tempat anak itu dilahir dan dibesarkan, di rumah yang sama anak itu dididik dan boleh pula perbuatan membantu penjaganya untuk menurunkan barang dari lori (taklah berat mana) sebagai mempergunakan buruh kanak-kanak? Orang ini mungkin di rumah, tidak merasa anak mereka membuatkan kopi panas semasa menonton TV, tidak pernah rasa keropok goreng dihidang anak semasa berbual dengan isteri, tidak merasa pakaiannya dibasuhkan oleh anak, keretanya dicuci oleh anaknya. Kesian.
Memang kita mendidik anak-anak yatim dan asnaf SEPERTI ANAK SENDIRI. Jika anak sendiri kita didik, didik juga mereka. Jika anak sendiri buat salah dinasihati, mereka juga dinasihati. Tiada beza untuk membuatkan mereka rasa INI RUMAH AKU. Namun pemikiran dangkal tentang anak membantu kerja rumah sebagai buruh kanak-kanak itu sangat melucukan.
Barangkali itu juga yang diajarkan pada generasi mereka supaya menjadi anak, kerjanya hanya belajar belajar belajar. Tidak menyapu sampah tidak mengapa asalkan periksa banyak A. Tidak memasak tidak mengapa asalkan mahu belajar. Akhirnya mereka ini menjadi generasi goyang kaki kerana apa yang mereka perlu buat hanyalah menghafal-hafal pelajaran di sekolah kerana itulah KPI terbesar akhlak yang menggembirakan ibu bapa mereka.
Generasi ini membesar dan membentuk generasi "ikut buku". Pergi universiti belajar kejuruteraan mekanikal tetapi minta kerja tidak ada kekosongan terus menganggur walaupun boleh sahaja jual insuran, boleh sahaja buka bengkel, boleh sahaja jadi usahawan online, boleh sahaja jadi dropship mana-mana jenama, boleh sahaja jadi apa sahaja yang mereka mahu. Tetapi, mereka asal hidup tidak mencabar sehingga mampu bangkit berusaha.
Hidup dari kecil, tak cukup barang "Ayah...nak pencil box"...tak cukup lagi "Ayah...nak duit, ayah nak henfon, ayah nak topup...".
Hidup tidak dibiasakan berusaha. Jika sekadar untuk score exam, itu perkara yang sangat mudah sekali. Tetapi bagaimana mengimbangi kehidupan dan dalam masa yang sama cemerlang dalam akademik, itu yang susah.
Generasi ini sedang menjadi bapak-bapak kepada generasi anak-anak kita hari ini. Saban minggu memang lalu dalam pendengaran kami isu perceraian kerana suami malas kerja, duit habis ke hobi, duit habis ke konvoi sampai di rumah bercatu susu anak.
EVEN WORSE YA KAWAN-KAWANKU...
Anak-anak kita hari ini bukan sekadar dibiar tidak boleh melakukan kerja rumah, malah mereka diberikan hidup dalam dunia mayanya sendiri. Memang senang nak diamkan anak dengan ipad, tablet, telefon pintar. Beribu game boleh download dan tak perlu diajarpun mereka pandai sendiri download Wechat. Tak perlu diajar-ajarpun mereka pandai sendiri macammana nak cari jantan dan betina dalam Wechat yang rela memberi dan menerima secara gratis!
NO JOKE...cuba check sahaja berapa banyak statistik perceraian kerana suami tak bekerja. Dan seterusnya, isteri tak pandai buat kerja rumah. Suami balik rumah macam rumah hantu. Nak cari kunci kereta sahaja habis rumah kemas jadi sepah dan kekal sepah sampailah bila nak cari surat beranak anak tiba-tiba dari sepah jadi kemas semula.
MEMANG ANAK-ANAK UNTUK KITA PERGUNAKAN MEREKA. Kita didik mereka untuk menjadi orang yang BERGUNA supaya mereka boleh DIGUNAKAN ke arah kebaikan. Bukan tidak boleh digunakan, kononnya ..."I tiru cara Western...anak is boss...u can't ask anak to work".
Bersyukurlah anak ramai dan tidak perlu pembantu rumah. Saya ada 4 nak masuk 5 orang anak. PAda awal memang susah tetapi hari ini, saya atau isteri balik dah ada orang buat kopi, dah ada orang picit kepala, dah ada orang layan berbual, dah ada orang tolong simpan beg, dah ada orang tolong kemas rumah, dah ada orang tolong basuhkan baju dan mereka siap pakat adik beradik.
Bukankah itu satu pendidikan kerana bakal nanti kita tua, mereka juga yang melayani kita. Bila sudah bersuami, mereka juga perlu berkhidmat untuk suami. Engkau? Pergi lah dengan engkau dan puak-puak engkau hire maid Indon kerana anak sendiri kau tak ajar untuk bekerja. Bila kau tua, siap-siapkan diri untuk anak-anak kau hantar kau ke rumah orang-orang tua.
Dalam kerjalah kita nampak akhlak anak. Dari situ kita tangani supaya akhlak itu menjadi akhlak yang sewajarnya. Dengan layanan di rumah seperti KING dan perkara yang sama terjadi pada anak-anak di Rumah Pengasih Warga Prihatin yang telah dipupuk dengan semangan SUKA BEKERJA. Akhlak suka bekerja MEMANDAIKAN kita.
Jika kau tidak mahu hilang anak engkau kemudian hari, kau ajarkan dia bekerja. Jika kau tidak mahu rumahtangga anak kau nanti berantakan, kau ajarnya bekerja. Jika kau mahu generasi mendatang lebih baik....KITA PERLUKAN GENERASI SUKA BEKERJA DAN BUKAN SEKADAR GENERASI SUKA BERCAKAP TAPI KERJA APAPUN TAK PANDAI.
Mengapa semasa Nabi Daud a.s membawa Nabi Sulaiman a.s bekerja semasa kanak-kanaknya di medan peperangan tidak dipanggil child labor?
Mengapa semasa nabi Muhammad mengembala kambing semasa kanak-kanaknya tidak dipanggil itu child labor?
Kalau anak sendiri tak boleh diajak buat kerja rumah. Jika anak yatim dan asnaf tak boleh diminta bantu bekerja habis nak buat apa dengan budak-budak ni? Masuk dalam aquarium bagi buku suruh belajar sampai exam dapat banyak A dan kita tukang masak, tukang cuci berak dia dan jadi maid? Itu bukan keluarga. Kalaulah orang yang melontarkan kata-kata jahat bila anak-anak membantu orang tuanya bekerja itu dikatakan child labour....kalau didengarlah dengan Arwah atuk aku Wak Leman, memang ada yang akan kena sula dengan motor vespa dia masuk kat bontot keluat kat telinga.
Mengapa yang sudah tentu hasilnya baik bila diajar bekerja dari kecil tidak mahu diikut, mengapa yang barat kononnya buat kajiselidik dan menemui sesuatu yang bercanggah dari sunnah nabi-nabi lalu kita telan bulat-bulat tanpa banyak soal?
Saya sendiri membentuk jatidiri bila dari umur kanak-kanak 6-7 tahun sudah dibawa bekerja dan pada umur 7 tahun sudah berniaga sampaikan hari ini. Itu pendidikan paling berharga melebihi segulung ijazah kedoktoran sekalipun. Anak manja ni, di sekolah kena cuci tingkap sahajapun mak ayah dah buat press conference.
Jika mahu anak yang berakhlak, ajarkan anak SUKA BEKERJA supaya anak mampu bersyukur, supaya anak jadi cekal dan kental, supaya akhlak anak terlihatkan dan mampu dibetulkan.
Jika membantu di rumah sendiri untuk rumah sendiri dipanggil child labour...saya rasa mereka patut ke hospital mental.

SAIFUL NANG
*Yang kata buruh kanak-kanak mesti tak pernah tengok Upin Ipin

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.