1.31.2017

MINYAK NAIK LAGI

Grafik Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 naik 20 sen bermula tengah malam ini.

Kadar baharu berkuat kuasa 1 Februari 2017 bagi RON95 adalah RM2.30 seliter berbanding RM2.10 sen seliter untuk Januari.

Harga RON97 adalah RM2.60  berbanding RM2.40 seliter untuk Januari, manakala harga diesel ialah RM2.15 seliter berbanding RM2.05 pada Januari.

Perkara itu disahkan Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah memilih untuk menetapkan harga petrol dan diesel pada sistem apungan terurus berikutan penyingkiran subsidi bahan api.
  
(VIA: ASTROAWANI.COM)

THANK YOU 

2 comments:

  1. Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. :D

    ReplyDelete
  2. sabar je la. nak x nak kena hadap jugak. abam kie follow blog puan ye? no 679. tq.

    ReplyDelete


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.