1.16.2017

PABLO ESCOBAR PENJENAYAH PALING KAYA DI DUNIA


Image result for pablo escobar

 Pablo Escobar bukanlah brand eskalator atau brand baju tapi merupakan penjenayah paling kaya yang pernah wujud didunia nih.
Beliau juga bukan berasal dari Negeri Sembilan walaupun cara sebutan nama beliau seakan-akan org nismilan bila bercakap.
Pablo Escobar atau nama sebenarnya Pablo Emilio Escobar Gaviria merupakan pengedar dadah yang berasal dari Columbia teragung sekitar tahun 70an.
Beliau sama sekali tidak pernah join mana-mana MLM dan pijak hood kereta sambil tayang duit yang dikutip dari ejen sebelum bank in ke HQ.
Beliau juga digelar “King of Cocaine” dimana dianggarkan mempunyai kekayaan sebanyak 30 Billion US Dollar (RM 120 Billion) dan jika dicampur dengan jumlah duit yang beliau tanam di beberapa kawasan Columbia, ia mencecah 50 Billion US Dollar.
Najib "King Of Drama" mintak derma je dah kaya. Tak perlu jual dadah. Pablo Escobar ni belajar tak pandai sangat sampai UiTM hanya biasa-biasa saja.
Beliau dibesarkan dalam suasana jenayah dimana-mana. Mencuri, membunuh, mengebom, merasuah tu perkara biasa bagi Pablo Escobar ni.
Bab-bab jenayah dia buat ni, bukan itu yg aku nak cerita tapi dia ni bijak dalam bisnes walaupun kejam nak mampus. Mana yg baik tu kita ambil. Yang jahat tu kau jangan ikut.
1) Sentiasa menjaga kebersihan rumah terutama tandas. Bukan macam kau, berak kat toilet awam pun terlupa nk flush.
2) Sentiasa rileks dan tenang dalam membuat keputusan. Tak gelojoh nak share sesuatu dlm FB sebelum siasat mcm kau buat tu.
3) Memastikan kebahagiaan isteri, anak-anak dan keluarga. Kau dapat duit sikit dan pangkat je dah lupa family. Makan KFC sorang2.
4) Membantu rakyat yang susah dengan kekayaan yang ada. Ni menteri songlap duit rakyat enjoy satu keluarga. Beli GTR pakai duit rakyat boleh la.
5) Membina kedai, membina padang bola, membina rumah, memberi pekerjaan kepada orang susah.
6) Rakan kongsi yang belot kena cepat2 buang dan hapuskan sebab akan melambatkan perjalanan bisnes.
7) Sentiasa menulis setiap perkara nak dibuat dan dah dibuat dalam buku nota kecil. Kau pergi kelas seminar pun tak tulis apa2. Acah2 makan kismis 7 biji sehari. Bila tanya, lupa.
8) Tidak pernah kata tidak boleh selagi tak buat sesuatu dan beliau akan pastikan semuanya boleh. Kau belum buat dah takut gagal.Mcm mana nk kaya.
9) Elakkan menyertai politik untuk mendapatkan kuasa sebab politik akan membunuh perniagaan yang dibina. Org politik ni tak boleh tgk org lain lebih.
10) Sayang pada binatang sehingga ada zoo sendiri. Kau kucing lalu pun kau lastik telur dia. Giler.
11) Bertanggungjawab dlm melakukan sesuatu. Jika pertikaikan tanggungjawab tu, hidup tak lama la.
12) Menghormati ibu dan mendengar cakap ibu. Ni kalau mak kau suruh pergi beli kobis pun kau bagi alasan mcm2.


SUMBER DARI HAFIZ MANSOR 

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.