1.19.2017

SIAPAKAH SIR HENRY GURNEY

Image result for Sir Henry Gurney

Kita umum mengetahui dalam buku-buku teks sejarah sekolah dan penulisan - penulisan sejarah arus perdana Sir Henry Gurney adalah seorang Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu pada 1948 - 1951. Beliau telah dibunuh oleh pihak Parti Komunis Malaya pada 6 Oktober 1951 sewaktu dalam perjalanan di Bukit Frazer. Ramai pihak di negara kita terutama yang malas membaca mengagong - agongkan Sir Henry Gurney ini kerana mendakwa dialah yang menggerakkan serangan bagi memusnahkan komunis. Malah ada pihak yang menganggap Sir Henry Gurney ini sebagai wira. Namum adakah kita tahu siapakah sebenarnya Sir Henry Gurney ini?

Image result for kekejaman sir henry gurney

Sir Henry Gurney sebelum bertugas di Tanah Melayu sebagai Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu dia telah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kerajaan Palestin pada 1946 - 1948. (kepada yang rajin membaca sila cari apa yang berlaku di bumi Palestin pada tempoh 1946 - 1948). 

Sir Henry Guney lah antara salah seorang pegawai British yang telah bertanggungjawab membawa masuk pendatang Yahudi ke Palestin dan tertubuhnya negara haram Israel. Hari ini ramai antara kita membenci dan menentang regim Isreal dan dalam masa yang sama kita menganggap Sir Henry Gurney sebagai wira Tanah Melayu.

Image may contain: one or more people

Pada Mei 1948 Sir Henry Gurney telah bertanggungjawab terhadap peristiwa Dier Yasin di Palestin yang menyaksikan lebih 300 wanita dan kanak - kanak Palestin terbunuh. Dalam peristiwa itu penduduk Palestin telah dihalau oleh pendatang Yahudi dan pegawai yang bertanggungjawab adalah Sir Henry Gurney. Ketika Henry Gurney bertugas di Palestin lah berlaku siri pembunuhan kejam di bumi Palestin. Tindakan pengganas dan keganasan Yahudi Haganah dan Irgun terhadap penduduk Palestin memuncak adalah ketika Henry Gurney bertugas di Palestin.

Image result for sir henry gurney

Setelah berjaya beliau merosakkan bumi Palestin yang kesannya hingga hari ini masih belum selesai, Sir Henry Gurney telah dipindahkan oleh British untuk ke Tanah Melayu untuk merosakkan bumi Tanah Melayu pula. Mungkin Britain melihat sosiopolitik antara Palestin dan Tanah Melayu adalah lebih kurang sama dengan majoriti penduduknya beragama Islam maka pegawai yang paling layak untuk memikul tugas di Tanah Melayu adalah Sir Henry Gurney kerana berpengalaman di Palestin. Datangnya Sir Henry Gurney ke Tanah Melayu ramai orang Melayu Islam telah menjadi "barua" beliau dan menyanjung tinggi serta sanggup mati mempertahankan Sir Henry Gurney ini.

Image result for sir henry gurney

Namum penjahat ini tidak dibenarkan hidup lama di Tanah Melayu bilamana pada 6 Oktober 1951, Parti Komunis Malaya atas arahan Chin Peng telah membunuh si penjahat yang bernama Sir Henry Gurney ini. Maka pada waktu itu malahan hingga sekarang ramai yang memarahi dan membenci Chin Peng kerana membunuh Sir Henry Gurney. 

Mayat Sir Henry Gurney yang boleh dikatakan musuh dunia Islam nombor satu itu, telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kristian Cheras, Kuala Lumpur MALAYSIA.

Lihat bagaimana penjajah menipu kita melalui sejarah yang mereka reka terhadap kita. Jangan jadikan sejarah itu hanya "cerita orang menang"

SUMBER DARI SENGAL PARANORMAL TEAM/FACEBOOK.COM

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.