1.17.2017

SISTEM FISILOGI BADAN ( BAHAGIAN 2 )

Image result for human body


Sistem fisiologi badan??(bahagian 2)
Ini merupakan sambungan artikel semalam yang menceritakan berkenaan waktu yg spesifik sesebuah organ itu berkerja. Kami akan cuba menerangkan kepada anda
🕔5 - 7 petang
Ginjal bekerja secara optimum. *Elakkan badan terlalu dehydrated. Banyakkan minum air* dalam waktu ini.

Penerangan:
Ginjal mempunyai pelbagai fungsi sebagai contoh membuang bahan kumuh seperti urea dan creatinine ke dalam air kencing. Disamping itu ia juga mengawal selia kandungan air dan juga tekanan darah di dalam badan.

Menariknya selagi mana darah bergerak memasuki ginjal, selagi itulah ia berkerja menapis darah tersebut. Sebagaimana jantung yg setiap ketika berdenyut untuk menggerakkan darah keseluruhan tubuh badan, begitu jugak keadaan ginjal. Selagi mana darah memasukinya, selagi itulah ia akan berkerja.
Boleh dikatakan ia berkerja secara berterusan. Tiada masa yg spesifik untuk berehat ataupun berkerja lebih masa.
7 - 9 malam
Perikardium bekerja. *Elakkan makan makanan yang berat* pada waktu ini.

Penerangan:
Dalam banyak-banyak kenyataan, kenyataan ini yang paling tidak masuk akal.

Ini kerana perikardium merupakan satu lapisan yang menyelaputi jantung. Ia tidak mempunyai sel-sel otot menyebabkan ia tidak boleh mengecut seperti jantung.
Ia berfungsi mengekalkan lokasi jantung yg terletak di dalam mediastinum(bahagian dalam dada). Bukan itu sahaja, ia juga melicinkan kedua permukaan perikardium supaya denyutan jantung dapat berlaku dengan lancar. Anggaplah perikardium ini mampu menghasilkan minyak hitam dengan sendirinya supaya enjin dpt berjalan dengan lancar.
Oleh itu, ia langsung tiada kaitan dgn permakanan
9 - 11 malam
*Waktu terbaik utk berehat dan tidur* .

Yang ini betul. Kerana waktu malam memang manusia kena tidur.
11 - 1 pagi
Hempedu bekerja. *Elakkan makan* , berat badan akan naik mendadak.

Penerangan:
Hempedu ini dikenali sebagai 'bile' dalam bahasa inggeris. Ia merupakan rembesan yg dihasilkan oleh hati dan disimpan dalam pundi hempedu(Gallbladder). Majoriti komposisi hempedu mengandungi air diikuti dengan garam hempedu(bile salts), beberapa jenis lemak dan bilirubin. Ia berfungsi untuk melarutkan lemak dalam makanan supaya ia dapat dicernakan dan diserap oleh usus.

Tetapi penulis artikel tersebut mengatakan bahawa hempedu berkerja keras.
Mungkin penulis tersebut ingin membawa maksud bahawa organ 'pundi hempedu' yang berkerja keras ketika itu.
Kita pergi ke pundi Hempedu. Ia berfungsi untuk menyimpan hempedu yang dihasilkan oleh hati. Ketika mana makanan memasuki usus kecil(bahagian duodenum), sel disitu akan merembeskan kompoun yang dikenali sebagai cholecystokinin(CCK) ke dalam darah. CCK inilah yang akan menyebabkan pundi hempedu mengecut dan merembeskan hempedu ke dalam usus kecil.
Senang cerita pundi hempedu akan berkerja ketika kita makan.
1 - 3 pagi
Hati bekerja utk singkirkan toksik. *Elakkan berjaga* . Sering berjaga pada waktu ini berpotensi utk kanser. Waktu ini adalah waktu terbaik utk deep sleep.

Penerangan:
Organ hati juga sama seperti ginjal. Ia akan berterusan berkerja selagi mana darah melalui organ tersebut. Tiada spesifik waktu untuk berkerja

Kanser pula bukanlah disebabkan berjaga pada waktu ini. Selalunya kanser terjadi disebabkan kerosakkan yang berlaku pada genetik yang mengawal pembahagian sel. Ini menyebabkan sel membahagi tanpa kawalan dan akhirnya kanser terbentuk
3 - 5 pagi
Peparu bekerja.
Bagi pesakit asma, *elok amalkan bangun* pada waktu ini. Peparu menyerap oksigen dalam kuantiti yang tinggi. Ibadah solat sangat digalakkan waktu ini.

Penerangan:
Ini pun kenyataan yang pelik. Ini kerana setiap kali kita menarik nafas, pada ketika itulah paru-paru berkerja untuk menyerap gas oksigen ke dalam darah dan menyingkirkan gas karbon dioksida.

Menariknya, pesakit asma selalu terkena serangan asma pada waktu ini. Ini kerana pada waktu tersebut suhu sekeliling akan menjadi rendah dan kebanyakkan pesakit asma sangat sensitif dengan kesejukkan. Minum air sejuk sedikit pun terus kena serangan asma

Image may contain: text

SUMBER DARI ROOT OF SCIENCE 

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.