1.27.2017

THAILAND DAN KUASA KUASA BESAR

Banyak persoalan yang terungkap apabila membangkitkan soal negara Thai ini. Banyak sejarahwan berpendapat bahawa Raja Thai ketika itu iaitu Raja Chulanglakorn adalah seorang terbuka kepada budaya Barat.
Beliau menerapkan banyak elemen-elemen barat dalam undang-undang dan perlembagaan. Malah Chulanglakorn bijak berkompromi dengan pemimpin-pemimpin kuasa penjajah bagi mengekalkan kedaulatan negaranya. Sehingga ke hari ini, nama Chulanglakorn sentiasa disanjungi oleh rakyat Thailand.

Image may contain: 1 person, sitting

Dalam satu pandangan lain, ahli sejarah membuat kesimpulan bahawa Thai tidak dijajah disebabkan Thai menjadi sempadan semulajadi bagi kuasa-kuasa penjajah. Ini bermaksud, Inggeris di Tanah Melayu akan disempadani oleh Thai di tengah-tengah kepada Perancis yang berkuasa di Vietnam dan Indo-China dan bergitulah sebaliknya.

Dalam pendapat ketiga pula adalah, sejarahwan mengaitkannya dengan negara Thai sebagai negara yang kekurangan hasil bumi. Ya, benar, Thai tidak mempunyai hasil bumi yang istimewa sepertimana yang terdapat di Tanah Melayu seperti bijih timah, emas, dan sebagainya. Oleh kerana itu, Thai telah bernasib baik dan bergitu beruntung.

Image may contain: 2 people

Bagaimana pula ketika penaklukan Jepun?

Ketika penaklukan Jepun, Thai memainkan peranan penting dalam pemberian laluan kepada tentera-tentera bermata sepet itu. Raja Thai pada waktu itu, King Ananda Mahidol (Rama VIII) yang berkuasa antara tahun 1935 hingga 1946 dan perdana menterinya, telah membuat beberapa penjanjian dengan pengawai tentera imperialis Jepun.

Kebijaksanaan King Ananda Mahidol dan Luang Pibulsonggram bukan sahaja menyelamatkan negaranya daripada dijajah malah rakyatnya juga terselamat daripada keganasan tentera Jepun sebagaimana yang dialami oleh negara-negara jiran mereka.

Image may contain: text

Notis Jeneral Yamashita

Antara bukti kukuh terdapatnya penjanjian sulit antara Raja Ananda Mahidol dengan Jeneral Tentera Imperialis Jepun di Asia Tenggara, Jeneral Yamashita adalah dengan tertampalnya notis pemberitahuan mengenai kerjasama antara Jepun dan Thai. Notis ini mengandungi beberapa amaran kepada rakyat Thai jika mereka tidak memberi kerjasama kepada tentera-tentera Jepun

Ini adalah poster untuk memaklumkan kepada rakyat Thai mengenai kerjasama dengan Jepun…

Pengumuman

Untuk rakyat Thai, tujuan kami(Jepun) mendarat di Thailand adalah atas dasar persahabatan dan untuk mempertahankan negara kita(Jepun dan Thai). Dengan itu, bangsa kami mengagumi persahatan dan menghormati antara satu sama lain.

Kami datang ke negara kamu untuk mengelakkan pencerobohan daripada Inggeris dan Amerika Syarikat jadi, negara kamu akan dapat mengekalkan kedaulatan dan kehormatan.

Rakyat Thai telah melakukan kerja keras untuk membentuk peraturan baru di Asia Raya(Great Asia) dan menyingkirkan kuasa-kuasa Eropah.

Saya sebagai Komander Jepun sekarang, dengan hormatnya Saya nyatakan sekali lagi bahawa kamu perlu perhatikan beberapa perkara dengan teliti, bermakna kamu mesti memberi kerjasama kepada tentera Jepun ketika mereka melaksanakan objektif(menawan negara jiran Thai) mereka.

1. Tentera Jepun akan mengekalkan harta-benda Thai yang mematuhi peraturan dan berkerjasama dengan kami.

2. Rakyat Thai hendaklah percaya dan menyokong tentera Jepun. Lakukan kerja kamu dengan sepenuh hati, dengan itu kamu tidak perlu takut.

3. Jika barang siapa memusnahkan sebagai contohnya landasan kereta api, jalanraya, dan jambatan, kamu akan dihukum dengan keras kerana ia bermakna kamu telah membelot kepada tentera kami.

4. Pegawai landasan kereta api dan komunikasi yang memberi kerjasama akan diberi gajaran.

Luang Pibulsonggram, Perdana Menteri memberi kerjasama kepada tindakan ini(notis yang dikeluarkan).

Semoga rakyat Thai percaya dengan pengumuman beliau(Luang Pibulsonggram).

Komander Tentera Jepun.

SUMBER DARI SENGAL PARANORMAL TEAM/FACEBOOK.COM

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.