1.29.2017

WEBSITE SERAM

No automatic alt text available.

Youtube

Bukan laman web YouTube yang berhantu, tetapi seorang pengguna YouTube ini didakwa mempunyai kisah misteri dan sangat pelik. Pada tahun 2014, seorang pengguna YouTube dengan nama akaun Webdriver Torso memuatnaik lebih dari 74,000 video dalam masa hanya sembilan bulan.

Setiap video tidak mempunyai apa-apa kandungan kecuali objek berbentuk empat segi panjang berwarna biru dan merah, dan video ini mempunyai frekuensi suara elektronik. Satu-satunya video yang berbeza adalah video ke-10 yang menunjukkan sebuah gambar Menara Eiffel, disertai mesej yang berbunyi, “Matei is highly intelligent.”

Tidak ada seorang pun yang tahu siapa pemilik akaun YouTube tersebut. Kemudian, akaun itu diserahkan kepada pihak Google. Namun pengguna YouTube ini masih tidak diketahui dan menjadi misteri hingga sekarang. Beberapa orang percaya bahawa video itu merupakan sebuah eksperimen EVP, yang digunakan untuk berkomunikasi dengan hantu melalui suara.

Image may contain: text

Death Timer

“Bila saya akan meninggal?” Mungkin itu adalah salah satu pertanyaan yang paling menakutkan dan seram. Tapi pertanyaan itu boleh dijawab dengan menggunakan laman web yang dipanggil Death Timer ini. Dengan mengumpul statistik dari CIA, PBB, dan sumber lain, Death Time dikatakan mampu menjangkakan umur seseorang dan menentukan tarikh kematiannya.

Setelah memasuki laman web ini, anda perlu menjawab beberapa pertanyaan. Kemudian anda boleh memilih batu nisan yang diingini. Setelah semua proses selesai, tarikh kematian anda akan dirungkai tetapi sudah pasti ianya belum tentu benar! kerana hanya ajal maut terletak di tangan Tuhan.

No automatic alt text available.

The Marianas Web

Dikenali juga sebagai “Dunia Gelap Internet”, The Marianas Web merupakan laman web yang paling dalam, gelap, dan paling misteri di dunia maya.

Namun, kehadiran laman web ini dirahsiakan dan hanya boleh diakses oleh orang tertentu sahaja. Kononnya, untuk mengakses laman web ini memerlukan komputer jenis “high-spec” iaitu komputer kuantum, yang tidak mungkin anda jumpa di kedai-kedia komputer biasa.

Jika tiada komputer ini, maka anda tidak boleh mengakses lawan web ini. Meskipun demikian, banyak orang yang percaya bahawa website ini bertujuan untuk melayani pengguna yang ingin masuk ke portal dunia digital.

No automatic alt text available.

Scientific Psychic

Ramalan adalah amalan masyarakat kuno yang digunakan untuk menghubungi roh-roh orang yang telah mati. Okultisme, kepercayaan terhadap hal-hal mistik dan luar biasa, meyakini bahwa roh-roh orang yang sudah mati dikatakan mampu meramalkan masa depan.

Papan Ouija adalah salah satunya alat yang didakwa digunakan untuk berkomunikasi dengan roh. Selain Papan Ouija, di dunia digital juga terdapat sebuah laman web bernama Scientific Psychic yang mampu melakukan hal serupa.

Ketika pengunjung bertanya “siapa kamu?”, sistem akan memberikantindak balas dengan menjawab, “Saya roh psikik dari komputer yang sudah mati, TRS-80.” Laman web ini dipercayai sangat berhantu kerana boleh menjawab beberapa pertanyaan dari pengunjung.

Image may contain: night

Cthulhu

Laman web ini sudah tidak aktif lagi. Meskipun demikian misteri di sebalik laman web ini masih belum terungkap. Tidak seorang pun yang tahu maksud dari ayat “Mati tapi bermimpi” yang muncul pada laman web ini dengan latar belakang hitam.

Setelah diteliti dengan lebih lanjut, laman web ini merujuk kepada seseorang individu bernama Ling, yang secara kebetulan memiliki beberapa laman web aneh lain. Dalam laman web tersebut, Ling dikatakan menyimpan data sebesar 1 terabyte Anehnya, laman web tersebut tidak boleh diakses sama sekali.

Yang menjadi pertanyaan dan perdebatan di internet, siapakah Ling itu dan dari mana asalnya? Beberapa orang menganggap bahawa Ling bukanlah seorang manusia tetapi adalah makhluk asing.

(VIA SENGALPARANORMALTEAM/FACEBOOK.COM)

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.