3.12.2017

MUMIA TOLLUND MAN

Image result for Tollund Man

Jenazah para Nabi dan Rasul tetap kekal dipelihara Allah


Telah disebutkan dalam hadis Rasulullah saw bahawa terdapat sepuluh golongan yang jenazahnya tidak akan reput dan dibangkit di Hari Akhirat dalam keadaan asal sepertimana di waktu kematiannya. Golongan istimewa ini adalah:



1. Jenazah Para Nabi dan Rasul
2 Jenazah Para Syuhada dan Ahli Jihad
3. Jenazah Para Alim Ulama
4. Jenazah Para Syuhada
5. Jenazah Para Penghafal Al Quran
6. Jenazah Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Jenazah Tukang Azan
8. Jenazah Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Jenazah Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Jenazah Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.

Berdasarkan kepada hadis Rasulullah saw ini, kita dapat mengenalpasti setiap ciri-ciri jenazah yang dijumpai masih terpelihara jasadnya. Secara ringkasnya, ia boleh dijadikan panduan untuk mengenalpasti keistimewaan yang diberikan Allah swt kepada si mati.

Image may contain: tree, sky, outdoor, nature and water


Penemuan Mumia Misteri

Kebelakangan ini, banyak penemuan jenazah ditemui dalam keadaan masih kekal terpelihara jasadnya. Yang menariknya, kebanyakkan daripada penemuan misteri ini berusia melebihi seribu tahun yang lampau. Keadaan ini membingungkan ramai pengkaji dan saintis moden.

Antara penemuan paling menarik adalah penemuan Mumia Tollund Man di sebuah kawasan berpaya di Bjældskovda, 10 kilometer daripada Silkeborg, Denmark. Mumia Tollund Man pertama kali ditemui oleh dua orang adik beradik Viggo dan Emil Højgaard pada 6 Mei 1950. Pada mulanya, mereka beranggapan ia adalah mayat mangsa pembunuhan yang mungkin berlaku beberapa hari sebelum itu memandangkan betapa sempurnanya fizikal mumia tersebut.



Image result for tollund man mystery place



Sebenarnya, penemuan Tollund Man berlaku secara tidak sengaja kerana adik beradik Højgaard dan keluarganya menggali di sekitar paya tersebut hanya untuk mendapat tanah gambut bagi kegunaan bahan bakar. Sudah menjadi kebiasaan masyarakat di negara-negara Eropah dengan menjadikan tanah gambut di kawasan berpaya bagi sumber bahan bakar menggantikan kayu api.



Image may contain: one or more people, people standing and outdoor


Sebelum penemuan mumia Tollund Man, beberapa tahun sebelum itu telah berlaku penemuan mumia di kawasan tersebut iaitu pada tahun 1927. Namun, penemuan tersebut tidak mendapat perhatian dan dibiarkan terkambus di dasar paya tersebut. Tiada kajian saintis sempat dilakukan terhadap mumia tersebut.

Penemuan seterusnya pada tahun 1938 iaitu penemuan mumia wanita di dasar paya gambut tersebut. Kali ini, mumia ini berjaya mendapat perhatian ramai dek kerana kesempurnaan jasadnya. Mumia misteri ini dinamakan Elling Woman

No automatic alt text available.

Jasad diangkut

Tollund Man telah diangkut dan dipindahkan secara berhati-hati setelah bersemadi di paya gambut tersebut lebih daripada 2000 tahun. Bagi mengekalkan keasliannya, jasad Tollund Man tidak disentuh oleh mana-mana individu dan diangkut dengan menggunakan kotak kayu yang dibina terlebih dahulu menggelilingi Tollund Man.

Mereka yang terlibat dalam proses pemindahan rumit ini adalah adik-beradik Højgaard, kakitangan Muzium Silkeborg dan dua orang anggota polis. Anggaran berat kotak kayu itu adalah setengah tan dan ia memaksa sebuah kereta kuda membawanya ke stesen kereta api di Moselund sebelum dibawa ke Muzium Kebangsaan Denmark di Copenhagen

No automatic alt text available.

Mendapat liputan media

Akhbar-akhbar tempatan teruja untuk mendapatkan liputan tentang penemuan tersebut. Beberapa akhbar menggelarnya sebagai lelaki iaitu dengan panggilan “lelaki itu dari Moselund, Bogville“, sedangkan akhbar yang lain berpendapat ia adalah seorang wanita.

Walaubagaimanapun, nama Tollund Man telah digunapakai secara rasmi untuk mumia misteri ini atas cadangan ahli arkeologi P. V Glob. Cadangan nama daripada Glob adalah bersandarkan kepada kampung halaman dua adik beradik Højgaard yang berasal daripada perkampungan Tollund.

No automatic alt text available.

Ciri-Ciri Tollund Man

Tollund Man dianggarkan memiliki ketinggian 1.61 meter atau 5 kaki 3 inci. Ketinggian ini dianggap rendah berbanding purata ketinggian masyarakat Eropah ketika itu. Umurnya pula dianggarkan 40-an berdasarkan pemeriksaan giginya.

Pemeriksaan X-ray menunjukkan beberapa organ utama Tollund Man terawet dengan sempurna secara semulajadi. Otak, jantung, limpa dan paru-paru Tollund Man berada dalam keadaan cukup sempurna.

Tollund Man ditemui bersemadi di kedalaman 2 meter atau 6.6 kaki. Tempat persemadiannya berada 50 meter daripada tanah lapang di sekitar paya. Ramai saintis berpendapat bahawa jenazah Tollund Man pada mulanya dikebumi di kedalaman kurang daripada 1 meter. Namun, setelah beribu-ribu tahun berlalu, timbunan tanah gambut dan lumut menyebabkan kedalamannya mencecah 2 meter tinggi.

Jasad Tollund Man ditemui dalam keadaan merengkuk ke sebelah kiri sepertimana janin di dalam rahim ibu. Tollund memakai topi kulit yang diperbuat daripada kulit biri-biri dan diikat dengan tali ke dagunya. Tollund Man ditemui dalam keadaan tidak berpakaian dan terdapat tali pinggang di bahagian pinggangnya. Rambutnya pendek dan kelihatan janggut serta kumis nipis yang dianggarkan berukuran 1mm panjang.

Image may contain: food

Tollund Man terawet dengan cukup baik selama 2,000 tahun lampau. Tidak sepertimana mumia di Mesir yang terawet secara buatan manusia, mumia Tollund man terawet secara semulajadi. Kesan daripada pengawetan semulajadi ini, Tollund Man masih lagi mempunyai cap jari. Pada 1978, National Police Force telah mengambil cap jarinya dan ia menjadikan Tollund Man sebagai manusia yang memiliki antara cap jari tertua di dunia.

No automatic alt text available.

Berusia 2,000 tahun yang lampau

Di bawah badan Tollund Man ditemui lapisan nipis lumut. Saintis sedar bahawa lapisan lumut sudah sedia wujud di paya lumut di Denmark sejak awal zaman Besi kira-kira 2,000 tahun yang lampau. Ini bermakna Tollund Man telah bersemadi lebih kurang 2,000 tahun yang lampau.

Teknologi pentarikhan Karbon-14 telah menyokong hipotesis awal ini. Hasil pentarikhan Karbon-14 menunjukkan Tollund Man telah meninggal dunia lebih kurang 375 hingga 210 Sebelum Masihi.

Image may contain: one or more people

Makanan Terakhir

Perut dan usus Tollund Man telah diselidik dan diperiksa bagi mendapatkan maklumat tentang diet serta pemakanan beliau 2,000 tahun yang lampau. Para saintis berjaya membuat kesimpulan bahawa lelaki ini telah memakan bubur sayuran dan bijian sebelum sempat dinyahtinjakan. Selain itu, terdapat juga biji barli, biji rami, knotweed(sejenis bijian daripada tumbuhan di Eropah), Bristlegrass dan biji Kekwa di dalam ususnya.

Saintis gagal menjumpai sebarang makanan berasaskan daging dalam tubuh lelaki miskipun rata-rata masyarakat pada zaman tersebut menjadikan daging sebagai diet utama mereka. Saintis tidak menolak bahawa Tollund Man tidak menyentuh makanan dalam 24 jam terakhir sebelum kematiannya.

Image may contain: one or more people, outdoor and nature

Sebab Kematian

Satu yang memeranjatkan menyelingkari misteri mumia Tollund Man ini adalah penemuan tali yang terikat kemas di leher lelaki ini. Tali yang diperbuat daripada kulit haiwan yang dianyam ini dipercayai digunakan untuk membunuh lelaki Tollund Man. Miskipun demikian, kematian sebenar Tollund Man masih lagi diselubungi misteri miskipun tidak menolak sebarang dakwaan bahawa terdapat tanda-tanda kekasaran terhadap jasad Tollund Man.

Kematian disebabkan oleh Upacara Korban

Di tengah-tengah masyarakat Eropah yang berpegang kepada ajaran Animisme, upacara pengorbanan manusia adalah cukup sinonim. Upacara seperti ini turut berlaku di banyak tempat di dunia sebelum kedatangan agama monotheism yang melarang sekeras-kerasnya upacara kuno ini. Bersandarkan kepada tali gantung yang menjerut leher lelaki tersebut, saintis bersependapat bahawa Tollund Man kemungkinan besar telah dijadikan korban bagi dewa-dewa yang disembah oleh mereka.

Walaubagaimanapun, ramai penyelidik menafi sekeras-kerasnya dakwaan bahawa Tollund Man dibunuh untuk upacara korban manusia. Jasad Tollund Man tidak memiliki ciri-ciri sepertimana mangsa upacara korban kerana kebiasaanya jasad manusia yang dikorban memiliki kesan trauma di bahagian tempurung kepala dan paling tidak kesan hirisan pisau di leher. Penafian ini diambil kira melalui tulang-tulang manusia yang ditemui di sekitar benua Eropah dan Amerika Selatan yang memiliki kesan trauma yang agresif.

Kematian disebabkan oleh Tali Gantung

Semasa pemeriksaan semula pada tahun 2002, saintis forensik telah mendapati Tollund Man mungkin telah menjadi mangsa kepada pembunuhan di tali gantung. Walaupun saintis mendapati bahawa tulang vertebra tidak mengalami kerosakan sepertimana yang lazim berlaku kepada kematian di tali gantung, tetapi kesan pembengkakan lidah yang ketara menyokong idea ini.

Pembengkakan pada organ lidah secara normalnya dikenalpasti sebagai kesan kepada penggunaan tali yang telah menjerut leher mangsa. Mangsa pembunuhan secara mencekik leher juga menyebabkan pembengkakan ketara pada organ lidah.

Teori mengatakan mangsa dibunuh di tali gantung lebih diterima umum berbanding mengatakan mangsa dibunuh untuk upacara pengorbanan manusia.

Image may contain: one or more people

Oleh yang demikian, Siapakah Lelaki ini?

Persoalan tentang identiti sebenar Tollund Man sangat rumit untuk dirungkai. Ia menyebabkan timbulnya pelbagai teori berkenaan identiti sebenar Tollund Man.

Tollund Man seorang penjenayah: Saintis tidak pernah menafikan bahawa ada kemungkinan Tollund Man adalah seorang penjenayah yang mana telah dihukum gantung sehingga mati. Individu yang digelar Tollund Man telah melakukan kesalahan besar dan dihukum gantung oleh masyarakat setempat.

Namun, teori yang mengatakan Tollund Man adalah seorang penjenayah telah ditentang oleh beberapa pihak. Mereka mengatakan sekiranya Tollund Man adalah seorang penjenayah, tidak mungkin mereka akan memperlakukan dengan baik terhadap jenazah Tollund Man. Kita mengetahui bahawa Tollund Man disemadi dengan baik dengan mata dan mulut ditutup dengan rapat. Dengan itu, jika Tollund Man seorang penjenayah, tidak mungkin jenazah Tollund Man dikebumi sedemikian rupa. Malahan, masyarakat pada masa itu akan membiarkan mangsa mereput di tali gantung atau membiarkan mangsa dimakan binatang buas.

Tollund Man seorang pendakwah: Teori ini lebih mencabar institusi keagamaan di Eropah. Tollund Man dikenalpasti sebagai seorang pendakwah yang mana Tollund Man kemungkinan besar menyebarkan risalah keagamaan di sana. Disebabkan masyarakat Eropah cukup kuat pegangan dengan ajaran jahiliyyah, mereka bertindak menangkap Tollund Man dan kemudiannya menyeksanya dengan hukuman gantung.

No automatic alt text available.

Adakah Tollund Man seorang Rasul?

Rasulullah saw telah bersabda bahawa Nabi dan Rasul memiliki keistimewaan di mana jasad mereka tidak akan sekali-kali dimamah oleh tanah. Jasad mereka kekal terpelihara sehingga datangnya Hari Kebangkitan kelak. Apa yang berlaku kepada Tollund Man amat bertepatan dengan sabda Rasulullah saw. Jasad Tollund Man terawet dengan baik secara semulajadi tanpa ada campur tangan manusia. Ia berlaku adalah kerana ia adalah kehendak Allah swt.

Saintis menyatakan dalam kajian mereka bahawa Tollund Man terawet kerana kekurangan oksigen dan tanah yang cukup berasid. Tanah gambut sememangnya terkenal sebagai tanah yang berasid. Namun, tanah gambut juga terkenal sebagai tanah yang lembap dan berair. Bukankah kelembapan adalah agen utama pereputan? Inilah yang dinamakan kehendak Allah swt. Tiada apa yang mustahil bagi-Nya.

Ditentang, diseksa dan dibunuh

Di dalam al-Quran juga, Allah swt telah berfirman:

Maka tatkala datang kepada mereka rasul-rasul (yang diutus kepada) mereka dengan membawa keterangan-keterangan, mereka merasa senang dengan pengetahuan yang ada pada mereka dan mereka dikepung oleh azab Allah yang selalu mereka perolok-olokkan itu.(Surah Al-Mu’min ayat 83)

Penjelasan Allah swt di dalam surah tersebut amat selari dengan apa yang berlaku kepada Tollund Man ini. Sebagai seorang pendakwah yang bertanggungjawab menyebarkan risalah tauhid, beliau terpaksa berdepan dengan pelbagai kerenah kaumnya. Tidak mudah bagi seorang Rasul menyebarkan sesuatu yang bertentangan dengan pegangan kaum mereka melainkan beliau sendiri akan ditangkap dan diseksa. Insiden seperti ini telah Allah swt ulang tayangkan kepada kita hanya semata-mata untuk kita berfikir dan mengkaji.

No automatic alt text available.

Utusan Allah

Umum mengetahui bahawa Rasulullah saw pernah bersabda bahawa Rasul dan Nabi telah diutuskan kepada umat manusia di setiap tamadun sejak daripada Adam as adalah masing-masing berjumlah 313 dan 240,000 orang.

Melihat kepada jumlah tersebut, adalah tidak mustahil untuk menolak Tollund Man adalah utusan Allah swt untuk kaumnya di Eropah 2,000 tahun yang lampau.

Ciri-ciri Istimewa Tollund Man

Selain daripada jasadnya yang terpelihara, beberapa ciri Tollund Man merapatkan dirinya sebagai seorang yang boleh dianggap utusan Allah swt. Daripada raut wajah Tollund Man, kita boleh mengenali bahawa Tollund Man semasa hayatnya adalah seorang yang dihormati dan dipercayai oleh masyarakat.

Garis pada dahi menunjukkan beliau seorang yang alim. Mata beliau ditutup dengan kemas namun tidak menunjukkan beliau cukup terseksa dengan kematiannya. Bibirnya juga mengukir sedikit senyuman yang mana ia adalah ciri-ciri paling utama menunjukkan keimanan seseorang individu. Rambut beliau juga tidak panjang manakala janggut dan misai juga menunjukkan beliau memiliki ciri-ciri seseorang yang sangat tertib.

Wajah dan senyuman Tollund Man tidak memungkinkan beliau seorang yang layak digelar seorang penjenayah melainkan beliau adalah seorang yang mempunyai jiwa dan rohani yang cukup besar.
Image may contain: food and outdoor

Seperkara lagi yang memyelubungi misteri Tollund Man adalah cara pengebumiannya. Tollund Man diketahui dikebumi dengan baik di dalam tanah. Ia mirip kepada tradisi ajaran tauhid dan monoteisme yang mengebumikan jenazah ke dalam tanah. Namun, adat masyarakat Eropah 2,000 tahun yang lampau adalah bertentangan dengan kaedah tradisi penganut ajaran tauhid. Meraka akan membakar mayat si mati sebelum abunya akan ditempat di sebuah ‘kubur’. Kubur tersebut masih lagi boleh dilihat di Silkeborg

Image may contain: one or more people

Sebagai bandingan, beberapa mumia seperti Mumia Chauchilla dilihat agak menyeramkan. Mulut dan matanya terbuka luas seakan-akan menahan sesuatu kesakitan yang luar biasa. Begitu juga dengan mumia Firaun Ramses II. Perbandingan ini menunjukkan ada sesuatu yang istimewa terdapat pada mumia Tollund Man berbanding mumia-mumia yang lain.

No automatic alt text available.

Rasul setiap Kaum

Mungkin ada yang berpendapat bahawa teori mumia Tollund Man sebagai seorang utusan Tuhan tidak releven dan tidak masuk akal. Namun, sebagai orang yang beriman kepada kitab Allah swt, kita wajib percaya bahawa utusan Allah tidak hanya berada dalam lingkungan tanah Arab dan bumi Anbiya’ sahaja.

Allah swt berfirman dalam surah Yunus ayat 74 yang bermaksud:

Kemudian sesudah Nuh, Kami utus beberapa rasul kepada kaum mereka (masing-masing), maka rasul-rasul itu datang kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata, tetapi mereka tidak hendak beriman kerana mereka dahulu telah (biasa) mendustakannya. Demikianlah Kami mengunci mati hati orang-orang yang melampaui batas.(Surah Yunus Ayat 74)

Melalui ayat dan keterangan ini, Rasul telah diutuskan Allah swt ke seluruh pelusuk dan penjuru dunia dan tidak terkecuali di bumi Eropah. Kita sering mendengar pendapat alim ulama dan cendikiawan yang mengatakan Socrates daripada Yunani dan Buddha daripada India adalah utusan Allah swt, maka tidak wajar kita menolak bulat-bulat lelaki yang digelar ‘Tollund Man’ ini adalah salah seorang daripada utusan Allah swt.

Paling tidak sekalipun, mumia Tollund Man ini bukan sekali-kali pemilik seorang yang berstatus penjenayah yang dihukum gantung kerana kesalahannya.

VIA SENGALPARANORMALTEAM/FACEBOOK.COM

No comments:

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.