5.31.2017

PESAWAT MAS BERPATAH BALIK, ADA CUBAAN MASUK KOKPIT


PESAWAT Malaysia Airlines MH128 yang berlepas dari Melbourne, Australia ke Kuala Lumpur hari ini, terpaksa berpatah balik selepas menerima gangguan daripada seorang penumpang. Menurut kenyataan syarikat penerbangan itu, MH128 berlepas dari Lapangan Terbang Melbourne pada 11.11 malam waktu tempatan dan dijadual tiba Kuala Lumpur pada 5.28 pagi ini (waktu Malaysia). Bagaimanapun, pesawat terbabit berpatah balik selepas kapten pesawat berkenaan menerima maklumat daripada krew kabin yang memaklumkan terdapat seorang penumpang cuba memasuki kokpit. "MH128 selamat mendarat di Lapangan Terbang Melbourne pada 11.41 malam waktu tempatan dan kini menunggu ketibaan pasukan keselamatan," katanya.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/288447
Read More...

5.26.2017

RAMADHAN AL KAREEM

SELAMAT MANYAMBUT RAMADHAN AL KAREEM PADA SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA AMNYA DAN KHASNYA DI MALAYSIA 

Image result for ramadhan al kareem

SEMOGA KITA MENDAPAT RAMADHAN YANG SEMPURNA PADA TAHUN INI

MIZZ SELAKU AHLI KELUARGA MIZZ MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN YANG PENUH MAKNA DAN PAHALA. SEMOGA KITA DAPAT BERTEMU DENGAN MALAM SERIBU MALAM IAITU LAILATUL QADR... AMIN.... INSHAALLAH..


Read More...

5.09.2017

AYAH DURJANA ROGOL ANAK SENDIRI

AYAH DURJANA ROGOL ANAK SENDIRI


Image result for ROGOL

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan seorang lelaki berusia 53 tahun selepas dipercayai merogol anak perempuannya yang berusia lapan tahun, di kediaman mereka di Jalan Kunang-kunang, Taman Desa Permai, Kangkar Pulai, dekat sini. Lebih mengejutkan suspek baru dibebaskan dari penjara pada hujung tahun lalu selepas didapati bersalah mencabul anak perempuan sulungnya yang berusia 27 tahun. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad, berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 6.30 pagi Khamis lalu, sebelum abang mangsa yang berusia 13 tahun membuat laporan polis pada jam 4.18 petang Ahad lalu. Katanya, suspek yang bekerja sebagai pemotong rumput ditahan di rumahnya, kira-kira setengah jam selepas anak lelakinya itu membuat laporan polis. "Siasatan awal polis mendapati mangsa yang juga anak bongsu daripada enam beradik tinggal bersama suspek, manakala ibu kandungnya tidak tinggal bersama sejak tahun lalu berikutan masalah keluarga. "Siasatan juga mendapati suspek memiliki satu rekod jenayah lampau kesalahan mencabul anak perempuan sulungnya dan dikenakan hukuman penjara empat bulan pada tahun lalu," katanya pada sidang media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di sini, hari ini. Noor Hashim berkata, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. Sementara itu, dalam kes lain, beliau berkata, polis memburu tiga suspek dipercayai terbabit dalam kejadian tetak operator kilang berusia 27 tahun, dalam kejadian di kawasan tempat letak kereta di Taman Nusa Bestari, Skudai, dekat sini, Ahad lalu. Katanya, dalam kejadian jam 6.40 pagi itu, mangsa yang bekerja di Singapura cedera di muka dan kepala. "Hasil siasatan, polis menahan seorang lelaki berusia 23 tahun di sebuah rumah di Kota Tinggi, kira-kira jam 4.08 pagi semalam dan kini sedang mengesan tiga lagi suspek," katanya. Noor Hashim berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya yang boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

SUMBER

www.bharian.com.my
Read More...

MENANTI FEBRUARI BERCANGGAH DANGAN AGAMA ISLAM

MENANTI FEBRUARI BERCANGGAH DENGAN AGAMA ISLAM DARI USTAZ ABU SYAFIQ AL-ASY'ARY

Image result for menanti februari

GAMBAR DARI GOOGLE.COM

SOALAN:
Us..baru ni saya ada ikuti sebuah drama bertajuk “Menanti Februari" yg mengisahkan seorg suami hilang dilautan.
Dalam tempoh 6 bulan shj si isteri telah berkahwin dgn lelaki lain. Saya konfiussz.. 
sahkah nikah yg last tu?

-Azfarizie Ahmad.
JAWAPAN Ustaz Abu Syafiq:
1- Banyak drama Tv skrg tidak patuh syarak pabila mereka nak pamerkan sesuatu tentang agama Islam. Bukan shj drama Tv bahkan beberapa program tertentu berkaitan agama juga sering ajaran Syiah-Wahabi dibenarkan menyebarkan ajaran sesat mereka di kaca TV dihidangkan pula kpd awam yang masih mencari-cari kebenaran. Ini sangat Bahaya.
2- Berkaitan dengan soalan. 
Jawapannya sudah tentulah tidak sah akad nikah tersebut kerana dia masih isteri orang.

Dan jika ia dilakukan juga maka ia boleh dianggap zina dan anak dari hubungan tersebut adalah anak yang tak sah taraf.
3- Tempoh membolehkan seorang wanita yg kehilangan suami untuk berkahwin dengan lelaki lain mengikut Mazhab Syafie dan selainnya adalah 4 tahun dari tempoh kehilangan suaminya.
Ia disebut sebagai Al-Mafqud.

Akta Mahkamah Syariah negeri2 juga memperuntukkan sedemikian bahkan Mahkamah Sivil menetapkan 7 tahun kehilangan tanpa berita baru boleh dianggap si Al-Mafqud itu sudah mati.
Bila sudah dianggap mati oleh Mahkamah kemudian selesainya ‘iddah wanita itu maka barulah boleh berkahwin dengan lelaki lain.
Jika si isteri yg kehilangan suaminya hanya dalam tempoh 6 bulan sahaja sudah berkahwin pula dengan lelaki lain maka perkahwinan itu tidak sah.
Melihat kpd undang2 Kekeluargaan di Msia untuk isteri menuntut fasakh/gugur nikah suami pertama atas alasan tidak tahu dimana suaminya berada pun perlukan kepada tempoh 1 tahun.
Lafaz talak ta'liq yg biasa diamalkan di Msia pula tidak terkait terus dgn hukum orang hilang Al-Mafqud akibat sesuatu yang jelas seperti kemalangan dilaut dll.
Lagi pun dari segi adat kebiasaan orang yang hilang 6 bulan adalah tidak munasabah untuk terus kita anggap dia sudah mati inikan pula terkait hukum perkahwinan baru. 
Maka lebih perlu berhati-hati.

Seandainya perkara ini sudah terjadi kemudian suami yg pertama yg hilang itu tiba-tiba pulang kembali dan dapati isterinya telah berkahwin dengan orang lain bahkan sedang menghamilkan anak kepada lelaki baru dikahwini itu maka si isteri tadi perlu kembali menjadi isteri kepada suami pertama yg sah kerana akad nikah si isteri dgn lelaki baru itu tidak sah dan anak hasil mereka berdua itu kelak di bin/bintikan kepada si Ibu atau dalam segi undang-undang negara dibinkan/bintikan kepada Abdullah dll kerana tidak sah taraf.
4- Manakala jika Mahkamah Syariah mengikut peruntukan Akta sedia ada (tempoh 4 tahun atau yang munasabah) sudah menentukan Al-Mafqud si suami yang hilang itu sudah dianggap mati kerana hilang melebihi 4 tahun atau tempoh yang munasabah kemudian isteri berkahwin dengan lelaki lain secara sah kemudian pula tiba-tiba pulak suami pertama muncul kembali lalu mendapati isterinya telah bersuami lain maka hak Ikhtihar memilih disini adalah kepada si suami pertama.
Jika dia mahu akan isterinya tersebut maka dia menjadi miliknya secara automatik setelah tamat iddah dan suami kedua terputus terfasakh nikahnya dan anak hasil dari suami kedua tetap dibin/bintikan kpd suami kedua,
manakala jika suami pertama sudah tidak mahu maka wanita itu terus menjadi isteri kepada lelaki kedua.
5- Saya jawab secara ringkas ini tanpa menyebut dengan sangat detail dalil hadith dan teks qaul ulama Mazhab. Tetapi merujuk kepada itu semua.
Kita perlulah merujuk kepada mazhab muktabar jangan ingat diri boleh faham hadith terus nak jadi pakar hukum pula.
Ulama Mazhab Empat Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali sudah kaji lebih dari kita lagi.
Kekalkan diri dalam Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Al-Asyairah Al-Maturidiyah dan jauhi ajaran songsang Liberal, Plurisme , Syiah dan Wahhabi.
Read More...

5.08.2017

REVIEW BUKU : KETIKA AZAZLI BERPUTUS ASA


REVIEW BUKU : KETIKA AZAZLI BERPUTUS ASA BY HADI FAYYADH

Related image

GAMBAR DARI GOOGLE.COM

DENGAN LAFAZ BISMILLAH SAYA MULAKAN REVIEW BUKU KETIKA AZAZIL BERPUTUS ASA 

KEMBARA SEORANG SAINTIS ASTRONOMI YANG ATHEIS, YANG TIDAK PERCAYA DENGAN WUJUDNYA TUHAN YANG AKHIRNYA MENGALAMI SATU PERISTIWA KEGAGALAN 11 BINTANG SAJAJAR LALU DIA MEMBUAT KAJIAN DEMI KAJIAN SEHINGGA MEMGUBAH PEGANGAN DIA IAITU PROF. DR. FAYYADH DAN AKHIRNYA MENEMUI SESUATU YANG SANGAT LUAR BIASA APAKAH RAHSIA YANG DITEMUINYA?

DIA YANG HIDUP DI ZAMAN KEBANGKITAN DAJJAL AL MASIH. KEMBARANYA TELAH BERMULA SETELAH DIA MELIHAT BAGAIMANA DUNIA INI MENITI KEHANCURAN, KEMUSNAHAN DAN PEPERANGAN, VIRUS ZK CIPTAAN MANUSIA KEBULURAN DAN KEMATIAN MEMBAWA DIA KE UFUK TIMUR UNTUK MEMCARI SEBUAH KEPASTIAN 

DI SAAT KAPAL TERBANG YANG DIA DAN SUKARELAWAN NAIKI TERHAMPAS DISEBABKAN METEOR YANG BERLAKU PADA MALAM TU MEMLEMPARKAN DIA DAN SUKARELAWAN DI SEBUAH TANDUS YANG KERING DEK KERANA LANGIT TIDAK LAGI MENURUKAN HUJAN DAN BUMI BEGITU PANAS SEHINGGA MEMCECAH 40 KE 45 DARJAH CELSIUS YANG SANGAT PELIK DIA DAN SUKARELAWAN LAIN DIKEJAR OLEH MAKLUK PEMBAHAM MANUSIA(ZOMBIE)MERAKA BERTEMU DENGAN MAKLUK SEAKAN GAJAH YANG PANDAI BERBICARA, WANITA YANG MENJAGA 6 ORANG BAYI DALAM KEADAAN GENTING INI,MERAKA MENEMUI LELAKI YANG KEMATIAN ANAK,ISTERI DAN IBU BAPANYA DEK KERANA BANDAR YANG LELAKI ITU DUDUKI DI BOM DENGAN DASYAT DAN SATU KEJADIAN YANG ANEH MERAKA BERTEMU DENGAN SEORANG DI GUA YANG MERAKA BERLINDUNG DAN ORANG ITU MEMBERIKAN MERAKA SATU WASIAT 

DAN PROF.DR FAYYADH BERTEMU DENGAN DAJJAL LAKNATULLAH ITU DAN ADAKAN DAJJAL ITU BERJAYA MENPENGARUHINYA DAN APAKAN PLOT SETERUSNYA.

BUKU INI SEPERTI KITA MENONTON MOVIE DI LAYAR PERAK DAN UNTUK MENGALAMI KEMBARA LUAR BIASA ANDA BOLEH MEMDENGAR MUZIK DI YOUTUBE. MUZIKNYA IALAH EPIC HYBRID TRAILER ZION RISING ATAU NASYEED SULTAN MUHAMMAD AL- FATEH(ME) DAN MEMDENGAR MUZIK INI SECARA PELAHAN DAN ALAMI SATU MOVIE YANG EPIK DAN MEMANG GERUN HABISLAH

DAN

ADA PENKIANAT  DALAM KALANGAN MERAKA.. SIAPAKAN DIA ??

DAPATKAN BUKU INI UNTUK MENGETAHUINYA.

SELAMAT MEMBACA.. 
Read More...