5.09.2017

MENANTI FEBRUARI BERCANGGAH DANGAN AGAMA ISLAM

MENANTI FEBRUARI BERCANGGAH DENGAN AGAMA ISLAM DARI USTAZ ABU SYAFIQ AL-ASY'ARY

Image result for menanti februari

GAMBAR DARI GOOGLE.COM

SOALAN:
Us..baru ni saya ada ikuti sebuah drama bertajuk “Menanti Februari" yg mengisahkan seorg suami hilang dilautan.
Dalam tempoh 6 bulan shj si isteri telah berkahwin dgn lelaki lain. Saya konfiussz.. 
sahkah nikah yg last tu?

-Azfarizie Ahmad.
JAWAPAN Ustaz Abu Syafiq:
1- Banyak drama Tv skrg tidak patuh syarak pabila mereka nak pamerkan sesuatu tentang agama Islam. Bukan shj drama Tv bahkan beberapa program tertentu berkaitan agama juga sering ajaran Syiah-Wahabi dibenarkan menyebarkan ajaran sesat mereka di kaca TV dihidangkan pula kpd awam yang masih mencari-cari kebenaran. Ini sangat Bahaya.
2- Berkaitan dengan soalan. 
Jawapannya sudah tentulah tidak sah akad nikah tersebut kerana dia masih isteri orang.

Dan jika ia dilakukan juga maka ia boleh dianggap zina dan anak dari hubungan tersebut adalah anak yang tak sah taraf.
3- Tempoh membolehkan seorang wanita yg kehilangan suami untuk berkahwin dengan lelaki lain mengikut Mazhab Syafie dan selainnya adalah 4 tahun dari tempoh kehilangan suaminya.
Ia disebut sebagai Al-Mafqud.

Akta Mahkamah Syariah negeri2 juga memperuntukkan sedemikian bahkan Mahkamah Sivil menetapkan 7 tahun kehilangan tanpa berita baru boleh dianggap si Al-Mafqud itu sudah mati.
Bila sudah dianggap mati oleh Mahkamah kemudian selesainya ‘iddah wanita itu maka barulah boleh berkahwin dengan lelaki lain.
Jika si isteri yg kehilangan suaminya hanya dalam tempoh 6 bulan sahaja sudah berkahwin pula dengan lelaki lain maka perkahwinan itu tidak sah.
Melihat kpd undang2 Kekeluargaan di Msia untuk isteri menuntut fasakh/gugur nikah suami pertama atas alasan tidak tahu dimana suaminya berada pun perlukan kepada tempoh 1 tahun.
Lafaz talak ta'liq yg biasa diamalkan di Msia pula tidak terkait terus dgn hukum orang hilang Al-Mafqud akibat sesuatu yang jelas seperti kemalangan dilaut dll.
Lagi pun dari segi adat kebiasaan orang yang hilang 6 bulan adalah tidak munasabah untuk terus kita anggap dia sudah mati inikan pula terkait hukum perkahwinan baru. 
Maka lebih perlu berhati-hati.

Seandainya perkara ini sudah terjadi kemudian suami yg pertama yg hilang itu tiba-tiba pulang kembali dan dapati isterinya telah berkahwin dengan orang lain bahkan sedang menghamilkan anak kepada lelaki baru dikahwini itu maka si isteri tadi perlu kembali menjadi isteri kepada suami pertama yg sah kerana akad nikah si isteri dgn lelaki baru itu tidak sah dan anak hasil mereka berdua itu kelak di bin/bintikan kepada si Ibu atau dalam segi undang-undang negara dibinkan/bintikan kepada Abdullah dll kerana tidak sah taraf.
4- Manakala jika Mahkamah Syariah mengikut peruntukan Akta sedia ada (tempoh 4 tahun atau yang munasabah) sudah menentukan Al-Mafqud si suami yang hilang itu sudah dianggap mati kerana hilang melebihi 4 tahun atau tempoh yang munasabah kemudian isteri berkahwin dengan lelaki lain secara sah kemudian pula tiba-tiba pulak suami pertama muncul kembali lalu mendapati isterinya telah bersuami lain maka hak Ikhtihar memilih disini adalah kepada si suami pertama.
Jika dia mahu akan isterinya tersebut maka dia menjadi miliknya secara automatik setelah tamat iddah dan suami kedua terputus terfasakh nikahnya dan anak hasil dari suami kedua tetap dibin/bintikan kpd suami kedua,
manakala jika suami pertama sudah tidak mahu maka wanita itu terus menjadi isteri kepada lelaki kedua.
5- Saya jawab secara ringkas ini tanpa menyebut dengan sangat detail dalil hadith dan teks qaul ulama Mazhab. Tetapi merujuk kepada itu semua.
Kita perlulah merujuk kepada mazhab muktabar jangan ingat diri boleh faham hadith terus nak jadi pakar hukum pula.
Ulama Mazhab Empat Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali sudah kaji lebih dari kita lagi.
Kekalkan diri dalam Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Al-Asyairah Al-Maturidiyah dan jauhi ajaran songsang Liberal, Plurisme , Syiah dan Wahhabi.

1 comment:

  1. Nampak gayanya rating drama ini akan terus meningkat naik leww... ;)

    ReplyDelete


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.