8.09.2017

PELAJAR PEREMPUAN CUBA TERJUN DARI TANGKI AIR SEKOLAH


BAGAN SERAI – Seorang pelajar perempuan dilaporkan cuba terjun dari sebuah tangki air di sebuah sekolah, di sini selepas dipercayai diserang histeria.
Kejadian jam 10.45 pagi tadi, disedari warga sekolah terbabit yang terlihat pelajar tingkatan empat itu berada di tangki air yang berketinggian lebih 18 meter.
Anggota Bomba dan Penyelamat Bagan Serai yang menerima panggilan pada jam 10.55 pagi cuba untuk memujuk mangsa untuk turun, namun gagal.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, ketika anggota tiba di lokasi, mangsa dilihat berada dalam keadaan histeria dan meniti di bahagian pengadang jalan tangki air terbabit.
“Apabila mangsa cuba untuk turun pada tangki air itu, anggota terus menerpa menangkap mangsa.
“Mangsa kemudiannya terus dibawa turun dan diserahkan pada pihak sekolah untuk tindakan lanjut,” katanya.

CREDIT SINAR HARIAN 

1 comment:

  1. Hai memacam lah budak budak sekarang nih, ngada betul panjat tempat tinggi camtu.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.