1.31.2017

MINYAK NAIK LAGI

Grafik Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 naik 20 sen bermula tengah malam ini.

Kadar baharu berkuat kuasa 1 Februari 2017 bagi RON95 adalah RM2.30 seliter berbanding RM2.10 sen seliter untuk Januari.

Harga RON97 adalah RM2.60  berbanding RM2.40 seliter untuk Januari, manakala harga diesel ialah RM2.15 seliter berbanding RM2.05 pada Januari.

Perkara itu disahkan Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah memilih untuk menetapkan harga petrol dan diesel pada sistem apungan terurus berikutan penyingkiran subsidi bahan api.
  
(VIA: ASTROAWANI.COM)

THANK YOU 

Read More...

DIDIK ANAK SUPAYA JADI HAMBA JANGAN JADI RAJA

Didik anak menjadi "Hamba"

Image may contain: one or more people and outdoor

Acap kali kita terlihat. Si ibu bersusah payah mengemas rumah, mengemas bilik, menyapu sampah, mengemop lantai, membasuh baju, memasak, basuh pinggan dan pelbagai lagi

+ Sedangkan si anak dara bersenang lenang di depan tv, menghadap laptop, dan bermain smartphone

+ Bila disuruh tolong merungut, tak reti, malas dan ada yang buat cincai2 sebab terpaksa.

+ Tak kurang juga anak lelakinya, mana mahu nak buat kerja2 perempuan?

Budaya anak menjadi RAJA semakin berleluasa sekarang.

Sebab apa?. Sebab mereka tidak dididik menjadi "hamba" sedari kecil

+ Mereka tidak diajar untuk mengerti kesusahan dan kepayahan ibu bapa mereka

+ Mereka tidak diajar untuk memamahami bagaimana keadaannya bila ditempat ibu bapa mereka

Alasannya?

+ "Kesian anak tu kecik lagi.."
+ "Tengok Timah tu, nak dera anak ke apa?"
+ "Ish, janganlah bagi budak tu buat, dah jadi macam orang gaji je.."

Jika beginilah alasannya, bersiap sedialah untuk menjadi "hamba" anak sampai ke tua.

+ Dah kahwin beranak pinak pun bila balik kampung masih nak menyusahkan mak pak. Ini terjadi dalam dunia masa kni

+ Baju laki bini anak beranak mak basuh
+ Makan laki bini anak beranak mak masak

Anak yang tidak dididik dengan kesusahan kerja sedar kecil, mereka akan kekok untuk melakukannya bila menginjak dewasa

+ Mereka akan buat secara terpaksa

+ Mereka akan buat hanya bila disuruh kerana tiada kesedaran dalam diri mereka

Dan yang akan menjadi hambanya ialah mak pak mereka.

+ Sementara sianak sedap menggoyang kaki

Jadinya. Sedari umur anak 2 tahun, pupuklah mereka perlahan-lahan sesuai dengan usianya.

Bila besar mereka akan mampu berdikari

+ Usah terlalu kasihankan anak
+ Jangan terlalu memanjakan anak

+ Ajar mereka erti susah payah sejak kecil
+ Ajar mereka tentang kerja rumah
+ Ajar mereka erti kehidupan
+ Pupuk kesedaran dalam diri mereka

+ Yang perempuan didik mereka kerja-kerja mengemas, memasak, mencuci rumah dan segala macam kerja rumah. Didik mereka tentang pentingnya kebersihan

+ Yang lelaki, ajar mereka buat kerja seperti mencuci kereta, mengangkat barang. Ajar mereka kerja-kerja perempuan, tak salah itu. Malah lebih baik

Biarkan orang nak kata kita buat anak macam orang gaji atau hamba

Abaikan mulut-mulut puaka mereka-mereka yang hanya tahu mengata sedangkan mereka tidak berada di tempat kita

Sementara anak masih kecil, didiklah anak menjadi HAMBA. Agar besar nanti dia tidak menjadi RAJA.

(VIA : IBUBAPAPRIHATIN/FACEBOOK.COM
Read More...

ZAMAN PRESEJARAH DAN KERAJAAN KERAJAAN TERAWAL

Image may contain: outdoor and nature

Zaman Prasejarah

Malaysia dapat dijejaki seawal 200,000 tahun yang lalu berikutan penemuan alatan-alatan yang diperbuat daripada batu dan dijumpai di tapak arkeologi
Kota Tampan , Lenggong. Rangka manusia terawal, Perak Man yang berusia 11,000 tahun dan Perak Woman yang berusia 8,000 tahun juga turut dijumpai di Lenggong . Terdapat kawasan pembuatan peralatan-peralatan batu yang tidak terganggu yang dibuat menggunakan andas dan tukul-tukul batu. Di Gua Niah ,
Sarawak , terdapat bukti-bukti wujudnya penempatan manusia tertua di Malaysia yang berusia 40,000 tahun dahulu. Salah satu bukti yang terkenal ialah lukisan dinding sepanjang 200 kaki di Gua Kain Hitam dekat Gua Niah, Sarawak yang berlukis tebal dan menggambarkan sebuah bot panjang dan susunan manusia yang menari. Selain itu, di Gua Tambun, Perak juga ditemukan lukisan-lukisan purba.

Foto : Ukiran-ukiran yang terdapat di dalam sebuah gua di Tambun, Perak yang dianggarkan dilukis pada tahun 3000 SM

Image may contain: outdoor

KERAJAAN AWAL

TANAH MERAH 
(kurun ke-2 hingga kurun ke-7)

Tanah Merah ini sebenarnya adalah serpihan daripada Funan. Pada asalnya, Negeri Tanah Merah ini merupakan satu Negeri Persekutuan, dikenali sebagai Kalathana yang membawa maksud Tanah Raksasa.

Tanah Raksasa

Persekutuan ini mengandungi empat negeri iaitu:

Kalathana ( Kelantan )

Thanathana (Terengganu )

Gangga Negara ( Perak )

Kuli ( Pahang )

Negeri-negeri dalam Kalathana ini telah bersetuju melantik Bhadreswararaja, Raja Kalathana sebagai pemimpin persekutuan ini pada 418 M. Pada waktu itu Funan dinaungi oleh Empayar Campa , justeru kewujudan persekutuan Kalathana ini tidak direstui oleh Maharaja Campa sendiri, natijahnya pada 427 M, Maharaja Campa telah menghantar bala tentera melalui Langkasuka untuk menghukum Raja Kalathana tersebut Serangan tersebut dapat dipatahkan dan perajurit Kalathana telah melakukan serangan balas. Serangan tersebut telah membuahkan hasil yang gemilang dengan merebut kawasan dari Langkasuka hingga ke Tambralingga seterusnya menguasai seluruh
Segenting Kra .

Pada masa yang sama, Campa turut terlibat dalam siri peperangan dengan China hingga Maharaja Campa mengabaikan situasi empayarnya yang sedang berpecah belah di bahagian selatan dengan menyerahkan urusan tersebut kepada Funan. Kemenangan Kalathana terhadap angkatan Campa telah membolehkan kerajaan mereka merdeka tanpa dipengaruhi oleh mana-mana kerajaan asing.

Raja Funan, Sresthawarman yang tidak bertangguh terhadap perlakuan Kalathana yang tidak diiktiraf itu, telah membuat persiapan untuk merebut kembali kawasan Segenting Kra dan Semenanjung. Persiapan ini telah diketahui oleh Bhadreswararaja dan baginda dengan segera membuat hubungan diplomatik dengan Maharaja China pada tahun 430 M untuk melindungi Kalathana daripada diserang oleh
Funan. Maharaja China telah menjamin keselamatan Kalathana dengan menghantar surat kepada Funan agar hasrat serangan itu dibatalkan. Negara Kalathana dalam bentuk persekutuan empat negeri yang dicantumkan dengan wilayah Segenting Kra (dari Langkasuka hingga ke Tambralingga) telah disebut sebagai Ho-lo-tan, K’ou-lo-tan atau K’ou-lo-ch’ieh dalam rekod China . Ahli sejarah China , Shenyao ( 414 - 512 ) dalam bukunya Sung Shu (Sejarah Awal Sung) ada menyebut tentang satu utusan dari negeri "Ho-Lo-Tan" yang dihantar oleh Raja "Shih-li-pi-cho-yeh" ("Sriwijaya") pada tahun 434 M.

Lahirnya Empayar Tanah Merah

Pada awal abad ke-6 Masihi, Kalathana telah dikuasai kembali oleh Funan yang berpusat di
Campa . Pada tahun 522 M, kerajaan Funan telah runtuh akibat diserang oleh suku Khmer dari bahagian tengah Sungai Mekong.

Kalinggawarman, Raja Kalathana telah menyerang Funan dan berjaya mengusir suku Khmer yang telah menawan kota Campa pada
556 M, seterusnya membina kembali empayar
Funan yang runtuh dan melaksanakan penaklukan kembali wilayah kekuasaan Funan. Pada 561 M pula, Kalinggawarman telah mengisytiharkan diri baginda sebagai Maharaja
Funan dan melantik adinda baginda Raja Gautama menjadi Raja Kalathana seterusnya berfungsi sebagai gabenor tertinggi bagi seluruh Segenting Kra dan Semenanjung . Namun pada 566 M, Raja Gautama telah membelot kakanda baginda dengan mengisytiharkan kemerdekaan Kalathana daripada Funan dan telah memindahkan ibu empayarnya dari kota Yawakotti, terletak di Hilir Kelantan ke arah Hulu Kelantan yang dipercayai kawasan Nenggiri sekarang. Kawasan baru ini amat strategik dari aspek ketenteraan dan perlindungan. Perpindahan ibu kota ini sebenarnya dilakukan untuk mengelak serangan daripada Funan, selain itu kawasan Hulu Kelantan juga kaya dengan lombong-lombong
emas .

Raja Gautama telah menukar nama Kalathana kepada nama baharu iaitu Tanah Merah sesuai dengan lokasi ibu empayarnya yang terletak di kawasan tanah rata berwarna merah batu kawi. Baginda juga menamakan ibu empayar Tanah Merah sebagai Kota Singa dan dirujuk oleh sarjana China sebagai Seng-Chih atau Shih-tzu, manakala nama Tanah Merah dirujuk pula dengan nama Chih Tu oleh China dan
Raktamrittika oleh India. Negeri ini hanya mencakupi Kelantan pada hari ini, Besut di
selatan dan Narathiwat di utara, memandangkan negeri-negeri lain dalam
Segenting Kra dan Semenanjung masih taat kepada Funan. Kalinggawarman, Maharaja
Funan tidak mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Raja Gautama , seolah-olah merestui tindakan adinda baginda membebaskan Kalathana dan menubuhkan Tanah Merah. Sebaliknya baginda telah melantik adinda baginda yang juga Raja Thanathana menggantikan Raja Gautama sebagai gabenor Funan untuk wilayah
Segenting Kra dan Semenanjung .

Empayar ini berkekalan sehingga abad ke-7 M ketika pemerintahnya, Sri Jayanaga yang merupakan cicit Raja Gautama mewujudkan Empayar Sriwijaya .

Bukti sejarah

Batu Bersurat Cherok Tok Kun atau Batu Bersurat Budhagupta ditemui di Province Wellesley (Seberang Perai ) oleh Col. Low dalam abad ke-19. Prasasti ini berukir dengan satu stupa dan satu chattravali di atasnya. Manakala tulisan berada pada kiri dan kanannya. Tulisan ini yang ditulis dalam huruf Pallava dari abad ke-5 ( 400 - 500 M) menyatakan kejayaan dalam suatu pelayaran oleh seoang nakhoda kapal bernama Budhagupta, seorang penduduk Negeri Tanah Merah. Berdasarkan sejarah yang diterangkan dalam rencana ini, batu bersurat ini ditulis tidak lebih awal dari tahun 566 M.

Pemerintah

1. Raja Gautama 566 - 591

2. Raja Sri Jaya 591 -624

3. Raja Nayaka 624 - 667

4. Sri Jayanaga 667

Image may contain: one or more people and people standing

Gangga Negara 
(kurun ke-2 hingga kurun ke-11)

Gangga Negara dipercayai merupakan kerajaan Melayu - Tamil Lama yang hilang dan ada disebut dalam Sejarah Melayu yang kini merangkumi Beruas, Dinding dan Manjung yang pada masa kini terletak di negeri Perak ,
Malaysia. Para penyelidik mempercayai bahawa kerajaan ini berpusat di Beruas dan ia runtuh selepas serangan oleh Raja Rajendra Chola I dari Coromandel , India Selatan di antara tahun
1025 dan 1026 . Menurut sebuah lagi catatan sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa , Gangga Negara mungkin telah diasaskan oleh anak Merong Mahawangsa , Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah , yang dikatakan sebagai keturunan
Iskandar Agung atau keluarga diraja Khmer tidak lewat dari abad ke-2.

Gangga Negara bererti "bandar di Ganges" dalam bahasa Sanskrit, nama yang dipetik dari
Ganganagar di barat laut India di mana penduduk Kambuja tinggal. Kambuja merupakan puak Aryan India-Iran dalam keluarga India-Eropah, pada asalnya tempatan di Pamir dan Badakshan. Terkenal sebagai pedagang Hindu , mereka membina koloni mereka di Asia Tenggara sekitar 2,000 tahun dahulu di lembah Mekong dan juga di
Kepulauan Melayu di Funan, Chenla, Champa,
Khmer, Angkor , Langkasuka , Sailendra , Srivijaya , dll. Pakar sejarah mendapati pedagang Kambuja mengembara dari Gujarat ke Sri Lanka dan ke Ligor (Nakhon Sri Thammarat) di utara semenanjung Tanah Melayu, merentasi
Thailand dan Kemboja.

Sejarah

Menurut kajian yang dijalankan oleh Tuan Haji Abdul Hamid Zamburi, berdasarkan buku Geographike Huphegesis yang ditulis oleh Ptolemy sekitar 150M ada menyebut tentang sebuah tempat bernama Coconagara yang terletak di Avrea Cheronesvs (Semenanjung Emas; merujuk kepada Tanah Melayu). Secara fonetiknya, sebutan Coconagara seakan-akan menyamai sebutan Gangga Negara. G. Coedes dalam The Indianized States of Southeast Asia berpendapat bahawa Coconagara itu terletak di tebing Sungai Dinding, sementara Kolonel Low pula mencadangkan ianya terletak di Sungai Dinding dan Beruas. Jika perkara ini tepat, maka ketamadunan Melayu di Beruas telah wujud sekurang-kurang sejak abad kedua tahun Masihi, iaitu merujuk kepada tahun penulisan Ptolemy. Menurut catatan Hikayat Merong Mahawangsa , Gangga Negara telah diasaskan oleh anakanda Merong Mahawangsa yang bernama Raja Ganjil Sarjuna. Kerajaan ini terletak di kawasan Beruas, sekitar selatan Gunung Bubu, ke arah timur Bukit Segari dan di tepi Sungai Dendang. Kerajaan ini turut merangkumi kawasan Pengkalan (Ipoh), Lembah Kinta, Bidor, Tanjung Rambutan dan Sungai Siput ,selain berubah-ubah dipercayai ekoran perubahan aliran sungai.Gangga Negara merupakan sebuah kerajaan Melayu -Hindu . Gangga Negara dipercayai sempena nama Sungai Ganges di India, manakala Negara bererti negeri dalam bahasa Sanskrit. Empayar Gangga Negara musnah ekoran serangan dan penjarahan Raja Rajendra Chola Deva I dari Coromandel, India sekitar 1025-1026. Dipercayai bahawa Raja Gangga Negara, iaitu Raja Gangga Shah Johan terkorban dalam peperangan tersebut.

Artifak

Penyelidikan pertama mengenai kerajaan Beruas dimulakan oleh Kolonel James Low pada tahun 1849 dan satu abad kemudian oleh HG Qlaritch-Males. Menurut Jabatan Antikuiti dan Muzium, kedua penyelidik bersetuju bahawa kerajaan Gangga Negara wujud tetapi tidak dapat menentukan dengan pasti tapaknya. Selama beberapa tahun, penduduk kampung telah menemui artifak, termasuk nesan dengan tulisan yang menunjukkan bahawa Beruas mungkin merupakan titik mula penyebaran Islam di Semenanjung Malaysia. Kebanyakan artifak, dipercayai semenjak kerajaan kuno, kini dipamerkan di Muzium Beruas bertarikh semenjak abad ke-5 dan ke-6 . Artifak yang dipamerkan termasuk meriam 128 kg, pedang, keris pitis, ketulan timah, tembikar dari kerajaan Dinasti Ming dan pelbagai era, dan tempayan besar. Melalui artifak ini, ia telah dijangka bahawa Pengkalan (Ipoh ), Lembah Kinta,
Tanjung Rambutan , Bidor dan Sungai Siput merupakan sebahagian kerajaan Beruas. Artifak turut mencadangkan bahawa pusat kerajaan mungkin telah berpindah beberapa kali. Gangga Negara dinamakan menjadi Beruas selepas
Islam bertapak di sana.

Pokok Beruas

Beberapa batu nesan diraja Aceh turut ditemui di daerah Beruas dan ini mempunyai bukti kaitan dengan sumber sejarah bahawa putera raja dari Aceh, Sumatra berehat di bawah pokok Beruas, Namanya Malikul Mansur. Sejarah
Pasai ada menyebut mengenai Malikul Mansur yang dibuang oleh Sultan Malikul Mahmud. Kini pokok beruas telahpun pupus tetapi masih dapat dijumpai di perkampungan berhampiran di Pengkalan Baru dan Batang Kubu.

Foto : Patung Buddha abad ke-6 (kiri) dijumpai di Ipoh . Patung sami guru Hindu abad ke-9 dijumpai di Jalong, Perak .

No automatic alt text available.

Kerajaan Langkasuka 
(kurun ke-2 hingga ke-14)

Langkasuka atau juga dikenali sebagai Lang-ya-shiu, Lang-chia-shu (China), Langasyuka (Arab) dan Ilangasoka (inkripsi Tangore). Mengikut catatan pelawat-pelawat China yang mengadakan hubungan diplomatik dengan negeri-negeri Asia Tenggara pada abad ke-2 Masihi, “Lang-ya-shiu” atau Langkasuka (Paul Wheatley 1961, 387-412) sudahpun wujud ketika itu. Berpandukan catatan tersebut ahli-ahli sejarah Eropah percaya bahawa negeri Langkasuka yang terletak di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu antara Senggora (Songkhla) dan Kelantan itu adalah lokasi asal
Kerajaan Pattani .

Langkasuka ialah sebuah kerajaan Hindu Melayu silam yang terletak di
Semenanjung Tanah Melayu . Kerajaan ini bersama-sama dengan Kerajaan Kedah Tua berkemungkinan merupakan kerajaan yang paling awal di Tanah Melayu . Mengikut satu sumber, kerajaan ini diasaskan pada kurun ke-2 Masihi.

Dipercayai bahawa Langkawi mendapat namanya daripada perkataan Langkasuka. Sumber-sumber sejarah tidak banyak tetapi mengikut satu rekod sejarah Dinasti Liang
China (500 M) merujuk kerajaan itu sebagai "Langgasu" yang diasaskan pada kurun pertama Masihi.
Menurut catatan Liang Shu (the History of the Liang Dynasty,梁書):

“The kingdom of Lang-ya-shu is situated in the Southern Sea (南海).Its frontiers are thirty days’ journey from east to west and twenty from north to south. It is twenty-four thousand li (里) distant from Canton. Its climate and products are somewhat similar to those of Funan . Eagle-wood, Agar-wood and Barus camphor are especially abundant. It is customary for men and women to go with the upper part of the body naked, with their hair hanging disheveled down their backs, and wearing a cotton kan-man. ”

Nama Langkasuka juga ada disebut dalam tulisan-tulisan Melayu dan Jawa , sementara tulisan-tulisan dari China pernah menyebut sebuah negeri iaitu Lang-ya-hsiu atau Lang-chia-shu . Pada tahun 515 M Raja Bhagadatta menjalinkan hubungan dengan China. Hubungan itu dikukuhkan lagi dengan duta-duta dihantar pada tahun 523 , 531 dan 568 Masihi. Pada kurun ke-12, Langkasuka merupakan negeri naungan kepada Kerajaan Srivijaya dan pada kurun ke-15 ia digantikan dengan
Kerajaan Pattani .
Pada tahun 1963 , Stewart Wavell mengetuai satu ekspedisi Cambridge ke Langkasuka dan
Tambralinga . Maklumat mengenai ekspedisi ini boleh didapati melalui buku "The Naga King's Daughter", terbitan Antara Books.

Menurut rekod, Langkasuka pernah menghantar ufti ke China pada tahun 502-507M, 511, 515, 518, 520, 531 dan 568 masehi melalui beberapa dinasti.

Langkasuka dan pemerintahnya

Langkasuka wujud awal kurun kedua Masihi dan ada dalam rekod negara China Dinasti Wupada tahun 243 M. Langkasuka adalah sebuah federasi dari Pantai Timur ke Pantai Barat. Antara bandar penting Langkasuka ialah
Kedah Tua . Kedah Tua sebagai sebuah kota pelabuhan dari awal kurun ke-6 SM. Fungsi
Kedah Tua sebagai sebuah kota pelabuhan sangat menarik minat ramai pedagang dari arah
barat kerana Kedah Tua menghasilkan besi yang paling bermutu, yang banyak digunakan dalam kempen peperangan pada zaman dahulu. 

Sejak zaman Assyria membentuk sebuah empayar, diganti dengan Persia dan Rom, beralih pula ke Tamadun Indus atau Utara Anak Benua India sehinggalah ke zaman penyatuan Srivijaya. Kedah menjadi sebuah kota yang gilang-gemilang, kaya-raya, ditambah pula dengan kewujudan laluan Trans-Semenanjung Purba yang merentasi Langkasuka ,
Raktamrittika dan sebagainya. Kedah Tua pula bergabung dengan kota-kota di laluan perdagangan Trans-Semenanjung membentuk
Langkasuka . 

Persaingan wujud antara Kedah Tua dan Pelabuhan Takua Pa yang berada dalam kawasan Funan. Lalu, Funan menyerang dan menguasai Segenting Kra . Namun, pada tahun 515M, kuasa Funan merudum akibat penguasaan Chenla dalam istana Funan, menyebabkan Langkasuka berjaya memerdekakan empayarnya dan menghantar utusan ke negara China sehingga tahun 568 M. 

Namun,pada tahun 568 M, Raktamrittika yang muncul sebagai sebuah empayar telah menyerap Pan Pan, Langkasuka dan Tan Tan ke dalam federasinya. Istana Kedah Tua dikuasai pula oleh keturunan Raktamrittika menyebabkan bapa Merong Mahawangsa, membawa keluarganya berhijrah sampai ke Lanka. Merong Mahawangsa ini kemudiannya mengasaskan Kerajaan Kedah Tua .

Patani dan Langkasuka

Negeri Patani memiliki sejarah yang cukup lama, jauh lebih lama daripada sejarah negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu seperti Melaka , Johor dan Selangor . 

Sejarah lama Patani merujuk kepada kerajaan Melayu tua pengaruh Hindu -India bernama Langkasuka sebagaimana dikatakan oleh seorang ahli antropologi sosial di Prince of Songkla University di Patani, Seni Madakakul bahawa Langkasuka itu terletak di Patani. Pendapat beliau ini didukung oleh sejarawan lain seperti Prof. Zainal Abidin Wahid, Mubin Shepard, Prof. Hall dan Prof. Paul Wheatly.
Lebih jauh bahkan Sir John Braddle menegaskan bahawa kawasan timur Langkasuka meliputi daerah pantai timur Semenanjung, dari Senggora, Patani, Kelantan sampai ke Terengganu, termasuk juga kawasan sebelah utara negeri Kedah (M. Dahlan Mansoer, 1979).

Dalam buku sejarah negeri Kedah, Hikayat Merong Mahawangsa, ada menyebut bahawa negeri Langkasuka terbahagi kepada dua: Sebahagian terletak di negeri Kedah iaitu terletak di kawasan tebing sungai Merbok. Sebahagian yang lain terletak di sebelah timur Kedah, iaitu di pantai Laut China Selatan. Dalam hal ini, Prof. Paul Wheatly tanpa ragu mengatakan bahawa Langkasuka terletak di Patani sekarang. Pendapat beliau dikuatkan dengan penemuan kepingan batu-batuan purba peninggalan kerajaan Langkasuka di daerah Jerang dan Pujud (nama-nama kota pada masa itu). Paul Wheatly turut menjelaskan bahawa kerajaan Langkasuka menguasai jalan perdagangan timur-barat melalui Segenting Kra dan kekuasaannya meliputi kawasan Semenanjung sehingga ke Teluk Benggala. 

Kerajaan Melayu Langkasuka wujud sehingga menjelang abad ke-14 dan diganti oleh Kerajaan Melayu Patani.
Sedangkan asal usul orang Patani menurut para antropologi berasal dari Melayu. Sebab ketika itu suku inilah yang mula-mula mendiami Tanah Melayu . Kemudian berdatangan pedagang Arab dan India yang melakukan persemendaan sehingga menurunkan keturunan Melayu Patani di selatan Thai sekarang.

Tanah Melayu telah didatangi pedagang dari Arab, India dan China sejak sebelum Masihi. Seorang pengembara China menyebut bahawa ketika kedatangannya ke Langkasuka pada tahun 200 Masihi, beliau mendapati negeri itu telah lama dibuka (Liang-Shu atau Liang Annals)

Patani adalah sebuah kerajaan yang termaju di Semenanjung Tanah Melayu dan sebuah pelabuhan yang penting sejak kurun ke-8 Masihi kerana Teluk Langkasuka (Teluk Patani sekarang) sangat sesuai dijadikan tempat kapal-kapal dagang berlabuh dan berlindung daripada ribut tengkujuh.

Foto : Lukisan dari rekod China menunjukkan wakil dari Langkasuka, bersama deskripsi tentang kerajaan Langkasuka.
Dinasti Song Salinan dari lukisan di zaman Dinasti Liang 526-539

No automatic alt text available.

Kerajaan Pan Pan
(kurun ke-3 hingga ke-5)

Pan Pan ialah sebuah kerajaan Hindu kecil yang dipercayai wujud pada kurun ketiga hingga ketujuh masihi dan terletak di suatu kawasan di Kelantan atau Terengganu ,
Malaysia. Tidak banyak yang diketahui tentang kerajaan ini, tetapi ia dipercayai berkait dengan
Pan tan i (Kerajaan Pattani), yang menduduki kawasan yang sama beberapa abad berikutnya.

Sejarah

Tidak banyak yang diketahui mengenai kerajaan ini. Adalah juga dipercayai bahawa kerajaan ini ditakluk oleh empayar yang lebih besar iaitu
Srivijaya di bawah pemerintahan Dharmasetu sebelum 775 CE.

Dari tarikh 424 hingga 453, rajanya menghantar perutusan ke China . Dari sini, Kaundinya II dikatakan cuba memperkenalkan ugama Hindu pada Kerajaan Funan di sebelah bertentangan
Teluk Siam.

Semasa pemerintahan Dinasti Utara dan Selatan China, dalam tahun 529, 533, 534, 535 dan 571 Kerajaan Pan Pan menghantar ufti ke China. Pada tahun 616 dan 637, Kerajaan Pan Pan menghantar ufti ke Dinasti Tang .
Image may contain: tree and outdoor

Kerajaan Kedah Tua 
(kurun ke-5 hingga kurun ke-11)

Kerajaan Kedah Tua merupakan salah satu kerajaan awal terkenal yang terletak di
Semenanjung Tanah Melayu . Ia juga dikenali sebagai Kataha, Kadaram, Sai, Kalah, Kalah Bar dan Kalagram . Menurut catatan I-Tsing (Yijing, 635-715, sami di Dinasti Tang) dari negara
China, Kedah Tua juga disebut sebagai Cheh-Cha / Chiecha dalam rekod Cina)

Kerajaan Kedah Tua diasaskan pada abad ke-5 . Pada peringkat awal, Sungai Mas merupakan pelabuhan utama tetapi kemudian dipindah ke
Lembah Bujang. Kedah Tua dipengaruhi oleh
agama Buddha dan seterusnya diikuti oleh
agama Hindu , pengaruh Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan candi yang terletak di Lembah Bujang.

Gunung Jerai telah menjadi petunjuk atau panduan kepada pedagang luar untuk singgah di pelabuhan Lembah Bujang ataupun di Sungai Mas. Pelabuhan Kedah Tua telah menjadi tempat penukaran barang, tempat persinggahan dan tempat membaiki kapal pelayar dan pedagang dari Arab, India, Sri Lanka , Parsi dan Eropah sebelum mereka meneruskan perjalanan mereka ke Timur. Ia juga menjadi pusat perdagangan pelbagai hasil tempatan yang dikumpul oleh penduduk tempatan seperti bijih timah , emas , beras , lada hitam , gading , damar , rotan , tanduk dan sebagainya. Walaupun ia adalah sebuah kerajaan samudera tetapi juga menjadi pengeluar padi terkenal kerana dikurniakan tanah pamah yang rata dan luas.

Kerajaan Kedah Tua mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Sultan al-Mutawakil (847 - 861). Ini dapat dibuktikan melalui penemuan wang perak pada zaman Sultan al-Mutawakil, manik yang dibawa dari negara India dan barangan kaca dari Timur Tengah .

(VIA : SENGALPARANORMALTEAM/FACEBOOK.COM)

THANK YOU 
Read More...

TRADISI PERKAHWINAN YANG PELIK

Image result for cry wedding traditions

Tradisi Perkahwinan Menangis

Walaupun tradisi ini kedengaran sangat janggal dan pelik bagi kita, budaya tersebut memang benar-benar wujud di selatan negara China.

Amalan pelik ini sudah menjadi kelaziman sehingga akhir pemerintahan Dinasti Qing (1644-1911).

Namun, dengan peredaran zaman dari masa ke semasa menjadikan budaya kahwin menangis semakin dilupakan oleh masyarakat.

Walaupun begitu, masih ada lagi kelompok masyarakat yang mengamalkan tradisi pelik ini iaitu masyarakat Tujia.

Mereka percaya adat turun temurun ini berkemampuan untuk mengukur tahap kebahagiaan rumah tangga yang bakal dibina.

Semakin 'dahsyat' seorang pengantin itu menangis maka semakin bahagia dan gembiralah perkahwinannya.

Bagaimana tradisi pelik ini dijalankan?

Tradisi pelik kahwin menangis ini biasanya dilakukan sebulan sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan.

Bermula dari kiraan masa hari pertama memasuki bulan tersebut, pengantin perempuan wajib melalui adat yang disebut sebagai 'Zuo Tang' yang membawa maksud duduk di dalam dewan.

Tradisi pelik ini akan dilakukan sehinggalah tiba ke hari majlis perkahwinan berlangsung.

Bagaimanapun, bakal pengantin hanya akan dibiarkan menangis bersendirian pada 10 hari pertama sahaja.

Pada hari ke 11, bakal pengantin akan disertai pula oleh ibu kandungnya untuk sama-sama menangis sehinggalah majlis berlangsung.

Selepas 20 hari, pengantin wanita dan ibunya akan disertai pula oleh neneknya.

Dan sekiranya bakal pengantin mempunyai adik-beradik perempuan dan ibu saudara, mereka juga dimestikan untuk menyertai adat pelik kahwin menangis ini sehingga tiba masanya.

Cara menangis pengantin wanita pula tidak ditentukan secara khusus. Mereka diberi kebebasan dengan kaedah menggunakan pelbagai ayat semasa menangis.

Mereka dibenarkan untuk melaungkan sebarang perkataan yang dianggap sebagai 'lagu perkahwinan menangis' yang dipercayai akan membawa suasana yang baik semasa ia dilakukan.

Nyanyian menangis tersebut ditujukan kepada ibu bapa, adik beradik, moyang dan kepada pencari jodoh.

Bakal pengantin perlu melagukan iramanya dengan menggunakan nada paling sedih dan hiba, seolah-olah sedang meratapi kematian.

Suasana ketika itu dikatakan begitu sedih, sehinggakan individu yang paling keras hatinya sekalipun akan mengalirkan air mata.

Sekiranya bakal pengantin wanita itu tidak menangis seperti yang dikehendaki, semua orang akan memandang serong kepadanya.

Malah, lebih teruk lagi dia akan menjadi buah mulut dan bahan ketawa sepanjang hidupnya.

Kerisauan itu biasanya menjadi penyebab kepada bakal pengantin untuk menangis dengan bersungguh-sungguh.
Image result for culik

Tradisi 'Ala Kachuu' Kyrgyzstan, Budaya Culik Gadis Untuk Dikahwini Secara Paksa!

Di Kyrgyzstan, sehingga 40 peratus wanita di negara itu berkahwin selepas diculik lelaki yang mahu menjadi suami mereka dalam tradisi yang digelar ala kachuu atau ‘culik dan lari’.

Dua pertiga daripada kes penculikan pengantin perempuan ini biasanya tanpa persetujuan mereka manakala dalam beberapa kes, ia adalah sebahagian daripada rancangan ‘kahwin lari’ di bawah perbuatan menyalahi undang-undang yang diamalkan sejak 1994.

Biasanya, bakal pengantin lelaki akan mengumpulkan rakannya dan mencari wanita yang mahu dikahwininya.

Wanita yang berjaya mencuri hatinya, kemudiannya diheret tanpa belas kasihan dan dibawa terus ke rumah lelaki tersebut yang mana ahli keluarga lelaki tersebut biasanya telah membuat persediaan untuk majlis perkahwinan mereka.

Jika membuat carian Kyrgyzstan bride kidnapping di YouTube, anda akan dapat lihat kekejaman amalan itu.
Mangsa tradisi ala kachuu itu biasanya terdiri daripada wanita muda atau remaja perempuan yang berusia di bawah usia 18 tahun.

Ada pasangan menganggap amalan ini sebagai satu cara untuk mengelak daripada membayar hantaran kahwin atau berkahwin dengan pilihan mereka sendiri.

Image may contain: one or more people

Tradisi Pelik Keluarga Tonton 'Aksi' Pengantin Di Malam Pertama!

Sekeping gambar yang dikongsikan oleh satu keluarga yang tinggal di Woodlands New Town telah menjadi viral di laman sosial.

Gambar tersebut menunjukkan satu adegan yang amat mengejutkan iaitu lelaki dan perempuan di atas katil yang mana di tengah-tengah persetubuhan tersebut ahli-ahli keluarga mereka menonton seperti menonton televisyen.

Aksi intim tersebut telah dirakam oleh bapa lelaki itu yang mendedahkan ia adalah tradisi keluarga yang telah diturunkan sejak dari dahulu lagi.

“Meskipun kebanyakan orang mungkin menganggap ia ganjil, bagi keluarga kami, tiada apa yang lebih membanggakan daripada meraikan anak, abang atau anak saudara melakukan hubungan seks buat kali pertama.

“Kami melihatnya sebagai langkah terakhir dalam perjalanan panjang ke alam dewasa dan ia juga peluang khas untuk menyaksikan masa ini bahawa kehidupan yang baru terbentuk.

“Saya berasa beruntung mempunyai keluarga saya untuk menemani saya, dan juga memberi saya panduan mengenai bagaimana untuk meneruskan.

"Pada mulanya saya mempunyai

“Gambar tersebut juga dirakam oleh ibu dan adik lelaki beliau, yang duduk di pinggir katil untuk memberikan tips dan galakkan.

"Saya berebut mengambil gambar pada masa tersebut, dan ia adalah benar-benar pengalaman yang indah,” kata bapa saudaranya.

Image result for larangan ke tandas

Larangan Ke Tandas

Kalau korang nak tahu, pengantin baru dari puak Tidong di Borneo Utara dilarang menggunakan tandas selama tiga hari.

Lebih mengejutkan, sebarang bentuk pembuangan sama ada membuang air kecil dan besar dilarang.

Ini kerana mereka percaya nasib yang buruk akan menghantui pasangan ini untuk seumur hidup jika melanggar pantang larang ini.

Image may contain: one or more people

Meludah Pengantin 

Menurut tradisi Masai di Kenya , pengantin perempuan akan diludah oleh bapanya di kepala dan buah dada sebagai tanda merestui perkahwinan tersebut.


(VIA : SENGALPARANORMALTEAM/FACEBOOK.COM

Read More...

SKANDAL SEKS DAN PEMBUNUAH DUA SAUDARA DI BATU PAHAT

Image may contain: 2 people, people standing

Ia benar-benar telah menggemparkan negara ketika itu. Dua beradik ditemui mati dan telah reput akibat diikat dan dibuang dalam lubang tandas di Kampung Muhibah, Batu Pahat, Johor.

Kes menjadi lebih gempar apabila ketika perbicaraan berlangsung, seorang wanita yang telah bersuami, Salmah, mengaku segalanya bermula apabila dua beradik itu, yang juga anak jirannya, ternampak dia sedang melakukan hubungan seks dengan pemuda OKU, Sam Ser Abdul Rahim yang juga 'kekasih gelapnya' di rumah mereka.

Tetapi yang menjadi misteri, pihak mahkamah dalam pengadilan terakhir MEMBEBASKAN lelaki tersebut dan memutuskan dia tidak bersalah. Sehingga sekarang, kes pembunuhan kejam dua beradik ini tinggal tanda tanya kerana sampai ke sudah tiada siapa yang disabitkan dengan pembunuhan tersebut.

Sam Ser sekarang entah di mana manakala Salmah juga sudah lama berpindah dari Batu Pahat.

Detail kisah ini pernah ditulis oleh wartawan Berita Harian, Ziauddin Shahrudin tak lama dulu.
Kisah 'Tragedi Salmah' yang belum terjawab sehingga ke hari ini....

FAKTA KES
Tertuduh: Sam Ser Abdul Rahim, 31.
Pekerjaan: Buruh ladang
Asal: Kampung Muhibbah, Perserai, Batu Pahat dan menetap di Kampung Telok Bakung (kira-kira lima kilometer dari kampung kelahirannya).

Tuduhan: Membunuh dua beradik, Azman Wardi, 10, dan Saniah, 3.
Tempat kejadian: Di sebuah rumah di Kampung Muhibbah.
Masa: 9.30 pagi, 30 April 1984.

Hakim Mahkamah Tinggi Muar: Datuk Mohamad Eusoff Chin
Juri: 7 orang

Pendakwa: Timbalan Pendakwaraya Saufee Affandi Mohamad.
Peguambela: GF Nelson.

Tempoh perbicraan: Bermula 17 Januari 1987 dan berlangsung selama 20 hari.

Saksi pendakwa: 16 orang
Saksi utama: Salmah Mohamed Salleh, 26.
Saksi pembela: 4 orang.

PEMANDANGAN Kampung Muhibbah di Peserai, Batu Pahat, tidak ada bezanya dengan kampung lain di Johor, yang penuh dengan suasana ketenangan.

Penduduk bukan setakat saling mengenali, malah ramai yang mempunyai ikatan persaudaraan. Hubungan erat ini menyebabkan ibu bapa biasanya tidak bimbang melepaskan anak-anak bermain sekitar kampung.

Anak-anak pula tahu bahawa mereka mesti pulang sebelum senja menjelang. Jika tidak, berbiratlah belakang badan dirotan atau telinga merah dipulas.

Kejadian jenayah jarang sekali didengar.. Setakat hilang ayam atau itik itu biasalah. Itu pun belum tentu dilakukan oleh manusia. Mungkin juga ular sawa kelaparan punya angkara.

Tanggal 30 April 1984 bagaimanapun mengocak suasana keharmonian itu.

Petang hari yang malang itu bukan lagi petang biasa seperti sebelum ini kepada sepasang suami isteri yang mempunyai lima anak, Wardi Wasis, 48 dan Sukiam Hassan, 42.

Ketika anak-anak jiran sudah berada di rumah, kebimbangan mula menyerang hati mereka kerana dua anak kesayangan, Azman dan Saniah, masih belum muncul-muncul walaupun azan Maghrib sayup kedengaran.

Belum pernah dua beradik itu buat hal untuk pulang lewat seperti petang itu.

Penarik beca, Wardi, akhirnya membuat keputusan membuat laporan polis pada hari itu kerana bimbang ada sesuatu yang tidak kena menimpa kedua-dua anaknya.

Hari-hari berikutnya, Wardi, dibantu sanak saudara dan penduduk kampung berusaha mencari anaknya, tetapi menemui kehampaan.

Kira-kira seminggu kemudian, iaitu pada 7 Mei, Kampung Muhibbah, gempar apabila Azman dan Saniah dijumpai dalam keadaan mengerikan dalam lubang najis di belakang rumah jiran Wardi, Salmah Mohamed Salleh.

Berdasarkan persamaan tali rapia yang digunakan untuk mengikat kanak-kanak malang dan yang dijumpai di rumah Salmah, polis tidak menunggu lama untuk mencari orang yang disyaki.

Salmah ditahan dan keesokan hari pada 8 Mei, seorang buruh ladang di Ayer Bemban dekat Kulai, Sam Ser Abdul Rahim, ditahan di Kampung Teluk Bakung, Batu Pahat.

Dengan penahanan mereka bermulalah pendedahan demi pendedahan menggemparkan bukan saja mengenai pembunuhan itu, tetapi hubungan terlarang antara lelaki bujang, Sam Ser dan isteri orang, Salmah.

Cara dua beradik itu yang dibunuh dengan kejam juga menarik perhatian orang ramai untuk mengikuti perbicaraan Sam Ser yang dituduh membunuh mereka.

Selepas didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat, kes Sam Ser dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Muar pada 17 Januari 1987.
Keghairahan orang ramai untuk mengikuti perbicaraan Sam Ser menyebabkan kes itu dilabelkan sebagai `perbicaraan mayat dalam lubang najis.

Di depan Hakim Mohamad Eusoff Chin, Sam Ser dibela oleh GF Nelson, manakala pendakwaan oleh Timbalan Pendakwaraya Saufee Affandi Mohamed.

Dalam perbicaraan awal, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, Asisten Superintendan (ASP) Abdul Rahman Kamil, menceritakan detik penemuan mayat dua beradik itu.

Sebagai pegawai penyiasat kes itu, Abdul Rahman, berkata dia mengetuai sepasukan polis ke Kampung Muhibbah selepas dimaklumkan penemuan mayat itu kira-kira jam 2.15 petang, 7 Mei 1984.

Katanya, lubang najis itu ditutupi kepingan papan dengan sekeping papan lapis di bahagian atas dan apabila dialihkan, ternampak mayat Azman menghadap ke atas dan adiknya, Saniah, ke bawah.

Kedua-dua mayat itu diikat bersama mulai bahagian perut hingga bahagian leher. Azman memakai seluar panjang warna coklat dan baju lengan panjang, manakala Saniah memakai baju-T warna merah hati dan seluar bercorak bunga.

Yang hanya dapat dilihat pada mayat Azman hanya bahagian tulang belakangnya, manakala bahagian badan lain hilang. Mayat Saniah walaupun lebih reput, tetapi tidak seteruk Azman, katanya.
Abdul Rahman berkata, polis menghadapi masalah untuk memisahkan mayat mereka kerana diikat tali yang kemudian terpaksa dipotong.

Kira-kira jam 6.30 petang, katanya seorang pegawai polis wanita, Inspektor Lee Siew Kee, memeriksa rumah Salmah dan menjumpai empat utas tali.

Katanya, seutas tali dijumpai di alang rumah, dua utas di ruang tamu dan seutas lagi di dapur.

Selepas membandingkan tali yang dijumpai dan tali yang digunakan mengikat mangsa, anggota polis menangkap Salmah pada hari itu juga, diikuti Sam Ser keesokan hari, katanya.
Pada 21 Mei, katanya anggota polis menemui sehelai baju-t di rumah Salmah dan hasil pemeriksaan di Jabatan Kimia di Johor Bahru, menemui kesan beberapa warna.

Oleh kerana baju itu dijumpai di rumah Salmah, katanya polis membuat andaian baju itu milik suaminya, Razali Janis. (Salmah ketika memberi keterangan kemudian memberitahu bahawa baju itu digunakan oleh Sam Ser untuk mengelap kesan darah pada lantai)

Hari keempat adalah giliran Salmah, sebagai saksi pendakwa untuk memberi keterangan menggemparkan apabila dia menuduh Sam Ser, 31, sebagai pembunuh dua beradik itu.

Sam Ser adalah orang yang membunuh Azman dan adiknya, Saniah dan kemudian mencampakkan mayat mereka dalam lubang najis di belakang rumah saya.

Di mahkamah yang penuh sesak, Salmah berkata dua beradik itu masuk ke bilik tidurnya ketika Sam Ser dalam keadaan bogel.
Pada hari kejadian, katanya Sam Ser datang ke rumahnya kira-kira jam 8 pagi dan selepas berbual seketika, mereka memutuskan untuk melakukan hubungan seks.

Ketika itu, katanya bayinya yang berusia tiga bulan, tidur di ruang tamu, manakala seorang lagi anaknya berusia dua tahun sedang bermain.

Katanya, pintu dan tingkap rumahnya selalunya ditutup untuk mengelakkan rumahnya dimasuki habuk.

Menyedari anak jirannya masuk ke bilik tidur ketika mereka melakukan hubungan seks, Salmah memberitahu Sam Ser mengenai kehadiran tetamu tidak diundang itu menyebabkan lelaki itu bingkas bangun meluru ke arah Azman.

Katanya, Sam Ser menangkap Azman dan menolaknya jatuh ke lantai lalu mencekik dengan kedua belah tangan kanak-kanak itu yang ternyata tidak mampu melawan.

Sam Ser kemudian meminta beberapa utas tali yang saya ambil dari dapur. Dia mengikat badan Azman dan kemudian meminta beberapa utas tali lagi.

Apabila saya muncul dari dapur, saya lihat Sam Ser mencekik Saniah yang ketika itu terlentang tidak bermaya di lantai, katanya.
Selepas mengikat Saniah, katanya Sam Ser sambil memastikan tiada orang lain nampak, mengheret dua beradik itu ke belakang rumah dan menyumbat mereka ke dalam lubang najis.

Lubang najis berukuran 2.1 meter panjang, 1.5 meter lebar dan sedalam 1.2 meter itu terletak kira-kira 1.2 meter dari tandas yang terletak di belakang rumah Salmah.

Salmah mendakwa Sam Ser memberi amaran akan membunuhnya jika memberitahu orang lain mengenai kejadian itu.
Dia juga memberitahu bahawa jika sesiapa bertanyakan dua beradik itu, saya kena cakap mereka dilarikan dalam sebuah kereta biru,� katanya.

Salmah juga memberitahu bahawa dia cuba menghalang Sam Ser mencekik Azman tetapi tidak dipedulikan.

Katanya, Sam Ser memilih lubang najis untuk membuang kanak-kanak kerana sudah biasa dengan persekitaran kawasan rumah itu.

Dari segi perhubungan dengan keluarga Wardi, katanya memang ada perselisihan faham, tetapi tidak serius. Malah dia ada melawat keluarga itu selepas kejadian itu, tetapi tidak menceritakan mayat itu.

Selepas kejadian itu, Salmah mengaku dia menyesal, tetapi keadaan ketika itu menyebabkan dia tidak boleh memberitahu sesiapa mengenai pembunuhan itu.

Sementara itu, Razali yang ketika perbicaraan sudah bercerai dengan Salmah memberitahu bahawa pada 1 Mei 1984, bau busuk dari arah belakang rumahnya menyebabkan dia menyiasat punca bau itu dengan pergi membuka penutup lubang najis itu.
Selepas dialihkan, katanya dia nampak mayat dalam lubang najis itu dan menghubungi bapanya yang tinggal di Kampung Petani untuk memberitahu mengenai penemuan itu.

Katanya, bapanya datang ke rumahnya pada malam itu dan mereka bersama-sama memeriksa lubang najis itu dan keesokan hari, dia memberitahu jirannya mengenai perkara itu.

Pada 6 Mei, katanya oleh kerana tidak tahan lagi dengan bau busuk itu, dia sekeluarga berpindah ke rumah bapanya dan pada masa sama, polis mengetahui mengenai kisah dua mayat itu.
Perbicaraan berakhir apabila mahkamah akhirnya membuatkan keputusan Sam Ser tidak bersalah dan kes itu menjadi misteri hingga ke hari ini.

(VIA : SENGALPARANORMALTEAM/FACEBOOK.COM

THANK YOU 
Read More...