KUALA LUMPUR: Amalan khurafat berunsur sihir dikenali sebagai ‘voodoo’ dipercayai digunakan warga asing, khususnya di kalangan Mat Afrika, dalam usaha ‘mencairkan’ mangsa, sekali gus memudahkan aktiviti penipuan terhadap penduduk tempatan yang kebanyakannya wanita.
Walaupun amalan itu popular di benua Afrika dan biasanya digunakan untuk pengamal atau individu yang mengupah pihak tertentu supaya menyihir musuh sehingga membawa kematian, tujuan utama amalan itu kini dipelbagaikan mengikut keperluan pengamalnya.
Akibat penangan voodoo, mangsa seolah-olah dipukau hingga mudah menurut telunjuk penjenayah seperti dialami dua mangsa, Zarina Ayu, 36, dan Rohaya Dusa, 38 (bukan nama sebenar). Berikut pengakuan eksklusif mangsa yang mengalami kerugian besar hingga mengalami trauma dalam hidup mereka
ZARINA AYU:
“SAYA berharap wanita tidak sesuka hati melayan perbualan atau permintaan lelaki asing yang biasanya membuat janji temu dan memberi pelbagai hadiah sebelum meminta gambar atau merakam gambar bersama, kononnya untuk kenang-kenangan.
Saya harap apa yang saya alami dua tahun lalu tidak akan berlaku kepada orang lain kerana kesengsaraan dialami membawa petaka yang sangat dikesali hinggalah kini.
Selepas terpaksa meninggalkan keluarga kerana sanggup mengikut teman lelaki bertubuh sasa yang hanya dikenali selama sebulan, kebahagiaan diharapkan hingga ke jenjang pelamin tidak ke mana apabila kehilangan pekerjaan dan disisihkan apabila wang simpanan mula kehabisan.
0 Comments
Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.